Anda di halaman 1dari 32

PENGURUSAN MARAH:

PERSPEKTIF ISLA
AM

Abu Nasih al-Kansariyy


Terbitan
Darul Kansariyy

Maklumat muat turun secara percuma:


http://darul-kansariyy.blogspot.com
darulkansariyy@hotmail.com

i
Prakata

. .
. 
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi , atas limpah kurniaNya,
saya mampu menyiapkan risalah kecil ini.
Risalah ini ditulis untuk memahami komplikasi marah dari sudut
pandangan Islam. Adakah marah semuanya bersifat negatif atau
sebaliknya. Juga, mungkinkah ada kebaikan di sebalik sifat marah ini?
Persoalan-persoalan ini membawa saya untuk cuba mengkaji, memahami
dan menulis risalah ini.
Melalui ayat al-Quran dan penafsirannya, Sunnah Nabawiyyah dan
syarahnya dan penulisan para ulama, saya dapati permasalahan marah
ini sebenarnya dibincangkan secara meluas, malahan jika dikumpul dan
disusun boleh dijadikan sebuah buku yang tebal. Namun atas kelemahan
dan beberapa kekangan peribadi, sekadar ini sahaja yang mampu ditulis.
Hakikatnya risalah ini tidak mampu menandingi karya-karya agung para
ulama yang telah membincang perkara ini, seperti Ihya Ulumiddin oleh
al-Imam al-Ghazzaliyy. Tujuan asal risalah ini sebenarnya ditulis untuk
menjadi panduan peribadi kepada saya sendiri. Walau bagaimana pun
diharapkan juga, risalah kecil ini dapat dijadikan maklumat dan panduan
asas kepada umat Islam dan individu yang berminat dengan topik ini.
Moga Allah meredhai saya, usaha saya, dan risalah ini. Amin
al-Murid al-Faqir
Hanit bin Osman
(Abu Nasih al-Kansariyy)

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

MUQADDIMAH
Marah menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazzaliyy adalah
elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut alGhazzaliyy ibarat api dalam sekam. (al-Ghazzaliyy, Abu
Hamid, al-Imam, 2003). Kemarahan dikenali umum sebagai
aspek negatif, namun Islam mempunyai pandangan khusus
tentang elemen marah ini.
Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2002) menakrifkan marah
sebagai berasa panas hati (kerana ditipu, dihina dan lain-lain),
perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Tetapi perkataan
murka di dalam kebudayaan Melayu biasanya dirujuk kepada
kemarahan Allah , para Nabi a.s, dan juga Sultan. Concise
Oxford Dictionary (1995) memberi definisi marah (anger)
sebagai perasaan kurang senang yang melampau. Marah atau
Ghadab (

) dalam Bahasa

Arab adalah (sifat) yang

berlawanan dengan reda. (Lisan al- A


rab, 1999) Ibnu Qayyim
membuat penakrifan, marah adalah kehilangan pertimbangan
akal, (seolah-olah) mahu membunuh seperti keadaan serigala
yang ingin membunuh kambing. (al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim,
2002)
Apa pun definisi, marah adalah sifat yang diberi oleh Allah 
kepada makhluknya, Ibnu Manzur memetik ulasan seorang
ulama mengenai marah:
Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah
sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang
mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela);
tercela (apabila) bukan pada tempatnya,

Muqaddimah

manakala yang terpuji (apabila digunakan) di sisi


agama dan kebenaran.
(Lisan al-Arab, 1999)
Inilah takrif yang lebih sempurna pada pandangan penulis
dalam menerangkan makna marah.
Kemurkaan Allah  adalah yang paling hebat, mengatasi
setiap kemarahan yang ada di dunia ini. Al-Quran kerap kali
merekodkan kemurkaan Allah secara jelas. Namun kemurkaan
Allah  hanya ditujukan kepada orang yang ingkar
denganNya. Antara golongan yang dimurkai Allah  secara
khusus adalah bangsa Israil. Contohnya seperti firman berikut:
i 5=t/ !$t/u ux6y9$#u '!j9$# n=t Mt/u...
=G)tu !$# Mt$t/ 3t (#%x. r'/ y79s 3 !$#
tFt (#$2 (#|t $o3 y79s 3 d,y9$# t/ zh;9$#

... dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan


kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat
kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah
disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat
Allah (perintah-perintah dan mu jizat- mu jizat yang
membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula
membunuh Nabi-nabi Dengan tidak ada alasan Yang

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka


menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
(al-Quran. al-Baqarah 2: 61)
Namun rahmat dan keampunan Allah  adalah lebih luas dari
kemurkaanNya. Firman Allah :
>jyu !$to y9 t 4 F{$# $tu Nuy9$# $t !u
m x !$#u 4 !$to t
dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi. ia mengampunkan sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Dia menyeksa sesiapa yang
dikehendakiNya. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Quran. Ali Imran 2: 61)
Rasulullah  juga diriwayatkan pernah marah beberapa kali.
Sebagai perhatian hadith berikut boleh dijadikan sebagai
contoh:


 : 
.



Daripada A
li  berkata: Rasulullah  telah memberi
hadiah kepadaku pakaian sutera maka aku
memakainya, maka aku melihat kemarahan di
wajahnya, maka aku memotongnya (sutera) lalu
membahagikannya di kalangan isteri-isteriku.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
3

Muqaddimah

Dalam beberapa hadith Rasulullah  melarang kemarahan.


Tetapi dalam hadith-hadith lain pula Rasulullah  sendiri
pernah marah seperti hadith Ali  yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhariyy di atas. Ini sebenarnya menunjukkan
kemarahan Rasulullah  terhadap tindakan yang menyalahi
syara. Hadith ini menggambarkan Rasulullah  tidak marah
atas sebab peribadinya, inilah keunggulan akhlaq Baginda  .
Al-Ustadz Abdur Rahman Hasan Habannakah juga
berpendapat sedemikian. (al-Maidaniyy, Abdur Rahman Hasan
Habannakah, 1999) Akhlaq dan sikap terpuji Rasulullah 
lebih menonjol apabila baginda  bersabda:

:







Daripada Aisyah r.a: (Rasulullah ) bersabda: dan
aku bersumpah demi Allah () sekiranya Fatimah
binti Muhammad () telah mencuri, akan kupotong
tangannya.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
Walaupun baginda  amat menyayangi Saiditina Fatimah r.a,
sehingga baginda pernah memberi amaran supaya tidak
menyakiti hati Saiditina Fatimah dengan sabdanya:

Daripada Miswar bin Makhramah r.a berkata, berkata


Rasulullah : Fatimah (r.a) sebahagian dariku, maka
4

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

sesiapa yang membuatnya marah, membuatkan aku


marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
Namun begitu apabila bertembung dengan syariah, tiada
kompromi ditunjukkan Rasulullah .
Teladan Nabawiyyah yang ditunjukkan oleh Baginda
Rasulullah , memberi tasawwur yang jelas bahawa elemen
marah bukanlah 100% negatif atau madzmum. Kemarahan ada
yang positif dan negatif, malahan boleh menjadi aspek
kekuatan pada situasi tertentu (akan diperjelaskan kelak).

Larangan Marah

Abu
Nasih alKansariyy

LARANGAN MARAH
Apabila dikaji persoalan marah, kita akan berjumpa dengan
banyak larangan marah oleh Rasulullah :



:
.
Daripada Abu Hurairah : Seorang lelaki berkata
kepada Nabi : Nasihatilah aku, (Nabi ) berkata:
Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali
meminta nasihat, (Nabi ) berkata (setiap kali):
Janganlah kamu marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy, )
Terdapat beberapa riwayat lain yang menunjukkan larangan
marah ini. Sila rujuk hadith lain seperti yang terdapat dalam
Sahih al-Bukhariyy, Muwatta, Sunan at-Tirmiziyy dan alMusnad (al-Bukhariyy, Muhammad bin
Ismail, Abu
Abdullah, al-Imam, 1979; Malik bin Anas, al-Imam, 1998; atTirmiziyy, Muhammad bin Isa, al-Imam, t.t; & Ahmad bin
Muhammad bin Hanbal, al-Imam, 1995)
Imam al-Ghazzaliyy telah membahagikan manusia kepada tiga
kategori jika dinisbahkan kepada darjah dan sifat kemarahan
(al-Ghazzaliyy, 2003):
1. Golongan yang tidak mempunyai sifat marah
2. Golongan yang mempunyai sifat marah yang ekstrem
3. Golongan yang mempunyai sifat marah yang sederhana

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:48:41

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Kategori pertama menurut al-Ghazzaliyy adalah golongan


yang lemah. Imam Al-Ghazzaliyy memetik kata-kata Imam
asy-Syafiiyy:
Mereka yang tidak boleh marah adalah seperti keldai.
Mereka yang kekuatan marahnya adalah manusia
yang tidak bijak.
Al-Ghazzaliyy menambah lagi, Allah  menyayangi sahabat
 yang bersikap lemah lembut sesama Mukmin dan keras
terhadap golongan kuffar dan munafiq dengan firmanfirmanNya:
!$uxq $ 39$# n?t !#r& yt t%!$#u 4 !$# pt
( $Zuu !$# zi Ws ttG6t #Y $Y. 1ts? ( ut/
=sVt y79s 4 f9$# rOr& i _ $y
uy$ts tx yltzr& ?tx. gM}$# /S=sVtu 4 1uG9$#
5 xu9 t#9$# =f % 4n?t 3utF$$s xn=tG$$s
] Mys=9$# (#=tu (#t#u t%!$# !$# ytu 3 u$ 39$#
$Jt #_r&u Zt
Muhammad (Nabi ) ialah Rasul Allah; dan orangorang yang bersama dengannya bersikap keras dan
tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi
Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta
7

Larangan Marah

belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).


Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan
sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia
(pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka
(sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka
mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang
ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di
dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam
Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan)
sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak
dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia
tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan
keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya kerana ia hendak menjadikan orangorang kafir merana dengan perasaan marah dan
hasad dengki. (dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala
yang besar.
(al-Quran. al-Fath 48:29)
4 n=t =$#u t) o9$#u u$ 69$# y_ <9$# $pr't
y9$# }/u ( yy_ 1u'tu
Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang
kafir dan orang-orang munafiq, dan bertindak keras
terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka
ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.
(al-Quran. at-Tawbah. 9:73)

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Sikap keras inilah menurut Imam al-Ghazzaliyy, hasil dari


kemarahan yang dieksploitasikan ketika menentang musuh
Islam, khususnya dalam jihad adalah antara keperluan elemen
marah dalam Islam, supaya menerbitkan sifat berani dan penuh
semangat (al-Ghazzaliyy, 2003). Walaupun begitu sifat marah
tersebut mestilah digunakan atas dasar kerana Allah. Marah
kerana Allah dalam konteks jihad di atas adalah marah kerana
mereka adalah musuh Islam bukan kerana persengketaan
peribadi.
Menurut al-Ghazzaliyy lagi kemarahan yang melampau (dan
tidak pada tempatnya) adalah berbahaya. Menurutnya lagi,
seorang yang naik marah (sehingga pada tahap melampau ini
mungkin akan kehilangan pertimbangan akalnya dan
agamanya. Dia kemudiannya akan hilang pertimbangan antara
baik dan buruk. Dia juga akan kehilangan kebebasan dirinya
kerana terikat dengan sifat marahnva, sifat marahnya (yang
melampau itu) akan membelenggu tindak tanduknya ketika itu.
(al- Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam, 2003). Inilah jenis
kemarahan yang dilarang dalam Islam.

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

PERANAN, KEHARUSAN DAN KEPERLUAN MARAH


Menurut keterangan al-Ghazzaliyy di atas, boleh disimpulkan
sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal
yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang
positif adalah kemarahan kerana Allah. Manakala kemarahan
yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan;
kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif
lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya,
banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam
juga akan membawa kepada kemarahan.
Antara situasi yang memerlukan elemen marah adalah ketika
bertentangan dengan musuh-musuh Islam khasnya dalam jihad.
Seperti yang dinyatakan oleh al-Ghazzaliyy, elemen
kemarahan ini akan menjana keberanian dan semangat ketika
berjuang. Dalam konteks di luar jihad pula seperti suasana
moden sekarang, elemen kemarahan boleh digunakan untuk
menyuntik keberanian dan semangat ketika menangkis dakyah
jahat anasir asing terhadap Islam.
Walaupun elemen marah ini boleh digunahan secara positif,
tetapi seseorang sentiasa perlu menjaga emosinya supaya tidak
terpengaruh dengan nafsu. Contohnya dalam konteks jihad,
kemarahan kepada musuh mestilah disandar kepada kemarahan
sikap musuh-musuh itu yang menentang Islam dan bukan
kerana kemarahan peribadi. Satu contoh hebat yang boleh
dikemukakan di sini adalah sikap yang dipamerkan oleh
Sayyidina Ali Bin Abi Talib  dalam satu insiden ketika
perang Khandaq atau Ahzab. Ketika A
li  ingin membunuh
seorang tentera musuh, tentera tersebut meludah ke mukanya.
Seketika itu juga A
li  berhenti dan membatalkan hasratnya
10

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

untuk membunuh musuh tersebut. Dalam keadaan kurang


percaya, dia bertanya kepada Ali  yang terkenal dengan
kegagahan dan keberanian dalam medan perang mengapa tidak
membunuhnya? Antara lain jawapan Ali  ialah ketika musuh
tersebut meludah dia berasa marah. Jadi, jika dia membunuh
musuh tersebut ketika itu, dia akan membunuh kerana
kepentingan dirinya (marah terhadap perbuatan meludah itu),
bukan kerana Allah . Terpukau dengan ketinggian akhlak
Sayyidina A
li  yang mulia itu, tentera musuh tersebut
memeluk Islam.
Situasi kedua yang memerlukan elemen marah apabila berlaku
berhadapan dengan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Contohnya seperti hadith tentang reaksi marah Rasulullah 
terhadap sahabat yang memakai sutera. Namun begitu terdapat
juga beberapa hadith yang menunjukkan Rasulullah  tidak
marah walaupun berhadapan dengan perbuatan yang
bertentangan terhadap syariat. Contohnya seperti insiden
seorang badwi yang membuang air kecil di dalam masjid.
Hadith tersebut adalah seperti berikut:


:





.

Anas Bin Malik  berkata: Seorang badwi datang dan


telah membuang air kecil pada satu sudut di masjid.
Orang ramai bergegas (untuk memarahi atau memukul
badwi itu), tetapi Nabi  menegah mereka. Apabila
badwi itu selesai membuang air. Nabi  menyuruh
11

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

supaya mengambil air untuk menghilangkan (ain najis


itu), maka dijiruskan (air ke tempat itu).
(Hadith riwayat al-Bukhariyy)
Dari insiden pertama kita dapati bahawa walau apa pun,
kemarahan mestilah dalam keadaan terkawal. Malahan
Rasulullah  sendiri tidak mengeluarkan sepatah perkataan
pun apatahlagi untuk menghamburkan maki hamun. Insiden
kedua rnenunjukkan kita semestinya mengambil kira situasi
sebelum bertindak memarahi seseorang; seperti Rasulullah 
yang tidak marah badwi yang membuang air kecil dalam
masjid itu. Deduksi yang boleh dibuat dari insiden ini ialah
Rasulullah  tidak memarahi badwi tersebut kerana tidak mahu
menganggu dia yang sedang membuang air dan mengambil
kira badwi tersebut yang mungkin tidak arif dengan adab dan
agama.
Ekspresi marah juga diperlukan sebagai satu cara ketika
menyampaikan khutbah, pidato atau ucapan (agama
khususnya), khasnya apabila ingin mencegah kemungkaran
dalan khutbahnya. Ini adalah sunnah Rasulullah , Jabir 
meriwayatkan bahawa Rasulullah , apabila berkhutbah penuh
bersemangat seperti orang yang dalam keadaan terlalu marah.











...

Rasulullah  apabila berpidato merah menyala


matanya, lantang suaranya dan bersangatan

12

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

marahnya, sehingga seolah-olah Baginda  seorang


pemberi amaran yang mengatakan kepada angkatan
tentera (tentang kedatangan musuh) dengan lafaznya:
Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada
pagi-pagi hari dan pada waktu petang!...
(Hadith riwayat Muslim)
Imam Ghazzaliyy berkata manusia secara fitrahnya cenderung
untuk menyukai dan tidak menyukai atau membenci sesuatu.
Oleh itu marah tidak dapat dielakkan. (al-Ghazzaliyy, 2003).
Perkara yang disukainya akan diterima dengan baik tetapi
perkara yang dibenci mungkin menimbulkan kemarahan.
Begitu juga sebaliknya, menurut al-Ghazzaliyy, seseorang akan
marah jika diambil sesuatu yang disukainya atau diberi sesuatu
yang dibencinya. Khusus tentang perkara ini; Imam alGhazzaliyy membahagikannya kepada tiga aspek (alGhazzaliyy, 2003). Tiga aspek tersebut boleh disimpulkan
seperti berikut:
1.

Perkara yang disayangi adalah keperluan asasi


peribadi seperti makanan asasi, pakaian dan
kesihatan.
2. Keperluan bukan asasi (yang lazimnya disayangi)
seperti pakaian yang cantik dan harta yang banyak.
3. Sesuatu perkara yang dianggap istimewa secara bagi
sesetengah orang seperti buku bagi cendiakawan
dan orang yang minat membaca.
Kemarahan yang disebabkan oleh gangguan, halangan atau
kehilangan tiga aspek di atas mungkin berlaku dengan tidak
sengaja. Oleh yang demikian kemarahan sebegini dianggap
normal dan harus selagi terkawal dan tidak melampau batas

13

Peranan, Keharusan & Keperluan Marah

syara. Imam al-Ghazzaliyy juga telah memberi panduan


langkah pencegahan dan pengawalan marah yang akan
dikemukakan kelak.

14

Pengurusan Marah: Perspektif Islam


Abu
Nasih alKansariyy

GALAKAN MENGAWAL KEMARAHAN


Islam mengakui sifat semulajadi manusia seperti sifat marah
ini. Oleh itu Islam tidak menyarankan menghapuskannya sama
sekali, Imam al-Ghazzaliyy menyatakan membuang terus sifat
marah adalah mustahil. (al-Ghazzaliyy, 2003). Kitab Fathul
Bariyy juga menukil kata al-Khatabiyy, nafsu marah tidak
dilarang, kerana ianya perkara tabii (fitrah); tidak dapat
dihapuskan daripada tabiat fitrah (seseorang). (Ibnu Hajar alAsqalaniyy, Ahmad bin Ali, 2001)
Sebaliknya seperti dalam aspek-aspek lain kehidupan, Islam
menganjurkan supaya umatnya bersederhana, dalam konteks
marah, Islam menyuruh umatnya mengawal dan menyalurkan
kemarahan pada tempat dan darjah (kemarahan) yang
bersesuaian. Firman Allah :
s9$# =t !$#u 3 $9$# t t$y9$#u
... orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan
(ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.
(al-Quran. Ali Imran 3: 134)
tt (#6x $t #s)u
dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan
yang tidak patut terhadap mereka), mereka
memaafkannya.
(al-Quran. asy-Syura 42: 37 )

15

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Na
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:49:04

Dalam as-Sunnah juga Rasulullah  menyuruh umatnya


mengawal kemarahan.



 :







Daripada Abu Hurairah  berkata: Bukanlah orang
yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang
lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang
kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika
dalam kemarahan.
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan
Ahmad)
Rasulullah  juga menganjurkan kesederhanaan dalam setiap
perkara termasuklah marah. Rasulullah  bersabda:


Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana
(Hadith riwayat al-Baihaqiyy)
Berdasarkan penjelasan keperluan dan peranan marah dalam
Islam serta galakan mengawalnya, jelas sekali menunjukkan
Islam tidak menyekat elemen yang terdapat dalam manusia
seperti marah. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya supaya
menyalurkan kemarahan apabila perlu dan pada situasi
sewajarnya tetapi dengan syarat tidak melampaui batas agama.
Islam juga menyedari tindakan memendamkan emosi seperti
marah ini mungkin mewujudkan tekanan psikologi yang
membebankan.

16

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

LANGKAH MENGURUS KEMARAHAN


Matlamat utama dalam pengurusan marah ialah menghapuskan
marah yang timbul dari syaitan dan nafsu; dan dapat mengawal
dan menyalurkan kemarahan pada tempat yang perlu dan
dengan tingkat kemarahan yang sederhana.
Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah
kepada 4:
1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang
marahnya.
2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda
kemarah-annya.
3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda
kemarah-annya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda
kemarahannya.
Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang
lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda.
Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat:
Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda
kemarahannya. (al-Ghazzaliyy, 2003).
Oleh itu diharapkan dengan pengurusan marah yang baik kita
tergolong dalam kategori yang ketiga dan mengelakkan diri
dari tergolong dari kategori keempat. Matlamat ini hanya
tercapai dengan kesungguhan jitu individu yang ingin
mengawal
tabiat
marahnya.
Langkah-langkah
yang
dicadangkan juga mestilah dijadikan praktis rutin. Latihan dan

17

Mengurus Kemarahan

keiltizaman yang istiqamah akan membuahkan hasil yang


cemerlang.
Langkah asas yang perlu diambil adalah menghapuskan atau
mengawal punca utama kepada kemarahan. Imam alGhazzaliyy pernah menyatakan beberapa punca utama
kemarahan yang boleh disimpulkan di sini sebagai sifat takbur
(lihat juga Fathul Bariyy, al- Asqalaniyy, 2001) dan sombong
atau ego dalam diri manusia. Jadi inilah punca utama
kemarahan yang ekstrem yang perlu dihapuskan atau dikawal.
Sikap-sikap lain yang akan menyuburkan dan menjurus kepada
sifat marah ialah tamak dan terlalu mengejar nama dan
kemasyhuran. Jika sifat-sifat madzmumah ini terkumpul dalam
diri seseorang, ia akan melahirkan sikap yang buruk dan sukar
melepaskan diri dari kongkongan emosi marah. Imam alGhazzaliyy mencadangkan sikap rendah diri, bersederhana, dan
qanaah untuk mengimbangi sifat-sifat madzmumah tersebut.
(al-Ghazzaliyy, 2003). Juga umumnya, langkah asas mengurus
kemarahan yang baik adalah menerapkan nilai-nilai positif
yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya seperti bersangka
baik, berlemah lembut dan sebagainya. Kita juga perlu
memahami konsep atau sifat marah itu sendiri, seperti yang
telah diterangkan sebelum ini. Antara perkara penting yang
boleh disimpulkan adalah seperi berikut:



Marah adalah salah satu sifat yang telah diberikan oleh


Allah kepada makhluknya. Nabi  sendiri pernah
marah beberapa kali.
Marah tidak dilarang seratus peratus, malahan boleh
disalurkan pada tempat yang disesuai dan perlu
dikawal.

18

Pengurusan Marah: Perspektif Islam




Ada yang mahmud (terpuji atau positif) dan madzmum


(tercela atau negatif), yang tercela (apabila digunakan)
bukan pada tempatnya.
Marah pada situasi tertentu adalah normal seperti
apabila berasa terancam/ tergugat keperluan asasi,
perkara yang disayangi dan istimewa buat seseorang.
Namun tetap perlu dikawal.
Keperluan elemen marah:
- ketika menentang musuh Islam khasnya dalam jihad
- berhadapan perkara yang tidak Syar i yy
- elemen dan ekspresi marah juga perlu sebagai satu
kaedah menyampaikan khutbah atau pidato.

Abu
Nasih alKansariyy

19

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:49:23

Mengurus Kemarahan

Langkah Pencegahan
1. Niat Yang Ikhlas
Pertama, keazaman yang ikhlas untuk mengawal kemarahan
kerana sedar ia adalah suruhan agama dan sedar
keburukannya jika tidak dikawal. Kedua, melatih diri
meniatkan marah kerana Allah .
2. Sabar
Kesabaran adalah salah satu kunci ketenangan psikologi
dalam Islam. Ingat ganjaran Allah  kepada orang yang
sabar; mampu mengawal kemarahan. Ganjarannya seperti
mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di
sisinya. Firman Allah  (al-Quran. Hud 11: 11):
t s9 y7s9'& Mys=9$# (#=tu (#y9| t%!$# )
72 _r&u
kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan
amal soleh maka mereka itu akan beroleh
keampunan dan pahala yang besar.
Sabda Rasulullah  pula:

 :



.



20

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Daripada Sahl bin Muaz, daripada ayahnya:


Sesungguhnya Rasulullah  bersabda: Sesiapa yang
menahan
marahnya
sedangkan
dia
boleh
melepaskannya, Allah  akan memanggilnya pada
Hari Qiyamah lantaran Allah  memberinya pilihan
(untuk
memilih)
mana-mana
bidadari
yang
dikehendaki.
(Riwayat Abu Dawud, Tirmiziyy, Ibn Majah dan
Ahmad)
3. Sifat Pemaaf
Bersikap pemaaf. Sikap pemaaf juga melambangkan
ketinggian akhlaq seseorang sebagaimana yang dipamerkan
oleh Rasulullah . Sifat pemaaf jika diserapkan dalam
keperibadian seseorang akan memudahkan lagi proses
mengawal kemarahan. Firman Allah :
(#6x $t #s)u |mux 9$#u OM}$# ut6x. t7tGgs t%!$#u
t t
dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatanperbuatan yang keji; dan apabila mereka marah
(disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap
mereka), mereka memaafkannya.
(al-Quran. asy-Syura 42: 37)

21

Mengurus Kemarahan

4. Faham Konsep Gagal Mengawal Kemarahan Tanda


Kelemahan
Kemarahan (melampau) bukan lambang kegagahan atau
kekuatan. Malahan kegagalan mengarwal kemarahan adalah
tanda kelemahan seseorang dalam Islam. (IRFI.Org, 28 Mac
2005). Ini kerana kegagalan mengawal emosi dalaman
sendiri dan gagal membendung bisikan syaitan.



 :

Daripada Abu Hurairah  berkata: Bukanlah orang


yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang
lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang
kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika
dalam kemarahan.
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik dan
Ahmad)
5. Membayangkan Wajah Yang Hodoh Ketika Marah

Satu saranan yang menarik oleh Imam al-Ghazzaliyy adalah


membayangkan ekspresi wajah yang hodoh jika berada
dalam keadaan marah. (al-Ghazzaliyy, 2003). Jadi, ia adalah
suatu yang memalukan dan patut dihindari.
6. Tawaddu
Fathul Bariyy menyebut cadangan supaya merendah diri
atau Tawaddu. Imam Ibnu Hajar menulis, sesiapa yang

22

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

Tawaddu akan hilanglah kemegahan jiwanya, dan akan


selamat dari keburukan marah. (al- A
sqalaniyy, 2001)
7. Istighfar dan Banyakkan Amal Salih
Mungkin punca sifat marah yang melampau kita berpunca
dari sifat-sifat madzmumah tadi yang juga merupakan dosa
(takbur, ego, tamak, terlalu mengejar nama dan
kemasyhuran). Kita juga perlu beramal salih, moga-moga
Allah memudahkan urusan kita untuk mengurus sifat
kemarahan kita. Firman Allah :
.%#9 3t. y79s 4 N$th9$# t Mu|pt:$# )
Sesungguhnya
amal-amal
kebajikan
(terutama
sembahyang) itu menghapuskan kejahatan, demikian
adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang
mahu beringat.
(al-Quran. Hud 11:114)
Kita juga boleh berdoa, juga dengan bertawassul memohon
Allah  menghilangkan kemarahan (yang tercela) yang
terdapat di dalam diri kita.

23

Mengurus Kemarahan

Langkah Pengawalan Ketika Marah


1. Membaca Taawudz
Klien dianjurkan membaca Taawudz ketika berada dalam
situasi marah. Dalam satu hadith diriwayatkan terdapat dua
lelaki bertengkar di hadapan Rasuiullah , salah seorang
daripada mereka naik berang sehingga merah mukanya, lalu
Rasulullah  bersabda



...
...
Sesungguhnya aku tahu satu kalimah, jika
dibacakannya akan menghapuskan apa yang ada
padanya (kemarahan), sekiranya dia berkata
audzubillahi minasy syaitanir rajim.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy dan Muslim dan
Tirmidziyy)
2. Mengubah Posisi
Kaunselor juga menyarankan supaya apabila marah orang
dianjurkan supaya mengubah posisi fizikalnya ketika itu.
Jika berdiri duduk, jika kemarahan gagal dikawal juga, ubah
posisi duduk ke posisi berbaring untuk menenangkan fizikal
dan emosi. Menurut Imam al-Ghazzaliyy, posisi diubah
sedemikian untuk mendekatkan jarak diri ke bumi,
diharapkan fizikal dan emosi akan menjadi setenang bumi;
tambahan pula katanya manusia dijadikan daripada bumi.
(al-Ghazzaliyy, 2003).

24

Pengurusan Marah: Perspektif Islam


 :






Daripada Abu Dzar  berkata sesungguhnya
Rasulullah  bersabda kepada kami: Apabila seorang di
antara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,
maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan
hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,
maka (hendaklah) dia berbaring.
(Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad)
3. Berwudhuk dan Mandi
Berwudhuk apabila marah seperti yang diriwayatkan dalam
hadith dibawah. Salah satu punca kemarahan daripada
hasutan syaitan; syaitan pula dijadikan daripada api. Sebab
itulah disarankan berwudhuk kerana air adalah elemen yang
dapat memadam api.









Sesungguhnya kemarahan itu daripada syaitan dan
dijadikan syaitan daripada api, dan api boleh
dipadamkan dengan air, maka apabila seorang daripada
kamu marah berwudhuklah.
(Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Tabraniyy)

25

Mengurus Kemarahan

Imam al-Ghazzaliyy dalam Ihya' juga meriwayatkan marah


ibarat api yang menyala di dalam hati, jadi, apabila marah
seseorang perlu duduk jika berdiri dan baring jika dia dalam
posisi duduk. Seterusnya jika gagal membendung
kemarahannya, disarankan mengambil wudhuk, dengan air
yang sejuk atau mandi. (al-Ghazzaliyy, 2003)
4. Diam
Nabi  diriwayatkan pernah mendiamkan diri sahaja apabila
marah. Seperti hadith respon Nabi  apabila melihat
sahabatnya memakai sutera. Tindakan mendiamkan diri ini
In Sya Allah  mengurangkan risiko dari menyemarakkan
lagi api kemarahan. Salih al-Munajjid juga menyebut
tindakan mendiamkan diri ketika marah adalah satu cara
menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang
melampau
seperti
mengeluarkan
kata-kata
kesat.
(Islaam.Com, 29 Mac 2005). Sabda Nabi :





...dan apabila seorang daripada kamu berasa marah
maka hendaklah dia diam.
(Hadith riwayat Ahmad)
5. Ingat kepada Allah 
Mengingati Allah  membawa kepada rasa takut kepadanya
dan sekaligus boleh menghilangkan rasa marah. FirmanNya:

26

Pengurusan Marah: Perspektif Islam

|Mn #s) / H) .$#u


...ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa...
(al-Quran. al-Kahfi 18: 24)
Ikrimah  berkata maksud [|Mn #s) -jika Engkau lupa],
adalah jika engkau marah. (al-Mawardiyy,
Muhammad, al-Imam, 1985).

Ali bin

6. Bersederhana
Islam menganjurkan kesederhanaan dalam banyak aspek,
termasuklah apabila marah. Oleh itulah Imam al-Ghazzaliyy
juga menyarankan supaya bersederhana apabila marah. (alGhazzaliyy, 2003).


Sebaik-baik pekerjaan adalah bersederhana
(Hadith riwayat al-Baihaqiyy)
Abu
Nasih alKansariyy

27

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:49:55

BIBLIOGRAFI
al-Quran al-Karim
bdu Rahman Hasan Habannakah. 1999. al-Akhlaq alA
Islamiyyah wa Ususuha. Vol. 2. Cetakan ke 5. Damsyiq: Darul
Qalam .
Abu Dawud, Sulaiman bin al-Asyath. 1996. Sunan Abi Dawud.
Vol. 3. Beirut: Darul Kutub al- Ilmiyyah.
al-Ghazzaliyy, Abu Hamid, al-Imam. 2003. Ihya Ulumiddin.
Vol.3. Qaherah: Maktabah as-Safa.
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, al-Imam. 1995. alMusnad. Vol. 17. Qaherah: Darul Hadith
al-Bukhariyy, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail, al-Imam.
1979. Jami as-Sahih. Tahqiq: Muhibbuddin al-Khatib. Vol. 3
& 4. Qaherah: Maktabah as-Salafiyyah.
al-Mawardiyy, Ali bin Muhammad, al-Imam. 1985. Adab adDunya wa ad-Din. Beirut: Daru Iqra.
Abu
Nasih alKansariyy

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:50:10

al-Munajjid, Muhammad Salih, Syaikh. 29 Mac 2005.


Shakawa
wal
Hulul.
Islaam.Com.
<www.islaam.com/books/Cproblems.doc>
at-Tirmidziyy, Muhammad bin Isa. t.t. Sunan at-Tirmidziyy.
Riyad: Maktabah al-Maarif.

28

Ibnu Hajar al-Asqalaniyy, Ahmad bin Ali, al-Imam.2001.


Fathul Bariyy. Tahqiq: Abdul Qadir Syaibah al-Hamd. Vol.
10. Riyad: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah.
Kamus Dewan. 2002. Marah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
al-Jawziyyah, Ibnu Qayyim. 2002. Jami al-Adab. Vol 2. t.t.p:
Darul Wafa.
Lisanul A
rab. 1999. . Vol. 10. Beirut: Darul Ihya atTurath al-Arabiyy.
Malik bin Anas, al-Imam. 1998. al-Muwatta (riwayat Abu
Musab az-Zuhriyy al-Madaniyy). Tahqiq: Dr. Basy-syar A
war
Maruf & Mahmud Muhammad Khalil. Vol. 2. Cetakan ke 3.
Beirut: Muassasah ar-Risalah.
Abu
Nasih alKansariyy

Digitally signed by Abu Nasih al- Kansariyy


DN: cn=Abu Nasih al- Kansariyy gn=Abu Nasih
al- Kansariyy c=United States l=US o=Darul
Kansariyy ou=Darul Kansariyy
e=darulkansariyy@hotmail.com
Reason: I am the author of this document
Location:
Date: 11/13/09 13:50:59

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali


& Hanit Osman. 2006. Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej
Universiti Islam Malaysia (USIM).

29

Anda mungkin juga menyukai