Anda di halaman 1dari 15

POLITEKNIK

PENGENALAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh keluarga baginda serta para sahabat.
Sebahagian dari peralatan sains teknologi dan kejuruteraan (STK) pada hari ini adalah
dibenarkan dalam Islam. Ia member impak yang besar dalam dunia pembangunan masa kini.
Penggunaan peralatan STK masa kini seolah-olah merupakan satu kemestian dalam dunia
pembangunan. Namun, ada sebahagian peralatan STK masa kini tidak dibenarkan dari sudut
pandangan Islam.
Hasil kerja ini akan membincangkan mengenai aplikasi sains dan teknologi yang
digunakan dalam transaksi muamalah Islam pada masa kini dan sejauhmana aplikasi sedemikian
memenuhi justifikasi syarak dalam konteks Undang-undang Kontrak Islam. Bagi membuktikan
hal ini, rujukan telah dibuat kepada elemen-elemen utama dalam pembentukan akad itu
sendiri. Hasil kerja ini dimulakan dengan gambaran secara ringkas mengenai aplikasi sains dan
teknologi dalam urusan kejuruteraan muamalah Islam. Seterusnya perbincangan akan
menumpukan
kepada rukun-rukun akad mengikut perspektif Undang-undang Kontrak Islam dan sejauhmana
2

serta bagaimana ia diambil kira dalam transaksi muamalah dalam perkembangan sains dan
teknologi
hari ini.

Oleh itu,perkara yang perlu diambil kira tentang isu ini ialah contoh peralatan dan sebab
dibenarkan penggunaannya dalam hidup seharian. Hal ini demikian kerana antara peralatan STK
ini mempunyai impak dan kebaikannya yang tersendiri kepada individu, masyarakat dan alam
ciptaanNya.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah bagi mendapatkan input-input penting tentang tahaptahap penggunaan peralatan STK moden yang dibenarkan dalam syariat Islam.

Melalui kajian ini juga terdapat senarai mengenai beberapa impak positif dan negatif yang
telah dikenal pasti semasa kajian dijalankan mengenai peralatan STK. Kajian ini juga bakal
mendedahkan pelbagai peralatan yang telah digunakan dalam tujuan pembinaan.

Kajian ini juga mendedahkan impak atau kesan terhadap individu, masyarakat dan alam
apabila penggunaan peralatan STK yang tidak berlandaskan hukum Islam, yang membawa
kepada kemudaratan semua isi alam ciptaanNya.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini telah berlangsung dalam masa 8 minggu untuk disiapkan bermula pada 21
Disember 2012 hingga 22 Februari 2013. Masa yang diberi telah kami hargai dengan sebaiknya
dengan mengumpul maklumat-matlumat atau data-data yang boleh ambil dan diaplikasikannya
dalam diri untuk masa hadapan. Kajian ini sedikit sebanyak member impak atau kesedaran
kepada kita akan pentingnya kehidupan yang mengikuti landasan Islam yang liberal.

Antara sumber yang kami dapatkan adalah dari buku-buku ilmiah, internet dan hasil temu
bual dengan beberapa responden mengenai isu ini.

ULASAN ISI
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN MODEN

Dato Dr. Sidik Baba (1997) mendefinisikan teknologi sebagai suatu aspek penghasilan sains
yang sifatnya memudahkan sesuatu. Sekiranya ia dihasilkan dengan niat yang baik dan
digunakan dengan betul maka ia boleh mensejahterakan hidup manusia. Islam tidak menolak
sebarang bentuk teknologi dan apa juga bentuk kemodenan selagi tidak bercanggah dengan
ajarannya. Al-Quran malah memberitakan bahawa manusia adalah khalifah di atas muka bumi
dan Allah menempatkan posisi alam ini untuk digunakan oleh manusia dengan usaha-usahanya
yang baik. Firman Allah (al-Baqarah 2: 29) yang bermaksud: Allah yang menjadikan semua
yang ada di bumi untuk kamu (manusia).Dalam ayat yang lain (Ibrahim 14: 70).
Allah menegaskan yang maksudnya; Allah telah menciptakan langit, bumi dan menurunkan air
hujan dari langit, kemudian air hujan itu menumbuhkan berbagai-bagai buah-buahan menjadi
rezeki untukmu, dan dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan
dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terusmenerus tersebar dalam orbit dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah
memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tidaklah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya
manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.

Kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang material, sebagai hasil daripada
perkembangan teknologi moden tidak boleh dihukumkan sama sekali. Hal ini demikian kerana
teknologi adalah sesuatu yang bersifat bebas nilai. Dalam perspektif yang mudah
difahami,kecanggihan teknologi akan memberi manfaat kepada manusia jika digunakan dengan
cara yang betul. Kepesatan pembangunan sains teknologi dan kejuruteraan telah memudahkan
kehidupan manusia. Justeru, usaha-usaha mempergiatkan aktiviti sains teknologi dan
kejuruteraan semakin hari semakin mendapat sambutan di seluruh dunia.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

Rekacipta peralatan rmerupakan alatan yang baru dibina atau melalui proses
untuk menbuat dan mencipta objek baru. Kewujudan rekacipta ini juga bertujuan untuk
memudahkan pekerjaan harian manusia. Proses rekacipta berasaskan kepada
gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep
ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti
pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam
bentuk prototaip atau model. Rekacipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau
diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Rekacipta merangkumi bidang-bidang
seperti grafik, rekabentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, rekabentuk bangunan atau landskap dan ukiran.

HUKUM PENGGUNAAN

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran menyeru supaya manusia mengkaji dan meneliti
fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu
tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang dicipta Allah s.w.t.
tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah
s.w.t. untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia
dengan Tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.
Allah berfirman yang bermaksud:Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan
untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin. (Surah Luqman: 20)

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM

Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati
terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep
Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun).
Dalam Islam al Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan
mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud
bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem
keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di
dalam kedudukan tersebut.

Kincir air Nabi Yusuf a.s


CONTOH DAN SEBAB
Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami
bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan
momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip
kesetaraan digunakan pada cas elektrik.
Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan,
sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih
lagi dapat dirasai hingga ke hari ini.
Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah
alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain.
2

Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini
mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis
pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan,
manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.

TOKOH KEJURUTERAAN
Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al
Jazari dan Taqi al Din. Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan
menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah
dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi
roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai
tersebut.
Sementara Taqi al Din pula di dalam kitabnya, menerangkan alat mengepam air dengan
menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan
juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah
digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan
mengepam air ke atas.
Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan
bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung,
menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik
yang boleh mengisi bejananya sendiri.

SUMBANGAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap
perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya. Teknologi bangunan yang
mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam
yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di
Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M.

Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan
jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang
berbilang-bilang atau bersegmen.

Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya,
ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan
yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air
disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz
ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km,
dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan
darat.
Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan
dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke
anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air
bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di
antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh
seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk
mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan
penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.
Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh juruterajurutera Islam pada masa lampau.

FAKTOR PENEMUAN BARU TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM


Terdapat beberapa faktor yang menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam
terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh
Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi
pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5,
yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan
kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh
orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu
2

perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring
dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang
tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga
ahli-ahli saintis dan sarjana-sarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu
dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan
dimanfaatkan.

Kincir angin

Tenaga suria

RUMUSAN
Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan
kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains
dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan
sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah S.W.T..
Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat
dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.
NILAI
Antara nilai-nilai murni yang terdapat ialah menguruskan teknologi dengan sebaiknya. Di
sini, kelebihan teknologi seharusnya digunakan sebaik mungkin tanpa merosakkannya atau alam
sekitar. Sebagai contoh, pendingin hawa yang sepatutnya hanya di hidupkan ketika perlu sahaja
dan dalam kadar suhu yang sederhana. Teknologi hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Hal ini
demikian kerana kewujudannya bukan sahaja bermanfaat bahkan beriringan dengannya
keburukan jika tidak diurus dan digunakan dengan cara yang betul dan cekap
Selain itu, kepelbagaian maklumat dan aplikasi yang boleh dicapai dengan hanya satu klik
di hadapan komputer akan membawa musibah jika disalahgunakan. Justeru, manusia seharusnya
bijak ketika memilih laman-laman web. Pemilihan perlu diutamakan kepada laman web yang
dapat memberikan info yang bermanfaat dan mengelakkan daripada menjelajahi laman-laman
yang berunsur negatif seperti keganasan,perkauman, seks, ajaran sesat, dan sebagainya.
Kesedaran ini perlu bagi memastikan hanya laman-laman web dan maklumat yang bermanfaat
sahaja diakses bagi mengelakkan berlakunya pembaziran masa. Ringkasnya, dalam apa jua
perbuatan atau kegiatan seharian, manusia sepatutnya menggunakan dan memanfaatkan
teknologi dengan cara yang berhemah.
Islam Sarjana-sarjana Islam berpendapat bahawa teknologi alternatif perlu diperolehi bagi
mengelakkan kesan-kesan pencemaran terhadap budaya dan cara hidup Islam yang murni.
Misalnya, K.D. Sharma dan M. A. Qureshi berhujah bahawa idea tentang teknologi alternative
adalah berdasarkan pemilihan teknologi daripada satu set teknologi yang tersedia untuk
menghasilkan barangan dan komoditi bagi memenuhi keperluan semua.

PENGAJARAN

Pengajaran yang terdapat dalam kajian ini ialah janganlah kita cuai dengan perintah agama.
Kebanyakkan manusia pada zaman ini terlalu cuai dan taksub terhadap kepentingan sendiri tanpa
menyedari perbuatannya akan membinasakan diri, masyarakat dan alam ciptaanNya. Namun,
kekayaan itu bukanlah sesuatu yang dianggap penting kerana semua manusia mempunyai
kekayaan yang sama.Sebagai contoh, Allah telah menciptakan seseorang manusia itu dengan
rezeki yang berlainan. Hikmah kejadian itu adalah untuk menunjukkan setiap rezeki yang
diciptakan Allah kelebihannya yang tersendiri dan tak perlu disia-siakan.
Pengajaran yang seterusnya ialah, kita perlulah bersyukur dengan apa yang telah Allah
kurniakan kepada kita sejak azali lagi. Allah telah menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik
kejadian. Allah memberi kita satu kelebihan yang tiada pada makhluk lain iaitu kelebihan akal.
Akal dikurniakan untuk kita berfikir secara rasional sama ada memusnahkan ciptaanNya adalah
satu tindakan yang rasional atau tidak. Oleh itu, kita seharusnya menghargai dengan apa yang
Allah berikan kepada kita.
Selain itu, pengajaran seterusnya adalah tidak riak dan takabur. Kita sebagai umat Islam
tidak seharusnya riak dan takabur kerana riak dan takabur atau lebih mudah difahami dengan
istilah tinggi diri adalah layak bagi Allah SWT sahaja. Hal ini demikian kerana, sifat tersebut
layak bagiNya untuk menunjukkan kekuasaanNya tiada siapa yang boleh tandingi. Oleh itu,
tidak layak bagi kita untuk merasa riak dan takabur kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang riak dan takabur. Ironinya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya merosakkan
ciptaan Allah untuk tujuan ingin mengejar keduniaan kerana itu dapat menjadikan kita alpa
terhadap perintah dan hokum dariNya.
Di samping itu, kita juga hendaklah menjaga dengan apa yang telah Allah kurniakan
kepada kita. Hal ini demikian kerana,ia boleh menjuruskan seseorang itu ke arah bersyukur
kepada Allah. Kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam lubang
kehinaan disebabkan terlalu taksub terhadap pekerjaan yang datangnya daripada amalan yang
dilarang oleh syariat dan dimurkai Allah. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah sentiasa
menjaga apa yang Allah telah kurniakan terhadap kita kerana Allah suka orang yang menjadi
khalifah dan bersyukur.

Akhir sekali, pengajaran yang dapat kita perolehi juga adalah, kita hendaklah
memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang telah melanggar
syariatNya. Sebagai contoh, kita memusnahkan alam sekitar hanya kerana kepentingan diri
sendiri sedangkan kita tidak sedar bahawa kita telah bersekutu dengan syaitan laknatullah. Maka
dengan itu, kita seharusnya bertaubat kepada Allah SWT kerana pintu taubat sentiasa terbuka
untuk hambaNya yang inginkan keampunan.
Akhir kalam, kita sebagai umat manusia yang beragama Islam hendaklah sentiasa
ingat dan patuh akan syariat yang telah ditetapkan oleh agama kerana kemewahan di dunia
hanyalah sementara sedangkan kemewahan abadi terletak pada hati yang sentiasa ingat pada
Penciptanya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kajian kami, penggunaan peralatan STK , jika digunakan
sebaik mungkin pasti mendapat kebaikan dan keredaanNya .Sebaliknya jika disalah gunakan
akan menjadikan pemusnah ke atas alam ciptaanNya.Selain itu kita juga hendaklah mengkaji
atau meneliti hasil sumbangan tokoh-tokoh yang terdahulu untuk menjadikan tamadun islam
tidak di pandang remeh oleh orang yang bukan islam

Teknologi barat telah banyak mewarnai budaya dan tamadun umat Islam. Walaupun Islam
sebenarnya mempunyai tamadunnya sendiri yang unggul, tetapi keruntuhan tamadun Islam dan
penjajahan oleh dunia barat telah menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan terkebelakang dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk teknologi. Akibatnya, umat Islam menadah tangan untuk
menerima teknologi asing tanpa berupaya melakukan ubahsuaian yang membawa bersama-samanya
ideologi kepakaran. Satu pendekatan yang konkrit dan bersepadu perlu difikirkan oleh dunia Islam untuk
meminimumkan kesan pemindahan teknologi asing ke atas keutuhan budaya Islam yang murni serta
memunculkan dunia Islam dengan teknologi yang ditandai dengan roh dan jiwa Islam. .

Selain itu, kami juga dapat menyimpulkan bahawa banyak penyalahgunaan peralatan
STK pada masa kini. Kajian kami dijalankan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai.
Akhir sekali, hasil kajian kami mendapati bahawa penggunaan peralatan STK kebanyakkannya
tidak mengikut Islam di samping dapat memberi mudarat kepada si pengguna,masyarakat dan
alam ciptaanNya.

RUJUKAN
BUKU

KITAB AL-QURAN
(al-Baqarah 2: 29)
(Surah Luqman: 20)
Quran dan Terjemahannya.Abdul Hadi
Awang. (2009).
Ensiklopedia Sirah Jilid I. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa danPustaka.Al-Azhari


Basri Ibrahim. (2003). Salah Faham
terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir.
( Buku Teks T4 Teknologi Kejuruteraan )

INTERNET

APA ITU TEKNOLOGI

TEMUBUAL

KEJURUTERAAN?
WAN MOHD
TARMIMI BIN
WAN

MAHMOOD
MOHD AZRI

BIN YAHAYA
MOHD FAISAL
BIN MOKHTAR

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

Anda mungkin juga menyukai