Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Peredaran masa telah mengubah corak kehidupan masyarakat kini. Perubahan

secara total dari segi cara hidup telah membuatkan masyarakat kini mengalami perubahan

ketara berbanding masyarakat dahulu kala. Banyak nilai baru yang diterapkan dan dibawa

hasil dari peredaran waktu contohnya dari segi kita bergaul, menguruskan masa,

beriadah, bekerja dan berhibur. Semuanya berbeza berbanding zaman yang dilaui oleh

nenek moyang kita dahulu. Sungguhpun begitu sistem sosial masyarakat kini adalah

berlandaskan atau berteraskan masyarakat dahulu.

Ini bermakna ada pertautan talian sistem sosial ini dengan amalan nenek moyang

kita. Generasi kini merupakan penyambung warisan dahulu kala tanpa disedari oleh

masyarakat. Apabila menyentuh tentang warisan dahulu, banyak khazanah yang

ditinggalkan oleh nenek moyang kita dari segi kebudayaan. Kebudayaan Melayu yang

unik menjadikan masyarakat Melayu kaya dengan khazanah yang tak ternilai.

Masyarakat Melayu yang terkenal dengan sikap suka bantu-membantu,

bekerjasama menjadikan amalan bergotong royong sebagai satu amalan yang

diperkukuhkan sehingga kini. Bak kata pepatah Melayu “bagai aur dengan tebing”.

Amalan bergotong-royong misalnya dapat dilihat apabila musim menuai tiba. Dimana

keramaian diadakan bagi menunjukkan kegembiraan hasil daripada tuaian yang menjadi.

Lantaran itu, hiburan diwujudkan seperti berpesta dan banyak permainan dimainkan. Ia

bertujuan untuk menghilangkan rasa letih setelah penat bekerja seharian atau berjaya

melakukan sesuatu tak kira dalam apa bidang yang diceburi. Bertitik-tolak dari adat

resam inilah maka wujudlah permainan tradisional yang diwarisi hingga ke hari ini.
Salah satu permainan yang kekal hingga ke hari ini ialah wau. Permainan wau ini

telah wujud sejak dahulu kala dan dimainkan oleh orang biasa dan juga golongan istana

sebagai permainan masa lapang dan juga di kala menyambut sesuatu perayaan yang

menunjukkan kegembiraan dan kemenangan.

Wau atau lebih dikenali sebagai permainan layang=layang bagi sebilangan

penduduk di bandar sering dimainkan pada waktu petang. Ia biasanya dimainkan di

kawasan lapang seperti padang.

Wau juga dikenali sebagai teraju tiga dikalangan masyarakat pantai timur.

Manakala di pantai barat dikenali sebagai layang-layang. Sekitar kurun ke-15, wau telah

dimainkan oleh orang melayu kerana mereka mempercayai adanya kaitan diantara

semangat angin dan langit.

Masyarakat melayu mempercayai wujudnya pertalian antara manusia dengan

alam. Seperti yang kita ketahui bahawa permainan wau mengandungi unsur-unsur budaya

Melayu asli khususnya pada reka bentuk wau itu sendiri. Hasilnya, reka bentuk wau ini

ada dijadikan simbol atau lambang bagi sesuatu pertubuan. Ini dapat diperhatikan bahawa

betapa uniknya bentuk wau.


Sejarah Dan Asal-usul Wau

Sudah lumrah kehidupan bahawa setiap yang berlaku pasti ada puncanya, sama

ada ia diketahui secara bertulis atau secara lisan. Lazimnya cerita secara lisan lebih

tersebar luas berbanding bukti bertulis. Begitu juga dengan hal asal-usul wau.

Mungkin ramai orang menganggap permainan wau ini tercipta tanpa

disengajakan. Tiada fakta yang jelas tentang sejarah dan asal-usul wau ini.

Namun sebenarnya permainan wau ini sudah lama wujud dan menjadi permainan

rakyat Malaysia, bahkan ia telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah

Melaka, iaitu kira-kira sekitar tahun 1500M. meskipun ia jarang dimainkan oleh

masyarakat kini, namun ia merupakan permainan tradisi yang dapat dibanggakan oleh

rakyat Malaysia.

Terdapat juga ada yang menyebut bahawa wau ini adalah permainan manusia

sejagat. Ertinya ia boleh dimainkan oleh semua bangsa dan golongan tanpa mengira ras.

Permainan ini dikatakan dimulakan di China iaitu sejak 3000 tahun yang lalu.

Permainan wau ini bukan sahaja wujud di Malaysia namun ia juga terdapat di

Negara Greece, Rom Kuno, Jepun dan Eropah. Adalah jelas bahawa wau yang

merupakan permainan tradisi rakyat Malaysia, mempunyai hunungan yang rapat dengan

kehidupan dan kesenian masyarakat antarabangsa. Bukankah ini suatu kebanggaan

kepada kita menjadi sebuah masyarakat yang dapat mewarisi satu jenis pemainan yang

diiktiraf dikalangan masyarakat antarabangsa.

Wau juga difahami oleh masyarakat sebagai laying-layang. Kedua-duanya

sinonim dengan masyarakat dan dikenali seerti oleh kerana ia memiliki ceka bentuk dan
cara permainan yang hamper sama. Mungkin ada perbezaan sedikit namun pastinya ia

dari rumpun yang sama iaitu dengan syarat ia diterbangkan di udara. Permainan ini amat

digemari dimainkan dimasa lapang terutamanya di negeri Kedah dan Terengganu. Dan

lazimnya ia dimainkan di kawasan sawah dan di tepi pantai.

Anda mungkin juga menyukai