Anda di halaman 1dari 3

Drama : Di sini Bakti Bersemadi

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal ini dibuktikan
oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini
disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam.
Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal.
Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju
sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu.
Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah Tini
mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi
muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal
dahulu.
Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek
sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang
dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya
mereka masing-masing.
TEMA
Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap
nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh
Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.
PERSOALAN
1.
Persoalan kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara.
2.
Persoalan sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.
3.
Persoalan idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain.
4.
Persoalan berwawasan dalam kerjaya.
PLOT
Permulaan
Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini
menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan mengingatkan Tini akan risiko bekerja
sendiri.
Perkembangan
Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin melawat tempat perusahaan
kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan perusahaannya.
Konflik
Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan hasratnya untuk mempercepat hari perkahwinannya. Tini tidak
bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih
dahulu. Amin menangkap Malek yang cuba mencuri ayam di tempat ternakan ayamnya.
Klimaks
Klimaks drama ini pada peristiwa Amin cedera akibat dipukul dan mesin-mesinperusahaan Tini dirosakkan.
Peleraian
Drama diakhiri dengan penangkapan Malek dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal juga telah diputuskan.
TEKNIK PLOT
Drama Di Sini Bakti Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara suara latar.
WATAK DAN PERWATAKAN
Tini (watak utama)
Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma.
Berkawan baik dengan Amin.
Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan.
Meminati bidang perniagaan.
Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan.
Tunangan orang tunang kepada Kamal
Seorang yang suka berdikari tidak mahu mengharapkan bantuan orang

Amin
Kawan baik Tini.
Mengusahakan penternakan ayam.
Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung.
Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan ayam.
Berpandangan jauh / berwawasan.
Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan
Ayah
Dikenali juga sebagai Pak Hamid.
Menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya.
Yakin / percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan
kraftangannya. Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.
Kamal
Tunang Tini.
Tidak menyokong usaha Tini bekerja sendiri.
Ingin mempercepatkan hari perkahwinannya.
Mementingkan diri sendiri mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk
menggagalkan perusahaan Tini.
Malek
Seorang pencuri.
Mudah dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.
LATAR
Masa
Latar masa tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja dinyatakan dalam perbualan antara ayah Tini dengan
Amin.
Tempat
Latar tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam drama. Berdasarkan situasi dialog dan perbualan watak latar
tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut:
Kampung
Tempat ternakan ayam Amin
Di rumah Tini Perbualan Tini dan ayahnya. Ayahnya menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri
Tempat Perusahaan Kraftangan Tini
Depan balai polis
Di rumah Amin
Masyarakat
Golongan muda yang suka bekerja sendiri berbanding kerja makan gaji.
Masyarakat yang memandang rendah akan kemampuan wanita.
Masyarakat yang iri hati akan kejayaan orang lain.
GAYA BAHASA
Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
1. Sinkope - Takkan aku nak ajak dia pula (ms 100)
2. Peribahasa - Diberi betis, minta paha lagi. Telunjuk lurus, tapi kelingking berkait. Nasi sudah menjadi bubur
(ms 112). Di mana aku berpijak, di situlah langit aku junjung
3. Bahasa Arab - Assalamualaikum, Waalaikummussalam, Alhamdulillah
NILAI
1. Nilai kerjasama - Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya.
2. Nilai berdikari - Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja
makan gaji.
3. Nilai keberanian - Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan diri dalam bidang
perniagaan/perusahaan.
4. Nilai kegigihan - Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri.
2. Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya.
3. Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan.

Jawapan

1. Peribahasa yang terdapat dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi.

Lampu hijau
Telunjuk lurus, kelengkeng berkait
Cemburu buta
Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.

2. Watak dan perwatakan yang diminati dalam drama Di Sini Bakti Bersemadi

Tini
Memiliki diploma. Berkawan baik dengan Amin. Bekerja sendiri-perusahaan kraftangan.
Gigih berusaha. Tegas.

Amin
Kawan baik Tini. Mengusahakan penternakan ayam. Menjadi sumber inspirasi untuk
Tini bekerja sendiri di kampung. Gigih berusaha memajukan bidang penternakan ayam.
Berpandangan jauh/berwawasan.

Anda mungkin juga menyukai