Anda di halaman 1dari 3

Kawalan Biologi : Kebaikan dan Keburukan

Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan
tanpa menggunakan racun serangga (bahan kimia). Kebiasaannya, interaksi mangsa-
pemangsadigunakan sebagai kawalan biologi di Malaysia.


Sebagai contohnya, burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan
memakan tikus di ladang kelapa sawit. Contoh lain adalah seperti memelihara ikan
dalam kolam bagi memakan jentik-jentik.


Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikus


Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan



Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik


Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus


Kebaikan Kawalan Biologi
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan
c) Tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak


Keburukan Kawalan Biologi
a) Memerlukan masa yang lebih lama
b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup
c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti

Anda mungkin juga menyukai