Anda di halaman 1dari 24

1

NAMA : Norsilawati Binti Abdul Razak


BIDANG PENYELIDIKAN :
Psikologi Sukan

TAJUK RANCANGAN PENYELIDIKAN :


Kesan fisiologikal dan psikologikal stres terhadap latihan dan
pertandingan serta pengurusan stres di kalangan atlet

Latarbelakang Kajian

Kecemerlangan di dalam bidang sukan bukanlah hanya bergantung


kepada fisiologikal (kekuatan, daya tahan, kelenturan dan kecergasan) dan
biomekanikal (teknik) sahaja tetapi dipengaruhi oleh faktor psikologikal yang juga
memainkan peranan penting untuk peningkatan prestasi atlet. Menurut Orlick
dan Partington (1988) kebanyakan atlet gagal mempamerkan prestasi cemerlang
adalah disebabkan oleh kegagalan untuk mengekalkan konsentrasi apabila
berhadapan dengan gangguan-gangguan psikologi. Masalah ini bukan sahaja
dihadapi oleh atlet peringkat olimpik tetapi merangkumi semua atlet. Kekuatan
mental amat diperlukan dalam sukan berbentuk mental seperti tenis, golf, boling,
memanah, gimnastik dan lain-lain. Contohnya

pemain golf memerlukan

kekuatan mental sebanyak 90 % ketika bertanding (Hemery, 1986). Ini kerana


menurut Patmore (1986) kebanyakan pemain golf mengambil masa sekurang-

2
kurangnya 16 jam untuk menghabiskan 72 lubang di dalam sesuatu
pertandingan.

Salah satu faktor utama yang sering menyebabkan atlet gagal mencapai
peak performance adalah disebabkan oleh gangguan psikologikal. Terdapat
pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan psikologi atlet yang dikenali
sebagai stressor (Jones dan Hardy, 1989).
sukan

Penglibatan atlet dalam bidang

menyebabkan mereka tidak dapat lari dari stres yang berpunca dari

persekitaran yang kompetitif (Cratty, 1984: King, Stanley dan Burrows, 1987).

Situasi pertandingan memerlukan atlet mempunyai kekuatan mental atau


kognitif untuk menpamerkan prestasi cemerlang (Fisher, 1984). Sehubungan itu
atlet perlu melengkapkan diri dengan keupayaan untuk menangani stres bagi
menjamin prestasi ketika bertanding (Patmore, 1986).

Pernyataan Masalah

Kebanyakkan atlet boleh mempamerkan prestasi yang membanggakan


ketika berlatih namum apabila pertandingan berlangsung mereka gagal
mengekalkan prestasi tersebut ini adalah kerana tekanan

psikologi yang

berbeza ketika berlatih dan bertanding. Interpretasi ini dapat dijelaskan melalui
hubungkait antara stres dan prestasi yang berlandaskan kepada konsep stres
dimana perubahan prestasi akan berlaku apabila atlet berada dalam keadaan

3
rendah stres hasil dari perubahan dimensi kebangkitan. Kebangkitan merujuk
kepada penghasilan tenaga yang tersimpan di dalam tisu-tisu manusia yang
diperlihatkan melalui tindakbalas individu (Duffy, 1962). Jika tenaga ini digunakan
dengan sebaiknya maka ia akan mendatangkan kesan yang positif.

Menurut Porgman (1998) menyatakan stres ialah sesuatu yang reaktif, di


mana ia akan wujud apabila terdapatnya rangsangan internal atau ekternal yang
boleh menganggu keselamatan, keselesaan atau status
berlakunya

perubahan

emosi,

psikologi,

kognitif

yang menyebabkan

mahupun

tingkahlaku

seseorang.

Sehubungan dengan itu atlet perlu mempunyai kekuatan mental untuk


mengatasi gangguan-gangguan psikologi.

Weinberg (2003) coping boleh

didefinisikan sebagai satu proses yang tekal digunakan untuk mengubah kognitif
dan tingkahlaku untuk menguruskan tuntutan dari ekternal, internal atau konflik,
situasi yang berlaku. Ianya juga boleh dikatakan sebagai satu proses dinamik
melibatkan kognitif mahupun tingkahlaku untuk menangani stres yang berlaku.
Berdasarkan kepada kajian lampau yang dijalankan oleh pakar psikologi sukan
mendapati kegagalan

menangani stres atau tidak mempunyai kemahiran

spesifik semasa menangani stres menyebabkan atlet gagal mempamerkan


prestasi terbaik dalam sukan. Kebolehan atlet manangani stres akan
mengurangkan kebimbangan, mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan

4
keyakinan diri, meningkatkan konsentrasi dan meningkatkan motivasi (Czech,
Ploszay dan Burke 2004).

Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif berikut :


1. Mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan atlet mengalami
stres semasa berlatih dan bertanding.
2. Mengenalpasti sejauhmanakah stres memberi kesan semasa latihan dan
pertandingan terhadap pencapaian atlet.
3. Sekiranya stres memberi kesan terhadap prestasi atlet semasa berlatih
dan bertanding, maka kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah
perubahan-perubahan psikologikal dan fisiologikal yang berlaku terhadap
atlet.
4. Meninjau sejauhmanakah atlet

didedahkan terhadap pengetahuan dan

kemahiran strategi menangani stres dalam sukan.


5. Mengenalpasti strategi menangani stres manakah yang sering digunakan
oleh atlet ketika berlatih dan bertanding.
6. Meninjau sejauhmanakah strategi menangani stres yang digunakan oleh
atlet memberi kesan terhadap pencapaian.

Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian yang bakal terjawab melalui kajian ini ialah :


1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan atlet mengalami stres semasa
berlatih dan bertanding?
2. Sejauhmanakah

stres

mendatangkan

kesan

semasa

latihan

dan

pertandingan terhadap pencapaian atlet?


3. Apakah perubahan-perubahan psikologikal dan fisiologikal yang berlaku
apabila atlet mengalami stres?
4. Sejauhmanakah atlet didedahkan terhadap pengetahuan dan kemahiran
strategi menangani stres dalam sukan?
5. Apakah strategi menangani stres yang sering digunakan oleh atlet ketika
berlatih dan bertanding?
6. Apakah strategi menangani stres yang digunakan oleh atlet memberi
kesan terhadap pencapaian?

Kepentingan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau kesan stres terhadap
perubahan psikologikal dan fisiologikal semasa bertanding dan berlatih. Ini

6
kerana stres memberi kesan terhadap prestasi atlet (Lidor & Singer, 2000).
Weinberg & Gould (2003) rutin semasa sesi latihan menbantu meningkatkan
fokus tumpuan, mengurangkan paras kebimbangan, meningkatkan keyakinan
dan membantu meningkatkan persediaan mental menjelang pertandingan.
Kebanyakan atlet meningkatkan keupayaan dan kemahiran mengikut rutin
spesifik semasa latihan sebagai persediaan pertandingan (Schmid & Pepper,
1998). Rutin preshot sangat berkesan untuk memperolehi kue tumpuan begitu
juga dengan sukan yang lain seperti golf, boling, tenis dan ski (Cohn, Rotella, &
Lyod, 1990; Kirschenbaum, Ordman, Toma, Holtzbauer, 1982; Lobmeyer &
Wasserman, 1986; McCann, Lavalee, & Lavalle, 2001; Orlick, 1986; Weisberg &
Pein, 1992).

Sehubungan itu kajian ini bertujuan memberi kesedaran, meningkatkan


pengetahuan dan menyediakan maklumat kepada atlet dan jurulatih bahawa
aspek psikologikal memainkan peranan penting ketika bertanding. Keupayaan
atlet untuk menangani dengan berkesan terhadap stressor

menbolehkan

mereka mempamerkan prestasi cemerlang. Hassmen, Raglin, Lundqvist (2004)


atlet yang rendah tahap kebimbangan dan stres semasa bertanding berupaya
meningkatkan kepekaan dan keyakinan diri terutama kepada sukan berbentuk
mental. Manakala atlet yang tinggi tahap kebimbangan biasanya gagal
mempamerkan pencapaian optimal semasa berlatih atau bertanding. Oleh itu
atlet

seharusnya berupaya menangani stres secara automatik semasa

bertanding tanpa arahan dari jurulatih bagi

mengekalkan dan meningkatkan

7
prestasi. Cockshott (2001) peningkatan penggunaan strategi menangani stres
seperti fokus kepada masalah, fokus kepada emosi dan penilaian semula
terhadap situasi yang berlaku secara positif

boleh menigkatkan pencapaian

atlet.

Sorotan Literatur

Bidang psikologi sukan telah berkembang pesat dan mula diberi


penekanan oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan terutama dalam
meningkatkan prestasi atlet melalui latihan kemahiran psikologi. Manakala
program pengurusan stres telah dikenalpasti berupaya mengawal kebimbangan
dan stres untuk kecemerlangan sukan (Melinda, 1999). Berdasarkan sorotan
literatur terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi di Barat
mengenai stres, kebimbangan dan pengurusan stres

yang boleh dijadikan

rujukan dan panduan (Brent, 2004).

Definisi stres

Porgman (1998) menyatakan stres ialah sesuatu yang reaktif, di mana ia


akan wujud apabila terdapatnya rangsangan internal atau ekternal yang akan
menganggu keselamatan, keselesaan atau status
berlakunya

perubahan

emosi,

psikologi,

kognitif

yang menyebabkan
mahupun

tingkahlaku

seseorang. Dalam konteks sukan, terdapat rangsangan internal dan ekternal

8
yang menyebabkan berlakunya stres kepada atlet.

Oleh itu kecemerlangan

seseorang atlet bergantung kepada penguasaan kemahiran fizikal dalam sukan


yang diceburi, persediaan

fizikal dan mental sebelum bertanding, kawalan

emosi, memori, keupayaan mengingat kembali dan interaksi sosial.

Menurut McGrath (1970) stres ialah kegagalan


memenuhi tuntutan persekitaran atau

seseorang untuk

psikologikal. Berdasarkan model yang

diperkenalkan oleh McGrath terdapat empat peringkat

yang mempengaruhi

stres iaitu tuntutan persekitaran (fizikal dan psikologikal), persepsi individu


terhadap tuntutan persekitaran ( perbezaan individu menyebabkan perbezaan
persepsi

terhadap tuntutan yang sama diterima),

respons stres (respon

samada secara fizikal atau psikologikal akan berlaku seperti kebangkitan,


kebimbangan, ketegangan otot dan perubahan tumpuan) dan tingkahlaku yang
dihasilkan.

Manakala Jones (1995) stres akan wujud hasil interaksi di antara manusia
dan persekitaran. Contohnya pertandingan merupakan stimulus yang boleh
menyebabkan berlakunya kebimbangan di mana ianya menguji kebolehan atlit
semasa bertanding. Tafsiran kebimbangan atau stres ini bergantung kepada
individu samada secara positif atau negatif.

Oleh itu kombinasi antara

psikologikal dan fisiologikal ketika bertanding membantu atlet mempamerkan


prestasi terbaik.

Definisi kebimbangan

Menurut Martens (1977) tahap atau aras kesukaran sesuatu pertandingan


boleh meningkatkan kebimbangan, jika atlit gagal mengawal perubahan emosi
atau fisiologi badan akan menyebabkan prestasi terjejas dan gagal beraksi pada
paras yang optimum. Anshell (1997) pula menjelaskan kebimbangan sebagai
ancaman yang dijangka oleh individu, semakin kritikal ancaman yang dijangka ,
semakin tinggi tahap kebimbangan tersebut. Berdasarkan Jones (1995)
kebimbangan akan wujud hasil interaksi di antara manusia dan persekitaran.

Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi

pencapaian

atlet

dalam

sukan. Apabila

memperkatakan

kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan


tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002)
kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana
ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan
perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan
(arousal).

Ini

menunjukkan

kebanyakan

masyarakat

mempunyai

tahap

kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah
tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika

merujuk kepada

10
tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk
tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

Terdapat dua jenis kebimbangan seketika iaitu kebimbangan kognitif


seketika dan kebimbangan somatik seketika. Kebimbangan kognitif seketika
merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada
proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap
situasi semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.
Manakala kebimbangan somatik seketika merujuk kepada aspek fisiologikal dan
afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dari
dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung,
kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernafasan, kerap buang air kecil dan
lain-lain.

Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-trait, sekiranya beliau

mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan,


maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya.
Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar
nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa
semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.

Oleh itu terdapat hubungan di antara kebimbangan tret dan kebimbangan


seketika yang dijelaskan oleh Marten et al. di dalam Wann (1997) mengenai
Teori Kebimbangan Seketika. Teori ini menjelaskan mengenai respons objektif

11
dan jangkaan situasi yang akan dihadapi. Di mana ianya merangkumi persepsi
jangkaan yang tidak pasti dan keutamaan hasil. Seperti yang telah dibincangkan
di atas, perasaan bimbang berupaya meningkatkan situasi yang tidak menentu
contohnya semakin penting sesuatu pertandingan

maka semakin meningkat

perasaan bimbang. Dapatan kajian menunjukkan atlet yang tinggi kebimbangan


tret dan menjangkakan tinggi ancaman yang yang perlu dihadapi maka ia akan
meningkatkan tahap kebimbangan seketika.

Neurofisiologi kebangkitan, kebimbangan dan stres

Sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu Sistem Saraf Pusat , Sistem Saraf
Peripheral dan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA terbahagi kepada dua iaitu
Sistem Saraf Simpatetik dan Sistem Saraf Parasimpatetik, secara ringkasnya,
kebangkitan berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik

(SSA), SSA

mengawal tindakan autonomik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan
jantung, pernafasan dan tekanan darah. Sistem Saraf Simpatetik boleh dianggap
sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan badan untuk tindakan fight or
flight seperti peningkatan peredaran darah ke otot skeletal, pernafasan pendek
dan tidak beritma, perpeluhan, degupan jantung, mulut kering, kerap buang air
kecil, kekejangan otot dan lain-lain manakala Sistem Saraf Parasimpatetik
berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan) (Cox 2002). Kerana jika
kebimbangan kognitif dan somatik jika tidak dikawal maka ia boleh menjejaskan
kordinasi, konsentrasi, motivasi, jangkaan dan keyakinan diri atlet (Jones 1996

12
di dalam Bull 1996). Oleh itu atlet perlulah mengawal kebangkitan dan
kebimbangan sebelum bertanding

untuk mendapatkan peak performance.

Berdasarkan Williams (2001) atlet perlu mengetahui tahap optimum kebangkitan


dan mengawal kebimbangan mereka untuk mencapai peak performance.

Pengurusan stres di Kalangan Atlet

Stres dan pengurusan stres adalah sebahagian dari kehidupan atlet.


Apabila atlet berhadapan dengan situasi atau perkara yang boleh menyebabkan
stressor

maka perasaan terancam akan wujud.

Untuk mengatasi ancaman

tersebut, ialah dengan menggunakan strategi menangani stres yang diperlukan


pada ketika itu samada secara kognitif atau behavioral (Lazarus dan Folkman,
1984). Lazarus (1984) tujuan menangani stres adalah untuk mengurangkan
situasi yang mengancam,meningkatkan imej kendiri yang positif, mengekalkan
emosi dan meningkatkan kepuasan hubungan dengan orang lain.

Berdasarkan kepada Weinberg (2003) coping boleh didefinisikan sebagai


satu proses yang tekal digunakan untuk mengubah kognitif dan tingkahlaku
untuk menguruskan tuntutan dari ekternal, internal atau konflik, situasi yang
berlaku. Ianya juga boleh dikatakan sebagai satu proses dinamik melibatkan
kognitif mahupun tingkahlaku untuk menangani stres yang berlaku. Berdasarkan
kepada kajian lampau yang dijalankan oleh pakar psikologi sukan mendapati
kegagalan menangani stres atau tidak mempunyai kemahiran spesifik semasa

13
menangani stres menyebabkan atlet gagal mempamerkan prestasi terbaik dalam
sukan.
Latihan kemahiran psikologi yang boleh dipraktikkan mengurangkan
kebimbangan somatik ialah relaksasi otot secara progresif, kawalan pernafasan,
biofeedback dan

mengurangkan kebimbangan kognitif ialah relaxation

response, latihan autogenik. Manakala Cognitive-affective stress management


training, Stress Inoculation Training dan Hynopsis merupakan teknik yang
diperkenalkan untuk pengurusan kebimbangan somatik dan kebimbangan
kognitif atlet (Weinberg 2003).

Penyelidikan terkini mengenai pengurusan stres di kalangan atlet

Alan (2002) telah

menjalankan kajian dengan menggunakan Model

Respon Psikologikal terhadap atlet yang cedera dan sedang menjalani proses
rehabilitasi. Seramai 128 atlet terlibat, mereka dikehendaki melengkapkan
borang soal selidik berkenaan dengan kecederaan yang dialami, depression,
tahap kebimbangan, dan cara menangani stres. Dapatan kajian menunjukkan
atlet yang mengalami kecederaan kerapkali menggunakan strategi menanggani
stres secara kognitif dan behavioral.

Eslinger (2002) mengkaji keupayaan imageri di kalangan atlet yang


rendah dan tinggi pencapaian dalam bola keranjang peringkat kolej. Seramai 172
orang pemain bola keranjang terlibat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

14
mengenalpasti keberkesanan imageri

kinestetik dan imageri kognitif dalam

permainan bola keranjang. Dapatan kajian menunjukkan atlet elit seringkali


menggunakan imageri kenestetik untuk mempamerkan prestasi cemerlang.
Manakala atlit yang rendah tahap pencapaian menggunakan imageri kognitif
ketika bertanding.

Metodologi Kajian

Kajian ini akan dijalankan terhadap 200 orang atlet yang terlibat dalam
sukan kemahiran tertutup seperti memanah, boling, boling padang, menembak,
angkat berat, gimnastik, tenis dan golf. Atlet yang terlibat dalam kajian ini adalah
terdiri dari atlet Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan atlet
yang mewakili negara. Bagi mendapatkan data secara menyeluruh data kualitatif
dan kuantitatif akan dipungut ketika atlet menjalani latihan pusat dan semasa
pertandingan.

Data Kuantitatif

Soal selidik yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Competitive State
Anxiety Inventory 2 (CSAI 2), Preperformance Observational Checklist
(PPOC),

Psychological Arousal Techniques (PAT) akan dipungut melaui dua

fasa utama iaitu :

15

Bil
1.

Fasa
Sesi latihan

Instrumen
CSAI 2,

Rasional
Untuk meninjau tahap

PPOC dan PAT

kebimbangan, keyakinan diri


dan prestasi atlet sebelum
dan semasa berlatih.
Mengenalpasti strategi
menangani stres yang
digunakan ketika berlatih.

2.

Pertandingan

CSAI 2,

Untuk meninjau tahap

PPOC dan PAT

kebimbangan, keyakinan diri


dan prestasi atlet sebelum
dan semasa pertandingan.
Mengenalpasti strategi
menangani stres yang
digunakan ketika
pertandingan.

Data yang dipungut ini akan dianalisa dengan menggunakan perisian


Stastistical Package For Social Sciences (SPSS) version 14. Analisa diskriptif
menggunakan peratusan dan min digunakan untuk menganalisis faktor-faktor

16
demografi, Manakala analisa inferential menggunakan ujian t, kolerasi, Anova,
Manova digunakan untuk menganalisis CSAI-2, PAT dan PPOC.

Data Kualitatif

Data kualitatif pula dipungut melalui kaedah pemerhatian, temubual,


rakaman video.
Bil
1.

Fasa
Sesi latihan

Instrumen
Pemerhatian

Rasional
Untuk mengenalpasti adakah
kebimbangan mendatangkan
kesan

temubual

yang

positif

atau

negatif semasa latihan.


Mengenalpasti
sejauhmanakah stres dan
kebimbangan memberi impak
kepada psikologikal dan
fisiologikal atlet ketika
berlatih.

Rakaman video

Mengenalpasti strategi
menangani stres yang
digunakan oleh atlet ketika

2.

Pertandingan

Pemerhatian

berlatih.
Untuk mengenalpasti adakah
kebimbangan mendatangkan

17
kesan
temubual

yang

positif

atau

negatif semasa bertanding.


Mengenalpasti
sejauhmanakah stres dan
kebimbangan memberi impak
kepada psikologikal dan
fisiologikal atlet ketika
bertanding.

Rakaman video

Mengenalpasti strategi
menangani stres yang
digunakan oleh atlet ketika
bertanding.

Data kualitatif yang diperolehi oleh penyelidik akan digunakan untuk


menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan. Proses penganalisaan data
diperincikan seperti berikut:

Bil
1.

Item/kaedah
Pemerhatian

Teknik analisis
Senarai semak. Khusus untuk
membantu penyelidik
mengenalpasti tahap dan

18
kesan stres di kalangan atlet
semasa berlatih dan
2.

bertanding.
Pembentukan/pengelompokan

Temubual

tema. Khusus untuk


membantu penyelidik
mengenalpasti keberkesanan
strategi menangani stres
yang ketika bertanding dan
3.

Rakaman video

berlatih
Pembentukan/penelompokan
tema. Khusus untuk
membantu penyelidik
mengenalpasti strategi
menangani stres yang kerap
digunakan oleh atlet ketika
bertanding dan berlatih.

Analisis kuantitaif dan kualitatif ini akan dibentangkan dalam dua bab yang
berasingan. Pengkaji akan menggunaka data kuantitaif sebagai data utama bagi
menjawab persoalan

manakala data kualitatif akan digunakan sebagai data

sokongan dapatan kajian.

Alat kelengkapan yang diperlukan (jika berkenaan)


1. Video kamera

19
2. Polar heart rate ( 20 buah)
3. Alat perakam suara (MP 3)

Anggaran kos dan berikan butir-butirnya (jika berkenaan)

20

21
Bibliografi:

Alan, D.J. (2002). An interactional perspective on coping strategies of injured


collegiate athletes: The influence of psychological and social factors.
Published Doctor of Philosophy dissertation. University of Northern
Colorado.
Brent, M. E. (2004). A cognitive-behavioral stress management intervention for
division 1 collegiate student-athletes. Published Doctor of Philosophy
dissertation. The Ohio State University.
Bull, S. T. (1996). Sport psychology. A self help guide. The Corkwoods Press.
Cockshott, R. W. (2001). A proposed model explicating the causal relationships
among achievement cognitions, coping strategies and competitive state
anxiety. Published Doctor of Philosophy dissertation. The Florida State
University.
Cohn, P.J., Rotella, R. J., & Lyod, J. W. (1990). Effect of cognitive-behavioral
intervention in the preshot routine and performance in golf. The Sport
Psychologist. 4, 33-47.
Cohn, P.J., Rotella, R. J., & Lyod, J. W. (1990). Effect of cognitive-behavioral
intervention in the preshot routine and performance in golf. The Sport
Psychologist. 4, 33-47.
Cox, R.H. (2002). Sport psychology concepts and applications (5th edition).
Columbia: McGraw-Hill.
Cratty, B, J. (1984). Psychological Preparation and Athletic Excellence. Ithaca,
New York: Mouvement Publications.

22

Duffy, E. (1962). Activation and Behaviour. New York: Wiley.


Eslinger, O.W. (2002). Mental Imagery in high- and low-performance collegiate
basketball player. Published Doctor of Philosophy dissertation. Boston
University.
Fisher, S. (1984). Stress and the Perception of Control. Hillsdalw, New Jersey:
Lawrence Erlbaum.
Hemery, D. (1986). The Pursuit of Sporting Excellence. London: Collins.
Hassmen, P., Raglin, J. S., & Lundqvist, C. (2004). Intra-Individual in State
Anxiety and Self-Confidence in Elite Golfers. Journal of Sport Behavior. 3,
277-290.
Jones, J.G., and Hardy, L. (1989). Stress and Cognitive Function in Sport.
Journal of Sport Sciences, 7, 41-63.
Jones, J.G. and Hardy, L. (1990). Stress and performance in sport. Chichester:
John Wiley & Sons
King, M., Stanley, G. and Burrows, G. (1987). Stress :Theory and Practice.
London: Grune and Stratton.
Kirschenbaum, D. S., Ordman, A. M., Tomaken, A. J., and Holtzbauer, R.
(1982). Effect of differential self-monitoring and level of mastery on sport
performance: brain power bowling. Cognitive Therapy and Research. 6,
335-342.
Lazarus, R.S., & Folkman, S. (1984). Stress, appraisal and coping. New York:

23
Springer-Verlag.
LeUnes, A. & Nation, J. R. (2002). Sport psychology (3rd edition). Australia :
Wadsworth
Lidor, R., & Singer, R. N. (2000). Teaching preperformance routines to
beginners. Journal of Physical Education, Recreation, & Dance. 71, 3436.
Lobmeyer, D. L., & Wasserman, E. A. (1986). Preliminaries to free throw of
shooting :superstition behavior? Journal of Sport Behavior. 9, 70-78.
McCann, P., Lavalee, D., & Lavalle, R. M. (2001). The effect of preshot
routines on golf on shot performance. European Journal of Sport
Sciences. 1, 1-10.
McGrath, J.E. (1970). Major methodological issues. In J.E. McGrath (Ed), Social
and psychological factors in stress. New York: Holt, Rinehart, & Winston.
Melinda, F. (1999). The relationship of anxiety regulation and optimal
performance in high school track athletes. Published Doctor of Philosophy
dissertation. Hofstra University.

Orlick, T. (1986). Psyching for sport: Mental training for athletes. Champaign, IL:
Leisure Press.
Orlick, T. and Partington, J. (1988). Mental link to excellence. The Sport
Psychologist. 2,. 105-130.

24
Patmore, A. (1986). Sportsmen under stress. London: Stanley Paul.
Porgman, D. (1998). Understanding Sport Behavior. New Jersey: Prentice Hall
Inc.
Schmid, A., & Pepper, E. (1998). Strategies for training. InJ. William (Ed),
Applied sport psychology: Personal growth to peak performance (pp. 316328). Mountain View, CA: Mayfield Publishing Co.
Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wann, D.L (1997). Sport psychology. Upper Saddle: Prentice Hall.
Weisberg, C. A., & Pein, R. L. (1992). The preshot interval and free throw
shooting accuracy ; An Exploratory investigation. The Sport Psychologist.
6, 14-23.
Weinberg, R.S., & Gould, D. (2003). Foundations of sport & Exercise psychology
(3rd ed). USA: Human Kinetics.
Williams, J.M.(2000). Applied sport psychology. Personal growth to peak
performance. London: Mayfield.

Anda mungkin juga menyukai