Anda di halaman 1dari 2

SULIT

2611/2
Pendidikan Seni Visual
Kertas 2
Seni Halus
2 Jam 30 minit

SMK SEREMBAN JAYA


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
TINGKATAN 5
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KERTAS 2 (SENI HALUS)
Masa : 2 jam 30 minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
2.

Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.


Tulis dengan terang Nama, Tingkatan , Nombor
soalan dan Markah di sudut kanan sebelah atas
muka hadapan kertas lukisan anda.

Disediakan Oleh

Disahkan oleh,

...................................
(Norizan binti Zuaini)
P. Ketua Panitia PSV

....................................
( Saudah binti Basir )
K. Bidang Sains Sosial

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak


[Lihat sebelah
SULIT
Pilih satu soalan sahaja
1.Selepas musim buah-buahan, pertandingan bermain gasing mula diadakan di sebuah

perkampungan berhampiran pinggir pantai. Beberapa orang peserta yang berpakaian


tradisional sedang beraksi di gelanggang. Kelihatan beberapa buah gasing yang sudah
dilontarkan sedang berpusing di gelanggang.
Lukiskan suasana menarik tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk,
warna,
jalinan , ruang dan pergerakan.
2.Anda berada di sebuah restoran makanan laut yang dibina terapung di sebuah pantai.
Suasana persekitarannya sungguh cantik. Lautnya membiru dan udaranya nyaman.
Kedengaran deruan ombak menghempas pantai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Di sebelah restoran, daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup bayu petang. Jauh
kelihatan beberapa buah sampan terdampar di muara sungai. Anda sedang
menghabiskan waktu petang dengan menyaksikan matahari terbenam.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada panorama alam
semula jadi serta warna dan pergerakan.
3.

Pesta pantai berlangsung dengan meriah di sebuah pantai. Pantai itu begitu sesak
dikunjungi orang. Pelbagai acara seperti pertunjukan sukan air, pesta makanan
tempatan dan persembahan pentas. Kelihatan sorakan para pengunjung yang menonton
persembahan pentas.
Lukis keadaan itu dengan memberi penekanan dari segi ruang depan, tengah dan
belakang

4.

Disatu majlis keraian perkahwinan, kelihatan beberapa orang tetamu sedang


mengambil gambar bersama pengantin.
Lukis situasi yang meriah itu dengan memberi penekanan dari segi warna dan
ruang.
5.

Dihujung sebuah taman rekreasi sungai,kelihatan beberapa rimbun pokok bunga


yang sedang berbunga dengan lebatnya.
Lukis lanskap tersebut dengan menentukan perspektif dan warna objek.

6.

Sekumpulan pengembara sedang mendirikan khemah di pinggir hutan. Beberapa


khemah telah siap didirikan. Lukiskan suasana tersebut dengan mengambil kira
ketepatan rupa dan bentuk setiap objek.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai