Anda di halaman 1dari 1

Tuan,

Bantahan Tempat Pengumpulan Buah Kelapa Sawit di Tepi Sungai Kanarom, Kampung
Sunsui Kota Marudu.
Perkara tersebut di atas dikemukakan kepada pihak tuan untuk diberikan tindakan selanjutnya.
2.
3.

Badan JKKK Kg. Sunsui , Kota Marudu telah bermesyuarat pada . dan telah
membuat keputusan untuk membantah pengumpulan buah kelapa sawit di Tepi Sungai Kanarom
Kg. Sunsui.
Bantahan ini telah dibuat setelah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:
3.1.
Sisa buah kelapa sawit yang ada di lokasi pengumpulan tersebut akan memberikan
kesan buruk kepada sungai iaitu menjadi punca pencemaran air sungai dan sekaligus akan
memusnahkan hidupan dalam sungai tersebut. Tambahan pula ini tidak mustahil akan memberikan
kesan buruk kepada para pengguna sungai tersebut di bahagian hilir. Oleh sebab yang demikian,
keadaan ini amat bercanggah dengan pencegahan keindahan dan kebersihan alam semulajadi.
3.2.
Sisa tandan kelapa sawit yang dibakar sama ada pada waktu siang atau malam telah
menimbulkan gangguan kebersihan udara di kawasan kampung. Para penduduk terseksa dengan
bau busuk asap hasil daripada aktiviti pembakaran tersebut. Keadaan sedemikian telah
mencemarkan kebersihan udara. Jika keadaan ini masih berterusan sudah pasti para penduduk
khususnya kepada mereka yang tidak stabil kesihatannya akan menghadapi nasib yang lebih buruk
lagi.
3.3.

4.

Jika ada alasan-alasan yang difikirkan perlu dinyatakan.

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah dinyatakan tersebut di atas maka kami memohon
agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan perkara ini. Segala
perhatian dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian dan terima kasih.


BUDAYA PRIHATIN MENJAYAKAN WAWASAN

Anda mungkin juga menyukai