Anda di halaman 1dari 31

PENDAHULUAN

Sekiranya ditanya mengenai peristiwa 13 Mei 1969 pastinya ramai pihak


mengatakan isu itu sangat sensitif untuk dibahaskan secara umum atas alasan berbau
perkauman. Buku rasmi mengenai peristiwa ini telah diterbitkan oleh Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. 1 Walaupun isu 13 Mei
1969 dikatakan isu sensitif , tetapi ianya tidak wajar ditutup daripada dibahaskan secara
terbuka. Pada ketika itu tampok pemerintahan Malaysia berada ditangan Tunku Abdul
Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Malaysia pada ketika itu sedang berhadapan dengan masalah perkauman yang
sangat rumit dan sensitif. Setiap individu pastinya mempunyai cara dan pendapat yang
berbeza dalam menilai mengenai punca dan siapakah yang bertanggungjawab
mengakibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei tersebut. Hal ini kerana, semua pandangan
yang diutarakan biasanya bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan juga
disebabkan oleh kepentingan peribadi individu tersebut. Tugasan pada kali ini cuba untuk
merungkai apakah punca dan siapakah yang bertanggungjawab terjadinya peristiwa 13
Mei 1969 ini?

ISI-ISI
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai punca dan siapakah
yang sebenarnya bertanggungjawab mengakibatkan berlakunya peristiwa berdarah ini
adalah lebih elok kita melihat keadaan serta merta dan jangka panjang mengikut versi
kerajaan yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Keadaan serta merta terjadinya
1

Dikatakan bahawa Tunku Abdul Rahman membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 16 Mei
1969 dengan jumlah ahli seramai sepuluh orang yang bertujuan untuk menyelesaikan keadaan huru-hara
ketika itu.

peristiwa 13 Mei ini mengikut versi kerajaan berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya
10 Mei 19692 diketahui umum yang menyaksikan parti perikatan telah mendapat majoriti
undi yang kurang. walaupun undi yang diperolehi oleh mereka cukup bagi menubuhkan
kerajaan dan tanpa perwakilan dari MCA.3
Penyiasat rasmi peristiwa 13 Mei mendapati bahawa kempen pilihanraya 1969
yang berjalan selama tujuh minggu adalah terlalu lama dan kebebasan bercakap terlalu
bebas. Dengan kata lain emosi dan sentiment perkauman telah disuarakan dengan begitu
lantang.4 Bermula pada 11 Mei iaitu daripada tindakan parti DAP yang mengadakan
perarakan kemenangan tanpa permit daripada kerajaan. Dalam perarakan tersebut mereka
mengeluarkan kata-kata kesat seperti Mati Melayu 5 dan sebagai tindak balasnya orang
Melayu mengadakan perarakan meraikan kemenengan Dato Harun dari parti perikatan.
Selepas daripada tindakan tersebutlah berlakunya rusuhan antara orang Melayu dan
bukan Melayu yang menyaksikan mereka berbunuh-bunuhan sesama mereka.
Dalam versi kerajaan mengenai faktor jangka panjang terjadi peristiwa 13 Mei
adalah disebabkan oleh dasar yang diamalkan oleh British iaitu Dasar Pecah dan Perintah
semasa zaman pemerintahan mereka. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam bidang
ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Hal ini sekaligus menyebabkan wujud jurang yang
besar antara masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Misalnya dalam bidang
ekonomi masyarakat Melayu tidak berpuas hati mengenai ketidakseimbangan ekonomi

Perikatan telah hilang majority dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Dalam pilihanraya tersebut Pulau
Pinang telah jatuh ketangan Parti Gerakan dan Kelantan pula jatuh ke tangan PAS dan di Perak dan
Selangor Perikatan juga gagal memenangi kerusi majoriti.
3
Yusof Harun, Tunku: Idealisme dalam Kenangan, Pulau Pinang: Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, 1991,
hlm. 251.
4
Noor Azam, Persepsif 1969-1979, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 108.
5
Ada pihak yang mengatakan bahawa mati Melayu yang dimasukkan mereka ditujukan kepada UMNO.

yang telah lama wujud sejak zaman British masih berlaku walaupun Negara sudah
merdeka.

Orang Melayu tidak puas hati dengan nasib mereka kerana orang
Cina lebih kaya di Bandar. Orang Melayu hanya hidup miskin dalam negeri
yang kaya.6

Begitu juga dasar pecah dan perintah dalam bidang pendidikan yang di bawa
Bristish iaitu mengunakan empat aliran pendidikan seperti sekolah Melayu, Cina Tamil
dan Inggeris yang berbeza sukatan pelajaran. Ketidaksepakatan ini sampai ke
kemuncaknya iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Perkara ini dikatakan telah menyedarkan
semua pihak betapa jurang perbezaan sosial ekonomi merupakan asas dalam
permasalahan ini.7
Sebelum peristiwa 13 Mei kita seolah-olah ketiadaan satu tenaga
pengikat untuk menyatupadukan rakyat ( malah inilah yang menyebabkan
kejadian itu)8

Ancaman dari pihak komunis juga mengikut versi kerajaan (jangka panjang)
merupakan salah satu sebab berlakunya peristiwa tersebut. Mengikut Tunku Abdul
Rahman pihak komunis memang sejak awal lagi berusaha untuk mengacau-bilaukan
keamanan Negara. Mereka dikatakan gemar menggunakan isuisu sensitif untuk
menimbulkan suasana yang tegang.9 Pengaruh Komunis ini juga dikatakan bergerak

Chee Hock Thye, Masalah Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm.
34.
7
Malik Munip, Tuntutan Melayu, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1981, hlm. 53.
8
Ghazali Hamzah, Malaysia: Nilai Politik dan Budaya, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 180.
9
Menurut Tunku peristiwa 13 Mei secara akarnya disebabkan oleh cetusan pemuda-pemuda Cina
Komunis. Mereka ini dikatakan terlibat dengan perarakan mayat dan mengunakan cogan kata Darah Bayar
Darah. Seterusnya menyumbang kepada tercetusnya kekacuan 13 Mei ekoran tindakan Parti Gerakan
meraikan kemenangan mereka.

dengan berselindung di dalam parti-parti tertentu bagi mendapatkan sokongan orang


Cina.
Boleh dikatakan bahawa selama ini tidak ramai pihak yang mahu menyangkal
versi rasmi kerajaan iaitu mengenai punca dan dalang peristiwa 13 Mei ini. Namun begitu
terdapat beberapa buah buku yang menyangkal bahawa berlakunya peristiwa 13 Mei ini
bukan disebabkan oleh perkara-perkara tersebut. Misalnya buku yang diterbitkan oleh Dr
Kua Kia Soong

10

(13 Mei: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969

Malaysia, SUARAM). Beliau mendakwa peristiwa 13 Mei tersebut berlaku kerana


wujudnya kapitalis Melayu yang diketuai oleh Tun Abdul Razak yang cuba menjatuhkan
Tunku Abdul Rahman menjadi punca dan dalang berlakunya peristiwa tersebut.
Penulisan tesis beliau dikatakan mengunakan catatan sulit yang diperolehi dari
pihak British (Pejabat Rekod Awam di London) berdasarkan risikan dan perhubungan
mereka dengan pegawai dan ahli politikn tempatan.11 Buku tersebut telah disangkal
kerana ianya berbau pro barat yang dikatakan tidak menyenangi sekiranya Tun Abdul
Razak menjadi Perdana Menteri yang dianggap seorang nasionalis.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa jarang kita terbaca dan mendengar
perbincangan mengenai 13 Mei 1969 disebabkan oleh kelemahan pemerintahan itu
sendiri. Pihak Kerajaan dan Tunku Abdul Rahman berpegang teguh dengan kenyataan
bahawa pihak komunis, kongsi gelap Cina, British dan pihak pembangkanglah yang
bertanggungjawab dalam mengwujudkan perselisihan kaum ini terjadi.
Adakah apa yang dikatakan oleh kerajaan itu benar ataupun sebaliknya?
Mungkinkah pihak kerajaan menggunakan alasan tersebut sebagai alasan untuk menutup
10

Dr Kua Kia Soong pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa Operasi
Lalang pada 1987. Beliau ditahan selama 445 hari tanpa perbicaraan.
11
Lee Ban Chen

kelalaian mereka selama ini? Jadi untuk mengetahui keadaan yang sebenar kita perlu
merungkai sejarah dari awal-awal lagi iaitu sejarah kemasukkan pendatang Cina dan
India. Bagaimana mereka yang dahulunya pendatang akhirnya mendapat hak berpolitik di
tanah air kita? Dengan kata lain bagaimana proses ini berlaku dan siapakah yang
bertanggungjawab?

Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu


Semasa era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi dapat disaksikan
kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu yang bertujuan untuk perdagangan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada dalam kalangan pedagang Cina dan India
yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus menetap di Tanah Melayu. Namun
perlu diketahui bahawa mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan ini telah
duduk dalam kalangan masyarakat Melayu dan mengamalkan adat-adat orang Melayu
(berlakunya proses kemelayuan). Pada ketika itu kedatangan mereka disambut baik oleh
masyarakat tempatan.12
Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu dan berlakunya pemerintahan secara
tidak langsung di Tanah Melayu telah menyaksikan kedatangan kemasukkan buruh-buruh
asing secara besar-besaran khususnya dari China dan India. Hal ini berlaku disebabkan
berlakunya pertumbuhan ekonomi kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah mendesak
keperluan tenaga buruh yang lebih ramai terutama dalam sektor perladangan dan
perlombongan.13

12
13

Pada mulanya buruh-buruh Cina dan India ini tidak tinggal menetap di Tanah
Melayu mereka akan pulang ke tanah air mereka setelah habis kontrak. Misalnya buruh
India yang tinggal die stet-estet hanya berada di Tanah Melayu dalam temph dua hingga
tiga tahun sahaja.14 Namun menjelang tahun 1920an, terdapat perubahan dalam sifat-sifat
imigran ini terutama buruh-buruh Cina. Mereka menjadi lebih sedar tentang perubahan,
bercorak keluarga, lebih menetap, mudah bergerak dan lebih tersusun serta bebas.
Dikatakan bahawa kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menyebabkan
tertubuhnya persatuan-persatuan suku kaum dan juga pertubuhan kongsi gelap.15
Ditambah pula, di Negeri-Negeri Selat, penduduk Cina merupakan kumpulan
majoriti dan terdapat persatuan yang menguruskan kepentingan orang Cina. Pada 17
Ogos 1900 ditubuhkan Persatuan Cina Selat British (SCBA) di Singapura diikuti dengan
penubuhan cawangannya di Melaka dan Pulau Pinang. Ahli-ahlinya terdiri daripada
orang Cina yang mengaku rakyat British. Terdapat juga penerbitan-penerbitan yang
mengerakkan pemikiran masyarakat Cina Selat seperti Straits Chinese Herald, Straits
Chinese Magazine, Bintang Timur dan banyak lagi. Penerbitannya bertujuan untuk
mencapai dua matlamat iaitu usaha mengekalkan kebudayaan Cina dan mengekalkan
identity Baba peranakkan.16
Undang-Undang Kerakyatan (KMT) tahun 1929 yang mengangap orang Cina
yang tinggal di Tanah Melayu iaitu samaada yang telah lahir atau tidak adalah rakyat
China. Perkara ini telah menambahkan lagi syakwasangka orang-orang Melayu terhadap
orang-orang Cina dalam kalangan mereka, terutamanya tindakan pemimpin-pemimpin
Cina yang mula meminta hak berpolitik dan suara yang lebih dalam pentadbiran Negara.
14

Emerson, R, Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 39.
Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Pernerbit Universiti Teknologi
Malaysia, Johor, 1997, hlm. 166.
16
Mohammad Isa Othman, Sejarah Malaysia
15

Disini kita perlu faham bahawa ada dua kelompok orang Cina di Tanah Melayu iaitu
orang Cina yang duduk dalam kalangan orang Melayu dan orang Cina yang duduk dalam
kelompok mereka.
Golongan orang Cina yang duduk dalam kelompok orang Melayulah yang mula
meminta hak berpolitik dan suara dalam pentadbiran seperti Tan Cheng Lock yang
berketurunan Baba Melaka dan dilahirkan di Tanah Melayu iaitu di Melaka pada 1833. 17
Tan Cheng Lock merupakan seorang yang fasih berbahasa Melayu dan dikatakan bahawa
beliau sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa ibundanya. Golongan seperti Tan Cheng
Lock inilah yang mula mengangap bahawa Tanah Melayu adalah Negara mereka sendiri
dan tidak berhasrat untuk kembali ke negeri China lagi Manakala kelompok yang kedua
ialah golongan yang duduk dalam kelompok mereka sendiri tidak pula meminta hak
tersebut mereka hanya mementingkan soal ekonomi sahaja untuk di bawa pulang ke
Negara China.18
Dikatakan bahawa kemelesetan Ekonomi Dunia dari tahun 1929 hingga 1932
telah mendatangkan kesan yang teruk kepada orang Cina dan India berbanding dengan
orang Melayu. Hal ini kerana orang Melayu tidak terlibat dalam industri moden seperti
perusahan bijih timah dan getah. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu
ketinggalan dalam bidang ekonomi di Negara sendiri. Dengan kata lain bidang ekonomi
di Tanah Melayu di monopoli oleh imigran Cina dan India. Ramai dalam kalangan
mereka diberhentikan kerja dan di hantar puylang kenegara sendiri.19

17

Mohd Isa Othman


Leon Comber
19
Dalam tempoh kemelesetan ekonomi Dunia ketika itu kemasukkan orang-orang Cina semakin berkurang
misalnya pada tahun 1932 sebanyak 282 779 orang Cina telah meninggalkan Tanah Melayu berbanding
dengan sebanyak 32 925 orang Cina yang dating di Tanah Melayu pada ketika itu.
18

Namun setelah ekonomi di Tanah Melayu pulih dapat disaksikan peningkatan


kedatangan imingran Cina dan India ekoran daripada kekurangan tenaga kerja di Tanah
Melayu. Dikatakan bahawa ekoran daripada masalah kekurangan pekerja ini meyebabkan
mereka telah berani menuntut hak-hak mereka seperti kenaikkan gaji, waktu kerja yang
lebih singkat, penghapusan system kontrak, sagu hati kemalangan, tempat tinggal dab
hak-hak untuk menubuhkan kesatuan sekerja.
Dikatakan bahawa ekoran daripada tuntutan-tuntutan buruh oleh majikan tidak
diendahkan maka pada tahun 193720 dan 1941 telah berlakunya mogok-mogok dalam
kalangan imigran Cina dan India. Mengikut Clark Kerr (1961), menyatakan bahawa
mogok ialah:

.. conflict will employer will also take the form of peaceful


bargaining and grievance handling, of political action, of restriction, of
sabotage, of absenteeismor of personal turnover.. Eventhe strikes itself
is of many varieties, it may take the form of refusal to work overtimeor to
perform a certain process.21

Perubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi, system pendidikan, kominikasi


dan sturktur perburuhan pada tahun 30-an menjadikan mereka lebih peka mengenai
persekitaran sosio-ekonomi dan perhubungan pekerja dengan majikan. Hakikatnya
mogok ini berlaku kerana gaji, system kontrak dan keadaan kerja mereka. Lebih-lebih
lagi keadaan sara diri yang semakin meningkat tetapi upah gaji hanya di tahap yang sama
walaupun keuntungan syarikat meningkat. Hal ini dapat dilihat dalam petikan dibawah:
20

Pada 8 Mac 1937 menandakan tarikh berlakunya mogok dalam kalangan imigran Cina. Dikatakan
bahawa mogok ini berlaku setelah pengurus estet Connemara dan Sungai Rinding menolak untuk
berbincang mengenai kenaikkan kadar upah. Pada masa yang sama juga iaitu pada 8 Mac pekerja-pekerja
di Ladang estet juga berhenti kerja setelah mendapat berita mengenai mogok di Ulu Langat. Setererusnya
mogok-mogok ini telah merebak di estet-estet dan daerah lain.
21
Kamaruddin M. Said, Mogok dan konflik perindustrian di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 2.

.. we do not want to cease work but what else can we do if


managers persistenly refuse to discuss the question and dismiss our
request with a wave of the hand?..... if we allowed to organize ourselves
as Europen planters., we would then be position to disscuss the whole
question thoroughly and probably receive better treatment.22

Akibatnya kedudukan ekonomi orang Melayu semakin tergugat dengan


kedatangan imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh British. Imigran Cina
dikatakan telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka melalui perusahaan
timah dengan mengunakan teknologi yang mereka warisi. Ditambah pula dengan
masaalah buruh yang ramai dapat diatur dengan berkesan oleh kongsi-kongsi gelap yang
bertindak mengawasi buruh-buruh ini. Perkara ini telah memberi pukulan yang hebat
kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.23
Persoalannya sekarang bagaimanakah golongan Cina dalam kelompok kedua ini
yang dahulunya hanya mementingkan dalam bidang ekonomi akhirnya bersama-sama
dengan kelompok Tan Cheng Lock dalam menuntut hak-hak berpolitik di Tanah Melayu?
Persoalan ini akan dikupas dalam perbincangan seterusnya iaitu sub- topik kemerdekaan
dan bangsa politik baru.

Bibit bibit kesedaran kebangsaan se-Tanah Melayu


Ekoran kedaaan yang semakin membimbangkan mengenai nasib masyarakat
Melayu sebagai masyarakat pribumi, maka sejak sekitar pertengahan kurun ke-19
mencetuskan semula perasaan politik bersama. Dengan kata lain telah munculnya bibitbibit kesedaran dalam Masyarakat Melayu mengenai kemunduran mereka di Tanah air
22

Lan Yuan, Labour Unrest in Malaya, 1934-1941, hlm 141.


Dr Zainal Kling (penyunting), Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur,
1977, hlm. 135.
23

mereka sendiri yang dibawa oleh akhbar dan majalah ketika itu. Kalau sebelum
kedatangan British negeri-negeri di Tanah Melayu dikenali sebagai sebuah Negara.
Misalnya Negara Kedah, Johor, Melaka dan sebaginya. Namun perasaan politik inilah
yang telah menyedarkan masyarakat Melayu merentasi sempadan Negara yang sedia ada.
Antara Akbar dan majalah yang memainkan peranan penting pada ketika itu
dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan se-Tanah Melayu ialah Utusan Melayu,, Al
Iman ( 1906 ), Neraca, pengasuh (1918), Al- Ikhwan ( 1926 ), Edaran Zaman ( 1925 ) dan
Suara ( 1928 ). Misalnya Akhbar al- Iman ini menyentuh mengenai penjajahan oleh orang
asing dan ancaman dari kaum pendatang. AlIman juga mengkritik dan membidas raja
dan pembesar yang dikatakan hidup selesa di bawah naungan British, namun tidak
berusaha membangunkan masyarakat Melayu dari belenggu kejahilan yang menjadi
penyebab kemerosotan mereka.24
Seruan supaya orang Melayu bermaufakat berhimpun dan bersekutu agar mampu
menghadapi segala cabaran sering ternukil dalam ruang akbar Melayu pada waktu itu.
Misalnya seorang Melayu yang bernama Hasyim, mencadangkan pada awal 1911 supaya
diadakan satu perjumpaan Melayu di suatu tempat atau di Bandar yang menemukan wakil
dari seluruh Alam Melayu untuk membincangkan cara memajukan orang Melayu.25
Penulisan yang disampaikan melalui akhbar dan majalah tersebut umumnya
memperlihatkan semangat kesatuan yang tinggi golongan terpelajar Melayu pada awal
kurun ke-20. Mereka sedar agar digembelengkan tenaga berasaskan ilmu demi

24
25

Abdul Rahman Haji Ismail

menghadapi zaman yang mencabar ketika itu.26 Dengan terbitnya akhbar dan majalah
tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan
masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah
mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan
bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Satu perkara yang mengelirukan mengenai penulisan sejarah Tanah Melayu yang
sering mengatakan bahawa bibit-bibit semangat kebangsaan se-Tanah Melayu hanya
wujud semasa penentangan Malayan Union 1946 oleh masyarakat Melayu dibawah
UMNO.27 Alasan yang diberikan oleh mereka ialah pada ketika itu orang Melayu di
Tanah Melayu dipisahkan oleh semangat kenegerian dan kesetian kepada negeri dan rajaraja masing-masing. UMNOlah yang telah memecahkan tembok kenegerian yang
menghalang kepada semangat kebangsaan se-Tanah Melayu. Namun perkara ini akan
ditinggalkan dan akan dibincangkan kemudiannya dalam sub-topik penentangan Malayan
Union oleh Masyarakat Melayu.

Penubuhan Pertubuhan Melayu se-Tanah Melayu


Pemikiran mengenai kesedaran nasib orang Melayu inilah telah mengerakkan
kegiatan yang akhirnya melahirkan pertubuhan Melayu se-Tanah Melayu. Perkara ini
dapat dilihat dengan lahirnya pertubuhan seperti PASPAM iaitu Persaudaraan Sahabat
Pena dan Kesatuan Melayu Muda. Pertubuhan PASPAM ini bermula di Pulau Pinang
pada 1934. Tujuan penubuhan PASPAM adalah untuk menyatupadukan semua orang

26
27

Abdul Rahman Haji Ismail, etc, Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia,

Melayu samaada di Tanah Melayu mahupun orang Melayu di luar semenanjung seperti
Borneo, Sumatera dan Sri Lanka melalui penulisan.
Sering kita dengar bahawa sebelum peristiwa Malayan Union tidak pernah ada
sebarang persidangan Melayu atau dikenali juga sebagai kongres Melayu. Namun hakikat
sebelum peristiwa Malayan Union telahpun berlaku beberapa kali persidangan Melayu.
Buktinya PASPAM telah mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
sekurang-kurangnya enam kali di negeri yang berbeza dari tahun tahun 1934 hingga
1939.28 Pertubuhan PASPAM ini tidak berani terang-terangan membincangkan mengenai
soal politik Melayu kerana pertubuhan ini sentiasa di bawah pemerhatian pihak British.
Memang sejak dari awal lagi pihak British mengambil sikap tegas mengenai
sebarang pertubuhan dalam kalangan orang Melayu yang bertujuan politik. Hal ini
bertujuan mengelakkan sebarang penentangan dari orang Melayu. Jadi tidak hairanlah
sekiranya tiada pertubuhan Melayu pada ketika itu yang terang-terangan memberitahu
tujuan penubuhan mereka bersifat politik misalnya pertubuhan Kesatuan Melayu Muda
(KMM). Hal ini dapat dilihat maksud sebenar KMM itu sendiri iaitu Kesatuan Melayu
Merdeka

bukannya

Kesatuan

Melayu

Muda29

seperti

yang

tertulis

sewaktu

pendaftarannya. Mereka terpaksa menukar maksud sebenar KMM kerana kuatir


penubuhannya tidak dibenarkan oleh British.
KMM ini ditubuhkan pada tahun 1937 yang berpusat di Kuala Lumpur.
Sebenarnya tujuan utama kesatuan ini ditubuhkan adalah untuk menuntut kemerdekaan
dan kemudiannya bersatu dengan Indonesia. Prinsip utama KMM adalah mengamalkan
dasar tidak berkerjasama dengan British. Pemimpin KMM menganggap bahawa
28
29

Insan Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme Sebelum UMNO, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm, 263.

golongan bangsawan merupakan tali barut penjajah disebabkan sikap golongan ini yang
pro British.30 Dikatakan KMM ini cuba untuk membebaskan Tanah Melayu melalui
kerjasamanya dengan pihak Jepun sehingga digelar sebagai tali barut Jepun walaupun
hakikatnya tidak. Buktinya dapat dilihat dalam penjelasan yang diberikan oleh bekas
perjuang KMM yang berbunyi:

Kami berjuang untuk menebus kedaulatan Melayu yang sudah


lama hilang. Kami mahu hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kami
anti British, tetapi tiada kekuatan untuk melawannya. Kami dadapati
bahawa Jepun mahu berkerjasama dalam memperjuangkan Tanah
Melayu. Sausana yang mendesak menuntut keputusan yang mendesak.
Kami tidak ada pilihan. Tetapi kami membuat pakatan ini dengan mata
yang celik31

Pada tahun 1940 iaitu menjelang Perang Dunia Kedua kegiatan KMM yang
berkerjasama dengan Jepun telah dapat dihidu oleh Pihak British yang akhirnya
membawa penangkapan pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Ibrahim Yaakob,
Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestaman, Sutan Djenain dan lain-lain. 32 Mereka telah
di tahan British mengikut Peraturan Pertahanan dalam masa perang. Namun setelah
kedatangan Jepun golongan ini telah dibebaskan oleh Jepun. 33 Dikatakan ekoran daripada
keenganan Jepun untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang
dijanjikan oleh mereka menyebabkan KMM bertindak daripada menyokong kepeda
menentang Jepun.
Buktinya KMM ini telah menubuhkan Barisan Pemuda Kesatuan Melayu Muda
(BP-KMM) secara sulit yang berperanan menentang Jepun. Akhirnya ekoran aktiviti
30

Mohd Salleh Lamry, Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman The Dalam Kancah Kmerdekaan, Petaling
Jaya, 2006, hlm, 39.
31
Mohd Salleh Daud, Memoir Seorang Komunis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm, 27.
32
Kamarudin Jaafar, Burhanuddin Al-Helmy: Pemikiran dan Perjuangan, IKDAS Snd Bhd, Kuala Lumpur,
hlm, 5.
33
Leon Comber, hlm, 33.

yang dilakukan oleh KMM ini diketahui oleh Jepun dan sepertimana yang dilakukan oleh
British, pihak Jepun juga mengambil tindakan dengan mengharamkan KMM dan
menangkap pemimpin barisan KMM. Seterusnya pihak Jepun mengambil langkah untuk
meraih kembali kepercayaan orang Melayu dengan membebaskan Ibrahim Yaakob.
Seterusnya pihak Jepun melantik beliau sebagai Leftenan-Kolonel untuk memerintah
tentera Melayu anjuran Jepun yang diberi nama Pembela Tanah Air (PETA). PETA
ditubuhkan bertujuan melawan pihak yang menentang Jepun namun, malangnya
akhirnya PETA bertindak menentang Jepun .34
Bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, Jepun juga bertindak
membenarkan penubuhan KRIS pada Julai 1945 yang ditubuhkan oleh beberapa
pemimpin KMM seperti Ibrahim Yaakob dan Dr Buhanuddin. KRIS ditubuhkan
bertujuan untuk menguruskan kemerdekaan Malaya sebagai sebahagian daripada
Indonesia Raya. Malangnya rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran
penyerahan Jepun. Perjuangan KMM ini diteruskan oleh PKMM iaitu Parti Kebangsaan
Melayu Malaya. PKMM35 ini merupakan parti Melayu pertama selepas Jepun menyerah
kalah pada pertengahan Ogos 1945.36 Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang
aktif dalam menentang pelaksanaan Malayan Union sebelum penubuhan UMNO lagi.
Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam sub Topik mengenai penentangan
Malayan Union.

Bibit-bibit kearah 13 Mei 1969


34

Leon Comber, hlm 33.


PKMM ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak yang diasakan oleh Moktaruddin Lasso dan
Ahmad Boestaman. Perjuangan PKMM dan KMM adalah sama iaitu ingin mencapai kemerdekaan
sepenuhnya. ng dicetuskan oleh MPAJA menyenangkan lagi tugas British untuk memperkenalkan Malayan
Union
36
Ahmad Boestaman, Merintis Jalan Ke Puncak, Kuala Lumpur, Pustaka Kejora, 1972, hlm, 23.
35

Pada pendapat saya bibit-bibit kearah peristiwa 13 Mei 1969 ini telah bermula
semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu iaitu telah bermula sejak awal 40-an. Hal ini
kerana semasa penjajahan Jepun masyarakat Cina telah di anak tirikan berbanding
dengan masyarakat Melayu yang dilayan jauh lebih baik. Perkara ini terjadi kerana pada
masa yang sama Jepun bertindak mahu menjajah China dan mendapat tentangan yang
hebat dari masyarakat Cina. Tambahan pula, tindakan masyarakat Cina Di Tanah Melayu
yang memberi bantuan dari segi kewangan kepada Negara China untuk menghadapi
tentangan dari Jepun menyebabkan masyarakat Cina di Tanah Melayu di anak tirikan
oleh pihak Jepun. Mereka ini dikatakan hidup dalam keadaan yang teruk dan sering
diseksa dan ditindas oleh pihak Jepun.
Dikatakan bahawa beribu-ribu orang Cina telah dibunnuh oleh pihak Jepun ketika
mereka menegakkan kuasa dalam masa beberapa hari pendudukan Jepun di Tanah
Melayu.37 Oleh sebab itu ramai dalam kalangan orang Cina yang masuk kegiatan gerila
yang dianjurkan oleh Malayan People Anti- Japanese Army (MPAJA). Bagi masyarakat
Melayu pendudukan Jepun di Tanah Melayu sedikit sebanyak memberikan kesan yang
positif walaupun terdapat banyak kesan yang negatif. Misalnya orang Melayu mendapat
latihan ketenteraan dan latihan pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman
dalam pentadbiran dan ketenteraan yang diperolehi semasa zaman pendudukan Jepun
telah menambahkan keyakinan rakyat dalam pergerakan politik selepas perang. 38 Perkara
ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada kepimpinan tradisional dalam kalangan
rakyat merancang masa depan dan hala tuju Negara selepas perang Dunia kedua.39
37

Leon Comber, hlm, 36


Abdul Rahman Haji Ismail, hlm 92,
39
Hasilnya lahirlah pertubuhan politik seperti PKMM, Angkatan Pemuda Insaf, (API), Gerakan Pemuda
Melayu (GERAM), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Hizbul Muslimin dan sebagainya yang
bermatlamatkan kemerdekaan sepenuhnya.
38

Ekoran itu timbul angapan masyarakat cina yang mengatakan bahawa masyarakat
Melayu mendapat layanan yang jauh lebih baik berbanding dengan masyarakat Cina di
Tanah Melayu. Walaupun pada hakikatnya ramai juga masyarakat Melayu yang ditindas
dan dibunnuh semasa pendudukan Jepun. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu.
Buktinya dapat dilihat semasa Jepun menyerah kalah dan keluar dari Tanah Melayu,
MPAJA telah bermahajarela selama 14 hari sebelum kedatangan British semula di Tanah
Melayu. MPAJA bertindak membunnuh ramai orang Melayu yang disyaki terlibat dalam
menyokong pihak British. Akibatnya orang-orang Melayu bertindak balas dengan
menyerang kembali orang-orang Cina.
Perkara ini dapat dilihat, di kawasan pendalaman Negeri Sembilan yang
menyaksikan pembunuhan 40 orang Cina oleh orang Melayu. Sebagai balasannya pula,
orang Cina bertindak membunnuh orang Melayu di sepanjang Sungai Perak. 40Ada
sesetengah pendapat para sarjana yang mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei ini tidaklah
seteruk berbanding dengan peristiwa semasa keganasan MPAJA di Tanah Melayu selama
14 hari. Keganasan yang dilakukan oleh MPAJA selama 14 hari ini sebenarnya memberi
peluang kepada pihak British untuk melaksanakan pemerintahan secara langsung
berbanding dengan sebelumnya iaitu pemerintahan secara tidak langsung di Tanah
Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union (MU)

Penentangan Malayan Union oleh Masyarakat Melayu

40

Leon Comber, hlm, 37

Dikatakan bahwa pihak British mahu melaksanakan pemerintahan secara


langsung di Tanah Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union 194641 disamping
mahu memperolehi sokongan dari bukan Melayu. Malangnya kebanyakkan masyarakat
bukan Melayu pada ketika itu juga tidak bersetuju dengan pelaksanaa MU ini kerana
dikatakan melangar nilai-nilai demokrasi. Tambahan pula pada ketika itu, masyarakat
bukan Melayu tidak peduli hal-hal yang berlaku di Tanah Melayu mereka lebih
mengambil cakna hal-hal yang berlaku di Tanah Air mereka.
Malangnya bagi British kerana ekoran daripada peristiwa (MU) ini yang
menyaksikan perakuan Raja Melayu terhadap pelaksanaan MU telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu seluruh tanah Melayu. Dikatakan bahawa
rakyat bangun mengambil alih kepimpinan yang dikatakan tidak mampu kedaulatan
negara. Hal ini kerana Raja-Raja di Tanah Melayu sudah kehilangan kuasa, kedudukan.
Pemberian hak kewarganegaraan yang amat terbuka kepada bukan Melayu menyebabkan
org Melayu merasa cemas terhadap nasib bangsa mereka dan bangun menentang british
yang dianggap penyelamat seperti yang digembur-gemburkan semasa zaman sebelum
perang.
Sebenarnya sebelum ini memang terdapat rasa tidak puas hati golongan rakyat
terhadap golongan raja yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannnya terhadap
rakyat asalkan kedudukan mereka terjamin. Misalnya dapat dilihat tertubuhnya UndangUndang Johor 1895 yang dengam jelas meletakkan kepentingan kedaulatan negara
melebihi kuasa Sultan. (Perkara 15 undang-undang itu melarang sesiapa sahaja termasuk
41

Pentadbiran Malayan Union diisytihatkan pada I April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara).
Kuala Lumpur. Malayan Union dirancang semasa Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun. Malayan
Union diketuai seorang Gabenor British. Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent. Pelaksanaan
Malayan Union bertujuan untuk memerintah tanah Melayu secara langsung. Ekoran daripada keganasan
MPAJA selepas Jepun kalah British yakin MU dapat dilaksanakan di Tanah Melayu.

Raja drpd menyerahkan mana-mana bahagian jajahan takluk Johor kepada kuasa asing
Raja yang melanggar larangan ini dianggap berdosa dan pecah amanah dan tidak
diwajibkan rakyat negeri melanjutkan setia lagi kepadanya.42
Peristiwa ini meyebabkan rakyat bangun mengarahkan raja Melayu membatalkan
persetujuan mereka menentang MU. Bahkan ada sesetengah pembesar mengisytiharkan
penyingkiran Sultan mereka yang didapati bersalah kerana bersetuju dengan MU.
Buktinya Sultan Johor ketika itu iaitu Sultan Ibrahim43 telah telah disingkirkan sebagai
Sultan Johor44 kerana didapati melengar Undang-Undang Tubuh Negeri Johor sekaligus
mengesahkan ketidaksahihan perjanjian MU yang ditadatangani oleh Sultan Ibrahim.
Antara persatuan lain yang juga memainkan peranan dalam penentangan kepada
pelaksanaan Malayan Union sebelum UMNO ialah PKMM, Syarikat Bekerjasama Am
Saiburi (SABERKAS) di Kedah, Barisan Pemuda Sukarela Kelantan dan Kesatuan
Melayu Johor.45
PKMM pada mulanya bersetuju mengenai desas-desus kertas putih MU iaitu
mahu menyatukan seluruh tanah Melayu. PKMM mengangap dengan penyatuan Seluruh
tanah Melayu termaksud Singapura dapat mempercepatkan dan menyenangkan
penyerapan

unsur-unsur

nasionalisme

yang

dapat

mempercepatkan

proses

kemerdekaan.Pengurangan kuasa Sultan juga membolehkan menwujudkan pemerintahan


yang datangnya dari rakyat bagi kepentingan rakyat yang selama ini diabaikan oleh
golongan pemerintah.
42

Begitu juga bagi kerajaan Terengganu dalam Perkara Undang-Undang Tubuhnya 1911, yang menambah
bahawa raja yang melanggar tegahan ini Haruslah diturunkan dia daripada takhta kerajaannya dan
diangkat pula gantinya.
43
Sultan Ibrahim mengeluarkan penyataan bahawa Bagaimana orang Melayu mahu merdeka kalau hendak
buat Jarum pun tidak reti. Dikatakan bahawa penasihat baginda pada ketika itu ialah Onn Jaafar.
44
Abdul Rahman Hj Ismail
45

Namun setelah PKMM mendapati bahawa Singapura telah diasingkan


pemerintahan berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain PKMM bangun
menentang MU. Malah menjadi penentang yang paling kuat menentang MU. Bukti
bahawa PKMM menentang MU dapat dilihat dalam penyataan di bawah yang dibuat
oleh Ishak Hj Muhammad:
Keadaan yang sedemikian menyebabakan bangsa - bangsa
asing bukan sahaja mendapat hak-hak yang sama dengan bangsa
Melayu tetapi pada sesetengah perkara mereka mendapat hak yang
lebih dari bangsa Melayu Oleh itu untuk menentang Rancangan
Malayan Union perlulah orang orang Melayu beriktiar serta
berusaha dalam pergerakkan dan bersatu-padu dalam persatuan
-persatuan kerana untuk mencapai sesuatu tujuan mestilah dengan
cara dan jalan tertentu46

Malah perlu diketahui bahawa dibawah pimpinan Dr Burhanuddin PKMM


bersama-sama badan Melayu yang lain telah menganjurkan penubuhan UMNO pada 11
Mei 1946 untuK menentang rancangan MU.47 Semasa perhimpunan kongres Melayu 1-4
Mac 1946 PKMM yang paling ramai menghantar wakil iaitu sebanyak 22 org berbanding
dengan Pergerakan yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar hanya 6 org.
Walaubagamanapun Onn Jaafar48 telah dipilih sebagai pengerusi kongres ekoran
kerana pengaruhnya. Daripada perhimpunan tersebutlah yang akhirnya wujudnya UMNO
bagi menentang MU.49 Akhirnya dapat disaksikan kemuncak kpd penentangan MU ialah
ketika Sultan bersama rakyat bersatu menentang MU dgn cara memulaukan Istiadat
perlantikan Gabenor MU pada 1 April 1946 sekaligus berjaya mengagalkan MU pada
46

Abu Latif Abu Bakar, Ishak Hj Muhammad, hlm, 136.


Kamaruddin Jaafar, hlm, 6.
48
Satu perkara yang memeranjatkan bahawa orang yang dipillih sebagai pengerusi kongres pada ketika itu
adalah Onn Jaafar yang pada pringkat awalnya seolah-olah menyokong MU. Hal ini dikatakan kerana,
semasa satu perhimpunan yang mahu mengantikan Sultan Ibrahim dengan penganti yang lain diadakan di
Masjid Abu Bakar di Johor, Onn Jaafar bertindak menuduh golongan yang hadir tersebut sebagai
pengkhianat. Sedangkan sebelum berlangsungnya masjlis tersebut beliau memberi persetujuan untuk
menghadirinya dan menyuruh supaya majlis itu dilangsungkan.
49
Abdul Rahman Hj Ismail
47

hari dirasmikan. Namun selepas itu wujud perbezaan asas mengenai matlamat akhir
selepas MU menyebabkan kewujudan jurang yang besar yang memisahkan dua aliran
politik orang Melayu iaitu arus atas iaitu UMNO mahu kembali kepada susur atur
sebelum perang iaitu berada dibawah British, manakala PKMM mahu menjayakan
sebuah revolusi iaitu menwujudkan susur atur politik baru selepas perang (tidak mahu
British di Tanah Air).50 Malayan Union 1946 akhirnya telah digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Penentangan masyarakat Melayu terhadap MU jelas menunjukkan bahawa
ketidakpuasan hati masyarakat Melayu terhadap golongan imigran yang tiba-tiba diberi
hak kewarganegaraan secara terbuka. Perkara ini seolah-olah mencabar masyarakat
Melayu sebagai pemilik tunggal Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi ekonomi masyarakat
imigran misalnya masyarakat Cina jauh lebih baik daripada masyarakat Melayu. Hal ini
sekaligus menambahkan lagi rasa ketidakpuasan hati masyarakat Melayu terhadap
masyarakat imigran. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sekiranya MU ini terus
dilaksanakan di Tanah Melayu akan berlakulah peristiwa rusuhan kaum. Perlu diingatkan
disini bahawa masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu boleh diklasifikasikan
kepada dua kelompok.
Kelompok yang pertama ialah golongan yang duduk dalam kalangan masyarakat
Melayu yang bergaul dengan masyarakat Melayu serta yang mengangap mereka adalah
rakyat tanah jajahan British (Tanah Melayu) misalnya Tan Cheng Lock yang
berketurunan baba dan nyonya (campuaran budaya Melayu dan Cina). Manakala
golongan yang kedua ialah golongan yang duduk dalam kelompok mereka yang hanya
mementingkan ekonomi semata-mata dan tidak berhasrat tinggal di Tanah Melayu (tiada
50

campuran budaya) dengan masyarakat Melayu. Jadi perlu difahami dengan jelas
masyarakat dalam kelompok yang pertama tadi merupakan golongan yang mengalualukan pembentukkan MU manakala golongan kedua sebaliknya. (Golongan yang tidak
menyokong mengangap bahawa MU ini melanggar hak-hak asasi demokrasi.)
Sekiranya perlaksanaan MU terus berlaku tidak mustahil akan berlaku rusuhan
kaum antara kelompok orang Cina yang pertama itu tadi dengan masyarakat Melayu.
Pembatalan MU ini sedikit sebanyak mengecewakan masyarakat Cina dalam kelompok
yang pertama sekaligus timbul rasa tidak puas hati kelompok tadi terhadap masyarakat
Melayu.

Kemerdekaan dan Bangsa Politik Baru Di Tanah Air


Dikatakan bahawa Darurat dilaksanakan dilaksanakan di Tanah Melayu ekoran
daripada perluasan komunis yang bertindak merusuh (pemberontakan bersenjata).
Ditambah pula pada ketika itu berlakunya permusuhan antara blok barat dan blok
komunis yang mendorong British mengistiharkan Darurat bagi mengahapuskan pengaruh
komunis51 yang dikhuatiri menyelosok masuk ke Tanah Melayu pada ketika itu. PKMM
dan Hizbul Muslimin diharamkan hanya semata-mata dikatakan mereka merupakan
golongan kiri yag dikatakan radikal dan mempunyai fahaman komunis yang membahaya
kepada Tanah Melayu. Benarkah pula mereka berideologi Komunis?
PKMM dan Hizbul Muslimin bukankalah sebuah parti politik yang beredologi
komunis. Sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh British adalah untuk menjadikan
UMNO sebagai satu-satunya parti politik yang paling terpengaruh kerana UMNO
merupakan parti politik yang menerima kehadiran British berbanding parti lain. Lebih51

lebih lagi parti golongan kiri dikatakan mendapat sokongan yang hebat dari masyarakat
Melayu khususnya Hizbul Muslimin.52 Tambahan pula UMNO dikatakan mendapat
sokongan Raja-Raja Melayu (Hal ini kerana parti tersebut sering melibatkan raja
berbanding dengan parti aliran arus bawah dan tengah ).
Dengan pengharaman badan-badan kiri melalui darurat, maka lahirlah satu
kekosongan yang akhirnya diisi oleh UMNO yang merupakan satu-satunya badan yang
tinggal dan berjaya menguasai erena politik negara. Tambahan pula, British melihat
pengharaman parti golongan kiri ini akan membolehkannya untuk mencorakkan Tanah
Melayu ke arah merdeka mengikut acuannya sekaligus mengekalkan kepentingannya di
Tanah Melayu. Buktinya dapat dilihat dalam mencapai kemerdekaan, British memberi
syarat bahawa kemerdekaan akan diberikan sekiranya dituntut oleh tiga kaum terbesar di
tanah Melayu iaitu Melayu Cina dan India. Jadi British telah memperkenalkan sistem ahli
yang dikatakan bertujuan utk melatih penduduk tempatan dan kaum lain dalam menerajui
pentadbiran Tanah Melayu.
Namun CLC gagal ekoran Dato Onn Jaafar mahu membuka keahlian UMNO
terhadap kaum lain. Malangnya tindakan beliau dikecam hebat oleh orang Melayu yang
menyebabkan beliau keluar dari parti dan menubuhkan parti kemerdekaan Malaya (IMP)

52

Ketika kekuatan parti-parti kiri sedang berada dimercunya, sebelum API diharamkan oleh Gavernor
British, Sir Edward Gent pada 16 Julai 1947 itu, jumlah rakyat yang memihak kepadanya sudah melebihi
50 000 orang, iaitu jumlah yang amat digeruni oleh Inggeris. Pada suatu ketika PUTERA-AMCJA telah
berjaya menganjurkan Hartal iaitu tindakan menutup perniagaan yang melumpuhkan semua kegiatan
sepanjang hari. Pihaknya mula bimbang dengan peristiwa yang amat bersejarah ini, sebagai tanda rakyat
menentang gagasan Inggeris secara aman. Ahmad Boestaman telah ditangkap dan didenda atas tuduhan
menghasut yang terkandung di dalam buku Testaman Politik API di antara lain menulis Merdeka dengan
darah. Pengistiharan Darurat telah berjaya membantutkan pergerakan parti berhaluan kiri ini. Hal ini
kerana bukan hanya parti selain UMNO diharamkan tetapi ramai dalam kalangan pemimpin golongan kiri
yang ditangkap tanpa dibicarakan di bawah Undang-Undang Darurat misalnya Said Zahari yang
dipenjarakan selama 15 tahun dibawah perintah berkurung tanpa mengetahui kesalahnnya. Tidak
keterlaluan dikatakan bahawa pelaksanaan Darurat sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan British
dan UMNO.

September 1951. Namun gagal mendapat sambutan dari kaum lain. 53 Pada 1 Februari
1948, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan bagi mengantikan Malayan Union.
Seterusnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dilaksanakan berasakan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebenarnya kejayaan membatalkan MU
dengan mengantikan PTM bukanlah kemenangan mutlak tetapi kemenangan separuh
yang akhirnya diikuti dengan penghakisan hak dan kewibawaan orang Melayu di Tanah
Melayu.
Walaupun PTM tidak sama dengan MU namun sebahagian besar matlamat MU
Berjaya dilaksanakan oleh British sepertimana yang diakui oleh para pegawai British.
Misalnya syarat kewarganegaraan berjaya diperolehi dengan mudah walaupun dikatakan
sudah diperketatkan. Akhirnya kemerdekaan yang diberikan oleh British secara bersyarat
ini dipersetujui oleh kepimpinan berpolitik Melayu (UMNO). Kini penduduk yang
dulunya hanya imigran yang dibawa British bagi kepentingan ekonominya telah
mendapat hak yang sama dalam menentukan rupa bangsa dan budaya Tanah Melayu. Hal
ini sekaligus memulakan secara sah proses pengedilan kuasa politik dan budaya Melayu.
Pelaksanaan PTM dalam Perlembangan Persekutuan Melayu ini menyaksikan tolak ansur
golongan Melayu dengan bukan Melayu yang seterusnya menyebabkan wujudnya satu
pemisah yang besar diantara kaum samaada dalam bidang politik, pembangunan,
pelajaran dan kebudayaan serta dalam bidang ekonomi.
Hakikatnya pemisah-pemisah inilah yang akhirnya membawa kepada masalah
kaum di Negara ini. Selagi adanya pemisah ini rakyat di Negara ini tidak akan mencapai
perpaduan yang tulen. Tidak keterlaluan jika dikatakan garis pemisah-pemisah ini

53

akhirnya menwujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu dan bukan
Melayu terutamanya orang Cina.

Peristiwa 13 Mei kesalahan di tangan siapa?


Dasar British dan kelemahan pemerintah merupakan satu jawapan bagi dua
persoalan yang sering diutarakan. Persoalan yang dimaksudkan disini ialah apakah punca
dan siapakah yang bertanggangjawab terhadap berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei
1969? Mengapa dikatakan sedemikian? Hal ini kerana dasar yang digunakan oleh British
bukanlah untuk kepentingan semua kaum di Negara ini tetapi hanya untuk kepentingan
mereka semata-mata. Sebenarnya British mahu mengwujudkan sebuah Negara di Tanah
Melayu yang berbilang kaum kerana mahu mengelakkan dari tanah Melayu merdeka atas
nama Negara Islam.
Kegagalan British mengkristian masyarakat Melayu berbanding kejayaan bangsa
eropah yang lain yang berjaya mengkristiankan masyarakat di Asia tenggara ini misalya
di Sepanyol di Filipina, telah menyebabkan British memikirkan satu cara untuk
mengelakkan Tanah Melayu merdeka atas nama Islam. British mahu Tanah Melayu
merdeka mengikut coraknya ekoran itu British melihat kewujudan masyarakat majmuk
dapat mengelakkan Tanah Melayu daripada merdeka atas nama Negara Islam. Ekoran
kerana kelemahan pemerintah pada masa itu dan sekarang iaitu UMNO iaitu golongan
arus atas yang mahu mengekalkan kuasa dan terus memegang tampok pemerintahan
menyebabkan mereka bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh British bagi
memperolehi kemerdekaa. Hakikatnya kemerdekaan Tanah Melayu pasti akan diperolehi
ekoran daripada piagam Atlantik yang mengalakkan memberikan kemerdekaan kepada

Negara yang dijajah. Buktinya dapat dilhat dengan kemerdekaan Brunei diberikan tanpa
dikenakan dengan sebarang syarat.Malangnya dasar British ini dipersetujui oleh UMNO
yang pada ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman dan bermulalah wujudnya satu
pemisah yang besar antara kaum seperti yang di sebutkan sebelum ini.
Sebenarnya garis pemisah ini hanya dapat dipisahkan sekiranya jika pemerintah
mengenakan konsep kerakyatan yang mempunyai asas budaya yang kuat. Seharusnya
perlu ditetapkan bahawa penduduk imigran yang mahu memohon kerakyatan di Negara
ini perlulah fasih dan cekap berbahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa merupakan salah
satu alat perhubungan, bagi memulakan perhubungan yang baik antara masyarakat
Melayu dengan bukan Melayu kecekapan berbahasa Melayu oleh masyarakat bukan
Melayu perlu dititik beratkan. Hal ini kerana, sebaik sahaja seseorang imigran itu fasih
berbahasa Melayu dan mendapat kerakyatan maka dengan sendirinya tidak ada perbezaan
dengan saudara Melayu. Perkara yang terjadi adalah sebaliknya, pihak pemerintah
dengan sewenang-wenangnya memberikan hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu
bagi mengekalkan tampok pemerintahan mereka.
Garis pemisah ini terus dibiarkan dan diburukkan lagi dengan dasar-dasar British
yang diguna pakai dalam pentadbiran Negara. perkara ini berlaku kerana kerajaan pada
masa sebelum peristiwa 13 Mei 1969 lebih selesa dengan penggunaan kaedah
pentadbiran peninggalan penjajah. Lebih-lebih lagi mengenai pembangunan luar bandar
bagi memajukan. Oleh sebab itulah kerajaan menyalahkan British yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Seharusnya kerajaan mengunakan acuan pemerintahan sendiri bukannya mengambil dari
acuan pemerintahan British. Hal ini kerana acuan pemerintahan British ketika itu tidak

sama dengan suasana selepas kemerdekaan lebih-lebih lagi pada ketika itu imigran Cina
yang datang ke Tanah Melayu hanya mementingkan ekonomi dan tidak berhasrat untuk
tinggal di Tanah Melayu.
Salah satu dasar British yang masih diguna pakai oleh kerajaan sebelum peristiwa
13 Mei 1969 sehinggalah sekarang ialah mengenai kewujudan sistem pendidikan yang
berbilang kaum. Misalnya adanya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil disamping
sekolah jenis kebangsaan. Sekolah merupakan satu medium perhubungan antara kaum,
jadi kewujudan satu sekolah untuk semua kaum seharusnya direalisasikan dengan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, disamping disediakan
pembelajaran bahasa ibunda bagi orang bukan Melayu. Sekiranya perkara ini dapat
diwujudkan pada sebelum 13 Mei 1969 tidak mustahil peristiwa 13 Mei dapat dielakkan.
Namun samapai kehari ini dasar pembelajaran yang diamalkan oleh British masih diguna
pakai.
Peristiwa 13 Mei 1969 ini juga disebabkan oleh kontrak sosial iaitu pemberian
hak kewarganeraan kepada bukan Melayu oleh UMNO dan sebagai balasannya MIC dan
MCA bersetuju memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dalam bidang
perkhidmatan awam, biasiswa, pemilikan tanah-tanah simpanan Melayu, dalam aspek
perdagangan. Pemberian kedudukan istimewa ini bertujuan untuk meningkatkan orang
Melayu dalam aspek pendidikan dan ekonomi. Namun kontrak sosial ini dipersoalkan
oleh orang bukan Melayu dan timbul perasaan tidak puas hati dalam diri mereka. Hal ini
kerana perjanjian kontrak sosial ini dibuat dalam kalangan pemimpin politik masingmasing iaitu UMNO, MCA dan MIC tanpa mengambil padangan atau persetujuan kaum
masing-masing.

Bagi masyarakat Cina mereka mengangap bahawa kebudayaan dan bangsa


mereka lebih tinggi kedudukannya dengan kebudayaan dan bangsa Melayu. Oleh hal
yang demikian artikel 153 yang meletakkan bangsa Melayu di atas kedudukan yang
tinggi berbanding dengan bangsa lain adalah tidak wajar. Ditambah pula dengan istilah
bumiputera dengan bukan bumiputera diguna pakai sekaligus menjadi halangan yang
terbesar dalam usaha mencipta suatu bangsa yang bersepadu. Namun kita sering dengar
bahawa kontrak sosial merupakan tolak ansur antara kaum. Hakikatnya, kontrak sosial
ialah suatu tolak ansur yang memikirkan kepentingan jangka pendek golongan elit.
Dengan kata lain ianya merupakan satu tolak ansur yang membahayakan perpaduan
antara kaum. Akibatnya tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Perkara ini menunjukkan kelemahan pemerintah yang tidak mengambil kira
semua aspek untuk jangka waktu yang panjang semasa mahu merdeka bersama imigran.
Kelemahan pemerintah di bawah Tunku Abdul Rahman juga dapat dilihat dengan jelas
semasa peristiwa 13 Mei 1969 seakan-akan mahu berlaku pihak kerajaan tidak
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengawal tindakan yang semakin kritikal.
Pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri ternyata gagal bertindak pantas. Pihak
kerajaan sepatutnya menghalang penyokong pembangkang meraikan perarakan
kemenangan mereka. Lebih memeranjatkan tindakan pihak kerajaan yang membenarkan
UMNO mengadakan perarakan pada 13 Mei, walaupun pada ketika itu telah
menunjukkan tanda-tanda genting akan berlakunya pergaduhan besar antara kaum.
Sepatutnya tindakan tersebut perlu dicergah lebih awal.
Satu lagi peristiwa yang menunjukkan peristiwa 13 Mei 1969 ini disebabkan oleh
kelemahan pemerintah. Tunku kurang disenangi oleh orang Melayu juga dalam kalangan

UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan sikapnya yang banyak bertolak ansur dengan
orang Cina samaada sebelum merdeka mahupun selepas merdeka. Tun Dr Mahathir
sendiri tidak gemar mengenai cara pemerintahan yang dilakukan oleh Tunku. Tun Dr
Mahathir telah meluakan rasa marahnya dengan menulis sepucuk surat laying yang
menegur cara pemerintahan Tunku. Dikatakan bahawa satu tindakan yang dilakukan oleh
Tunku yang menimbulkan rasa marah orang Melayu terhadap beliau. Tindakan yang
dimaksudkan disini ialah tindakan Tunku yang membebaskan 11 orang Cina yang
merupakan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditangkap kerana terlibat dengan
konfrantasi Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen
Ganyang Malaysia.
Namun dua orang pemuda Melayu dari Perak yang telibat dengan konfrantasi
Indonesia tidak pula dibebaskan oleh Tunku, mereka tetap dijatuhkan hukuman gantung
berbanding 11 orang Cina yang dihukum penjara seumur hidup bebas dari hukuman
gantung. Mengapa 11 orang Cina tersebut boleh digugurkan dari hukuman gantung
dengan mengantikan dengan hukuman penjara seumur hidup? Bukankah pada ketika itu
rayuan yang dikemukan oleh mereka ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak. Tunku
menggunakan alasan mengelakakn berlakunya rusuhan kaum, kerana menjelang tarikh
pelaksanaan hukuman gantung di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur di sepanjang jalan
menuju ke penjara itu telah berlangsungnya tunjuk perasaan secara liar.54
Oleh hal yang demikian Tunku bertindak menghadap Sultan Johor dan Sultan
Perak bagi membincangkan meringankan hukuman tersebut. Seterusnya dapat disaksikan
11 orang Cina tersebut terlepas dari hukuman gantung kepada penjara seumur hidup.
Mengenai tujuan pembebasan 11 orang Cina dapat dilihat dari petikan kata-kata beliau:
54

Mereka bertindak membaling batu keatas kenderaan yang lalu dan menghalang lalu lintas.

Menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas


komunis di Johor dan dua penderhaka dari hukuman gantung55

Namun persoalannya sekarang mengapa dua orang Melayu dari Perak tersebut
masih tetap dihukum gantung? Dimana kebenaran kata-kata Tunku? Tidakkah Tunku
berfikir ekoran daripada tindakannya akan menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan Melayu terhadap orang Cina. Sekiranya tindakan tersebut disebabkan untuk
meraih sokongan orang Cina terhadap pimpinan beliau, perkara ini menunjukkan
kelemahan pemerintahnnya.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei sebenarnya bukan
disebabkan oleh perbalahan antara kaum tetapi pergaduhan antara parti politik iaitu
pembangkang dengan parti pemerintah. Hal ini kerana semasa berlakunya peristiwa ini
ada dalam kalangan orang Melayu dan Cina yang melindungi kaum yang berlainan
mereka daripada menjadi mangsa dalam pergaduhan tersebut. Misalnya semasa
berlangsungkan peristiwa tersebut orang Melayu melindungi orang Cina semasa berada
ditempat mereka dengan memakaikan pakaian yang sama jenis dengan mereka begitu
juga dengan orang Cina yang mengambil tindakan yang sama.

KESIMPULAN
Sebenarnya permasalahan kaum ini telah dapat diselesaikan oleh PKMM dalam
Perlembagaan Rakyat 1947 lebih awal dari PTM 1948. Namun Perlembagaan Rakyat ini
telah ditolak kerana dibuat oleh golongan kiri dan tidak menepati cita rasa British yang
mahu kewarganeraan diberikan kepada imigran dengan cara yang lebih mudah.
55

Mohammad Alias, Warisan Pimpinan UMNO, Kuala Lunpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, hlm. 97.

Perlembagaan Rakyat ini adalah hasil gabungan golongan kiri Melayu dan bukan Melayu
yang dinamakan sebagai PUTERA-AMCJA56 dan merupakan hasil kerjasama antara
kaum yang pertama.57 Berbalik kepada persoalan mengapakah Perlembagaan Rakyat ini
dikatakan boleh menyelesaikan masalah kaum.? Hal ini kerana dalam perlembagaan
rakyat dapat disaksikan pengiktiran pengiat politik bukan Melayu dibawah AMCJA
terhadap rupa bangsa Melayu.
Buktinya AMCJA sanggup menepikan rupa bangsa asal mereka dengan
menerima rupa bangsa Melayu. Selain itu juga dalam Perlembagaan Rakyat juga mereka
bersetuju mengantikan pengunaan Malayan kepada Melayu kerana ianya merupakan rupa
bangsa tanah Melayu. Bahkan mereka bersetuju sekiranya syarat kewarganegaraan atau
hak berpolitik hanya diberi kepada mereka yang menumpukan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada tanah Melayu berbanding dengan kesetian kepada negara lain.
Sekiranya Perlembagaan Rakyat ini diterima sudah negara kita sudah merdeka dengan
lebih awal dan soal kedudukan Melayu pasti lebih terjamin berbanding dengn PTM 1948.
Dengan kata lain kiranya rupa bangsa Melayu itu digunakan terus, maka soal kerumitan
mengenainya tidaklah dapat diungkit-ungkit lagi oleh kaum lain pada hari ini.
Perkara ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Rakyat ini yang dibuat oleh
PUTERA-AMJCA merupakan satu cadangan yang begitu efektif dalam membentuk rupa
bangsa Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar Inggeris The Straits Times sendiri telah
memuji Perlembagaan Rakyat sebagai satu percubaan baik kearah menuju kemerdekaan.
Sebenarnya dari kandungan Perlembagaan Rakyat ini dapat kita saksikan bahawa

56

Mohd Salleh Daud, Memoir Bukan Seorang Komunis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998,
hlm. 54.
57

sebahagiannya telah diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembangan Negara Malaysia


hari ini misalnya Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara.58
Jadi tidak salah sekiranya dikatakan bahawa dasar British dan kelemahan
pemerintahan merupakan jawapan bagi dua persoalan yang sering di utara. Persoalan
yang sering dibangkitkan ialah apakah punca yang sebenarnya berlakunya peristiwa 13
Mei 1969 dan siapakah yang bersalah?

58

Anda mungkin juga menyukai