Anda di halaman 1dari 5

Koleksi Teki-Teki Hiburan Bahasa Permainan Minda.

Haiwan apakah yang paling tidak sopan?


Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam,
sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di
sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah
kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur
memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti.
Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba
hitam itu?
Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris, Kang adalah
perkataan Jawa.
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Penguin
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu
berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
semua stokin tersebut?
Stokin tu basah lah.

Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila
dipanaskan?
Telur
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Tengahnya tidak dimakan.
Kuih Donut
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam,

Apa tu?
Anak mancis daaa.
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada
rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa
paling besar?
Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal.. ha.. ha.. ha..
Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh
TELEKOM
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6
ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh
kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan
menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan
buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Pengail yang dapat ikan.
Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Orang naik beca semasa hujan
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita
jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Tapak kaki kitalah.
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan
profesor dibahagian depan?
Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir
untuk masa depan.
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!


Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan
dengan kepintarannya?
Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang
buta.
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok
nampak apa?
Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah
dan
Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila
dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh
kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Aku berjalan secara mengundur!
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah,
kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Spedometer bas lah
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!
Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka

ayam menjadi apa?


Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri
yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran
Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah
bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah.
Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat
tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada..
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Buang tebiat
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang
tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Batang hidung engkaulah!
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan
mulutnya juga di kepala?
Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang!
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan
bila tua pula berkaki 3?
Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan
bila tua bertongkat.
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah

dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah
separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia
bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah.
Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Sebab anak dia tu perempuan
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Pemandunya lah yang mati.. kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar..
mati lah orang tu, kan-kan?
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu
bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi,
aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Pisang Goreng
Apakah haiwan yang berkaki 3?
Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin
namanya YAMAHMUD.
Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Read more: http://pseudosupra.blogspot.com/2012/12/koleksi-teki-tekihiburan-bahasa.html#ixzz3nH4FFIdz

Anda mungkin juga menyukai