Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengacara majlis.

Assalamualaikum waramatullahibarakatuh dan selamat pagi.


Yang berusaha,
En. Rasedy bin Baba, guru besar sk tanjung puteri,
Yang Dihormati,
Pn. Hafsah binti Md. Onn, guru penolong kanan pentadbiran,
En. Hj. Anwar bin Yahya, guru penolong kanan hal ehwal murid,
Pn. Hjh Shamsiah binti Jeri, guru penolong kanan kokurikulum
barisan ketua panitia
rakan-rakan guru
pemimpin pelajar,
barisan pengawas
serta yang dikasihi anak-anak didik yang dirahmati Allah selalu hendaknya.
Dipagi yang indah ini,marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi keizinan dan diberi
peluang oleh-nya untuk hidup di alam miliknya jua.
Terlebih dahulu cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir pada hari ini.
sanggup bangun awal dan bersiap diri ke sekolah adalah juga satu pergorbanan dan perjuangan
demi masa depan diri dan keluarga kamu sekalian.
Berikut adalah laporan sepanjang cikgu dan rakan-rakan guru kami bertugas.
a) Secara keseluruhannya persekolahan berjalan seperti mana yang dirancang. Disiplin
berada dalam keadaan terkawal. Tidak ramai yang datang lewat ke sekolah namun pelajar yang
selalu lewat ke sekolah pula adalah pelajar yang sama setiap hari. Justeru itu, cikgu memohon agar
pelajar yang selalu datang lewat ke sekolah ini akan berusaha hari demi hari untuk hadir awal ke
sekolah.

Begitu juga pelajar yang masih tidak memakai tali leher,stokin dan sebagainya.cikgu masih
berfikiran positif pada kamu sekalian walupun terkadang alasan yang diberikan semestinya
tidak logik dan masuk akal.
Cuma cikgu nak tegaskan di sini kekemasan ,penampilan seseorang melambangkan sisi
kehidupanya.bukan baru dan cantik yang dilihat tetapi bagaimana kamu mengaplikasinya
dalam kehidupan.
Lumrah kehidupan di mana-mana pun kita terikat dengan peraturan,sesiapa yang boleh
mengikut peraturan ,dialah insan yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
b) Semasa guru bertugas meronda didapati ramai murid yang masih tidak pandai mengisi
masa lapang dengan membaca buku dan menyiapkan kerja rumah sama ada sebelum
perhimpunan pagi, semasa peredaran guru dan semasa rehat. Hanya segelintir pelajar
sahaja yang membawa buku untuk dibaca semasa berada di kantin. Syabas diucapkan
kepada segelintir pelajar ini dan diharap tabiat seperti ini terus diamalkan oleh murid semua.
c) Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkahlaku yang baik seperti
memberi salam dan ucap selamat kepada guru-guru yang berselisih dengan mereka. Amalan

mulia ini dapat diteruskan dan dipanjangkan kepada rakan-rakan dan juga pelawat-pelawat
yang datang ke sekolah.
Namun begitu cikgu ada beberapa perkara yang ingin dinyatakan dan minta semua pelajar
mengambil perhatian ye.
d) Sikap segelintir murid lelaki yang suka berlari-lari di dalam kelas dan ketika menaiki
tangga. Andainya terjatuh atau tersungkur, ini akan memudratkan semua pihak.kalau boleh
hentika perbuatan ini,pelajar semua bukan lagi berada di sekolah rendah..
e) Semua murid perlu peka dengan persekitaran sama ada di kawasan kantin dan juga
kelas supaya dapat memastikan ianya bersih sebelum belajar.Buang sampah ditempat yang
sepatutnya.dan pastikan sampah yang berada di dalam bakul sampah di dalam kelas itu di
buang.Masih banyak kelas yang membiarkan sampah bertaburan dan membiarkan sampah
begitu sahaja.
Sebelum balik pastikan suis kipas dan lampu telah ditutup.semasa rondaan sebelum
balik terdapat beberapa kelas yang terlupa berbuat demikian .ini adalah salah satu
pembaziran yang kamu tidak nampak. Justeru ,selepas ini setiap warga di dalam setiap
kelas apabila masa terakhir ,fikirkan beberapa perkara sebelum pulang.tutup suis lampu dan
kipas,tingkap dan pintu ditutup.kalau boleh kuncikan kelas tu.dan jangan sesekali tinggalkan
buku teks dan buku latihan di dalam meja kamu. Banyak kelas yang cikgu masuk dan bila
cikgu angkat meja ..ada buku teks dan peralatan yang ditinggalkan.cikgu bimbang buku dan
peralatan itu hilang dicuri dan sebagainya.
f) kebersihan blok dan tandas semuanya berada dalam keadaan baik .
Secara keseluruhan cikgu rumuskan di sini,pelajar-pelajar
CIKGU RASA HANYA SETAKAT ITU SAHAJA LAPORAN KAMI GURU BERTUGAS PADA
MINGGU LEPAS.JIKA ELOK ITULAH ANUGERAH DARI ALLAH SWT BERIKAN,JIKA
DISEBALIKNYA ITULAH KELEMAHAN YANG YANG ADA PADA KAMI CIKGU-CIKGU.
CIKGU TINGGALKAN DENGAN KATA-KATA
HIdup akan lebih tenang dan ceria sekiranya kita lebih memikirkan dan berusaha untuk
mengubah diri berbanding mengubah orang lain.
Wassalam

Anda mungkin juga menyukai