Anda di halaman 1dari 4

PENGESAHAN DAN KELULUSAN PROGRAM/AKTIVITI

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN


PAMERAN PROSES 2 BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL

Ulasan Penasihat :

....

.
(
)
Tarikh :

Ulasan KULDP :

....

.
(
)
Tarikh :

Ulasan Ketua Jabatan/Unit :

....

.
(
)
Tarikh :

Ulasan Unit Kewangan :

....

.
(
)
Tarikh :

Ulasan KUKP :

....

.
(
)
Tarikh :

Ulasan/kelulusan Pengarah/Timbalan Pengarah:

....

.
(
Tarikh :

KERTAS CADANGAN MENGADAKAN PAMERAN PROSES 2


BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
______________________________________________________________________

1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbiran IPG
Kampus Tuanku Bainun berhubung mengadakan Pameran Proses 2.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pameran Proses merupakan salah satu aktiviti penting bagi semua guru pelatih
dari kursus Pendidikan Seni Visual. Hal ini adalah kerana pameran ini bertujuan
untuk menghargai dan mempamerkan kepada guru pelatih. . Di samping itu,
pameran ini dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara-cara
merancang, menguruskan dan mengendalikan pameran.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Program Pameran Proses 2 2011 ini disediakan oleh guru pelatih Kursus
Pendidikan Seni Visual adalah untuk memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Program ini bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan tahap professional yang tinggi serta sentiasa
bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

3.2 Setiap guru pelatih dari Kursus Pendidikan Seni Visual wajib melibatkan diri dan
menduduki program Pameran Proses 2 ini.. Hal ini adalah kerana program ini
merupakan sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Semua guru pelatih wajib melibatkan diri secara keseluruhan iaitu dari segi
pengurusan sebelum pameran, semasa pameran dan selepas pameran.

3.3 Program ini penting dalam melahirkan guru Pendidikan Seni Visual yang
berkaliber dan berpengetahuan dan merupakan satu program yang penting bagi
guru-guru pelatih yang mengambil Pedidikan Seni Program ini penting dalam
melahirkan guru Pendidikan Seni Visual yang berkaliber dan berpengetahuan
dan merupakan satu program yang penting bagi kami untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan disiplin dalam Pendidikan Sen isual untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan disiplin dalam Pendidikan Seni.

4. CADANGAN
4.1 Mengadakan Pameran Proses 2 Bidang Pendidikan Seni Visual yang
bertempatkan di Dewan Aminudin Baki.Pameran ini melibatkan seluruh warga
IPG Kampus Tuanku Bainun dan beberapa jemputan lain.
4.2 Mengadakan pelancaran pameran ini pada waktu perhimpunan rasmi iaitu pada
hari Isnin
4.3 Menjemput pelajar dari sekolah persekitaran untuk memeriahkan lagi
pameran ini.
4.4 Sebahagian sumber kewangan dan perbelanjaan adalah ditanggungkan oleh
pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit
Mertajam,Pulau Pinang.

Sumber Kewangan dari Institut


1. Kain (RM3 x 50)
2. Banner
Jumlah Kesuluruhan

RM150.00
RM100.00
RM250.00

5. IMPLIKASI
5.1 Pameran ini tidak menelankan perbelanjaan yang besar kerana ia hanyalah satu
program di peringkat institut sahaja dan tidak membebankan semua pihak.
5.2 Para siswa dan siswi dapat menjayakan pameran ini dengan lancar, berkesan
dan selesa memandangkan tempat untuk mengadakan pameran ini dapat
menampung alat dan hasil karya para siswa-siswi serta ruang yang lenbih luas.
5.3 Masa yang diperlukan untuk mengadakan pameran ini hanyalah singkat sahaja
tetapi dapat memberi impak yang positif kepada guru pelatih,para pensyarah dan
para tetamu berkenaan pendedahan tentang karya Seni Visual.
5.4 Memberi pendedahan kepada warga luar tentang keistimewaan Pusat Seni IPG
Kampus Tuanku Bainun dan karya-karya yang dihasilkan oleh guru pelatih di
sini.
5.5 Para siswa dan siswi dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru tentang
pameran terutamanya cara mengendalikan pameran.

6. SYOR
6.1 Permohonan ini dapat diberi pertimbangan dan kelulusan oleh Pentadbiran IPG
KTB kerana ia membawa kepada usaha peningkatan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan pensyarah dan siswa-siswi Seni Visual IPG KTB.

Disediakan oleh :

Bidang Pendidikan Seni Visual,


IPG Kampus Tuanku Bainun.

Yang menjalankan tugas,

.
( ABU HUZAIFAH BIN CHE WIL )
KETUA PROJEK PAMERAN PROSES 2 2011

Anda mungkin juga menyukai