Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010

SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU


DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN

Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi
ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri.
Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli
pengakap.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat
mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan
didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah
koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing.

Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang
sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat
dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus
masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah
mulia.

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan


betul.
2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli.
3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian.
4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan
arahan.
5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa.
6. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

TEMA

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

SASARAN

Semua 80 ahli pengakap Muda, Pengakap Remaja.

TARIKH

9 hingga 10 April 2010 (Jumaat & Sabtu)


SUMBANGAN

RM10 seorang

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Mazmin bin Mohd


Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Mohamed Yussof
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh Siti Faridah bt. Ayub
Naib Pengerusi 3 : Pn. Maniza bt. Yusof
Ketua Perkhemahan : Puan Roslah Makh Hassan
Setiausaha Program : En. Suhaini bin Samsudin

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL Bidang Tugas Pemimpin Catatan


- mencatat kehadiran ahli
Pn. Wan Shamsiah bt.
- memungut yuran
Wan Yusoff
1 Pendaftaran pendaftaran
Pn. Zarina bt. Zainal
- bekerjasama dengan AJK
Abidin
penempatan
- menguruskan penempatan
khemah pelajar
Penempatan
2 Pn. Ruzita binti Abdullah - memastikan proses
Perkhemahan
penempatan pelajar
lancar.
- menguruskan disiplin dari
awal hingga akhir dalam
keadaan baik.
- Memastikan perkhemahan
Keselamatan dan
3 Pn. Azura bt. Draman berjalan dengan suasana
disiplin
harmoni.
- Membuat rondaan malam
- Melantik AJK berkaitan

Pn. Siti Roha bt. Haris - memastikan pengagihan


En. Zulkornain bin makanan berjalan lancer
4. Makanan
Zainuddin - melantik di kalangan ahli
Pn. Juraidah bt. Jamhari menyediakan makanan
- memastikan kebersihan
surau, tapak perkhemahan
5 Kebersihan Pn. Hjh. Shirine bt. Shafie dan sekitarnya dalam
keadaan baik di sepanjang
perkhemahan.
- memastikan nama pelajar
mengikut kad pengenalan.
- Menaip nama pelajar
Pn. Azma Shakirah bt.
6 Sijil dengan betul.
Mohd. Fauzi
- Menguruskan majlis
penyampaian sijil di akhir
perkhemahan.
- Memastikan dokumentasi
disediakan di akhir
Buku program / Pn. Nurizan bt. Mohamed perkhemahan.
7
dokumentasi Anwar - Menyediakan ‘pamplet’
mudah berkaitan
perkhemahan.
- Menyediakan kain rentang
Pn. Siti Safiah bt. sebagai publisiti selewat-
8 Kain rentang
Sulaiman lewatnya seminggu
sebelum perkhemahan.
En. Mohd. Rafizi bin - Melantik jurulatih
Rafie - Memastikan setiap stesen
En. Azizuddin bin ada jurulatih atau pegawai
Zainuddin bertugas
9 Aktiviti Pn. Salina bt. Mohd. - Memastikan semua
Yatim aktiviti berjalan lancar.
Tn. Hj. Rohaizad bin
Mokhtar

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Sumber Kewangan

1. Pendaftaran Peserta RM10.00 x 80 = RM800


2. Sumbangan sekolah RM200 = RM200
========
JUMLAH RM1,000

Anggaran Kos

1. Makan malam/tgh RM3 x 90 x 2 kali = RM540


Sarapan pagi RM2 x 90 x 1 kali = RM180
Minum petang RM1 x 90 x 1 kali = RM90
2. Sijil dan hadiah RM1 x 90 = RM90
3. Perbelanjaan runcit RM100 = RM100
===========
JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000
TENTATIF PROGRAM

HARI/MASA AKTIVITI CATATAN


Pembahagian
Pendaftaran Patrol mengikut
JUMAAT
Taklimat perkhemahan jantina.
Mendirikan khemah
1400
Pembahagian patrol

Solat Asar berjemaah


1645
Perhimpunan Patrol
Upacara Naik Bendera
- Negaraku
1700 - Lagu Negeri selangor
- Doa
- Taklimat Kem Komandan

1900 Makan Malam AJK Makanan


Persiapan diri Kuliah bertajuk
Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Moral “Tanggungjawab
Tazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa Murni Seorang Ahli
1920 – 2100
Solat Isyak berjemaah pengakap” oleh
Tn. Hj. Rohaizad
bin Mokhtar.
Kembara Malam
- lagu pengakap
2100
- tepuk pengakap

Selamat Malam Bestari


2300

SABTU
Persiapan diri
Solat Subuh berjemaah
0500
Selamat pagi Bestari
0700 - kawad tongkat
- lawatan ke tapak perkhemahan
0800 Sarapan pagi
- Upacara naik bendera
- Negaraku
- Negeri Selangor
- Doa

Base 1 AJK Makanan


Ceramah pencegahan kebakaran oleh Bomba dan sila sediakan
Penyelamat, Kula Kubu Bharu. minum dan
makan tengah
Base 2 hari kepada
0930 – 1230
Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan petugas luar.

Base 3
Persatuan Bulan Sabit Merah – teknik merawat
luka kecil & CPR

Makan tengah hari AJK makanan


1230 - Solat Zohor berjemaah Solat di surau

AKTIVITI Setiap stesen


dihadkan kepada
Base 1 : Permainan Kecil 20 minit sahaja.
Wisel akan
Base 2 : Lagu-lagu Pengakap dibunyikan untuk
Patrol bergerak
1430 - 1630 Base 3 : Simpulan dan Ikatan ke stesen
berikutnya.
Base 4 : Pertolongan Cemas

Base 5 : Kawad Tongkat / statik

Base 6 : Undang-undang Pengakap

Minum petang
- Istiadat turun bendera Patrol bertugas
- Lipat khemah
1630 – 1700
- Khidmat masyarakat AJK Sijil
- Upacara penutup / penyerahan sijil

BERSURAI
1700
Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan

1. Khemah (jika ada)


2. Sepasang uniform pengakap lengkap
3. Pakaian Solat (muslim)
4. Baju T
5. Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan)
6. Berus gigi
7. Sabun mandi
8. Tuala mandi
9. Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik)
10. Seluar sukan
11. Stokin
12. Buku log
13. Alatulis
14. Pinggan
15. Cawan
16. Kain lap (untuk lap khemah)
17. Telur ayam 4 biji
18. Beras satu cawan
19. Sardin Cap Ayam saiz besar
20. Susu pekat manis – 1 tin
21. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak
pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu
malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG
sama sekali.
UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.

2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali

jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai

bertugas pada waktu tersebut.

3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan

sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas.

4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip

yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri

akan mengakibatkan kebakaran.

6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan

kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.

7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya

terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali

melakukan aktiviti kecuali senaman pagi.

9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama

seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang

tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/10/02/03


Ruj. Tuan :
Tarikh : 23 Mac 2010

Kepada :
Semua ibu/bapa/penjaga,
Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu

Tuan / Puan,

PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut :

2.1 Tarikh : 9 & 10 April (Jumaat & Sabtu)


2.2 Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
2.3 Pedaftaran : 3.00 petang 13 Mac (Jumaat)
2.4 Waktu balik : 5.00 petang 14 Mac (Sabtu)
2.5 Sumbangan : RM10 seorang (Sijil & Pengurusan)

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana
kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik
darjah yang dirancang.

4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta
kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan pada atau sebelum 8 April 2010. Segala pertanyaan sila
hubungi beliau di talian 019-266 4635.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MAZMIN BIN MOHD.)
Pengetua,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG


2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail
Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya bernama ___________________________________________________


(Nama Bapa / Penjaga)
beralamat

_______________________________________________________________________
(Alamat)
memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________
(Nama Anak .)

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________

dalam Tingkatan __________ untuk menyertai Perkhemahan Kepandaian Pengakap


(Nama tempat)

Di SMK Kuala Kubu Bharu 9 & 10 April 2010


____________________ bertarikh ____________________________

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap


bertujuan _________________________________________________________ yang
dianjurkan

oleh pihak SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di
atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan
Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa
ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan
pergi dan balik dari aktiviti tersebut.
Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk
menjamin keselamatan anak saya.

Pengakuan dibuat oleh: Saksi

........................................
(Tanda tangan) (Tanda tangan)

........................................ .......................................
(Nama) (Nama)
.

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB /PGK/10/02/01


Ruj. Tuan :
Tarikh : 16 Mac 2010

Kepada :
Pusat Latihan Bomba,
Kuala Kubu Bharu,
44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Latihan Memadam Kebakaran

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan sesi pembelajaran latihan memadam kebakaran mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010(Sabtu)


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat memberikan
sedikit sebanyak tunjuk ajar berkaitan pencegahan kebakaran dan teknik menggunakan alat pemadam api atau
apa-apa yang difikirkan sesuai oleh pihak Tuan.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MAZMIN BINTI MOHD.)
Pengetua,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,
1. Yang di-Pertua, PIBG
2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/02


Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada :
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,
44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan
perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 9 April 2010 (Jumaat – Sabtu).


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu.
Masa : Sepenuh Masa.
Peserta : 80 orang dan 20 orang guru/pembantu.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat membuat semburan
” Fogging ” di kawasan sekolah sebelum perkhemahan tersebut berlangsung.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MAZMIN BINTI MOHD.)
Pengetua Kanan,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,
1. Yang di-Pertua, PIBG
2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/04


Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada,

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,


Cawangan Kuala Kubu Bharu,
Hulu Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LATIHAN RAWATAN KECEMASAN

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan Latihan mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan agar dapat mengadakan
ceramah berkaitan rawatan kecemasan atau CPR kepada peserta terlibat.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MAZMIN BINTI MOHD.)
Pengetua,
SMK Kuala Kubu Bharu.
s.k.,
1. Yang di-Pertua, PIBG
2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/06


Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada,

Agensi Anti Dadah Kebangsaan,


Cawangan Kuala Kubu Bharu,
Hulu Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN CERAMAH ANTI DADAH

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mendengar
ceramah anti dadah mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 pagi
Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan agar dapat mengadakan
ceramah berkaitan dengan pencegahan penagihan dadah kepada peserta terlibat.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(MAZMIN BINTI MOHD.)
Pengetua Kanan,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,
1. Yang di-Pertua, PIBG
2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail