Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Taranum al-Quran merupakan satu cabang seni suara dalam bacaan al-Quran yang dapat
dirasai keindahan sebutan dan bunyi-bunyi huruf-huruf al-Quran sebagai mukjizat kepada
Rasulullah SAW. Bunyi dan lafaz-lafaz huruf yang dialunkan oleh pembaca
menggambarkan maksud ayat-ayat sesuai dengan intonasi dan kehendak ayat itu sendiri
Alunan Taranum al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian, bahkan tidak sama
dengan lagu penglipur lara, syair. qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain
yang dialunkan seindah bacaan al-Quran, kerana Taranum al-Quran itu mempunyai
kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan sesuai dengan kehendak ilmu tajwid al-Quran.
Untuk mendapat kemahiran ini tidak ada jalan mudah untuk menguasaimya melainkan
melalui pengajaran dan pembelajaran secara Talaqqi Musyafahah dari guru-guru yang
berkaedah dan muktabar. Talaqqi dan musyafahah merupakan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran sunnnah Rasulullah SAW dan Sahabat baginda. Dengan demikian
al-Quran terpelihara dari kesalahan dan kecacatan dalam bacaan.
MAKSUD TARANUM AL-QURAN
Dalam bahasa arab Taranum bererti lagu ,dindangan dan nyanyian. Taranum juga
sinonim dengan dengan istilah nagham, ghina, luhun dan tatrib. Di Malaysia istilah
Taranum khusus diertikan untuk lagu-lagu al-Quran. Penggunaan istilah ini mula
digunakan dalam ujian Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa di
Malaysia. Namun di Negara Arab, Indonesia dan lain-lain tidak menggunakan istilah ini
untuk lagu-lagu al-Quran. Mereka lebih mengenali dengan istilah Nagham al-Quran .
TAKRIF TARANUM
Takrif Taranum al-Quran yang ialah :
Satu ilmu mengenai kaedah suara yang di bunyikan mengikut nada dan irama tertentu
bertujuan untuk mengelokkan bacaan khususnya bacaan al-quran. -Tuan Haji Nik Jaafar
Nik Ismail.
ASAL USUL LAGU ARAB
Ahli sejarah tidak dapat memastikan bilakah Lagu Arab bermula. Secara umumnya
Taranum itu telah pun wujud sebelum Islam lagi yang diamalkan dalam lagu nyanyian
orang-orang Arab dan hamba abdi. Dikatakan bahawa Batalamus al-Hakim al-Falasufi
merupakan pengasas lagu dan muzik. Kemudian diikuti oleh Ishak bin Ibrahim al-Musily
al-Qadim sebagai pengasas lagu-lagu arab. Ia dipercayai dililhamkan dari ketukan kayu,
bunyi angin bertiup, bunyi ombak, bunyi binatang, suara air mengalir dan sebagainya.
Kemudian digubah oleh ahli-ahli suara sehingga tercipta pelbagai nama lagu dan nagham
seperti Bayati, rast, Hijaz, Jiharkah dan sebagainya.

Menurut Ibn Manzur sejarah bermulanya lagu al-Quran ada dua pendapat. Pendapat
pertama mengatakan bahawa lagu al-Quran itu berasal dari nyanyian anak-anak orang
kafir yang tertawan ketika di dalam peperangan menentang kaum Muslimin. Pendapat
kedua mengatakan bahawa lagu-lagu al-Quran dari nyanyian nenek moyang bangsa Arab.
PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN
Seni lagu tidak boleh dipisahkan dari orang-orang Arab. Seni lagu tidak boleh
dipisahkan dari orang-orang arab bahkan orang arablah yang paling minat dengan seni
lagu. Ibn Arabi menerangkan bahawa kebiasaan orang arab ketika menunggang unta
sentiasa mengalunkan lagu samada ketika berjalan , duduk atau berehat di bawah pokok
atau sedang bekerja.
Anas pula meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah dinyanyikan semasa dalam
pengembaraan dengan nyanyian di belakang qafilah unta dan terus menjadi adat bangsa
arab pada Rasulullah dan Para sahabat.Lagu-lagu ini menjadikan gurindam syair yang
dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang harmoni sehingga unta merasa
ringan bebanan yang dipikulnya dan merasakan dekat perjalanan yang jauh kerana
terpesona dengan nyanyian qafilah itu
Apabila al-Quran diturunkan pada tahun 601M di Gua Hirak Rasulullah terus
menghafaznya dan membacanya dengan teliti dan cermat serta mengelokkan suara
baginda, agar bacaan al-Quran menjadi lebih indah dan merdu. Seterusnya Rasulullah
menggalakkan Sahabat baginda membaca al-Quran dengan suara yang indah dan merdu
dengan memindahkan lagu-lagu tradisi arab ke dalam bacaan al-Quran. Selain menjadi
hiburan ia akan membawa pahala yang besar.
Banyak bukti-bukti yang menunjukkan Rasulullah membaca al-Quran dengan cara
Taranum dan suara yang baik. Diantaranya:
1. Jubair bin Mutim seorang penyair arab yang terkenal memeluk islam kerana
kemerduan suara Rasulullah ketika membaca surah at-Tur ketika solat Maghrib.
2. Al-Barra bin Azib menceritakan beliau terpesona dengan bacaan surah at-Tin
Rasulullah ketika solat Isyak.
3. Abdullah bin Maghfal telah menyaksikan kemerduan suara Rasulullah ketika
membaca surah surah al-Fath semasa mencapai di Hudaibiyyah.
Ketiga-tiga sahabat di atas menyifatkan bacaan Rasulullah suatu bacaan yang yang paling
baik dan merdu yang belum pernah didengar sebelumnya menerusi ungkapan berikut:

Dari ungkapan di atas jelas kepada kita bahawa Rasulullah sebenarnya adalah seorang
Qari yang mempunyai suara yang sangat merdu dan dikagumi oleh sahabat-sahabat
baginda malah kemerduan suara baginda semasa membaca al-Quran membawa hidayat
kepada masyarakat untuk tertarik kepada islam dan seterusnya menerima islam .
Seterusnya Rasulullah juga menggalakan sahabat baginda membaca al-Quran dengan
suara yang elok dan merdu.Justeru ramai lah para sahabat baginda muncul sebagai QariQari yang dapat mengalunkan bacaan yang indah dan merdu.

QARI-QARI PADA ZAMAN RASULULLAH


1. Abu Musa al-Asyari.
Beliau adalah seorang sahabat Nabi yang mempunyai suara yang sangat merdu sangat
menarik sehingga Rasulullah menggelarkan beliau dengan gelaran mizmar atau seruling
sebagaimana sabda Rasulullah SAW:



Abu Usman an-Nahdi seorang sahabat Nabi pernah berkata: Aku pergi ke rumah Abu
Musa al-Asyari ketika itu beliau sedang membaca al-Quran . Aku tidak pernah dengar
tidak pernah dengar suara syambas (alat muzik yang dibuat dari kayu seruling (alat yang
ditiup) lebih indah dan merdu daripada suara Abu Musa.
2. Husaid bin Hudhair (Seorang penyair arab ). Pada suatu malam beliau membaca satu
surah al-Quran al-Karim berhadapan denganya seekor kuda tertambat dengan tali.Ketika
beliau sedang mengalunkan bacaan al-quran tiba-tiba turunlah segumpal awan kearahnya
dan menyelubunginnya dan kuda yang terikat di sisinya meronta-meronta sehingga putus
talinya dan lari dari situ. Keesokan harinya beliau menceritakan peritiwa tersebut kepada
Rasulullah dan rasulullah bersabda:

3. Salim Maula Abu Huzaifah.

Beliau juga seorang qari yang mempunyai suara yang merdu yang menjadikan
kebanggaan Rasululah sehingga Rasulullah melahirkan rasa kesyukuran baginda dengan
sabda baginda dengan sabdaNya:

. 6

Selain itu terdapat ramai lagi sahabat Rasulullah yang mempunyai suara yang merdu dan
dapat mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara yang indah dan baik. mereka
termasuklah Ali Bin Abu Talib, Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit dan lain-lain.
QARI-QARI PADA ZAMAN TABIIN
Pada zaman Tabiin pula terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal di bidang taranum
al-Quran di antaranya Umar bin Abd Aziz, Urwah, Said al-Musayyab dan lain-lain.
QARI-QARI PADA ZAMAN TABI TABIIN
Dikalangan pengikut Tabiin juga terdapat tokoh-tokoh Qari yang terkenal dengan
kemerduan suara dan dapat melagukan al-Quran dengan suara yangbaik .Di antara
mereka ialah Muhamad bin Jaafar, Abu Jaafar, Syaibah dan Nafi

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN


Perkembangan lagu-lagu al-Quran yang mutawatir dan berlahjah arab terbahagi kepada
dua aliran:
1. Lagu-lagu Arab Hijazi (Makawi)
Lagu-lagu arab hijazi berasal dari orang-orang Hijaz (Mekah dan Madinah) Irama lagulagu ini biasanya dibawakan dengan bentuk irama yang turun naik. Lagunya agak keras
dan kasar dan tidak banyak variasi namun tetap indah dan tersendiri sesuai dengan sifat
prang-orang Hijaz. Diantara nama-nama lagu asas yang popular dalam aliran ini di
singkatkan dalam perkataan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Huruf ba : Lagu Banjakah


Huruf ha : Lagu Husaini
Huruf mim : Mayyah
Huruf Ra : Rakbi
Huruf dal : Dukah
Huruf sin : Sika
Huruf jim : Jiharkah

Selaian itu terdapat juga lagu-lagu tambahan atau lagu-lagu cawangan dari lagu-lagu asas
yang tersebut di atas iaitu: Ruma, unsad, usyaq, harb, rast, yaman hijaz dan lain-lain.

2. lagu-lagu Arab Misri.

Lagu-lagu arab Misri ialah lagu-lagu yang dipopularkan Qari-Qari Mesir . Lagu-lagu di
dalam aliran ini biasa di bawa dengan bentuk irama dari bawah ke atas. Lagunya lebih
lembut, mempunyai banyak variasi, dan mengandungi banyak harakah. Terdapat tujuh
lagu asas yang popular dalam aliran ini disingkatkan dalam perkataan :
1. Hurfu ba
2. Huruf ha
3. Huruf Sod
4. Huruf ra
5. Huruf jim
6. Huruf ; sin
7. Huruf dal

:
:
:
:
:
:
:

Bayyati
Hijaz
Soba
Rast
Jiharkah
Sika
Nahawand

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA


Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat iaitu sebelum tahun
40an dan selepas tahun 40an. Sebelum tahun 40an lagu-lagu yang popular di kalangan
qari Malaysia ialah lagu-lagu dari irama aliran Hijazi. Qari yang mengalunkan lagu irama
hijazi ini dikenali dengan angkatan lama yang diketuai oleh Yusuf Kedondong dari
kelantan.
QARI-QARI ISTANA
Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalam bacaan al-quran mendapat tempat yang
istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di kalangan masyarakat tetapi di kalangan rajaraja melayu yang memerintah negeri masing-masing. Mereka mendapat kedudukan yang
istimewa dimana setengah mereka dilantik sebagai Qari Istana yang berperanan sebagai
penyebar bacaan al-Quran baik di istana ataupun di kalangan masyarakat. Mereka lah
yang memperkenalkan lagu-lagu al-Quran yang berlahjah arab kepada masyarakat
setempat memperdengarkan bacaan mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis
khatam quran, kenduri kawin , haflah-haflah tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan
masyarakat. Oleh itu kita dapati negeri-negeri yang mempunyai ramai qari di raja
mempunyai bilangan qari dan qariah yang ramai dan handal dalam bacaan taranum alquran. Di antara qari-qari istana yang terkenal sekitar tahun 1922-1940an ialah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)


Haji Muhamad Lintar (Terengganu)
Haji Muhamad Ribat (Kedah)
Haji Sulaiman (Johor)
Haji Khalid (Selangor)
Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)
Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)

Selepas tahun 40an qari-qari Malaysia mula popular dengan lagu-lagu aliran misri yang
dipopularkan oleh qari-qari yang dikenali dengan angkatan baru diketuai oleh Hj Ahmad
Maksum Pergau. Angkatan baru ini terdiri dari mereka yang belajar taranum al-Quran di
negeri Mesir selepas tahun 40an. Berikutnya muncullah qari-qari yang terkenal dan
berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih lagi dengan keperihatinan kerajaan
yang memerintah pada masa itu (Persekutuan Tanah Melayu ) menganjurkan Musabaqah
Tilawah al-Quran yang memgumpulkan qari-qari dari seluruh pelusuk negara untuk
memperdengarkan bacaan masing-masing. Keberkesanan musabaqah bacaan al-quran ini
menyebabkan kerajaan telah menganjurkan musabaqah bacaan al-Quran di peringakat
antarabangsa yang berjaya dianjurkan kali pertama pada tahun 1961. Sejak itu taranum
al-quran tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia islam

QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)


Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)
Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)
Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)
Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)
Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)
Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)
Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)
Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)
Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)
Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)
Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)
Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)
Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)
Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)
Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu

TOKOH-TOKOH QARIAH
1.
2.
3.
4.
5.

Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)


Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)
Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)
Hjh Rahmas Abdullah (Johor)
Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)

(Dr Hj Saidi bin Mohd, 2014)

Hukum Taranum Al-Quran


Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin,
Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:

Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab
dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti
orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka
tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.

Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia
melarang daripada mendengarnya.

Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Masud,
Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:
Daripada Barra bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca alQuran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.
Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid
sehingga lagu merosakkan bacaan.

Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang
mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.

Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad
Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan
melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: Bukanlah umat kami mereka yang
tidak bertaranum dengan al-Quran. (Sahih Bukhari: 6/273)
Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah
serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar, katanya.
Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang
paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:
Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran. (Riwayat
Hakim 1/768).
Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika
tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.
Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan
yang remeh.
Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti
melalui kursus dan kelas yang diadakan.
Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain
tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah, katanya.
Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu

tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.


Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih
ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan
membaca dengan baik dan bertarannum, katanya.
Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan
suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.
Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan
hadis bermaksud: Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika
tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.
Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama
Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.
Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika
menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w
mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).
Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari
ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil
bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah alBukhari oleh Ibnu Battal 9/342)
Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi
bacaan al-Quran, katanya.
Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu
Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz
iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi),
lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).
Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana
tarannum yang sesuai dengan suara mereka.
Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk
memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.
Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.
Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam
tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi, katanya.
Cuma, katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan musyafahah (belajar
secara langsung dan menghadap guru).
Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu
tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran al-Quran, katanya.

http://kembojamistri.blogspot.com/2012/02/tarannum.html
Kepentingan Tarannum dalam Membina Generasi al-Quran

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca alQuran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar
kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu
penyelewengan.
1. Menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah
S.A.W: yang bermaksud:
8

diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan. (Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar
terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:
Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh
menambahkan kesyukuran dan keinsafan. (Surah al-Isra:ayat 109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk
memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Taala. (Surah alAraf:ayat 204).
4. Menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW:yang
bermaksud:
Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan
suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran.

5. Keindahan yang terpancar dalam kesenian Islam seperti tarannum, ia juga boleh diiktibarkan
sebagai manifestasi kecantikan Allah:

( 
)
Yang bermaksud : " Seungguhnya Allah Maha Indah dan Ia cintakan Keindahan."
Juga teringat kita kepada kalimah "husn" dalam bahasa Arab yang bukan sahaja memaksudkan
keindahan tetapi juga kebaikan. Ertinya keindahan lahiriah itu bukan terpisah bahkan terkandung
didalamnya pengertian keindahan dan kebenaran disebaliknya dari segi pengertian rohaniah dan
akliahnya. Terkait rapat dengan kenyataan itu ialah kenyataan Al-Qur'an yang memaksudkan
bahawa Allah menjadikan segala sesuatu dengan penuh ketelitian dan keteguhan serta
keindahan (Al-itqan). Dan sudah tentu keindahan dalam kesenian yang dimaksudkan di sini yang
terkandung dalam pengertian "hikmah" atau kebijaksanaan (wisdom).

kembojamistri.blogspot.com/2012/02/tarannum.html

6. Membentuk jiwa Muslim yang lembut. Seni yang positif mampu membentuk jiwa
yang lembut, cenderung kepada kebajikan dan sebagainya. Itulah sebabnya seni atau
alunan tertentu yang negative hanya membentuk jiwa yang keras atau panjang anganangan dan khayalan. Ini terbukti dengan penemuan terbaru, satu set muzik direka supaya
mengkhayalkan pendengar hingga digelar dadah digital.
http://www.hmetro.com.my/articles/Bolehsekatakses__8216_berdengung__8217_/Article
/
9

(http://ilmquran.blogspot.com/2011/03/sejarah-tarannum.html)

ipgmkdri.edu.my/saidi/?_page=2. Dr. saidi hj mohd.

10

Anda mungkin juga menyukai