Anda di halaman 1dari 25

Disediakan oleh :

Mohammad Ainol Yaqin


IPG KKB

FALSAFAH
Berasal daripada bahasa Yunani

philosophia iaitu :
philo ertinya cinta dan
sophia ertinya hikmat.

Dari segi istilah :


ingin mengerti dengan mendalam
cinta kepada kebijaksanaan.

Menurut Al-Farabi:
falsafah adalah ilmu tentang alam untuk

menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

Al-Kindi :

falsafah adalah pengetahuan tentang

realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan


kemampuan manusia.

Heraclitus :

falsafah sebagai ilmu yang membahaskan

hakikat sesuatu.

FALSAFAH BAHASA
Falsafah bahasa merupakan bidang
yang menyelidiki kesahihan dalam
bahasa.
FB meneliti dan memeriksa secara falsafah
pengetahuan konsepsi yang wujud dalam
fikiran secara abstrak.
Bidang kajian falsafah bahasa :

Semantik
(makna)

Epistimologi
(pengetahuan)

Budaya dan
sosial

Kosmologi
(alam raya
manusia)

Ontologi
(hakikat
kewujudan)

Etika
(prinsip)

Estetika
(kesenian)

Metafizik
(alam ghaib
dan nyata)

Hakikat bahasa

Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat


bahawa bahasa sebagai suatu sistem
lambang-lambang pertuturan yang arbitrari
yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah
masyarakat untuk bergotong-royong.

Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah


bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran
yang terdapat dalam rongga tekak manusia

Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa


adalah sistem lambang yang arbitrer yang
dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk
bekerjasama, berinteraksi dan
mengidentifikasi diri.

Ferdinand De Saussure (1993), bahasa


ialah satu sistem isyarat yang berupa
gabungan makna dengan bayangan bunyi
yang bersifat psikologi.

Wilhelm Von Humboldt -

mendefinisikan bahasa sebagai


sintesis bunyi.

Ferdinand de Saussure - menyatakan

bahasa sebagai sistem isyarat

Charles F. Hockett - bahasa dari

sudut psikologi behaviorisme, iaitu


sistem tabiat-tabiat sangat rumit.

Bahasa dan Pemikiran


Melayu

Secara literal Bahasa bermaksud :

Bunyi-bunyi suara yang diguna oleh


setiap kaum untuk menyampaikan
maksud-maksud mereka.

Bahasa terdiri daripada perlambangan.

Ini merupakan hubungan antara


tuturan dengan rujukan.

(Al-Mujam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831)

CONTOH :

Dalam aspek yang lain pula,

perkataan seperti lembu secara


umumnya akan membuatkan kita
terbayang seekor lembu.

Namun, dalam masyarakat Melayu

khasnya, perkataan lembu juga


membawa maksud bodoh.
Sekiranya gambaran seekor lembu
terbayang apabila perkataan lembu
yang disebutkan, fenomena ini dikenali
sebagai kegunaan ekstensi(luaran).
Tetapi, sekiranya lembu itu
menggambarkan bodoh, fenomena ini
pula dikenali sebagai kegunaan
intensi(dalaman).

Begitu juga perkataan jantan dan

betina. Secara umumnya, perkataan


jantan dan betinamelambangkan
jantina bagi seekor haiwan.
Namun, sekiranya perkataan jantan
dan betina digunakan untuk
menunjukkan manusia, ini boleh
menunjukkan sikap kurang sopan dan
reaksi negatif oleh pendengar.

Sejarah

Gugusan pulau-pulau Melayu atau

nusantara mempunyai kira-kira 350


bahasa, namun bahasa Melayu dijadikan
bahasa perantaraan.

Bahasa Melayu mampu bertahan dan

bersaing dengan bahasa penjajah kerana


sifatnya yang berketerbukaan. Bahasa
Melayu telah dapat memperkayakan kosa
kata dan mampu menukarkan perkataan
asing ke dalam bahasa Melayu yang
disesuaikan sedikit dari segi fonologinya.

Dalam usaha memantapkan lagi

penggunaan bahasa Melayu di serantau,


satu majlis yang dinamakan Majlis Bahasa
Brunei, Indonesia dan Malaysia ( Mabbim )
ditubuhkan.
Fungsi Mabbim ialah bagi mencari

persamaan dan mengurangkan perbezaan


dari aspek sintaksis, morfologi dan fonologi
disamping meminimumkan perbezaan
ejaan.

Anda mungkin juga menyukai