Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2015

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA

: SAMSON ANAK ALFRED SANGGAH

NO. MATRIKULASI

: 781219135271001

NO. KAD PENGENALAN

: 781219135271

NO. TELEFON

: 0148511806

E-MEL

: mr_sam78@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN LABUAN

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

Pendahuluan

2.0

Pengenalan

2.1

Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

2.2

Tajuk kajian

2.3

Kumpulan sasaran

2.4

Fokus kajian dan senario pelajaran semasa

2.5

Objektif

3.0

4.0

Pengalaman

3.1

Jadual Program

3.2

Ekspresi Kreativiti

3.3

Maklumat Sokongan ( Sorotan Kajian )

11

Kesimpulan

22

Rujukan

23

1..0

PENDAHULUAN
Seni mempunyai pengertian yang sangat meluas. Banyak definisi tentang seni dibuat,

baik oleh tokoh-tokoh luar negara mahupun tokoh seni tempatan. Seni dapat ditafsirkan dari
pelbagai aspek. Ini membuktikan betapa luasnya kesenian itu sendiri sehingga manusia yang
normal membuat kajian tentang seni yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri
dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam
menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Menurut Herbert Read (The Meaning of Arts) seni adalah proses menghasilkan rupa
bentuk yang mewujudkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan
oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan
kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merujuk kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni visual lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari atau dimainkan. Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan

keperibadian,

memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain. Secara umum, murid di sekolah rendah adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea
dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan
diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual
merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni
secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang
menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek
3

kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara, Pendidikan Seni ditafsirkan sebagai
program pendidikan yang bersistem, merancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi Negara. Ia merangkumi idea-idea yang dihasilkan melalui
lukisan, ukiran dan pelbagai lagi kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada
pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Seni merupakan hal yang dapat
menonjolkan sesuatu dengan lebih indah dan berkait rapat dengan benda dan persekitaran.
Sebagai contoh, kraftangan tradisional. Keunikan kraftangan tradisional dapat dilihat melalui
ukiran corak atau dari cara pembuatan sesuatu hasil tangan secara tradisional.
Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini
adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri,
garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak
tradisional mahupun seni moden.
Merujuk kepada Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara
aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui
aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan
membolehkan murid atau kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan
kreatif. Teori Konsruktivisme juga menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu
dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Ia juga menegakkan fahaman bahawa
pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.
Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu pengajaran
konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar, pengalaman
pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja
dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).

2.0

PENGENALAN
2.1

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, saya telah membuat pemerhatian
ketika proses PdP dalam kelas 5 Sains, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Wiayah
Persekutuan Labuan. Pemerhatian dibuat ketika PdP tentang bidang kraftangan tradisional
dijalankan. Setelah selesai pemerhatian dijalankan, didapati bahawa murid-murid tidak begitu
mengenali kraftangan tradisional. Murid-murid hanya menghasilkan kraftangan tradisional
mengikut contoh yang diberikan oleh guru.
Untuk mengatasi masalah ini, satu bengkel dirancang untuk mengatasi masalah ini.
Aktiviti ini akan berlangsung selama 4 minggu. Bengkel ini akan dijalankan selama 2 jam
untuk setiap sesi. Sesi 1 akan berlangsung pada minggu kedua, manakala sesi 2 akan
berlangsung pada minggu kedua dan seterusnya sehingga minggu ke empat. Keunikan dalam
kraftangan tradisional sudah pasti dapat menjadikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
dapat memperkenalkan dan memotivasikan murid tentang kepentingan kraftangan tradisional.
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan datang, strategi yang akan
digunakan ialah strategi berpusatkan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran. Peranan
murid dan peranan bahan bantu mengajar menjadi keutamaan dalam proses pengajaran.
Beberapa teknik lain juga akan digunakan seperti teknik soal-jawab, demonstrasi dan
bimbingan kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan seterusnya dapat
mencapai objektif pembelajaran murid. Bahan bantu mengajar yang akan digunakan adalah
PowerPoint, bahan-bahan yang bersesuaian seperti gunting, gam dan sebagainya bergantung
kepada aktiviti yang akan dijalankan. Elemen muzik turut digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran. Penggunaan PowerPoint digunakan untuk menjimatkan masa penerangan.
Selain itu, ia juga dapat menarik minat murid kerana kesan grafik dari PowerPoint itu sendiri.
Muzik pula digunakan untuk menimbulkan suasana yang tenang dan sekaligus dapat
membantu murid menghasilkan idea-idea baru.

2.2

Tajuk Kajian

Tajuk kajian yang telah dipilih adalah Meningkatkan Kemahiran Dan Kreativiti
dalam Penghasilan Kraftangan Tradisional dalam kalangan Murid Tahun 5 Sains di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mengandungi empat bidang yang perlu
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Kraf Tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang
kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas terzahir melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Kebiasaannya barangbarang kraf ini dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.
2.3

Kumpulan Sasaran

Seramai 30 orang murid Tahun 5 Sains, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru Wilayah
Persekutuan Labuan dipilih sebagai sasaran kajian. Murid-murid ini akan mengikuti bengkel
yang telah dirancang oleh guru untuk tempoh 4 minggu berturut-turut.

2.4

Fokus Kajian Dan Senario Pembelajaran Semasa

Fokus utama kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid dalam
menghasilkan kraftangan tradisional. Selain itu, fokus kajian ini juga adalah untuk
memperkenalkan murid-murid kepada kraftangan tradisional. Sebelum ini, murid tidak
mempunyai pengetahuan yang meluas tentang kraftangan tradisional. Mereka hanya tahu
meniru contoh yang dihasilkan oleh guru, tetapi tidak tahu keunikan hasil kraftangan tersebut.
Contohnya keris, murid tahu apa itu keris tetapi tidak mengetahui sejarah tentang keris.

2.5

Objektif

1.

Menarik minat murid-murid untuk belajar melalui tayangan PowerPoint

2.

Menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan


kraftangan tradisional.
6

3.

Memperkenalkan murid-murid kepada pelbagai jenis kraftangan tradisional.

4.

Meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.

5.

Meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan murid semasa aktiviti dijalankan.

6.

Mendedahkan murid kepada pembelajaran abad 21.

7.

Mendedahkan murid kepada pelbagai teknik lukisan.

8.

Meningkatkan kreativiti murid.

9.

Memupuk minat murid-murid terhadap seni lukis.

10.

Menggalakkan murid menghayati sejarah kraftangan tradisional.

11.

Memperkenalkan murid kepada tokoh-tokoh kraftangan negara

12.

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

3.0

PENGALAMAN
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bersesuaian dengan tajuk kajian yang dipilih,
bengkel yang bakal dijalankan oleh murid-murid diharapkan dapat memberikan mereka
pelbagai pengalaman yang menarik. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan berpeluang
melihat karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh kraftangan tradisional negara seperti
Wan Mustapa Wan Su dalam bidang ukiran, Hajah Habibah Zikri dalam bidang tenunan
songket, Hajah Azizah Binti Mohd Yusuf dalam bidang tekat dan ramai lagi tokoh-tokoh kraf
negara. Murid-murid juga berpeluang untuk mempelajari sejarah tokoh-tokoh terkenal
tersebut. Pendedahan seperti ini akan dapat menarik minat murid mempelajari sejarah selain
daripada memotivasikan murid serta membuka minda murid tentang kepentingan pendidikan
seni visual khasnya kraftangan tradisional. Hasil kraftangan dan sejarah tentang tokoh-tokoh
tersebut akan dipersembahkan menggunakan PowerPoint.
7

Sebilangan besar murid-murid sekolah rendah sebenarnya mempunyai kreativiti yang


tinggi. Malangnya, disebabkan kurang pendedahan, mereka tidak berpeluang mencungkil
bakat dan kreativiti masing-masing. Murid-murid lebih gemar untuk meniru contoh hasil
kerja yang ditunjukkan oleh guru. Ada juga segelintir murid yang meniru hasil kerja rakanrakan lain. Oleh itu, bengkel ini dirancang untuk menjana kreativiti murid-murid yang dikaji.
Bengkel ini akan dijalankan di dalam bilik darjah, luar bilik darjah, dan di dalam makmal
komputer agar murid berasa seronok belajar kerana dapat merasai pelbagai suasana
persekitaran. Belajar di luar kelas juga akan dapat membantu murid-murid mencari idea baru
dalam menghasilkan sesebuah karya (Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail, 2008).
Melalui bengkel ini juga, murid-murid akan dapat mengenal beberapa jenis
kraftangan tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan
diri (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Murid juga akan
mempelajari beberapa teknik menghasilkan batik, ukiran, anyaman dan sebagainya. Perkara
yang paling penting sekali, murid akan dapat mengenali peralatan yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu kraftangan tradisional, contohnya batik. Murid akan diajar tentang
proses menghasilkan batik. Murid juga berpeluang menghasilkan batik sendiri. Pengalaman
yang bakal dialami oleh murid sesungguhnya akan memberi banyak manafaat kepada murid,
sekaligus mengubah persepsi mereka terhadap kraftangan tradisional.
Melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan ini, banyak perkara baru yang bakal
dipelajari oleh murid-murid. Bagi generasi muda yang hidup dalam zaman teknologi moden
ini, kraftangan tradisional adalah sesuatu yang luar biasa. Justeru itu, peluang mempelajari
seni kraftangan tradisional memberi manfaat kepada mereka. Selain daripada ilmu untuk
meningkatkan pelajaran dan pengetahuan dalam pendidikan seni visual, murid dapat
mempertingkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti mereka. Murid-murid juga dapat
memperbaiki komunikasi dan kerjasama dengan rakan-rakan sekolah di samping memupuk
nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi, jujur, dan sebagainya.

3.1

Jadual Program

Jadual bengkel disusun untuk perlaksaan selama 4 minggu. Bengkel ini akan
dijalankan selama dua jam setiap hari Selasa pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari.
MINGGU 1
Tarikh
PENGISIAN PROGRAM
Hari
20..10.15 Persembahan slaid PowerPoint
Tokoh-tokoh kraftangan
Selasa
Biodata tokoh

PuwerPoint
Pendedahan tentang biodata dan

Sejarah sumbangan tokoh


Jenis-jenis kraftangan tradisional

kraftangan negara
Mengenal jenis-jenis kraftangan

Pengenalan

tentang

CATATAN

sejarah sumbangan tokoh-tokoh

tradisional
kraftangan Tunjuk cara teknik anyaman

anyaman dan ukiran.


Aktiviti berkumpulan
Pembentangan hasil kerja
Kuiz pengukuhan

Penghasilan idea corak ukiran


Pembentangan
Kuiz

MINGGU 2
Tarikh
PENGISIAN PROGRAM
Hari
27..10.15 Refleksi tentang bengkel minggu lalu
Selasa

CATATAN
Soal-jawab dengan murid tentang

Pengenalan tentang batik.


Peralatan seperti canting, lilin dan

bengkel minggu lepas.


Mengenal batik.
Pendedahan tentang cara menghasilkan

sebagainya.
Aktiviti berkumpulan

batik.
Membuat batik dalam kumpulan

Mempelajari corak-corak batik


Pembentangan hasil kerja

Pembentangan

MINGGU 3
Tarikh
Hari
03.11.15

PENGISIAN PROGRAM

CATATAN

Pertandingan mencipta batik

Menguji kemahiran yang diperolehi


9

Selasa

oleh murid selepas mengikuti bengkel


Penyampaian hadiah

MINGGU 4
Tarikh
Hari
10.11.15
Selasa

3.2

PENGISIAN PROGRAM

CATATAN

Pertandingan mencipta alat pertahanan Menguji kemahiran yang diperolehi


diri
Penyampaian hadiah

oleh murid selepas mengikuti bengkel

Ekspresi Kreativiti

Menurut Abdul Shukor Hashim dan lain-lain (2007), perasaan atau emosi akan
menghasilkan rasa bahagia, gembira, terharu, kesal, kecewa dan sebagainya. Perasaan ini
dinamakan ekspresi. Ekspresi seperti ini dapat dilihat dari tindak balas seseorang seperti
mimik muka dan nada suara. Ekspresi juga dapat dilihat melalui tindakbalas emosi haril
interaksi dengan persekitaran, orang lain, peristiwa dan masyarakat. Ekspresi juga dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ekspresi kreatif yang mana terhasil berbentuk muzik,
tarian, drama, seni rupa dan sastera. Manakala, ekspresi tidak kreatif pula terhasil akibat rasa
marah, kecewa, menangis, sedih dan sebagainya yang mana ia terhasil tanpa dirancang atau
secara spontan dan tidak sengaja.
Taylor (1976) berpendapat bahawa ekspresi merupakan cara pengucapan, pencurahan
perasaan, rasa hati yang ditonjolkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi
fizikal seperti pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Ekspresi
diluahkan melalui pengucapan idea seperti gambaran imej menerusi pemikiran perasaan dan
emosi seseorang individu itu. Beliau berkata lagi, tindak balas emosi merupakan hasil
daripada interaksi dengan persekitaran, antara individu dengan individu yang lain ataupun
masyarakat, peristiwa atau pun benda.
Dalam kraftangan tradisional seperti batik, motif yang biasa digunakan dalam
penghasilan batik adalah motif tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan. Bunga ini
melambangkan ekspresi ceria dan gembira. Ukiran-ukiran Khat pula menunjukkan kecintaan
terhadap Allah. Bukan saja ukiran Khat, ukiran-ukiran kayu yang lain merupakan simbol dan

10

identiti yang mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. Ekspesi yang ditonjolkan melalui
ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Emosi juga berkaitan dengan ekspresi kreativiti. Menurut teori Six Thinging Hats
(Edward de Bono), emosi sangat penting dalam proses berfikir. Seseorang yang kreatif perlu
pandai menguruskan emosinya. Enam warna menjadi pemikiran untuk memakai topi ketika
berdepan dengan situasi tertentu.
1.

Topi Putih mendapat maklumat yang meliputi fakta.

2.

Topi Merah menghadapi situasi perasaan yang meliputi luahan mood dan emosi.

3.

Topi Hitam semasa membuat penilaian negative pada kesalahan dan halangan.

4.

Topi Kuning semasa membuat penilaian positif.

5.

Topi Hijau semasa situasi yang berkaitan dengan kreativiti.

6.

Topi Biru semasa situasi metakognitif yang berkaitan dengan aspek seseorang yang
berfikir.
Ini menunjukkan bahawa warna itu juga memainkan peranan penting dalam kreativiti

seseorang. Warna-warna tersebut juga boleh dikaitkan dengan perubahan ekspresi wajah.
Ekspresi wajah pula mewakili mood seseorang sama ada marah, sedih, gembira dan
sebagainya. Dalam program ini juga, murid didedahkan dengan karya-karya yang
melambangkan ekspresi pelukisnya. Mereka diajar untuk mentafsir sesuatu lukisan dan
mengaitkan tafsiran itu dengan emosi pelukis. Murid-murid juga diberi peluang untuk
menghasilkan karya yang menunjukkan luahan hati masing-masing. Pengintegrasian
Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Muzik juga akan
diterapkan di dalam bengkel ini. Pendidikan muzik sememangnya sebahagian daripada seni.
Muzik boleh membuatkan seseorang berasa tenang dan menimbulkan ekspresi yang berbeza.
(Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail, 2008). Kebanyakan pelukis menjadikan muzik
sebagai laluan untuk mereka mencari idea.

3.3

Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

11

Berikut adalah bahan-bahan rujukan kajian yang diambil dari internet dan dijadikan
sumber untuk memantapkan lagi bengkel yang telah dirancang. Terdapat juga gambar hasil
kerja murid Tahun 5 yang mengikuti Bengkel PSV.

Sumber: http://www.kraftangan.gov.my/maklumat-kraf-2/tokoh-kraf/adiguru
Wan Mustafa Wan Su dilahirkan di Terengganu pada pada 5 Mei 1939. Ukiran kayu
merupakan satu lagi kraf warisan yang telah lama dihasilkan oleh masyarakat tempatan.
Antara pengukir terkenal dan disegani ialah Wan Mustafa Wan Su yang dilahirkan pada 5
Mei 1939. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ukiran selama 39 tahun. Kemahiran asas
mengukir diperolehi dariapada ayahandanya Wan Su Wan Othman yang merupakan seorang
pengukir tersohor negara.

Sumber: http://www.kraftangan.gov.my/maklumat-kraf-2/tokoh-kraf/tokoh-krafnegara
Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut mewarnai industri songket negara.
Lahir pada 5 Februari 1948 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di tengah-tengah keluarga
yang besar. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik yang terdiri daripada dua orang
lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat meminati seni.

12

Sumber : http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.my/2012/03/alat-domestik.html
Contoh batik yang diambil dari internet.

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

13

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri


14

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

15

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

16

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Gambar-gambar di atas merupakan slaid dari PowerPoint yang akan ditayangkan semasa
bengkel. Fokus utama yang hendak ditonjolkan dalam gambar-gambar tersebut adalah
coraknya yang mana corak tersebut mempunyai elemen tradisionalnya yang sesuai untuk
batik dan alat pertahanan diri. Dengan adanya gambar-gambar ini, diharapkan dapat
mencungkil idea-idea baru dan sekaligus dapat menghasilkan pelbagai corak yang sesuai
untuk diadaptasikan ke dalam kraftangan tradisional.

17

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

18

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

19

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri

20

Sumber: Hasil kerja sendiri

Sumber: Hasil kerja sendiri


Gambar-gambar di atas juga diambil daripada slaid Powerpoint. Tunjuk cara yang dipaparkan
di atas adalah asas anyaman. Aktiviti anyaman nampak mudah, akan tetapi ia memerlukan
penelitian yang mendalam untuk menghasilkan anyaman yang berkualiti.

Sumber: Internet
Hasil anyaman ini di tunjuk kepada murid dan meminta mereka untuk mentafsir hasil kerja
yang diambil dari internet.
21

Sumber: Internet
Contoh batik di atas diambil dari internet. Murid diminta untuk menyatakan apa yang mereka
dapat tafsir dari batik ini.

4.0

KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual di bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,

memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan
sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri.
Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.
Merujuk kepada kertas cadangan ini, murid diajar untuk menghargai hasil kerja
sendiri dan menyimpannya sebagai koleksi. Amalan ini akan melatih murid membuat
analisis, sintesis, dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid
mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan
22

intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi, dan
mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran
lebih berkesan dan bermakna.
Melalui bengkel yang akan diadakan ini juga murid akan dapat mempelajar dengan
lebih mendalam tentang kraftangan tradisional. Bukan itu sahaja, malah murid akan tertarik
untuk menjadikan seni khasnya kraftangan tradisional sebagai satu hobi yang mana
kemungkinan besar satu hari nanti akan menjadikan bidang kraftangan tradisional ini sebagai
kerjaya. Pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan kraftangan tradisional
akan dapat membuka minda murid-murid agar dapat mengekalkan kemahiran dan
pengetahuan tentang warisan turun temurun itu. Pendidikan seni juga dapat dikaitkan dengan
mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Muzik, Sains, Bahasa Melayu dan Sejarah.
Muzik dapat memberikan idea penghasilan karya, manakala Sains pula merujuk kepada motif
tumbuh-tumbuhan . Keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Pendidikan Seni Visual
merupakan mata pelajaran yang penting terutama sekali kepada murid-murid sekolah.

( 2,979 Patah Perkataan )

RUJUKAN
Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Selangor:
PTS Millennia.
Kamus Dewan. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard M S Young. (1993). Kreativiti ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala
Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Mazlan Bin Mohamad. (1996). Prinsip Pendidikan Seni. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim

at

el. (2011). Perkembangan Seni Kanak-kanak.

Selangor. Open University Malaysia.


23

Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail.(2008). Seni dalam Pendidikan. Selangor: Open
University Malaysia.

Internet
1.

http://senivisual1.blogspot.my/2008/02/anyaman.html

2.

http://ummiecraft.blogspot.my/2009/12/definisi-atau-maksud-kraftangan.html

3.

http://www.kraftangan.gov.my/maklumat-kraf-2/tokoh-kraf/?action=details&f_id=22

4.

https://www.academia.edu/7437730/Pengertian_Anyaman

5.

https://www.scribd.com/doc/2825772/Rumusan-Pengenalan

24

Anda mungkin juga menyukai