Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan

pelajar sekolah menengah


Dewasa ini, saya rasa penggunaan bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah
boleh dikatakan di dalam tahap yang amat lemah. Para pelajar-pelajar Melayu di
sekolah cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam bertutur daripada
menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Lebih-lebih lagi, dalam pertuturan
mereka, mereka sering menggunakan bahasa Melayu yang tidak baku. Ini
membuktikkan bahawa tingkat pengguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar boleh
dikatakan rendah.
Oleh kerana itu, beberapa perubahan kepada sistem pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini
boleh digalakkan atau ditingkatkan.
Sistem pembelajaran di sekolah adalah faktor yang amat penting dalam
peningkatan penguasaan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah. Lantas,
sekolah memiliki salah satu peranan yang sangat penting dalam menyediakan
wadah pembelajaran bahasa Melayu yang konsisten kepada para pelajar sekolah.
Kurikulum kelas bahasa Melayu yang sudah ada boleh ditambahkan dengan
mengadakan bengkel tentang kepentingan bahasa Melayu atau perkhemahan
kepada para pelajar Melayu. Dengan ini, pengunaan bahasa Melayu boleh
ditingkatkan dengan adanya interaksi antara pelajar-pelajar Melayu. Tidah hanya
dalam aspek lisan, aktiviti-aktiviti ini boleh mempererat hubungan antara para
pelajar maupun dengan para guru.
Selain itu, pihak guru juga mempunyai peranan yang pentng dalam
perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan para pelajar sekolah.
Guru merupakan sumber pengetahuan bagi para pelajar.Tanpa seorang guru,
pelajar tersebut juga tidak akan dapat memahami serta menguasai bahasa
Melayu dengan baik. Para guru boleh menganjurkan pelbagai pertandingan
antara kelas. Lalu, melaksanakan program kelompok dan mengadakan aktiviti di
luar kelas. Dalam kurikulum pelajaran, para guru dapat memberi pelajar contoh
karangan yang baik dan mengadakan perbualan secara individu. Dengan aktivitiaktiviti tersebut, para pelajar boleh menjadi mahir dalam bertutur dengan fasih
dan lancar serta boleh memberi pendapat secara kritis dan analitis dalam
pelbagai situasi. Aktiviti-aktiviti tersebut juga boleh menarik minat para pelajar
dalam pembelajaran bahasa Melayu sehingga mereka dapat lebih cepat
memahami apa yang diajarkan oleh gurunya. Jadi, penguasaann bahasa Melayu
boleh dikem dan prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam peperiksaan boleh
ditingkatkan.
Selain daripada pihak sekolah dan guru, Ibu Bapa juga merupakan pihak
terpenting dalam peerkembangan penguasaan bahasa Melayu pada pelajar. Ibu
Bapa merupakan tambahan peranan sekolah dan guru yang dapat membantu
dalam proses penerapan pada aspek lisan. Tiada guna kalau pelajar hanya
menggunakan bahasa Melayu semasa kelas melayu sahaja. Interaksi antara
orang tua dan para pelajar di luar masa sekolah dengan bahasa yang baku boleh
menambah minat pelajar untuk mendalami bahasa Melayu. Para orang tua boleh

memberikan contoh yang baik dengan mengamalkan bahasa Melayu seperti


menonton rancangan berita Melayu. Para orang tua juga boleh mengajarkan
anak-anak mereka untuk menggunakan bahasa baku yang tepat. Dengan
pertolongan dari Ibu Bapa, pelajar dapat terdorong untuk lebih sering
menggunakan bahasa Ibundanya itu.
Yang terakhir, para pelajar boleh membantu kawan-kawan Melayu mereka
dengan berbual dalam bahasa Melayu yang baku. Para pelajar tersebut juga perlu
memberi sokongan kepada kawan mereka yang lain dalam menguasai bahasa
Melayu. Bila kawan mereka tidak faham dengan pelajaran yang diajarkan, para
pelajar boleh mengajarkan kepada mereka sampai mereka dapat faham. Dengan
ini, para pelajar boleh lebih tertarik untuk menggunakan bahasa Melayu dalam
perbualan sehari-hari dan minat mereka untuk menguasai bahasa ibunda mereka
boleh ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai