Anda di halaman 1dari 13

ULASAN BUKU

PEMIKIRAN ISLAM SEMASA


(HIA 3033)
PROGRAM: ISM PSIKOLOGI (AA016)
TAJUK: PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI

NAMA
NO.MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH

:
:
:
:

NURSYAHIRAH BINTI MOHAMMAD SHAH


D20112051838
D
HJ. MOHAMMAD KHAIRUL AZMAN HJ. AJUHARY

SEMESTER

Isi Kandungan

Bil

Index

1.0

Pengenalan

2.0

Sinopsis Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

3.0

Ulasan Mengikut Bab

M/S
1
1-2

3.1 Risalah II: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri

2-4

3.2 Risalah Ketiga- Kebajikan dan Kejahatan

4-8

4.0

Pandangan Peribadi Penulis

8-10

5.0

Kesimpulan

10

1.0 Pengenalan
Laporan ini akan mengulas hasil karya Pendita Za`ba atau Zainal Abidin bin Ahmad,
yang bertajuk Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Menurut Prof Madya Dr Wan
Zailan Kamaruddin Wan Ali, Kelahiran Zaba telah memberikan sumbangan yang sangat
besar dalam pelbagai aspek pemikiran berkaitan Islam sebagai al-Din [way of life] dan
Melayu sebagai suatu bangsa. Laporan ini akan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Sinopsis ringkas buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, Ulasan terperinci
mengikut bab dan Pandangan peribadi penulis tentang karya Zaba.

2.0 Sinopsis Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri


Secara umumnya karya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri terbahagi kepada dua
risalah yang memberi penekanan kepada sikap berdikari atau bergantung kepada diri
sendiri

serta

menerangkan

tentang

kebajikan

dan

kejahatan.

Risalah II yang bertajuk Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri membawa penulis
untuk memahami erti sebenar bergantung kepada diri sendiri di dalam pelbagai aspek
kehiduan seperti dalam kehidupan harian, agama dan juga amal.
Beliau telah menonjolkan kepentingan berdikari dalam pelbagai bidang bagi tujuan
mencapai kejayaan diduania dan akhirat. Selain itu, Zaba turut menyatakan pandangan
beliau tentang fikiran, kepercayaan dan pegangan agama dari aspek bergantung kepada
diri sendiri. Yakni, dalam ilmu agama sekalipun, kita hendaklah sentiasa meneliti dan
menibang segala maklumat dan ilmu secara bersendirian sebelum mengguna pakai
maklumat tersebut.
Risalah III membawa penulis memahami tentang peringkat-peringkat kejahatan dan
kebajikan. Zaba telah mengemukakan tiga peringkat kebajikan dan tiga peringkat
kejahatan selain mengecam dan mengkritik ulama yang menekankan konsep "beriman"
hanya tentang buat amal ibadat seperti solat, puasa ataupun bertasbih bsemata-mata.
Selain itu, Zaba menerangkan tentang kepentingan wujudnya kebajikan dan kejahatan
yang saling berkait dan melengkapi satu sama lain. Fahaman sempit turut dibincangkan

oleh Zaba, yakni pandangan yang hanya mengejar dunia akhirat tanpa memberatkan
amal dunia. Di akhir risalah ini, Zaba ada menjelaskan pandangannya terhadap kejatuhan
umat islam pada masa kini. Beliau menyatakan kita semua sudah terpesong daripada
ajaran asal dimana kita tidak beramal sepunuhnya seperti yang dituntut oleh Allah. Zaba
mengakhiri risalah ini dengan mencadangkan jalan kepulihan bagi umat islam mencapai
kejayaan iaitu dengan kembali ke ajaran islam yang sebenar dan bertaubat nasuha untuk
tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh umat islam yang sedang jatuh.

3.0 Ulasan Mengikut Bab


3.1 Risalah II: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri
1.

Bab 1-wajibnya bagi mendapat kejayaan

Zaba telah mentakrifkan istilah perangai bergantung kepada diri sendiri sebagai
seseorang yang membuat segala perkara dengan pertimbangannya sendiri dan sentiasa
bersedia menerima segala kesan atau akibat daripada perbuatanya, samada baik atau
buruk. Sikap ini tergolong dalam sifat-sifat mulia yang terbit daripada ajaran amar maaruf
nahi mungkar dimana kita dipertanggungjawabkan untuk bekerja dan menguasahkan apa
yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Dan jangan sesekali menyerahkan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, kepada orang lain.
sifat ini dilihat sebagai asas kejayaan kerana orang yang mengamalkan sifat ini akan
bekerja keras dan bersungguh-sungguh bergantung kepada kudrat sendiri untuk
menjalankan kewajipan dan hanyalah memohan taufiq dan pertolongan daripada Allah.
Anakala golongan yang suka bertawakkal buta ini akan ketinggalan dibelakang,
menjatuhkan mutu manusia dan seterusnya merendahkan hal kehidupannya. Selain itu,
beliau turut memberi penekanan kepada pentingnya untuk setiap ahli masyarakat untuk
menyumbang kepada kejayaan bangsa meraka sendiri dengan menanam sifat bergantung
kepada diri sendiri kerana setiap unit dalam masyarakat saling memerlukan dan perlu
memainkan peranan masing-masing. Beliau turut membandingkan bangsa yang biasa
bergantung kepada orang lain sebagai bangsa yang akan terkandas dan terhalang dari

mendapat kejayaan, manakala bangsa yang percaya kepada kebolehan sendiri akan
sentiasa berusaha, belajar dan memajukan diri mereka seterusnya meninggalkan bangsa
yang terkandas tadi.
Bab2- Kekurangan Kita Dalam Sifat Ini
Bab ini menyebut tentang setiap individu akan menerima balasan baik dan buruk hasil
daripada amalan mereka didunia ini. Maka setiap individu perlulah bergantung kepada
diri sediri dalam segala perkara termasuk mengerjakan amal yang baik dan menjauhi
amal yang salah kerana Allah telah berjanji untuk menyempurnakan balasan mengikut
amalan.
Setiap individu hendaklah sentiasa mengharapkan hasil titik peluh sendiri dalam
pelbagai bidang dan bukanlah mengharapkan hasil tuaian orang lain semata-mata kerana
kejayaan dan kegagalan seseorang itu bergantung kepada hasil usaha mereka sendiri dan
tanpa usaha sendiri, Allah tidak akan menolong mencapai kejayaan.
Selain itu, Zaba turut mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan sifat
bergantung kepada diri sendiri iaitu dengan mneladani teladan yang baik, menanam sifat
ini daripada usia muda menerusi peranan ibu bapa dalam jati diri anak-anak kerana
sesungguhnya sesuatu sifat atau perangai hendakh dipupuk.
Bab3- Fikiran, Kepercayaan, dan Pegangan Agama
Sifat bergantung kepada diri sendiri juga penting didalam ilmu keagamaan iaitu dalam
menerima dan mengikut fahaman agama sebelum mengamalkannya. Setiap individu
perlulah bergantung kepada diri sendiri untuk mendalami ilmu agama sebelum
mempraktiskannya dan janganlah hanya berpegang kepada adat resam tanpa berfikir atau
mengambil tahu tentang fakta sebenar. Masyarakat melayu khususnya mengecam
pandangan baru walaupun berlandaskan As-Sunaah dan Al-Quran kerana terlalu selesa
dengan fahaman yang diturunkan tanpa mengunakan akal sendiri.
Di samping itu Za'ba juga menyentuh tentang isu "bertaklid buta" atau mengikut saja
apa yang telah mereka pelajari tanpa mahu bertanya mengapa ia begitu, atau mengkaji
bagaimana ia begini. Menerima bulat-bulat apa yang telah diajarkan oleh guru. Bertaklid
buta ini menyebabkan umat Islam menjadi mundur dan kejatuhan empayar Islam dulu

kerana manusia malas berfikir dan tiada lagi teknologi atau penemuan2 baru yang boleh
memberi impak kepada tamadun Islam. Mereka hanya berharapkan pada apa yang telah
ditemui oleh tuk-tuk guru mereka tanpa ada kemahuan untuk mengkaji dengan lebih
mendalam lagi dengan alasannya takut nanti dikatakan menyimpang dari agama dan akan
menyebabkan

perselisihan

faham

dalam

hal

berkaitan

agama.

Bab4-Bersendiri pada ilmu dan Amalan


Bab terakhir di dalam risalah II menerangkan tentang lumrah manusia unuk sentiasa
membaiki diri dan berubah kearah kebaikan. Ilmu itu sendiri adalah subjektif dan sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman. Masih terlalu banyak ilmu yang ,asih belom
dipelopori oleh ahli ilmuan. Memandangkan islam adalah agama yang syumul, masih
terdapat banyak lagi rahisa Al-Quran yang belom diterokai.
Selain itu, diingatkan bahawa didalam perkembangan ilmu, pasti ada perselisihan
faham atau percanggahan pendapat namun ianya tidak akan dapat mengubah realiti asal
dan tunjang asal ilmu itu akan tetap kukuh. Perselisihan kecil membuktikan flexibiliti
islam sebagai agama yang menyenangkan, memberi pilihan kerana asas ajaran itu yang
kukuh. Zaba turut menegaskan bahawa setiap individu yang berilmu boleh bebas
menimbang ilmu dengan akalnya sendiri berlandaskan Quran dan Sunnah. Menyuruh kita
untuk bersendirian menggunakan akal dan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam
mendalami ilmu islam, inilah yang dikatakan sebagai isjtihad ataupun mencurahkan
segala usaha untuk memeriksa dan menimbang semula apa-apa jua masalah agama dan
cabang-cabangnya.
3.1 Risalah Ketiga- Kebajikan dan Kejahatan
Bab1- Fahaman yang luas
Zaba memulakan risalah III dengan mentakrifkan istilah baik sebagai setiap perkara
yang memberi manfaat zahir dan batin, dunia dan akhirat, serta dipandang mulia dan
kepujian pada timbangan akal yang insaf dan siuman manakala Jahat pula ditakrifkan
sebagai setiap perkara yang memberi mudarat, kerosakan dan kerugian zahir dan batin,
dunia dan akhiratserta dipandang cela dan keji pada timbangan akal siuman dan insaf.
Terdapat tiga peringkat kebaikan dan tiga peringkat kejahatan yang meliputi segala

kebaikan dan kejahatan. Tiga peringkat kebaikan adalah, yang pertama, berbuat adil iaitu
seseorang individu hendaklah berbuat kepada orang lain secukup-cukupnya sebagaimana
dan sebanyak mana dirinya diperbuat oleh orang itu. Segala kerja bagi menyempurnakan
tanggungan dan kewajipan kepada diri sendiri sebagaimana orang lain. Selain itu,
terdapat pecahan dimana kita juga perlulah adil terhadap Allah. Dimana segala rezeki dan
kurniaannya hendaklah kita sekurang-kurangnya bersyukur dengan memberikan rasa
kasih, takut perhabaan hati dan penuhanan kita. Dan hendaklah kita menjauhkan diri dari
perbuatan menyekutukan Allah.
Peringkat kedua didalam tingkat kebajikan adalah berbuat ihsan, iaitu berbuat baik
kepada orang lain taanpa mengharapkan sebarang pembalasan atau keseimbangan
daripada pihak yang dibuat baik itu. Atau berbuat sebarang kebajikan tanpa terbit
perasaan mengharapkan pembalasan. Jika peringkat ini dijalankan dengan ikhlas maka ia
boleh memberikan manfaat kepada kebajikan manusia seumunya dan bukanlah untuk
faedah diri sendiri.
Peringkat tertinggi ialah berbuat baik sebagai Itai dzil-qurba iaitu membuat kerjakerja kebajikan seperti memberi, bermurah hati dan berkasih mesra kepada orang lain
seperti darah dagingnya sendiri. Ianya kebajikan tertinggi kerana kita membuat
kej=bajikan bukan untuk mengharakan balasan dan bukan juga berbuat ihsan tetapi
membuat kebajikan hanya dengan dorongan rasa kasih semulajadi yang sejati.
Selain itu, turut diingatkan untuk berbuat baik terhadap makhluk Allah yang lain bagi
mencapai kehampiran kepada Allah.
Peringkat kejhatan mula dimulakan dengan peringkat Al-Fasya yang bermaksud
sebarang perbuatan yang buruk, cemar, tidak malu, mengaibkan ataupun sesuatu yang
berlebihan dan melampaui batas yang akan memberi malu jika diketahui oleh orang lain.
Dalam erti kata lain segala amal kejahatan yang dilakukan kepada diri sendiri yang hanya
memudaratkan individu yang melakukannya sahaja.
Seterusnya adalah peringkat Al-Mungkar iaitu segala amal kejahatan yang terangterang ataupun segala amal yang menggangu atau mencederakan hak orang lain. Ia
membawa kesan yang lebih mudarat daripada peringkat sebelum ini. Peringkat kejahatan
yang tertinggi ialah Al-Baghy yang merangkumi segala kejahatan yang melanggar batas
keadilan, keinsafan, kesopanan, keamanan dan keselamatan umum. Ianya tahap tertinggi

kerana ia meliputi segala amalan keji dan jahat yang menyusahkan, merugikan
mencederakan atau memberi penderitaan kepada orang lain. Mengikutkan nafsu sehingga
mengabaikan hak orang lai sehingga boleh merosakkan hubungan sejagat.
Walaupun kebaikan mempunyai 3 peringkat hendaklah kita berusaha untuk
meletakkan diri kita di peringkat tertinggi dan walaupun terdapat 3 tingkat kejahatan
janganlah kita mendekatkan diri walau kepada tingkat terendah kerana segala amal
kejahatan adalah ditegah sama sekali. Amal kebaikan dan kejahatan memberi penekanan
kepada kepentingan hari pembalasan yang akan menuntut segala amalan yang telah
dijalankan oleh setiap umat samada amal baik atau jahat.
Bab2- Baik dan Jahat Tetap Ada
Kebajikan dan kejahatan sentiasa ada, ianya bukanlah wujud secara menyendiri tanpa
satu sama lain, keduanya wujud sentiasa ada di dalam susunan tabiat alam ini. Fitrah
kebikan dan kejahatan untuk berlawanan dan bertentangan sesama mereka kerana satunya
mencukupkan yang lainnya dan tidak satu akan menjadi timbangan kepada satu lagi.
Kedua-dua kebajikan dan kejahatan juga dikatakan boleh membuahkan hasil, yakni
ianya sesuatu kebajikan boleh membuahkan kebajikan yang lain dan kejahatan boleh
membuahkan kejahatan yang lain. Namun tambah beliauu lagi, amal kebajikan turut
boleh membuahkan kejahatan dan sebaliknya. Oleh itu kemuncak yang harus dicapai bagi
setiap individu adalah apabila seseorang mampu berbuat baik dan menjauhi kejahatan
secara spontan tanpa perlu berfikir secara mendalam. Dinyatakan bahawa sekiranya tiada
persaingan antara kebaikan dan kejahatan, aka tiada jugalah sebarang kemajuan.
Bab3- Fahaman yang Sempit
Zaba menghalang kita dari menanam fahaman sempit dari sudut agama, yakni fahaman
dimana hanya berbuat kebajikan untuk faedah sendiri semata-mata. Bagi ulama yang
mendefinikan amalan kebajikan sebagai setiap perbuatan yang melayakkan dapat pahala
dan balasan syurga dan amalan kejahatan pula sebagai perbuatan yang membawa dosa
dan mewajibkan azab neraka di akhirat. Fahaman ini dikatakan sempit kerana kita hanya
menjalankan amal kebajikan semata-mata untuk mengharapkan ganjaran di akhirat tanpa
memikirkan faedahnya di dunia ini.selain itu. Pandangan ini dikatakan sempit dan tidak

matang.terdapat luas faedah yang ingin dicapai samada didunia mahupun diakhirat dan
kita perlulah mengimbangi amalan dunia dan akhirat supaya kita mencapai kejayaan
didunia dan akhirat.
Zaba juga menyebut sekiranya kita memberatkan dunia, yakni membaiki akhlak dan
kelakuan dan membaiki kehidupan sebelum mati, maka ianya boleh dijadikan syarat
dalam persediaan bagi mencapai kehidupan yang lebih baik di akhirat. Fahaman sempit
ini dikatakan boleh menggambarkan kepesongan pandangan dan pengetahuan ilmu
agama. Ianya disamakan seperti kehidupan beramal didunia hanyalah sekadar pertukaran
atau urus niaga kepada kehidupan diakhirat nanti.
Dalam konteks ini, Za`ba turut mengemukakan beberapa kelemahan sehingga
menyebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku, di
antaranya adalah akibat salahfaham mengenai kegunaan dunia dan cara menggunakan
dunia untuk mendapatkan kejayaan dalam kehidupan akhirat; akibat pengertian dan
pemahaman yang salah tentang tujuan dan hikmah hukum-hukum dan had-had yang
ditentukan Allah dalam Islam, dan dikatakan alasan terbesar kepada kemunculan fahaman
sempit itu adalah kerana kejahilan dan kurang pelajaran. Faktor terbesar inilah menurut
Zaba menyebabkan kecelakaan, kehanyutan dan kemelaratan kaum muslimin, juga
Melayu berkurun-kurun lamanya.
Bab4- Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya
Zaba membandingkan kehebatan umat islam pada zaman dahulu jika dibandingkan
dengan sekarang. Masayarakat sekarang telah meningglkan ajaran islam yang asal iaitu
beriman yang disertakan dengan beramal, berusaha, berjihad dan berjuang yang
merangkumi perjuangan dalam membaiki sifat, budi pekerti dan beruasaha mengejar
segala kebajikan dan mejauhi segala kejahatan. Adalah penting untuk berjihad dan
berijtihad memadankan diri dengan perubaham peredaran zaman.
Selain itu, iman yang cetek, lemah dan kosong juga membawa kepada kejatuhan
umat islam. Kita engamalkan iman tanpa amal yakni hanya percaya didalam hati tentang
keesaan Allah tanpa berbuat apa-apa tentang kepercayaan itu. Zaba turut mencadangkan
supaya semua umat manusia untuk membetulkan kesalahan dan membaharui pemahaman
kerana kebesaran, kekuataan, ketinggian dan kemuliaan sesuatu umat itu berasaskan

kepada amal yang dikerjakan selain melatih membaiki diri dan kembali kepada ajaran
islam yang asal seprti pada zaman nabi dahulu.
Beliau turut menyarankan supaya kita berpaling kembali kepada garisan yang betul.
Beliau tidaklah menggalakkan ajaran sesat apabila menyarankan supaya semua ajaran
dilihat semula, tetapi beliau sekadar mengajak umat islam untuk mengimbau kembali
kesesuaina fahaman islam mengikut peredaran zaman.

4.0 Pandangan Peribadi Penulis


Penulis amat tertarik dengan cara penulisan Zaba yang bersahaja namun mantap isinya.
Beliau sangat berani dalam mengemukakan pandangannya yang disokongi dengan
petikan daripada ayat-ayat suci Al-Quran dan juga hadis. Walaupun, hasil karyanya
diharamkan, beliau tegar dengan pandangannya yang sentiasa memandang Islam dari
sudut kritis.
Penulis sangat mengagumi dengan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa
Rasulullah akan malu dengan umatnya hanya mengharap syafaatnya tanpa mahu beramal
ibadat. Petikan ini dilihat amatlah bersesuaian dengan gaya pemikiran masyarakat
Malaysia umumnya, dan melayu khasnya dimana kebanyakkan daripada kita tersangatlah
bergantung kepada budi dan jasa orang lain. Masyarakat kita bukan sahaja bergantung
dari segi ibadah semata-mata, tetapi dapat dilihat di dalam segala aspek kehidupan seperti
mengharapkan subsidi kerajaan, mengharapkan ehsan masyarakat, lihat sahaja di stesenstesen televisyen yang mempelopori rancangan yang berbentuk ehsan dan meminta-minta
sedangkan orang yang meminta itu sendiri cukup khudratnya untuk bekerja.
Selain itu, penulis bersetuju dengan pandangan Zaba dimana masyarakat islam dan
melayu khususnya menjadikan amal kebajikan sebagai penggerak umpan (pahala,
syurga) dan penggerak takut (dosa, neraka). Ini boleh dilihat dalam pengajaran ibu bapa
dimana kita lebih selesa menakutkan kanak-kanak daripada menerangkan kepada mereka
kesan sesuatu perbuatan. Sebagai orang dewasa, kita juga terbiasa melakukan sesuatu
sambil mengharapkan balasan, sebagai contoh berpuasa, kta melihatnya sebagai suatu
amalan yang wajib selama sebulan tanpa mengetahui kebaikkan amalan itu sendiri.

Amatlah penting sebagai umat, untuk kita sedar akan sebab musabab mengapa sesuatu
amal itu diperintahkan kepada kita oleh Yang Maha Esa. Pandangan sempit seperti inilah
yang wajib kita hentikan dan berpaling semula ke amal yang benar.
Penulis juga kagum dengan keberanian Zaba yang mengatakan bahawa ahli-ahli
agama dikatakan tidak berani mencungkil pendapat mereka sendiri, dan persoalan agama
pula, mereka tidak banyak menjuruskan huraian baik dan buruk kepada akal fikiran.
Pandangan ini mungkin relevant pada tika risalah ini ditulis, namun di masa kini telah
banyak muncul ulama yang mula memberi penekanan kepada ayat-ayat Al-Quran dan
keindahan ayat itu sendiri. Namun begitu, peningkatan teknologi turut menyebabkan
peningkatan fitnah yang dilihat berleluasa. Telah banyak munculnya hadis palsu serta
olahan Al-Quran yang berbeza dan lari dari landasan yang benar. Oleh itu, suka
diingatkan dalam mengejar ilmu agama, masyarakat kita diminta terlebih dahulu untuk
benar-benar menelaah sesuatu fakta itu dengan jelas, atau memetik ungkapan Zaba, kita
hendaklah bersendiri dengan ilmu dan amalan.
Zaba memperjuangkan suatu pandangan hidup yang dinamis dan luas, yang
menekankan dasar dan falsafah pemikiran yang rasional dan futuristik. Gagasan
pembaharuan yang dianjurkannya bertujuan untuk membaiki segala hal-ehwal yang
kekurangan, mengubahkan segala sifat keadaan yang buruk dengan yang baik,
menggantikan segala hal manusia yang mundur dengan maju mengikut zaman,
menggantikan segala jalan fikiran yang kuno dan kolot, segala kepercayaan yang lapuk
dengan fikiran baru yang segar yang disaksikan benar melalui al-Quran yang
bersendikan akal dan ilmu pengetahuan. Tumpuan perbincangan Zaba kelihatan lebih
menjurus kepada persoalan-persoalan yang agak jarang dikupas dalam majlis-majlis
pengajian agama, terutamanya persoalan akhlak.
Selain itu, dikala semua masayrakat lebih suka memberi fokus kepada kebajikan
semata-mata, Zaba telah memperkenalkan konsep dimana kebajikan dan kejahatan itu
saling berkait. Konsep ini amat menarik bagi penulis kerana ia menunjukkan lumrah
manusia yang sememangnya dilahirkan dengan kedua-dua kemungkinan ini. Kita berada
di seuah spektrum dimana kabajikan dan kejahatan saling berkait dan sesungguhnya
keputusan untuk memilih ke arah kebajikan atau kejahatan sememangnya terletak
ditangan kita sendiri. Konsep kebajikan dan kejahatan yang dikupas oleh Zaba amat

kritis kerana beliau turut menjelaskan tentang pandangan yang sempit tentang kenapa
manusia membuat kebajikan dan kejahatan. Memetik kenyataan beliau yang menyatakan
bahawa manusia yang hanya berbuat baik untuk bekalan akhirat semata-mata adalah
orang yang rugi kerana bagi penulis, orang yang berpandangan sperti ini tidak akan dapat
mengecapi kejayaan di dunia yang sebenar, sedangkan Allah sudah menyuruh kita untuk
mengejar kejayaan didunia dan di alhirat. Memandangkan kedua-dua dunia ini saling
berkait, mengapa kita hanya memilih untuk berjaya di Akhirat sahaja, sedangkan jika kita
hanya mengubah pandangan kita, kejayaan kedua-dua dunia ini dalam genggaman.

5.0 Kesimpulan
Risalah Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri hasil nukilan Zaba ternyatak merupakan
karya yang membuka mata sekalian umat islam, khususnya di Malaysia bagi meneroka
kembali agama yang telah diwariskan kepada kita sejak 600 tahun yang lalu. Umat islam,
seharusnya insaf dan sedar akan kedudukan dan kewibawaan bangsanya di mata dunia
pasti akan cuba mengorak langkah dan melakukan anjakan paradigme untuk berdiri
sebaris dengan bangsa-bangsa lain di bumi ini, dan apatah lagi di persada dunia. Karya
beliau bukan sahaja relevan dengan masa dan masyarakat kini, ia juga boleh dijadikan
panduan bagi mendalami diri kita dahulu bagi menanam sifat bergantung kepada diri
sendiri dalam apa jua aspek kehidupan.

10

Anda mungkin juga menyukai