Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid.

Bincangkan.
Rangka Karangan
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu
hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Pendahuluan
Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari
segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani
Isi-isi
- menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan
- melatih murid berdisiplin mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau
kelab
- mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
- mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan
- menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
- menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian mengendalikan
persatuan
Penutup
Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.

Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat.
Bincangkan.

Pendahuluan
Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok menjual pelbagai keperluan
harian para pengguna
Isi-isi
- menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil mengalami kerugian akibat persaingan
- para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan barangan
- pengguna terpaksa berbelanja lebih barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai biasa
- menggalakkan para pengguna berbelanja boros membeli barangan yang tidak penting kerana ada
tawaran murah
- menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah gejala sosial berleluasa
- sering berlaku kes ragut dan seluk saku membimbangkan para pengguna kerana kurang kawalan
keselamatan
Penutup
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal

Anda mungkin juga menyukai