Anda di halaman 1dari 4

Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA


A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu
penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau
situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan
Malaysia dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan
Malaysia dan sering ke luar negara.
Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
B. Kesalahan tatabahasa:
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan
hukum tatabahasa.
Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di
Semenanjung Malaysia.
Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di
Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.
Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM


1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan
imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan
imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih
3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah
4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)

Surat itu telah kami hantar. (betul)


b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
9 Penggunaan kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan


sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana
penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat
perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis
surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut
alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat
telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lainlain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

LATIHAN
1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?
tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel
tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil
jualan pisang goreng yang dia buat.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai
pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di
atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan
menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat
sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di
negara itu.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja


semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang
sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke
negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik
ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada
pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling
potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka
sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya
ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,
akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di
muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak


permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak
dari luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada
malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air
yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan
penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri
daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya
meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada
tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada
kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di
situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak
bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu
mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan
Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada
borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada
pengurusnya.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek
seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi
membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang
ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan
dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara
dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah
lagi.
33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk
mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi
mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu
terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan
penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan
disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar
mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih
terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah
disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat


keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan


jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam
juga.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak


berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah
mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu
runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk
mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di
negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama
memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di
negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah
menggunakan khidmat pos segera.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan
tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat
supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu
hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan
keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap
yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia
sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini
untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai