Anda di halaman 1dari 8

Bilangan Jurnal

Ke-1

Minggu Internship

Pertama

Tarikh Peristiwa /

4 Julai- 8 Julai 2010

Melapor diri dan merancang projek

Kejadian /
Tajuk Jurnal

1.0 Isu Perkara Yang Difokus


Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Convent. Saya melapor diri di pejabat dan berkenalan dengan semua guru di bilik guru.
Saya diberi sekolah sesi petang bersama seorang rakan dari IPG lain. Pada hari
pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang kehadiran dan tugasan
yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh internship ini. Kami turut
berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan sepanjang tempoh internship
dalam cara perlaksanaannya. Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu.
Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas
kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang.
2.0 Analisis Isu Perkara Yang Difokus
2.1 Kekuatan
Oleh kerana saya mempunyai seorang lagi rakan yang turut membuat internship
bersama saya, kami telah membahagikan semua tugasan projek yang bakal
dilaksanakan dalam tempoh sebualan ini. Kami telah berkongsi idea dan berbincanag
mengenai projek yang hendak dilaksanakan dan memutus untuk membuat projek
menceriakan bilik darjah mengikut abad ke-21 dan program selepas UPSR secara
berpasanagn. Tugasan individu saya pula adalah pertandingan melukis dan mewarna
kepada murid-murid Tahun 3. Saya telah banyak meluang masa berbincang dengan
guru pemimbing saya mengenai tugasan projek dan menerima bantuan dan idea dari
beliau dalam menyempurnakan tugasan individu saya. Saya menyediakan rangka
ketiga-tiga tugasan yang hendak dilaksanakan bagi memudahkan dan senang untuk
dirujuk dan memastikan saya menepati masa dalam melaksanakan tugasan projek ini.

2.2 Kelemahan
Pada minggu pertama saya banyak menghabiskan masa dalam hanya mimilih dan
merancang tugasan yang hendak dibuat. Saya didapati bahawa saya bergerak lambat
dalam menghabiskan tugasan projek. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam
berkomunikasi dalam Bahasa Tamil apabila mengajar subjek Dunia Sains dan Teknologi
bagi murid-murid tahun 2 dan tahun 3. Saya rasa sukar untuk memahami sebahagian
terma Sains dalam Bahasa Tamil. Saya hampir berputus asa untuk mengajar sujek
Dunia Sains dan Teknologi dalam Bahasa Tamil.
3.0 Cadangan Penambahbaikan
Saya perlu ada senarai semak dalam melaksanakan tugasan projek supaya saya
bergerak cepat dan siap tugasan projek pada masa yang tepat supaya tidak tergesagesa pada saat akhir. Saya perlu banyak membaca buku rujukan Dunia Sains dan
Teknologi untuk mengenali terma supaya tidak salah konsep apabila mengajar muridmurid. Saya juga perlu meminta bantuan guru pemimbing dan sentiasa berkomunikasi
dengan beliau mengenai topik yang saya hendak berbincang bersama murid dan
menyemak. Saya perlu yakin dalam menghadapi cabaran sebagai seorang guru yang
sudah sedia berkhidmat pada masa yang terdekat lagi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

Ke-2

Minggu Internship

Kedua

Tarikh Peristiwa /

11 Julai- 15 Julai 2010

Kejadian /
Tajuk Jurnal

Melaksanakan projek pertama

1.0 Isu Perkara Yang Difokus


Projek pertama yang saya laksanakan adalah menceriakan bilik darjah mengikut abad
ke-21. Ini merupakan pengalaman baru yang amat bermakna kepada saya. Pada
minggu ini, saya banyak melakukan persediaan untuk bertugas dan menyiapkan kertas
kerja untuk projek seterusnya. Selain itu, pengalaman menceriakan bilik darjah
mengikut abad ke-21 banyak memberi makna kepada saya dalam menajamkan lagi
pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan bilik darjah abad ke-21 dan bahanbahan yang perlu ada di dalam bilik darjah ini.
2.0 Analisis Isu Perkara Yang Difokus
2.1 Kekuatan
Dalam menyedikan bilik darjah abad ke-21 kami telah banyak mencari maklumat dari
internet mengenai susunan meja, sudut yang perlu ada dan maklumat yang perlu letak
di papan. Ini telah mengimbas kembali apa yang saya belajar dalam subjek EDU dan
pengetahuan yang sedia ada juga sangat membantu dalam menyediakan bilik darjah
ini. Secara tidak langsung saya banyak mengumpul maklumat mengenai bilik darjah
yang kondusif dan mempunyai pelbagai kemudahan dab bahan bagi murid untuk
menimba ilmu. Kami telah menghabiskan masa yang terluang dengan menyediakan
bahan bagi menceriakan bilik darjah ini. Kami juga banyak berkongsi maklumat
mengenai jenis bahan yang hendak diletakkan dalam bilik darjah ini dan penyediaan
sudut-sudut khas. Kami memastikan setiap papan yang disediakan mempunyai
pelbagai makluamat mengenai setiap subjek yang boleh menambah ilmu pengetahuan
kepada murid. Kami juga memberi perhatian dalam jenis warna dan bahan yang
digunakan supaya menarik perhatian murid dan melahirkan rasa selamat untuk berada
dalam bilik darjah tersebut.
2.2 Kelemahan

Kami tidak dapat siap tugasan projek ini dalam masa hanya seminggu kerana ia
melibatkan seluruh bilik darjah dan penyediaan papan pelbagai subjek. Kerja untuk
memperbaiki lantai yang berlubang dan mengecat bilik darjah ini juga mengambil masa
yang agak lama. Sambil menunggu pekerja untuk membaik pulih bilik darjah ini kami
terpaksa menangguh kerja menceriakan bilik darjah ini. Kami telah berputus untuk
memberi tumpuan dalam menyiapkan tugasan individu dulu sambil menunggu bilik
darjah tersebut untuk dibaik pulih. Kami diberi cuti pada hari isnin dan selasa kerana
jerebu. Saya rasa banyak kerja yang ditangguh dan kesuntukan masa untuk projek
yang seterusnya. Saya juga rasa bimbang bahawa tidak dapat menyiapkan ketiga-tiga
projek dalam masa dua minggu lagi.
3.0 Cadangan Penambahbaikan
Saya perlu cekap dalam pengurusan masa supaya kerja sentiasa berjalan pada masa
yang ditetapkan. Saya sepatutnya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam
penyediaan bilik darjah tersebut sambil menunggu kerja dibaik pulih berlangsung
supaya tidak membazirkan masa. Saya juga sepatutnya merujuk kepada guru yang
mengajar subjek-subjek lain untuk mendapati maklumat mengenai subjek tersebut
dalam penyediaan papan maklumat mengikut subjek. Hal ini dapat mengurangkan
beban dalam mencari maklumat mengenai semua subjek dan mempelbagaikan
maklumat yang dikumpul.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

Ke-4

Minggu Internship

Keempat

Tarikh Peristiwa /

18 Oktober 22 Oktober 2015

Penangguhan Tugasan

Kejadian /
Tajuk Jurnal

1.0 Isu Perkara Yang Difokus


Minggu terakhir ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk saya. Kami diberi cuti
empat hari iaitu dari hari Isnin ke hari Khamis. Saya tidak dapat menyempurnakan
portfolio. Jadi tugas saya makin berat dalam minggu ini. Selain itu, kami juga
bertungkus lumus menyiapkan tugas-tugas lain sebelum menamatkan sesi internship
kali ini. Pada hari jumaat pula aktiviti keagamaan diadakan di sekolah. Saya terlibat
dalam aktiviti tersebut menyebabkan tidak menyiapkan portfolio saya. Saya perlu
menyempurnakan portfolio saya supaya guru pemimbing dapat menyemak dan menilai
saya untuk memberi markah internship.
2.0 Analisis Isu Perkara Yang Difokus
2.1 Kekuatan
Kami diberi cuti selama empat hari kerana jerebu. Saya menggunakan masa ini untuk
membuat pembetulan kertas kerja dan melengkapkan semua kertas kerja. Saya juga
menggunakan masa ini untuk melengkapkan laporan tugasan projek saya. Selain itu,
kami telah siap menceriakan bilik darjah mengikut abad ke-21. Kami juga menyiapkan
bahan-bahan tambahan untuk melengkapkan bilik darjah tersebut. Aktiviti keagamaan
yang dilaksanankan melibatkan semua guru sesi pagi dan sesi petang. Saya dapat
berkomunikasi dengan semua guru dan merapatkan hubungan mesra bersama guruguru sekolah ini.

2.2 Kelemahan
Keadaan jerebu mengakibatkan saya rasa tidak sihat. Saya menghabiskan masa
mengambil rehat. Saya tidak dapat berfokus dalam tugasan yang perlu disempurnakan.
Kebanyakan tugasan saya ketinggalan. Cuti yang panjang juga mengakibakan saya
menghabiskan masa dengan perkara lain mengetepikan tugasan yang perlu disiapkan.
3.0 Cadangan Penambahbaikan
Saya perlu sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang
sepatutnya terutamanya semasa jerebu supaya tidak membahayakan kesihatan. Saya
juga perlu menghabiskan masa degan melakukan perkara yang penting dahulu supaya
tidak merugikan diri sendiri. Kami telah menjalankan satu sesi internship yang penuh
makna dan lebih seronok. Dengan wujudnya sesi internship ini, saya dan rakan menjadi
lebih rapat dengan seisi warga sekolah terutamanya guru-guru, murid-murid, pihak
pentadbir, tukang kebun, dan semua warga sekolah ini. Kami menjalankan satu sesi
praktikal yang amat menyeronokkan dan memberi pengalaman sebenar yang penuh
makna.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Bilangan Jurnal

Ke-3

Minggu Internship

Ketiga

Tarikh Peristiwa /

12 Oktober 16 Oktober 2015

Penyediaan kertas kerja

Kejadian /
Tajuk Jurnal
MASALAH:
Masalah yang telah saya hadapi dalam minggu ini ialah saya perlu menyediakan kertas kerja
bagi projek kedua iaitu Projek Selepas UPSR dan projek individu saya iaitu Aktiviti melukis
dan mewarna bagi tahun 2. Kedua- dua projek ini perlu dilaksanakan dalam minggu ini kerana
murid- murid akan manghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu hadapan. Bagi Projek
Selepas UPSR, saya dan Cik Maiyhurri telah berjumpa dengan kaunselor sekolah, iaitu Pn.
Umaananthani untuk memberikan kami satu slot untuk menjalankan projek kami. Selain dari
projek kumpulan, saya turut perlu menjalankan projek individu pada minggu ini. Menyediakan
dua kertas kerja dan menjalankan kedua- dua projek tersebut pada minggu yang sama
merupakan satu tugasan yang sangat mencabar. Selain itu, masalah yang kedua yang saya
hadapi pada minggu ini ialah untuk menjalankan projek selepas UPSR, saya terpaksa datang
ke sekolah pada sesi pagi manakala projek melukis dan mewarna bagi tahun 2 akan dijalankan
pada kepada murid sesi petang. Yang menjadi masalah ialah kedua- dua projek ini akan
dijalankan pada hari yang sama iaitu hari Jumaat.
ANALISIS:
Kedua- dua projek ini lebih senang untuk disediakan kertas kerjanya dan perlaksanaannya
berbanding dengan projek yang pertama. Menyediakan dua kertas kerja dalam masa yang
sangat singkat iaitu dalam sehari agar susah kerana aktiviti yang sesuai perlu dipilih untuk
dijalankan. Saya telah berjumpa dengan Pn. Umaananthani dengan kerap agar projek kedua
saya dapat dijalankan dengan sempurna. Bagi masalah kedua dimana murid- murid bagi
Projek Selepas UPSR merupakan murid- murid sesi pagi dan murid- murid yang terlibat dalam
Aktiviti Melukis dan Mewarna Tahun 2 merupakan murid- murid sesi petang dan
memandangkan murid- murid perlu menghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu
hadapan, saya telah membuat keputusan untuk datang ke sekolah lebih awal agar saya boleh
menjalankan Projek Selepas UPSR dan seterusnya berada di sekolah sehingga sekolah sesi
petang tamat kerana Aktiviti Melukis dan Mewarna Tahun 2 akan diadakan pada dua masa
terakhir pada hari tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Bagi mengelakan masalah sebegini dari berlaku lagi, saya perlu lebih teliti dalam membuat
rancangan. Saya juga perlu membuat perancangan yang awal agar masalah sebegini dapat
dielakan. Dengan membuat perancangan awal dan teliti, saya tidak akan menghadapi tekanan
dan boleh mengelakkan stres. Selain itu, dengan membuat perancangan awal, sudah tentu
saya tidak perlu menjalankan kedua- dua projek tersebuat pada hari yang sama dan untuk
murid- murid dari sesi yang lain.
JANGKA MASA:
Pada masa akan datang, saya perlu menyediakan kertas kerja lebih awal sebelum
melaksanakan projek tersebut. Kertas kerja perlu disediakan sekurang- kurangnya seminggu
sebelum projek tersebut dijalankan. Ia akan membantu saya membuat penyediaan lain seperti
menyediakan makanan, minuman, hadiah, tempat dan sebagainya jika diperlukan. Walaupun
kedua- dua projek saya dapat dijalankan dengan baik namun ia mungkin lebih sempurna jika
saya telah mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakan persediaan.
PELAN TINDAKAN:
Saya perlu mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakan sesuatu projek kerana ia akan
memberikan sama tempoh masa yang lebuh untuk berfikir dan membuat sebarang keputusan
yang munasabah. Selain itu, saya turut akan ada masa untuk menyediakan persiapan untuk
menjalankan projek tersebut dengan sempurna.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai

  • Esei Soalan
    Esei Soalan
    Dokumen9 halaman
    Esei Soalan
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Amali 1
    Amali 1
    Dokumen14 halaman
    Amali 1
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Amali 2
    Amali 2
    Dokumen12 halaman
    Amali 2
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Permainan Luas
    Permainan Luas
    Dokumen2 halaman
    Permainan Luas
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Hutan Temperate
    Hutan Temperate
    Dokumen6 halaman
    Hutan Temperate
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • KBSR KSSR Bandingan
    KBSR KSSR Bandingan
    Dokumen3 halaman
    KBSR KSSR Bandingan
    Maiyhurri Gunasekaran
    100% (1)
  • Tutorial 3j
    Tutorial 3j
    Dokumen4 halaman
    Tutorial 3j
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Menguli Doh
    Menguli Doh
    Dokumen2 halaman
    Menguli Doh
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Kecergasan
    Kecergasan
    Dokumen11 halaman
    Kecergasan
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Eks Bandul
    Eks Bandul
    Dokumen3 halaman
    Eks Bandul
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat
  • Teori Permainan Badminton
    Teori Permainan Badminton
    Dokumen14 halaman
    Teori Permainan Badminton
    Maiyhurri Gunasekaran
    Belum ada peringkat