Anda di halaman 1dari 23

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Prinsip Jutawan yang tidak akan gagal.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

NOTIS & HAK


Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan e-book
ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap fakta yang diberi
sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri oleh
penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-book ini
melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi yang diberi. Jika
terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang terasa dipergunakan dalam
e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti penulis.
Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan informasi yang
diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk menjadi satu sumber yang
sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan. Dengan ini, para pembaca sekali
lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang professional, cekap dan sah dalam
merangka perniagaan, perakaunan dan hal kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam membuat
bacaan.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,


Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor dan
mendapat peluang melanjutkan pelajaran di MRSM
Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
pada peringkat PMR dan SPM seterusnya
menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi di
Tangkak. Masakini beliau merupakan pelajar sepenuh
masa di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan
Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai minat
yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah berjaya
merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau mula
menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik ayahnya, dalam
perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa mempunyai
sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk menangani sesuatu
cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan paradigma
baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia ICT
dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau bertekad untuk
memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Kandungan
Muka surat
Pendahuluan
Makna sebenar kejayaan
Kejayaan tidak boleh di paksa tetapi perlu di tarik.
Adaptasikan diri
Perubahan dalaman lebih penting dari perubahan luaran.
Sentiasa mengawal kehidupan anda.
Sentiasa meneruskan hidup.
Disiplin lawan penyesalan.
Sentiasa melunaskan cita-cita.
Sentiasa murah dengan senyuman
Tetapkan matlamat yang sentiasa boleh di capai.
Peka terhadap setiap tindakan dan di dahului dengan perancangan.
Penutup.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

ePendahuluan
Hidup kita hanya untuk mencari kebahagian. Manusia telah di lahirkan dengan perasaan
untuk mencari kebahagian. Bagi manusia yang lemah, kebahagian hanya boleh di capai
dengan menggunakan wang. Bagi mereka, hanya wang yang mampu memberi
sepenuhnya kebahagian kepada mereka. Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang
lemah. Tidak salah untuk mencari kekayaan jika kita percaya kekayaan mampu
mengubah hidup kita selain bantuan penuh dan kebenaran dari Yang Maha Esa.
Dalam ebook ini, anda akan di dedahkan dengan prinsip jutawan yang sangat hebat.
Anda tidak akan gagal jika anda mengamalnya. Motivasi dan semangat adalah saling
berhubungan. Semangat yang hebat datang dari satu motivasi yang kuat. Motivasi yang
kuat datang dari prinsip yang kukuh. Beginilah fungsi ebook ini. Segala prinsip yang di
perlukan oleh anda untuk membina motivasi yang kuat dan seterusnya membakar
semangat membara anda akan di huraikan dalam ebook ini.
Kenapa semangat anda perlu di bakar?
Negara kita tidak akan merdeka jika rakyat dahulu tidak semangat memperjuangkannya.
Islam tidak akan berkembang jika tiada umatnya yang bersemangat
mengembangkannya. Semangat dalam melakukan sesuatu bermaksud kita melakukan
sesuatu tanpa mengharapkan apa apa balasan atau ikhlas dalam tindakan. Untuk
menjadikan impian menjadi seorang jutawan tercapai, anda memerlukan satu semangat
yang kuat, hati yang ikhlas dan bantuan dari Allah S.W.T. Prinsip boleh di ibaratkan
sebagai api yang akan membakar semangat anda. Sekarang, bersedialah untuk
menerima semua prinsip yang di perlukan untuk menjadi seorang jutawan.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Makna sebenar kejayaan


Kejayaan bukan kepuasan tetapi adalah mengharungi kehidupan yang baik. Kehidupan
yang baik merangkumi pendapatan yang baik, hubungan kekeluargaan yang baik,
hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan rakan, impian yang menjadi kenyataan dan
lain-lain. Makna kejayaan merangkumi satu perkara yang sangat luas. Kejayaan sebenar
adalah mengharungi kehidupan yang kita mahu. Semua manusia menuju ke arah
destinasi tersebut.
Anda dan kejayaan
Tidakkah kejayaan sentiasa menghantui anda? Pencapaian akademik, kemahuan ibu
bapa, kemahuan manusia sekeliling dan kemahuan diri sendiri sentiasa menghantui diri
anda. Kebanyakan manusia keliru dengan kejadian dirinya. Anda tidak tahu apa yang
perlu di lakukan dan hanya membiarkan arus kehidupan membawa hala tuju hidup
anda. Kenapa perlu keliru kerana tujuan anda menjalani kehiduan adalah untuk diri
sendiri selain menjaid khalifah di bumi.
Kebahagian adalah milik anda. Kejayaan juga adalah milik anda. Anda gagal dalam
pelajaran, ibu bapa tidak suka akan tindakan anda, anda memberontak dan mahu
masyarakat menghormati anda dan anda menjadi seorang yang pemarah kerana
masyarakat tidak hormatkan anda. Kenapa anda perlu hidup untuk memenuhi keinginan
orang lain? Anda mahu di pandang tinggi oleh masyarakat, kenapa? Ibu bapa tidak suka
akan tindakan anda adalah bersebab. Anda perlu berfikir sama ada sebab tersebut
adalah logik atau tidak.
Anda gagal dalam pelajaran dan rasa malu untuk berusaha dalam bidang lain, kenapa?
Anda gagal dalam perlajaran kerana anda yang tidak mahukannya, bukannya kerana
anda tidak bijak. Sejarah menunjukkan hampir separuh manusia hebat di dunia pada
abad ini, tidak memperoleh keputusan akademik yang hebat ketika belajar. Kenapa
perkara ini berlaku? Kerana mereka faham akan makna sebenar kejayaan. Jika anda
menganggap kejayaan akademik tidak penting, anda adalah seorang genius kerana
memahami kejayaan sebenar hidup di muka bumi ini.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Ada seorang penghidap asma dari Amerika Syarikat berjaya mendapat pingat emas di
sukan olimpik di sebabkan beliau faham akan maksud kejayaan sebenar. Beliau faham
bahawa asma bukanlah satu perkara yang perlu beliau risaukan kerana kejayaan adalah
merangkumi perlunasan impian. Impian untuk memenangi pingat emas olimpik adalah
kejayaan yang beliau impikan dari kecil manakala berhenti berenang di sebabkan asma
bukanlah kejayaan sebenar bagi beliau.
Kejayaan tidak boleh di halang kecuali anda yang meletakkan sendiri halangan tersebut
pada laluan anda.
Makna kejayaan bagi anda.
Prinsip seorang jutawan adalah bekerja ke arah kejayaan. Kejayaan tidak merangkumi
wang semata-mata. Kejayaan merangkumi kemahuan anda sahaja, bukan orang lain,
bukan masyarakat dan bukan keadaan yang memaksa. Semua perkara untuk berlaku
memerlukan usaha, namun, usaha akan datang dengan sendiri jika anda faham akan
makna kejayaan sebenar.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Kejayaan tidak boleh di paksa tetapi perlu di tarik.


Konsep kejayaan adalah senang, ia perlu di tarik. Usaha akan datang dengan sendiri
dalam jiwa anda jika anda faham dengan jelas konsep kejayaan bagi diri anda. Namun,
usaha tidak semestinya membuahkan hasil kerana ia bergantung kepada kebenaran
Yang Maha Esa. Untuk itu, prinsip jutawan kedua adalah kejayaan perlu di tarik bukan di
paksa.
Konsepnya sangat senang, anda tidak boleh memaksa diri anda untuk bersembahyang
jika anda memang tidak menghormati tujuannya. Sejak dahulu, manusia faham bahawa
sembahyang lima waktu bukanlah tangunggjawab, bukanlah satu paksaan tetapi adalah
keperluan untuk hidup. Umat Islam perlu sembahyang untuk hidup. Ia berkaitan dengan
asal usul kehidupan kita sendiri. Siapa yang memberi kita segala-galanya jika tidak Allah
S.W.T.
Apakah yang di maksudkan dengan keperluan.
Keperluan adalah sesuatu yang kita mesti ada untuk maju ke hadapan. Berbalik kepada
prinsip jutawan, apa yang kita mesti ada untuk menjadi seorang jutawan? Ilmu,
kemahiran berkomunikasi, teknik, dan semua kemahiran diri perlu di pertingkatkan
untuk menjadikan diri anda berada dalam keadaan menarik kejayaan menjadi seorang
jutawan.
Belajar, belajar dan belajar lagi bukan berusaha, berusaha, berusaha. Seorang saintis
terpaksa mengharungi kegagalan seribu eksperimen sebelum berjaya membuahkan
hasil. Apabila di ajukan soalan bagaimana dia berjaya? Jawapan beliau adalah seperti
berikut, Saya hanya berusaha sekali tetapi saya belajar seribu kali. Untuk menarik
kekayaan, anda perlu belajar, bukannya memanjangkan masa berusaha dengan
tindakan yang sama.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Adaptasikan diri.
Seorang jutawan berada dalam satu dimensi lain. Dimensi lain bermakna cara hidup,
cara fikir , cara tindakan adalah berbeza sekali dengan manusia biasa. Prinsip jutawan
ketiga adalah kita perlu sentiasa adaptasikan diri dengan suasana baru dan keadaan. Jika
kesusahanlah yang perlu anda hadapi, adaptasikan diri anda dalam kesusahan tersebut.
Dunia perniagaan adalah sesuatu yang berbeza dari dunia yang sentiasa kita lalui setiap
hari. Adaptasikan diri dalam dunia perniagaan. Dunia perniagaan mempunyai bahasa
tersendiri dan jika anda tersilap langkah, anda mungkin akan sesat dalam dunia
tersebut.
Dunia perniagaan dan dunia keluarga adalah sesuatu yang berbeza. Seorang ahli
perniagaan akan menghadapi masalah jika menyamakan dunia perniagaan dengan
dunia keluarga. Keluarga memerlukan adaptasi yang berlainan dari dunia perniagaan.
Jutawan yang berjaya selalunya berupaya membezakan dunia-dunia yang mereka
hadapi. Ketika pulang ke kampung, anda akan masuk dalam dunia keluarga ibu dan bapa
anda. Ketika di rumah anda sendiri, anda berada dalam dunia anda, jika sudah
berkeluarga, anda berada dalam dunia keluarga anda. Jangan campur adukkan duniadunia anda.
Dunia perniagaan
Dunia perniagaan adalah dunia aktiviti perniagaan anda. Adaptasi diri anda sepenuhnya
dalam dunia ini dengan memperlajari lenggok bahasa, konsep menjual, selok-belok
perniagaan dan segala ilmu yang perlu. Satu motivasi bagi anda untuk terus mara dalam
perniagaan adalah proses adaptasi ini. Yang menariknya, anda tidak perlu bertanya
kepada orang lain, cukup sahaja tiru dan adaptasi teknik mereka dengan gaya anda
sendiri.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Perubahan dalaman lebih penting dari perubahan luaran.


Bangunan syarikat yang cantik tidak semestinya menghasilkan keputusan yang
menakjubkan. Prinsip keempat jutawan adalah mementingkan perubahan dalaman.
Perhatikan situasi di bawah:Abu adalah seorang pekerja makan gaji di salah salah sebuah syarikat penerbitan dan
beliau sentiasa merungut mengenai gajinya. Beliau merasakan gajinya tidak setimpal
dengan tugasnya. Hasil pemberontakan, beliau sentiasa bekerja dengan separuh hati
sahaja.
Tindakan ini adalah tidak wajar kerana syarikat penerbitan tersebut sebenarnya mampu
membayarnya dengan lebih lagi. Ini terbukti pada hierraki syarikat yang Abu bekerja
terdapat beberapa lagi pangkat berada di atas kedudukannya. Ini menunjukkan bahawa
syarikat tempat Abu bekerja mampu membayar gaji yang lebih banyak dari gaji abu
kepada pekerjanya.
Persoalannya kenapa mereka tidak membayar gaji yang banyak kepada Abu?
Jawapannya, Abu tidak layak. Perubahan dalaman merangkumi falsafah hidup anda.
Pekerjaan yang di anggap susah oleh anda sebenarnya di anggap senang oleh orang lain.
Anda tidak boleh merungut.
Untuk mengejar impian menjadi seorang jutawan, anda tidak boleh merungut. Anda
tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana tidak memberi pinjaman kepada anda, anda
tidak menyalahkan prosedur yang salah, anda tidak boleh menyalahkan sesiapa, anda
tidak boleh malas, anda tidak boleh menyalahkan beban yang anda tanggung, anda
tidak menyalahkan cuaca dan yang paling penting anda tidak menyalahkan takdir.
Anda perlu berubah. Perubahan dalaman adalah terbaik, ubah bagaimana anda melihat
masalah. Seperti Abu yang inginkan gaji yang lebih, beliau tidak boleh pergi ke pejabat
bosnya dan meminta, Saya nak gaji lebih. Ini bukan syarikat bapak dia untuk Abu
bertindak sebegitu.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Lihat diri anda, sanggupkah anda untuk bekerja bermati-matian untuk menggandakan
pendapatan anda. Tanya diri anda, sanggupkah? Ubah dalaman anda dahulu kemudian
barulah anda mengubah luaran.
Apakah falsafah hidup anda?
Hidup anda tidak akan berubah selagi anda tidak menetapkan falsafah dalam hidup
anda. Anda ingin jadi kaya dan memiliki kewangan yang kukuh. Tetapkan falsafah
mengenai kewangan yang kukuh. Apa yang anda anggap mengenai kebebasan
kewangan. Bagi mereka yang tidak faham akan falsafah, falsafah adalah ketetapan
dalam sesuatu.
Contohnya falsafah mengenai kewangan yang kukuh, apa yang perlu anda lakukan
untuk menjadi seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh? Bagi saya kewangan
yang kukuh bermakna saya tidak mempunyai hutang. Dalam saya mengejar keadaan
kewangan yang kukuh, saya meletakkan persepsi saya perlu melunaskan semua hutang
untuk memastikan saya berada dalam situasi kewangan yang kukuh.
Falsafah dan matlamat adalah berbeza. Falsafah lebih kepada persepsi anda. Ubah
dalaman anda melalui ketetapan falsafah dalam hidup anda. Kita perlu hadapi falsafah
yang di tetapkan bukannya falsafah yang datang menghadapi kita. Ubah diri anda
perlahan-lahan. Benarkan perubahan berlaku pada minda anda.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Sentiasa mengawal kehidupan anda.


Anda boleh berada dalam kawalan manusia lain atau berada dalam kawalan sendiri.
Prinsip jutawan kelima adalah mengawal sendiri kehidupan anda. Ada sejenis manusia
yang suka mengalirkan tanggungjawab kepada manusia yang lain. Mereka suka
mencipta peluang. Mereka mencipta pekerjaan, mereka mencipa bidang perniagaan
baru, mereka mencipta fenomena kemudian mereka mengalirkna tanggungjawab
tersebut kepada manusia lain. Mereka balik ke rumah dan mengharapkan manusia lain
melakukan tanggungjawab yang sepatutnya mereka pikul.
Bagaimana hendak mengawal kehidupan sendiri?
Saya percaya anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda hendak mengawal kehidupan
anda sendiri? Jawapannya adalah berani mengambil tanggungjawab. Jika anda tidak
berani untuk mengambil tanggungjawab, anda akan sentiasa membiarkan diri anda
berada dalam perancangan manusia lain. Cipta perniagaan, cipta peluang pekerjaan
atau cipta apa sahaja yang ada mampu. Begini, anda tidak akan berada dalam
perancangan manusia lain lagi.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Sentiasa meneruskan hidup.


Prinsip jutawan keenam adalah sentiasa meneruskan kehidupan anda. Perbezaan ketara
antara seorang yang biasa dengan manusia luar biasa adalah manusia luar biasa sentiasa
meneruskan kehidupannya. Jangan biarkan kehidupan anda tergantung. Anda perlu
mengembangkan kehidupan anda.
Seorang jutawan dari Amerika Syarikat yang berpendapatan 8 juta setahun di temubual
oleh stesen televisyen di sana. Perbualannya adalah seperti berikut:Wartawan : Semasa anda belum bergelar jutawan, apakah perkerjaan pertama anda?
Jutawan

: Seorang penjaga bangunan.

Wartawan : Kenapa anda bekerja sebagai penjaga bangunan sedangkan kelayakan


anda lebih tinggi dari kelayakan seorang penjaga bangunan. Anda boleh mencari
pekerjaan yang lebih baik.
Jutawan

: Saya perlukan makanan untuk hidup ketika itu.

Lihat, konsepnya sangat mudah, sentiasa teruskan kehidpan. Sebagai permulaan, beliau
bekerja sebagai seorang penjaga bangunan, kemudian selepas 5 tahun, beliau bergelar
seorang jutawan. Walau apa sahaja yang berlaku, anda perlu teruskan kehidupan anda.
Peraturannya sangat mudah, pertama teruskan hidup, kedua jadikan impian anda
kenyataan. Anda perlu sedar, di dunia ini tiada apa yang akan berlaku melainkan anda
memulakan sesuatu. Teruskan hidup anda. Anda tidak perlu untuk suka akan perkara
yang anda lakukan. Anda hanya perlu suka pada peluang yang datang pada anda.
Peluang untuk meneruskan kehidupan.
Anda perlu ingat, tidak penting di mana kita bermula tetapi yang lebih penting adalah di
mana kita tamatkannya. Di mana anda selepas 5 tahun adalah penting dari di mana
anda bermula lima tahun yang lepas. Tangga kejayaan adalah hak semua manusia. Siapa

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

peduli di mana anda bermula, walaupun anda bermula dari bawah, yang hanya anda
perlu kisah adalah anda ada hak untuk menaiki tangga tersebut.
Gunakan setiap peluang kehidupan yang ada, laburkan masa rehat anda untuk
belajar,tingkatkan kemahiran untuk menuju kejayaan. Proses ini akan berlangsung
dengan laju. Anda mungkin tidak akan sedar akan masa yang berlalu. Proses ini jugalah
yang berlaku pada hampir semua jutawan di dunia. Mereka bermula dari bawah
walaupun keluarga mereka kaya raya.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Disiplin lawan penyesalan.


Jim Rohn, seorang ahli motivasi terkenal, pernah berkata, Berat disiplin adalah sekati
tetapi berat untuk penyesalan adalah setan. Sungguh dalam kata-katanya. Prinsin
jutawan seterusnya adalah lebih mendisiplinkan diri dari terpaksa berhadapan dengan
penyesalan.
Ungkapan di atas adalah satu kebenaran. Abu di diagnos kencing manis di sebabkan
pengambilan gula berlebihan. Kesian, ia terjadi bukanlah di sebabkan keturunan tetapi
di sebabkan masalah disiplin. Kita selalu memandang rendah akan pengambilan gula
berlebihan dalam makanan kita, sedangkan kita tahu bahawa pengambilan gula
berlebihan akan menyebabkan kita menghidap penyakit kencing manis.
Katakan Abu mendisiplinkan diri sejak dahulu lagi. Setiap hari Abu akan mendisiplinkan
diri untuk hanya mengambil gula sebanyak sekian-sekian. Hasilnya, seumur hidup beliau
bebas dari kencing manis. Jika tidak, Abu terpaksa bergelut dengan penyakit tersebut
separuh dari hayatnya. Tiada jalan untuk berpatah balik jika anda tidak mendisiplinkan
diri dari awal kerana masa tidak boleh di undur.
Begitu juga dengan gigi anda. Jika setiap hari anda menghisap rokok, anda tidak boleh
menganggap gigi anda akan sihat seumur. Mungkin anda akan mendapat penyakit
kanser. Jika anda tidak mendisiplinkan diri sekarang, apa yang bakal anda dapat adalah
penyesalan. Hidup ini terlalu singkat untuk anda habiskannya dengan penyesalan.
Jangan paksa diri untuk disiplin
Seorang jutawan tidak akan memaksa dirinya sendiri kerana kejayaan sebenar bukanlah
sebegitu. Anda perlu jadikan disiplin tersebut sebagai salah satu cara hidup anda.
Sembahyang lima waktu contohnya, anda tidak boleh memaksa diri anda untuk
sembahyang jika anda tidak menerimanya sebagai salah satu dari corak hidup anda.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Tingkatkan keyakinan diri anda dengan menerapkan disiplin dalam kehidupan anda satu
persatu. Jika setiap hari anda berhasrat untuk bangun pada pukul 5 pagi, anda perlu
melatih diri anda untuk bangun dengan selesa pada pukul 5 pagi tersebut. Amat rugi
anda memaksa diri anda untuk bangun pada pukul 5 jika se awal jam lapan anda akan
mengantuk.
Sentiasa melunaskan cita-cita.
Prinsip seterusnya adalah sentiasa melunaskan cita-cita. Setiap jutawan bercita-cita
untuk menjadi seseorang yang unik iaitu lain dari yang lain. Namun, bagaimana hendak
nampak cahaya dalam proses mengejar cita-cita anda?
Cahaya cita-cita
Proses angan-angan dan cita-cita berkait rapat antara satu sama lain. Anda akan hanya
terus berangan-angan jika tiada tindakan dari pihak anda. Angan-angan hanya akan
bertukar menjadi cita-cita jika anda memulakan sesuatu. Ketika kecil, ramai kanak-kanak
menetapkan cita-cita untuk menjadi seorang doktor tetapi apabila besar mereka
menjadi manusia yang lain.
Sebenarnya, kanak-kanak tersebut keliru antara angan-angan dan cita-cita. Cahaya citacita anda akan terpancar apabila anda memulakan sesuatu untuk mencapainya.
Tindakan pertama dan berterusan memastikan cita-cita anda semakin hampir bergerak
ke arah anda.
Seorang jurujual yang tidak pernah berjaya menjual seumur hidupnya, tiba-tiba berjaya
menjual. Beliau berfikir, jika satu barang sudah terjual, ini bermakna beliau hanya perlu
mengulangi proses yang sama untuk menjual barang seterusnya. Apabila barang sudah
habis di jual, beliau mula berfikir bahawa beliau memang ada bakat dan seharusnya
menjadi seorang yang hebat.
Nampak, cahaya cita-cita akan berkembang setiap kali anda melakukan tindakan untuk
membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut. Jika anda bercita-cita untuk
mengembangkan bisnes anda kepada 1000 orang, mulakan dengan perlahan-lahan. Jika
setiap hari anda melakukan 10 panggilan, dalam masa 100 hari anda akan berjaya
melunaskan cita-cita anda. Bayangkan antara 1000 orang tersebut, separuh darinya

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

adalah berkualiti, perniagaan anda akan berkembang dengan sendirinya. 10 panggilan


sehari anda nampak seperti sikit tetapi selepas beberapa tahun, anda akan lihat
hasilnya.
Ia amat mudah untuk di lakukan tetapi lebih mudah untuk kita tidak lakukannya.

Tetapkan matlamat yang sentiasa boleh di capai.


Dalam perniagaan, proses berterusan adalah penting. Jika anda pasti boleh memperoleh
keuntungan 10 ribu sebulan kenapa perlu mengejar keuntungan 10 juta dalam setahun
di mana keuntungan tersebut belum lagi pasti. Tetapkan matlamat berdasarkan
kesanggupan dan kemampuan anda untuk melakukannya.
Jika anda ingin membaca 100 buah buku untuk mendalami perniagaan anda, pastikan
matlamat tersebut boleh anda capai. TIdak perlu anda memaksa diri anda untuk
membaca buku tersebut sedangkan minda anda berada pada bahagian lain. Tulis senarai
buku yang anda ingin baca di atas kertas. Apabila masa lapang, anda membacanya.
Tidak kisah anda habiskan 5 tahun untuk melunaskan matlamat anda. Ia bukan masalah
masa tetapi masalah kesanggupan.
Proses pencapaian matlamat
Proses pencapaian matlamat selalunya berkaitan dengan psikologi anda. Jika semangat
anda tidak kuat, anda akan terpesong. Oleh itu, sebelum menetapkan matlamat,
pastikan anda berfikir dahulu. Jika anda ingin menghasilkan sejuta dalam sebulan, anda
perlu memikirkan cara untuk menghasilkan 10 ringgi dalam sebulan dahulu. Beginilah ia
berfungsi. Anda tidak boleh pergi ke tingkat atas tanpa menaiki tangga. Walaupun anda
mempunyai kuasa terbang, anda tetap terbang dari bawah. Walaupun anda mempunyai
kuasa telipot, anda tetap bermula dari bawah.
Matlamat dan tindakan perlu seiring. Jika anda menetapkan matlamat untuk
menghapuskan hutang dalam tahun ini, janganlah pula anda membuat hutang baru.
Selalunya masalah perlunasan matlamat ini berlaku pada mereka yang ingin
menguruskan badan. Setiap hari mereka berazam untuk menguruskan badan tetapi

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

pada yang sama, mereka tetap mengambil bilangan kalori yang sama banyaknya setiap
hari.

Sentiasa murah dengan sumbangan.


Prinsip jutawan seterusnya adalah murah dengan sumbangan. Sumbangan tidak
termasuk pada wang semata-mata, anda juga boleh menyumbangkan idea. Saya pasti
anda sentiasa membaca biografi jutawan-jutawan hebat di dunia, ia adalah salah satu
dari cara mereka menyumbangkan idea mereka. Begitu juga dengan ceramah-ceramah.
Anda jangan memandang rendah mereka seperti, Ala, dia kaya pun sebab buat
ceramah. Pernahkah anda terfikir bahawa apa yang akan terjadi jika mereka tidak
memberi ceramah? Mereka tetap akan kaya kerana mereka ada ilmu.
Sebenarnya mereka sedang mempraktikkan prinsip jutawan iaitu sentiasa murah
dengan sumbangan. Anda perlu ajar diri anda untuk sentiasa murah dengan sumbangan.
Anda tidak perlu menunggu sehingga wang anda berjuta-juta untuk memberi
sumbangan pertama. Mulakan dengan sumbangan kecil dahulu.
Latih diri untuk memberi sumbangan.
Di jimrohn.com, ada nasihat mudah bagaimana hendak melatih diri memberi
sumbangan. Dari wang seringgit-seringgit, anda bahagikan ia pada 70, 10, 10, 10. 70 sen
di gunakan untuk perbelanjaan anda, 10 sen pertama untuk di simpan dalam akaun
aktif, 10 sen kedua untuk di simpan dalam akaun pasif manakala 10 ketiga adalah untuk
di dermakan pada masjid atau mana-mana tempat yang sesuai untuk di beri
sumbangan.
Walaupun nilai 10 sen tersebut kecil, ia tetap membantu. Jika anda beragama Islam,
anda pasti tahu akan kuasa memberi. Setiap nilai yang di beri secara ikhlas akan di
balikkan berkali-kali ganda dari nilai yang di beri. Sumbangan tidak terhad pada

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

kewangan sahaja, ia juga merangkumi masa, idea, tenaga dan apa sahaja yang anda
sedia untuk korbankan.

Peka terhadap setiap tindakan dan di dahului dengan perancangan.


Pernahkah anda melihat kontraktor membina rumah tanpa melihat pada pelan yang di
lukis oleh arkitek. Jangan mulakan sesuatu jika anda tidak mahu melihat keputusannya.
Ia bersifat logik, jika anda tidak tahu kenapa anda hendak lakukannya. Prinsip seorang
jutawan adalah sentiasa peka akan sesuatu tindakan dan perlukan perancangan yang
rapi untuk memastikan ia berfungsi.
Hanyutkan minda anda dengan masa hadapan. Oleh itu, perancangan yang merangkumi
objektif, tindakan dan hasil yang di jangka perlu di rancang. Minda seorang jutawan
sentiasa penuh dengan perancangan, perangcangan dan perancangan. Selain itu, minda
seorang jutawan mampu melihat seminit ke hadapan, seminggu ke hadapan, sebulan ke
hadapan, malah ada sebilangan jutawan boleh melihat sehingga berpuluh-puluh tahun
ke hadapan. Mereka inilah golongan genius dan manusia masa hadapan.
Kuasa melihat ke hadapan boleh di latih. Peka terhadap persekitaran, perancangan yang
meliputi kuasa yang maha Esa, keadaan sekeliling dan tindakan yang tepat
memperngaruhi minda anda untuk melihat ke hadapan. Sebab itu saya sentiasa
mengatakan seorang jutawan berada dalam dunia yang lain. Dunia yang terasing dari
manusia biasa. Manusia biasa tidak dapat melihat apa yang mereka lihat.
Latih diri untuk pandang kehadapan
Semua manusia mempunyai kebolehan ini, namun jarang-jarang manusia
mempraktikkanya. Kita sentiasa mahu menjadi seorang yang hebat, yang pertama dan
di pandang mulia oleh manusia lain. Kuncinya adalah menjadikan diri kita sebagaimana
yang kita mahu.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Ada satu falsafah menarik untuk kita renungkan.Jika anda sudah menjadi seorang
jutawan, beri sahaja wang tersebut kepada orang lain kerana wang sudah tidak penting
jika anda sudah bergelar jutawan. Lihat, apa yang anda telah dan akan jadi adalah
penting. Pandang kehadapan bermaksud mendapatkan apa yang anda mahu. Anda
mahu jadi yang pertama, anda mahu jadi yang terkaya dan sebagainya.
Saya percaya anda pasti tidak faham akan tindakan sesetengah jutawan yang tidak
mementingkan kewangan. Ini kerana mereka faham akan makna kejayaan sebenar.
Seorang suami menceraikan isterinya yang cantik dan kita pula yang heboh memikirkan
kerugian sang suami tersebut. Isteri yang cantik tidak penting tetapi yang lebih penting,
lelaki tersebut telah memperisterikan perempuan yang cantik. Ketidaksefahaman
menyebabkan mereka berpisah.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Penutup
Sekian sahaja prinsip-prinsip yang di amalkan oleh seorang manusia bergelar jutawan.
Menjadi jutawan tidak sukar. Namun, yang menjadi dilemma kepada kita semua adalah
prinsip. Anda tidak ada prinsip jutawan, bagaimana hendak menjadikan diri anda
seorang jutawan? Renung-renungkan. Atur kembali hidup anda.

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan membaca
ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan Bonus Khidmat Nasihat dan diikuti dengan pertanyaan
anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium


Gunakan kupon unik ini : 50ebooknealizham

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Prinsip Jutawan

[PANASKAN SEMANGAT ANDA MENERUSI PRINSIP YANG TEPAT]

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com

Anda mungkin juga menyukai