Anda di halaman 1dari 14

Identiti Kontemporari Belia Malaysia

Ezhar Tamam, Jabatan Komunikasi, UPM


Azimi Hamzah & Turiman Suandi, Unit Pengajian Pembangunan Belia, UPM
Pengenalan
Pada tahun 1995 sekitar enam juta (30 peratus) daripada penduduk negara ini terdiri daripada golongan
belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Adalah dianggarkan sekitar 41 peratus penduduk
Malaysia dalam tahun 2000 adalah golongan yang sekarang ditakrifkan sebagai belia (Rancangan Malaysia
Ketujuh, 1995-2000). Belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga
yang penting bagi negara. Sumber tenaga ini, sebagai tunggak negara, mestilah dibangunkan dan
digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti
adalah amat penting, walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar pengswastaan telah dikatakan sebagai
pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang. Sungguhpun negara baru-baru ini
menghadapi kemalut kejatuhan nilai ringgit, kadar pertumbuhan ekonomi yang telah dicapai sejak sepuluh
tahun yang lepas adalah memberangsangkan, dan belanjawan berhemat yang dibentangkan baru ini
dijangka dapat mengatasi masalah ekonomi semasa dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada tahap
sederhana (Berita Harian, Oktober 18, 1997). Sekalipun negara kita dijangka akan mencatat
pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana, ini tidak boleh dianggap sebagai kejayaan selagi ada
sebahagian daripada belia negara ini, walau pun kecil, bermasalah atau tidak menyumbang kepada
pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat seandainya belia remaja dan
muda tidak dapat meneruskan dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta
kemajuan di masa akan datang.
Negara tidak boleh dibuai dengan kesenangan ekonomi sekarang dan leka dengan agenda pembangunan
belia. Proses globalisasi telah membuka ruang luas bagi negara dan rakyatnya merebut peluang kemajuan
ekonomi dan pada masa yang sama mendedahkankan rakyat kepada unsur-unsur luar yang negatif.
Globalisasi adalah proses yang hangat diperdebatkan. Ia membawa manfaat dan pada masa yang sama
menimbulkan permasalahan (Robertson, 1992; Richards, M. & French, D., 1996). Perkembangan dalam
teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan
nilai dan gaya hidup baru, dan mengubah citarasa. Peningkatan taraf hidup membolehkan individu dan
keluarga berbelanja lebih untuk memenuhi citarasa. Namun bagitu, pembangunan ekonomi mestilah
diiringi dengan pembangunan sosial dan budaya. Tidak ada ertinya negara maju sekiranya ada golongan
rakyatnya, khususnya golongan belia, terikuti-ikut dengan cara kehidupan barat yang tidak serasi
dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Proses globalisasi disamping usaha kerajaan meliberalisasikan
aktiviti ekonomi memberi cabaran baru kepada belia hari ini.
Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mestilah mempunyai sifat-sifat
positif yang membolehkan mereka memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan
wawasan 2020 disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf
masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka,
sama ada dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta mesti dibangunkan dan
dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian yang berterusan ialah identiti diri
belia. Identiti diri boleh mengambarkan gaya hidup seseorang individu.
Permasalahan Kajian
Bagaimanakah identiti belia pada hari ini? Secara khususnya apakah label yang mereka gunakan sebagai
identifikasi diri sendiri? Identifikasi diri adalah suatu yang berpengaruh. Belia adalah apa yang mereka
fikirkan tentang diri mereka. Identiti berkait rapat dengan cara hidup mencerminkan konsep diri. Belia
yang beridentiti positif dipercayai berfikiran positif dan bertingkah laku produktif. Bagitu juga
sebaliknya. Sehingga kini belum ada kajian yang meneliti secara empirikal tentang identiti belia negara
dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Media massa dan keluarga adalah dua agen sosialisasi

yang mungkin berkait dengan identiti belia. Kedua-dua agen sosialisasi ini dipercayai memainkan peranan
yang penting dalam membentuk sistem nilai dan gaya hidup belia. Permasalah belia yang berlaku kini
telah dikaitkan dengan pendedahan tinggi pada media massa dan kurangnya hubungan dengan keluarga
(Rahim, 1994; Ismail & Wok, 1995). Tetapi kaitan antara identiti dengan pendedahan kepada media
massa dan ikatan kekeluargaan belum diteliti. Berdasarkan pada permasalah di atas, maka kajian ini
bertujuan untuk (1) mengenal pasti identiti belia, dan (2) mengenal pasti ciri-ciri mereka, khususnya
dari segi pendedahan pada media massa dan ikatan kekeluargaan.

Metodologi Kajian
Tinjauan ini adalah sebahagian daripada kajian IRPA AEmerging youth culture@ oleh Unit Pengajian
Pembangunan Belia, Universiti Putra Malaysia. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal
selidik isi sendiri yang telah diprauji terlebih dahulu. Oleh kerana kajian ini menyentuh persoalan sikap
dan perlakuan dan memerlukan bilang responden yang agak besar, maka kaedah tinjauan didapati adalah
tepat. Bagi mengurangkan kos pengumpulan data, penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah
menemui tanya responden secara berkumpulan (purata, 30 orang dalam satu kumpulan). Setiap responden
mengisikan borang soal selidik masing-masing secara sendirian. Pada sesi temu tanya tersebut,
responden terlebih dahulu menerangkan cara untuk menjawab soalan tersebut. Responden telah
diingatkan untuk tidak berbincang dengan responden lain dan diyakinkan tentang kerahsiaan maklumat
yang mereka beri. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan. Kriteria peringkat umur belia dan
lokasi diambil kira agar responden yang dilibatkan di dalam kajian ini mewakili komposisi belia negara inidari sekolah, institut pengajian tinggi, tempat kerja, belia bandar, bandar kecil dan luar bandar.
Seramai 2177 orang belia telah dilibatkan di dalam kajian ini: 1662 adalah belia Melayu, 325 belia
Cina, dan 144 belia India. Dari segi jantina, 1151 adalah belia lelaki dan 1026 belia perempuan. Dari
segi lokasi pula 856 adalah belia dari bandar, 724 dari bandar kecil dan 589 dari luar bandar.
Sementara dari segi kategori belia pula 746 adalah belia remaja (15-19 tahun), 1026 belia muda (2025 tahun), dan 405 adalah belia dewasa (26-30 tahun). Responden kajian ini diyakini boleh mewakili
populasi belia negara ini.
Identiti belia diukur dengan soalan terbuka yang meminta responden menyatakan melabelkan diri yang
paling tepat mengenai diri mereka. Respons yang diperolehi di analisis menggunakan teknik analisis
kandungan. Seramai tiga orang koder digunakan untuk mengkategorikan data yang diperolehi. Klasifikasi
kategori identiti responden dibuat secara konsensus di kalangan ketiga-tiga koder.
Indeks tahap pendedahan pada media massa dibentuk berdasarkan soalan-soalan yang menanyakan
kekerapan responden menggunakan radio, television, surat khabar, majalah hiburan dan majalah sukan
dalam sehari, sama ada tidak pernah, kurang dari setengah jam, setengah hingga satu jam, satu ke dua
jam, atau lebih dari dua jam. Respons yang diperolehi dari kesemua soalan menggunakan media massa di
atas dipuratakan dan dikategorikan kepada rendah (kurang dari sejam sehari), serdahana (antara satu
ke dua jam sehari) dan tinggi (lebih dari dua jam sehari).
Tahap ikatan dengan keluarga pula diukur berdasarkan lima kenyataan skala Likert. Kenyataan tersebut
dibentuk untuk mengetahui sejauhmana keluarga dirujuk, dan sejauhmana keluarga memberikan bimbingan
serta sokongan. Jumlah skor yang diperolehi dari kenyataan-kenyataan tersebut dikategorikan kepada
tiga tahap ikatan dengan keluarga, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
Hasil Kajian
Hampir 150 deskriptif identiti diri telah muncul dari tinjauan ini yang kemudiannya dikategorikan kepada
sepuluh seperti yang dirumuskan di dalam Jadual 1. Kategori identiti tersebut dari kontinum negatif
hingga positif ialah devian, distruktif, trendy, sukan dan rekreasi, normal, profesion, agama,
konstruktif, patriotik, dan wawasan. Peratusan responden yang melabelkan diri mereka secara positif

adalah lebih tinggi daripada peratusan responden yang melabel diri mereka secara negatif. Kategori yang
mempunyai peratusan yang tinggi sekali ialah konstruktif (20.2%); diikuti dengan visionary (19.2%),
normal (16.9%), agama (16.4%), trendy (10.7%), dan profesion (7.2%). Bagi kategori-kategori lain
peratusannya adalah rendah- devian (3.8%), distruktif (2.3%), sukan dan rekreasi (1.4%), dan patriotik
(1.9%). Ramai responden Melayu mengaitkan diri mereka dengan identiti berwawasan (20.0%), diikuti
dengan agama (19.9%), konstruktif (18.6%) dan normal (15.6%). Ramai daripada responden Cina
tergolong di bawah kategori belia normal (25.2%), diikuti dengan konstruktif (24.0%), dan wawasan
(15.1%). Bagi responden India pula, ramai yang tergolong dalam kategori konstruktif (29.9%), diikuti
dengan berwawasan (20.1%), normal (13.9%) dan trendy (13.2%).
Jadual 1 juga menunjukkan bahawa lebih ramai belia India (4.9%) dan Cina (4.9%) beridentiti devian
berbandingan dengan belia Melayu (3.5%); manakala bagi kategori distruktif peratusan adalah lebih bagi
belia Cina (3.7%) berbanding dengan belia India (2.8%) dan Melayu (2.0%). Disamping itu peratusan bagi
kategori patriotik adalah lebih bagi kaum Cina (4.6%) berbanding dengan responden Melayu (1.5%) dan
India (0.7%).
Jadual 2 memaparkan taburan identiti belia mengikut peringkat umur belia dan jantina Terdapat pola
dalam identiti belia menurut peringkat umur dan jantina. Di kalangan responden remaja lebih ramai yang
mengaitkan diri dengan identiti konstruktif (22.4%); ini diikuti dengan berwawasan (18.8%), normal
(12.3%) dan trendy (12.1%). Bagi responden muda pula kategori yang mencatat peratusan yang teratas
ialah berwawasan (20.5%), diikuti dengan konstruktif (19.2%), normal (18.9%), dan agama (15.8%).
Sebaliknya bagi responden dewasa, kategori yang mencatatkan peratusan teratas ialah agama (23.0%),
diikuti dengan konstruktif (20.7%), normal (20.5%) dan visionary (16.3%). Jadual 2 juga menunjukkan
bahawa kategori devian, distruktif dan trendy lebih banyak diwakili oleh responden remaja dan muda
berbanding dengan responden dewasa: identiti devian: remaja (4.6%), muda (4.0%), dewasa (1.7%);
distruktif: remaja (2.0%), muda (2.70%), dewasa (1.5%); trendy: remaja (12.1%), muda (10.5%), dan
dewasa (8.1%). Lebih ramai responden dewasa (20.5%) dan muda (18.9%) berbanding dengan belia
remaja (12.3%) melebalkan diri mereka sebagai belia normal. Identiti agama lebih popular di kalangan
responden dewasa (23.0%) berbanding dengan responden remaja (12.6%) dan muda (15.8%), sementara
identiti sukan dan rekreasi pula lebih popular di kalangan responden remaja (2.0%) dan muda (1.5%)
berbanding dengan responden dewasa (0%). Peratus responden yang tergolong dalam kategori patriotik
adalah lebih bagi belia remaja (2.7%) berbanding dengan belia muda (1.9%) dan dewasa (1.2%).
Jadual 2 juga menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki berbanding dengan perempuan yang melabelkan diri
mereka dengan identiti negatif: 5.6% devian, 3.3% distruktif 16.6% trendy bagi lelaki berbanding
dengan 1.8% devian, 1.4% distruktif, dan 3.9% trendy bagi perempuan. Peratusan bagi kategori devian,
distruktif dan trendy ini adalah lebih bagi lelaki remaja dan muda berbanding dengan lelaki dewasa.
Sebaliknya, lebih ramai responden perempuan melabelkan diri mereka dengan identiti positif: agama
(17.3%), konstruktif (26.2%), berwawasan (24.1%) berbanding dengan responden lelaki (agama, 14.9%,
konstruktif, 15.6%, dan visionary 14.7%). Lebih ramai belia perempuan dewasa (32.1%) berbanding
dengan perempuan remaja (16.9%) dan muda ( 10.2%) mengaitkan diri mereka dengan agama. Sebaliknya
lebih ramai belia perempuan remaja (28.5%) berbanding dengan perempuan muda (24.9%) dan dewasa
(24.9%) mengaitkan diri mereka dengan identiti konstruktif, dan lebih ramai perempuan muda (27.3%)
berbanding dengan perempuan remaja (23.8%) dan dewasa (17.1%) mengaitkan diri mereka dengan
identiti berwawasan.
Taburan identiti belia mengikut lokasi kediaman, seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 3,
menunjukkan wujud pola dalam identiti belia mengikut lokasi kediaman. Peratusan responden bagi identiti
devian, distruktif, trendy dan normal adalah lebih bagi responden dari bandar dan bandar kecil
berbanding dengan responden dari luar bandar. Lebih ramai belia luar bandar (20.7%) dan bandar kecil
(17.8%) berbanding dengan responden bandar (11.3%) mengaitkan diri mereka dengan agama. Sebaliknya
lebih ramai belia bandar (21.4%) berbanding dengan belia luar bandar (19.0%) dan bandar kecil (16.4%)
tergolong dalam kategori berwawasan. Lebih ramai responden luar bandar mengaitkan identiti mereka
dengan profesion (9.3%) dan patriotik (3.1%) berbanding dengan responden bandar dan bandar kecil.

Jadual 4 memaparkan taburan identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Wujud pola
identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Responden yang diketegorikan
berpendedahan tinggi pada media massa didapati lebih ramai tergolong dalam kategori trendy (20.0%),
normal (18.5%), konstruktif (19.9%), dan berwawasan (12.8%), manakala mereka yang berpendedahan
sederhana lebih ramai tergolong dalam kategori konstruktif (20.4%), berwawasan (19.6%), normal
(17.6%), dan agama (14.2%). Sementara mereka yang berpendedahan rendah lebih ramai mengaitkan
diri dengan agama (21.8%) dan wawasan (21.2%), konstruktif (17.6%0, dan normal (14.1%). Di kalangan
responden beridentiti devian, ramai yang berpendedahan tinggi pada media massa (5.6%) berbanding
dengan mereka yang berpendedahan sedarhana (4.1%) dan rendah (2.1%).
Taburan identiti belia mengikut tahap keikatan dengan keluarga dibentangkan di dalam Jadual 5. Lebih
ramai responden yang kuat ikatan kekeluargaan mengaitkan diri mereka dengan identiti konstruktif
(21.5%), diikuti dengan wawasan (21.1%), dan agama (17.2%). Manakala responden yang sederhana
ikatan kekeluargaan lebih ramai yang mengaitkan diri mereka dengan identiti normal (19.6%), konstruktif
(17.2%), dan trendy (16.7%). Bagi responden yang rendah ikatan dengan keluarga pula lebih ramai yang
mengaitkan diri mereka dengan identiti normal (22.4%), konstruktif (18.8%), devian (12.9%) dan
distruktif (12.9%).
Perbincangan dan Implikasi
Kajian ini telah memberikan gambaran tentang identiti belia kontemporari Malaysia serta beberapa
profilnya. Hasil tinjauan ini dapat memberi gambaran lebih positif dan bukan seperti yang dilaporkan
oleh media massa, kumpulan-kumpulan sosial mahu pun orang-orang perseorangan yang banyak
menekankan gambaran buruk. Memang tidak dinafikan bahawa ada belia yang beridentiti negatif,
mengalami krisis identiti, dan bermasalah. Namun tinjauan ini menunjukkan bahawa fenomena ini tidaklah
seperti yang disangkakan. Peratusan belia yang mengaitkan diri mereka dengan identiti diri yang positif
adalah jauh lebih tinggi daripada peratusan belia yang mengaitkan diri mereka dengan identiti negatif.
Sepuluh kategori identiti belia muncul daripada tinjauan ini boleh diletakkan dalam satu kontinum, dari
kategori non-kontributif (negatif) kepada kategori kontributif (positif). Jika belia diklasifikasikan pada
tiga golongan, iaitu bermasalah, biasa, dan berpotensi, maka belia kontemporai Malaysia dewasa ini
kebanyakannya boleh diklasifikasikan sebagai belia yang berpotensi; belia yang boleh memenuhi seruan
wawasan 2020 dan menangani cabaran gelombang globalisasi. Ini kerana ramai daripada belia yang telah
ditemui tergolong dalam kategori belia kontributif, yang mana sejumlah besar daripada mereka
mempunyai ciri-ciri konstruktif, berwawasan dan berorientasi agama. Senario ini adalah positif dan
memberansangkan. Identiti sedemikian membawa implikasi bahawa belia negara ini boleh bertindak
sebagai rakan pembangunan negara. Penemuan ini selari dengan penemuan tinjauan Sakdan, Mustafa dan
Ahmad Marzuki (1995) yang mendapati majoriti respondennya mempunyai persepsi dan sikap yang positif
terhadap wawasan 2020.
Di samping itu, penemuan kajian menunjukkan identiti konstruktif dan identiti berwawasan adalah identiti
yang dominan dikalangan belia Malaysia, khususnya Melayu dan India. Populariti identiti berwawasan ini
berkemungkinan lantaran atau natijah kempen wawasan 2020. Walau bagaimanapun identiti berwawasan
tidaklah sebagitu popular di kalangan belia Cina. Sebaliknya identiti normal adalah lebih popular di
kalangan belia Cina. Adakah ini membayangkan belia Cina kurang komited dengan wawasan 2020?
Persoalan ini kurang difahami dan penelitian yang lebih mendalam perlu dijalankan. Namun demikian
adalah menarik diperhatikan bahawa lebih ramai belia Cina yang melabelkan diri mereka dengan identiti
patriotik berbanding dengan belia Melayu dan belia India. Analisis mengikut kaum juga jelas menunjukkan
bahawa identiti agama lebih dominant di kalangan belia Melayu berbanding dengan belia Cina dan India.
Ini membayangkan agama masih mempunyai pengaruh yang kuat pada belia Melayu. Sementara itu
kebimbangan timbul apabila didapati identiti trendy mendapat tempat di hati di kalangan semua kaum
belia Malaysia, dan identiti trendy ini lebih popular di kalangan belia India, dan ikuti oleh belia Melayu
dan Cina. Identiti trendy ini lebih berbentuk pada penampilan fizikal (misalnya mat punk, mat smart dan
sebaginya) dan kegemaran atau kegilaan (mat rock, mat bules, mat motor dan sebagainya). Mereka yang
mengaitkan diri dengan trendy, di samping yang beridentiti devian atau distruktif, perlu diberi bimbingan
dan galakan yang tersusun dan berterusan agar mereka berubah daripada identiti non-kontributif kepada

identiti kontributif. Perlu ditekankan bahawa identiti-identiti begini adalah baru muncul dan boleh
berkembang walaupun peratus dalam kajian awal ini rendah. Tindakan awal perlu dilakukan sebelum
fenomena ini menular.
Selain isu identiti, persoalan mengenai profil mereka yang beridentiti non-kontributif dan mereka yang
beridentiti kontributif juga diajukan. Justeru itu kajian ini telah melihat pola identiti diri belia mengikut
kategori umur belia, jantina, lokasi kediaman, pendedahan kepada media massa dan faktor hubungan
dengan keluarga.
Kajian ini telah menunjukkan bahawa belia yang tergolong di dalam kategori devian atau distruktif atau
trendy kebanyakannya terdiri daripada belia remaja dan belia muda berbanding dengan belia dewasa. Ini
mungkin disebabkan pada peringkat ini belia lebih cenderung dan tertarik untuk melakukan atau
mencontohi sesuatu yang unik, lain dan baru walaupun perkara tersebut adalah terkeluar dari kebiasaaan
atau bercanggah dengan norma. Lebih ramai lelaki remaja dan lelaki muda berbanding perempuan remaja
dan perempuan muda yang mengaitkan diri mereka dengan identiti devian, distruktif dan trendy, seolaholah menggambarkan belia lelaki berbanding dengan perempuan adalah lebih cenderung untuk melakukan
atau mencontohi sesuatu yang unik, berlainan, dan yang baru.
Suatu yang positif daripada kajian ini ialah lebih ramai belia muda dan belia remaja berbanding dengan
belia dewasa mengaitkan diri mereka dengan identiti wawasan. Ini jelas membayangkan ruang untuk
membentuk generasi akan datang ke arah yang visi 2020 adalah cerah. Dalam hal ini lebih ramai
perempuan remaja dan muda berbanding dengan lelaki remaja dan muda yang beridentiti berwawasan.
Bagi yang mengaitkan diri dengan agama, ini ketara pada belia dewasa, khususnya dewasa perempuan,
berbanding dengan belia muda; dan yang paling kurang mengaitkan diri dengan agama ialah belia remaja.
Fenomena ini perlu dilihat dengan serious. Kurang keyakinan kepada agama merupakan punca banyak
masalah.
Belia yang tergolong di dalam kategori non-kontributif ini kebanyakannya adalah belia bandar dan bandar
kecil. Selain daripada identiti konstruktif sebagai identiti yang dominan di kalangan belia, identiti agama
adalah lebih popular di kalangan belia luar bandar berbanding dengan belia bandar besar atau kecil.
Sementara identiti berwawasan lebih popular di kalangan belia bandar. Kemungkinan faktor sosialisasi,
corak kehidupan bandar dan luar bandar menyumbang kepada pembentukan identiti non-kontributif,
terutamanya di kalangan mereka yang kurang pegangan agama dan moral, yang kurang pengawasan
keluarga dan yang tinggi pendedahan kepada media massa.
Faktor pendedahan kepada media massa mempunyai pengaruh ke atas identifikasi diri belia seperti yang
didapati di dalam kajian ini. Jelas didapati bahawa belia yang beridentiti sama ada devian, distruktif
atau trendy kebanyakannya datang dari golongan belia yang tinggi pendedahan pada media massa.
Penemuan ini menguatkan pendapat yang menyatakan media massa seperti television adalah agen
sosialisasi yang berpengaruh di kalangan belia. Di kalangan belia yang berpendedahan tinggi, identiti
yang popular ialah trendy dan konstruktif, sebaliknya dikalangan belia yang berpendedahan rendah,
identiti yang popular ialah agama dan visionary. Beberapa interpretasi boleh dibuat berhubungan
penemuan ini. Pertama, bukannya tahap pendedahan pada media massa yang mempengaruhi label diri
belia tetapi program yang ditontoni. Ini kerana terdapat belia yang mengaitkan diri dengan identiti
konstruktif, visionary, dan agama sekalipun pendedahan mereka pada media massa adalah tinggi. Mereka
berkemungkinan sangat memilih tentang program yang ditontoni. Namun proposinya adalah kecil. Kedua,
pendedahan yang tinggi pada media massa seperti television menyumbang kepada pembentukan identiti
non-kontributif. Ini tidak mustahil kerana kebanyakan program yang disiarkan di television adalah
program yang diimport. Kalau tidak diimport pun, program tempatan banyak yang merupakan Asalinan@
program-program import sama ada dari segi bentuk persembahannya mahu pun temanya, seperti yang
dinyatakan oleh Zaharom (1996). Di samping itu program yang bercorak hiburan lebih banyak dipaparkan
oleh media masa hari ini.
Era globalisasi dan liberalisasi dalam industri television membuka ruang untuk Acultural invasion@ seperti
yang diutarakan oleh Tomlinson (1991). Perkembangan teknologi penyiaran dewasa ini menimbulkan

kecemasan dan kebimbangan kerana penonton dilihat sebagai konsumer dan bukannya publik yang perlu
dibantu dalam banyak hal. Laporan media massa yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia
(1996) menyebut 95 peratus daripada penduduk berumur 15 tahun dan ke atas adalah penonton
television, dan kebanyakan penonton memperuntukkan masa sekitar 1-2 jam sehari menonton television.
Dalam suasana persaingan dalam industri television- television kerajaan dan television swasta
terutamanya, sudah semestinya mengutamakan program import yang dijangka diminati penonton dan
mendatangkan pulangan yang besar. Justeru itu penonton seolah-olah dipaksa menonton program import
dengan kurangnya program tempatan yang bermutu tinggi yang dapat membangunkan nilai-nilai diri yang
positif. Kemunculan majalah-majalah hiburan akibat liberalisasi ekonomi dan pasaran juga membuka lebih
banyak ruang pada belia untuk ruang Acultural invasion.@ Natijah perkembangan ini ialah belia akan
lebih tertarik dan cenderung untuk mengaitkan diri dengan identiti non-kontributif sekiranya mereka
amat terdedah pada media massa khususnya televison kerana mereka, secara sedar atau tidak,
disogokkan dengan nilai-nilai barat yang tidak selari dengan nilai budaya tempatan. Implikasi isu ini ialah
polisi programing dan amalan televisual perlu dapat mewujudkan ruang dalam pembangunan belia selaras
dengan visi 2020.
Satu lagi agen sosialisasi utama yang dipercayai mempengaruhi kehidupan dan identiti diri belia ialah
hubungan dengan keluarga. Telah banyak diperkatakan tentang pentingnya hubungan dan ikatan
kekeluargan dalam membentuk individu yang berpribadi positif. Penemuan kajian ini memperkuat hujah
tersebut. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa golongan belia yang kuat ikatan dengan keluarga lebih
banyak yang berindentiti kontributif, khususnya konstruktif dan berwawasan, berbanding mereka yang
beridentiti non-kontributif. Sebaliknya golongan belia yang mempunyai ikatan yang lemah dengan
keluarga lebih ramai yang beridentiti normal dan dikontinum non-kontributif. Penemuan ini menunjukkan
bahawa adanya perkaitan identiti diri dengan tahap ikatan.
Kesimpulan
Sungguh pun belia boleh mempunyai multiple identiti, kajian ini memberi fokus kepada identiti yang
dominan. Bentuk dan cara soalan identiti dikemukakan dipercayai memberikan maklumat yang diperlukan.
Keseluruhannya, setakat ini senario identiti belia kontemporari- Melayu, Cina dan India, boleh
digambarkan sebagi positif. Ini bermakna peluang untuk menterjemahkan falsafah dan objektif program
pembangunan belia ke arah pembentukan belia sebagai rakan dalam pembangunan negara adalah cerah.
Belia negara ini berpotensi untuk digerakkan sebagai rakan pembangunan memandang mereka mempunyai
pandangan diri yang positif dan disifatkan sebagai belia kontributif. Sementara penemuan ini boleh
ditafsirkan yang globalisasi mungkin tidak menimbulkan masalah besar kepada agenda pembangunan
negara dan pencapaian visi negara, mungkin proses globalisasi ini masih awal belum lagi menampakkan
kesan-kesan yang nyata pada budaya dan identiti belia. Faktor pendedahan pada media massa dan
ikatan dengan keluarga adalah faktor yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Belia berkemungkinan
lebih suka mengaitkan diri dengan identiti negatif atau non-kontributif sekira mereka amat terdedah
pada media massa dan kurang terikat dengan keluarga. Memandangkan kedua-dua agen sosialisasi ini
adalah penting kepada belia maka agen-agen sosialisasi ini perlu menerapkan nilai-nilai positif di
kalangan belia secara berterusan dalam interaksi mereka dengan belia.
Walaupun kajian ini memberi gambaran yang agak selesa dengan identiti belia masa kini, terdapat bibit
sub-kultur yang negatif sudah mula menular. Adalah diharapkan kajian ini memberi semua pihak yang
terlibat dengan sosalisasi belia satu arah tindakan untuk menghadapi globalisasi dan pembangunan
sepenuhnya.
Rujukan
Ismail, N. Wok, S. (1995). Komunikasi dan pembuatan keputusan: Sumbangan kepada keluarga
berkualiti. Dalam E. Tamam & M. Mohamad (Eds.), Rakan kongsi, komunikasi dan media dalam
pembangunan (ms. 251-272). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Keluaran Khas Berita Harian. (1997, Oktober 18). Laporan ekonomi 1997/98. Berita Harian, ms. 2.

Kementerian Penerangan Malaysia (1996). Laporan media massa Malaysia 1996. Kuala Lumpur:
Kementerian Penerangan Malaysia.
Kerajaan Malaysia (1991). Rancangan Malaysia Ketujuh: 1995-2000. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana
Menteri
Rahim, A. S. (1994). Tingkah laku lapak di kalangan remaja. Kajian di Semenanjung Malaysia. Kuala
Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan.
Richards, M. & French, D. (1996). From global development to global culture. In
M. Richards, & D. French (Eds.), Contemporary television: Eastern perspective (pp. 23-58). New Delhi,
India: Sage.
Robertson, R. (1992). Globalization: Social theory and global culture. London: Sage.
Sakdan, M. F., Mustafa, C. S., & Marzuki, N. A. (1995). Sikap dan jangkaan remaja terhadap
wawasan 2020. Kertas kerja yang dibentangkan di Simposium Penyelidikan Komunikasi anjuran Jabatan
Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Tomlinson, J. (1991). Cultural imperialism: A critical introduction. Baltiomre: Tje John Hopkins
University Press.
Zaharom, Nain (1996). The impact of international marketplace on the organization of Malaysian
television. In, D. French, & M. Richard (Eds.), Contemporary television: Eastern perspective (pp. 343358). New Delhi, India: Sage.

Jadual 1. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Kaum

Kaum
Keseluruhan
Melayu

Cina

India

(N=2131)

(N=1662)

(N=325)

(N=144)

Devian

3.5

4.9

4.9

3.8

Distruktif

2.0

3.7

2.8

2.3

Identiti

13.2

Trendy

10.7

9.2

10.7

Sukan &
Rekreasi

1.4

.6

2.1

1.4

Normal

15.6

25.2

13.9

16.9

Profesion

7.0

8.3

6.3

7.2

Agama

19.6

4.3

6.3

16.4

Konstruktif

18.6

24.0

29.9

20.2

Patriotik

1.5

4.6

.7

1.9

Wawasan

20.0

15.1

20.1

19.2

Nota:
Devian: Heavy metal, punk, mat bunga, bohsia, bohjan, budak botak dan sebaginya.
Distruktif: Mat lepak, pemalas, tak kisah, pasif, mat gian, mat seronok, anak syaitan, belia cinta,
relax, bermasalah dan sebagainya.
Trendy: Mat rap, blues, disko, R & B, set kosong, mat motor, rock & roll, reggae, dan sebagainya.
Normal: Serdahana, simple, belia biasa, low-profile, mat kampong, pemalu, casual, rugged, dan
sebagainya.
Sukan &
rekreasi: Belia rekreasi, lasak, sukan, dan adventurer.
Profesion: Mat kilang, belia peneroka, belia tani, usahawan, pendidik, professional dan sebaginya.
Agama: Belia masjid, beragama, belai bantu agama, beriman, dakwah, bermoral, gereja, dan
sebagainya.

Konstruktif: Belia prihatin, kreatif, rajin, bermotivasi, serba boleh, produktif, dinamik,
bertanggungjawab, berkeyakinan, belia harapan, beretika, ikhlas, berpengetahuan, dan sebagainya.
Patriotik: Belia cinta negara, wira bangsa, tonggak wawasan, belia Malaysia dan sebaginya.
Wasasan: Berwawasan, inovatif, pengerak masa epan, first class, bermatlamat, berpandangan jauh, dan
sebagainya.

Jadual 2. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Kategori Belia dan Jantina

Keseluruhan%
Kategori Belia & Jantina

(N=2177)

Lelaki
(N=1151)

Identiti

Devian

Distruktif

Trendy

Remaja

Muda

Dewasa

Perempuan

(N=746)

(N=1026)

(N=405)

(N=1026)

Lelaki (N363)

Lelaki (N=576)

Lelaki (N=212)

Perempuan

Perempuan

Perempuan

(N=383)

(N=450)

(N=193)

4.6

4.0

1.7

3.8

6.9

5.9

2.4

5.6

2.3

1.6

1.0

1.8

2.0

2.7

1.5

2.4

3.3

3.6

2.4

3.3

1.6

1.6

.5

1.4

12.1

10.5

8.1

10.6

Sukan & Rekreasi

Normal

Profesion

Agama

Konstruktif

Patriotik

19.1

16.3

12.7

16.6

5.2

3.1

3.1

3.9

2.0

1.5

1.4

3.0

2.3

2.1

1.0

.4

.6

12.3

18.9

20.5

16.9

10.5

21.2

25.0

18.5

14.1

16.0

15.5

15.2

10.2

5.0

6.9

7.1

11.0

4.7

9.4

7.6

9.4

5.3

4.1

6.6

12.6

15.8

23.0

16.0

15.2

14.9

14.6

14.9

10.2

16.9

32.1

17.3

22.4

19.2

20.7

20.6

16.0

14.8

17.0

15.6

28.5

24.9

24.9

26.2

2.7

1.9

1.2

2.1

1.4

1.2

.9

1.2

3.9

2.9

1.6

3.0

Wawasan

18.8

20.5

16.3

19.1

13.5

15.1

15.6

14.7

23.8

27.3

17.1

24.1

Remaja= 15-19 tahun, Muda= 20-25 tahun, Dewasa=26-30 tahun


Jadual 3. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Lokasi Kediaman

Lokasi (%)

Keseluruhan (%)
Identiti

(N=2169)

Bandar

Bandar Kecil

Luar Bandar

(N=856)

(N=724)

(N=589)

Devian

4.1

3.9

3.2

3.8

Distruktif

2.7

2.6

1.7

2.4

10.6

11.6

9.3

10.6

1.3

1.5

1.2

1.3

20.0

18.8

10.7

17.1

6.0

6.9

9.3

7.2

Trendy

Sukan & Rekreasi

Normal

Profesion

Agama

11.3

17.8

20.7

16.0

Konstruktif

20.8

18.9

21.7

20.4

Patriotik

1.9

1.5

3.1

2.1

Wawasan

21.4

16.4

19.0

19.1

Jadual 4. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Pendedahan Pada Media Massa

Pendedahan Media Massa (%)


Keseluruhan (%)
(N=2002)

Rendah

Sederhana

Tinggi

Identiti

(N=476)

(N=1331)

(N=195)

Devian

2.1

4.1

5.6

3.7

Distruktif

2.4

2.4

2.6

2.3

Trendy

6.1

11.6

20.0

11.1

Sukan & Rekreasi

1.3

1.1

2.6

1.3

14.1

17.6

18.5

16.8

Normal

Profesion

6.7

8.4

7.1

7.3

Agama

21.8

14.1

11.3

15.7

Konstruktif

19.7

20.7

19.9

20.3

Patriotik

2.7

2.0

.5

2.0

Wawasan

21.1

19.6

12.8

19.3

Jadual 5. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Tahap Keikatan Dengan Keluarga

Tahap Keikatan
Keseluruhan

Identiti

Devian

Distruktif

Trendy

Rendah

Sederhana

Tinggi

(N=2148)

(N=85)

(N=383)

(N=1680)

12.9

6.8

2.6

3.8

7.1

4.7

1.5

2.3

12.9

16.7

8.7

10.3

Sukan & Rekreasi

2.1

1.3

1.4

22.4

19.6

16.4

17.2

4.7

6.5

7.4

7.1

Agama

10.6

11.5

17.2

15.9

Konstruktif

18.8

17.2

21.5

20.7

Patriotik

1.6

2.3

2.1

Visionary

10.6

13.3

21.1

19.3

Normal

Profesion

Anda mungkin juga menyukai