Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik, dan seni
pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti teater, seni sastera, seni
fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sarjana muda
kerguruan ini lebih menegeaskan kepada aspek pemahaman, penghyatan dan kritikan. Proses
ini menyetuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan membenarkan murid menjalankan aktiviti untuk
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan
lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.
Pada masa yang sama, saya juga dapat belajar pelbagai ilmu daripada subjek Seni
dalam Pendidikan. Sebelum ini, saya tidak minat dalam subjek ini. Selepas belajar selama tiga
bulan, saya lebih minat dan suka subjek ini kerana subjek ini memberi saya ilmu yang lebih
dalam dalam aspek seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Sepanjang pengetahuan saya,
saya menggangap menghasilkan muzik dan menyanyi lagu adalah begitu senang. Selepas
didedahkan oleh pensyarah, saya mulai menyedari kepentingan muzik di dalam kelas dan juga
dalam kehidupan seseorang. Muzik dan iramanya dapat memberi perasaan dan juga dapat
memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Apabila seseorang mendengar muzik, jiwa
seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang
mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi
tenang dan gembira. Sessunggunhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan
lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang it.
Manakala pula dalam kelas, melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek
Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang
diserapkan perlu mempunyai hubungkait dengan subjek yang diajar. Penerapan unsur muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi kesan yang positif. Melalui
kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan suasana dan mood kelas amat
penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid. Muzik terdiri dari susunan irama

dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah muzik mampu menaikkan semangat
pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa vokal yang lebih bersifat sentimental
mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan sesuai digunakan ketika sesi
membaca.
Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan
seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu
Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh
menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang
sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran itu lebih menarik. Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk
mewujudkan satu kaedah mendidik yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik
minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.
Dari aspek Seni Visual, saya juga telah didedahkan kali pertama dalam kehidupan saya.
Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menegah, guru saya tidak menitikberatkan seni visual.
Subjek ini selalu dirompak oleh guru lain untuk menggantikan kelas mereka. Melalui beberapa
sesi melukis dan melakar, sebagai warga pendidik pada masa yang akan datang, saya rasa
seni visual dapat melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan
dan prosfessional. Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan
saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan profesional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan
tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Seterusnya, dari seni visual
saya juga dapat belajar pelbagai teknik untuk melukis dan melakar. Guru hendaklah
menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid
mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh menggunakan seni visual untuk membantu pemahaman murid dalam mana-mana subjek.
Secara menyeluruhkan, Seni dalam Pendidikan telah membina keyakinan saya dalam
pembelajaran. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai.
Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita
terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,
ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk

mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. Selain itu, pengetahuan tentang teori-teori kesenian
dapat membantu saya mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian
teori dalam pembelajaran dapat membantu saya memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang
individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak
kanan, pada masa yang sama saya dapat belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui
seni, saya dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru
itu, seni dapat mempengaruhi saya untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.
Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu saya belajar dengan lebih menyeronokkan dan
mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan
di antara pemikiran dengan perlakuan saya.
Dalam semester ini, saya juga berpeluang untuk mengadakan satu pertandingan
nyanyian di dalam kampus. Dalam proses mengadakan pertandingan, saya telah belajar
seberapa banyak tentang muzik dan juga pengurusan. Pertandingan ini telah memberi banyak
pengajaran kepada saya sebagai guru dan juga diri sendiri. Sebagai guru pada yang akan
datang, saya harus melengkapi saya sendiri dengan ilmu pengetahuan muzik yang asas
supaya dapat mengendalikan pertandingan dengan adil dan lancar. Saya harus mengetahui
perbezaan kategori-kategori muzik yang sedia ada dan juga kategori yang boleh ditandingkan
oleh murid-murid. Selepas itu, saya haruslah membaiki kelemahan saya iaitu dalam
pengurusan masa dan pengurusan kerja. Saya haruslah membuat persiapan awal sebelum
pertandingan supaya dapat mengetahui masalah-masalah yang akan dihadapi. Saya juga
haruslah memaklumkan juri seawal tiga hari sebelumnya. Melalui pertandingan and subjek seni
dalam pendidikan, saya telah mendapat banyak input dan pengajaran. Subjek ini dapat
mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyenorokkan sekiranya guru
pandai mengaplikasikan mata pelajaran ini dalam mata pelajaran tersebut mahupun mata
pelajaran lain. Seni dalam Pendidikan merupakan satu mata pelajaran yang unik kerana ia
mampu digunakan dalam mata pelajaran lain sekiranya digunakan pada waktu dan masa yang
sesuai. Oleh itu, satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan oleh
guru.

Anda mungkin juga menyukai