Anda di halaman 1dari 3

Situasi

A:

Lakonkan situasi berikut.


Pak Hamid adalah seorang yang rajin. Beliau sering berkebun di sekitar halaman
rumah pada setiap petang. Pada suatu hari, Pak Hamid pulang dari berkebun pada
pukul 5.30 petang. Kerana keletihan, beliau meninggalkan sabit yang digunakan
untuk berkebun di luar rumah. Pada masa yang sama, Ali anak Pak Hamid bermain
badminton di hadapan halaman rumah bersama abangnya. Tiba-tiba, tanpa disedari
Ali terpijak sabit yang ditinggalkan oleh Pak Hamid di luar rumah. Kaki Ali
mengalami kecederaan kerana terpijak sabit tersebut.
Watak-watak:
Pak Hamid
Ali
Abang kepada Ali
Situasi B:
Lakonkan situasi berikut.
Farhan, Fawaz dan Imran merupakan 3 orang murid kelas 4M yang agak nakal.
Cikgu Ida merupakan guru subjek Sains kelas tersebut. Suatu hari, Cikgu Ida
terpaksa memasuki kelas agak lambat kerana beliau perlu menghadiri mesyuarat
Panitia Sains. Oleh sebab ketiadaan guru, mereka bertiga bermain kejar-mengejar di
dalam kelas. Tiba-tiba, Fawaz tersepak kaki meja dan kepalanya terhantuk meja di
kelas tersebut. Rakan-rakan lain yang sedang leka membuat kerja sekolah masingmasing terkejut melihat kejadian tersebut.
Watak-watak:
Farhan, Fawaz, Imran
Cikgu Ida
Rakan-rakan lain

Situasi C:
Kriiiing.! Loceng tamat sekolah berbunyi. Semua murid-murid Sek. Kampung Jawa
tidak sabar untuk pulang ke rumah. Aini, Firdaus dan Chia Yen segera
mengemaskan beg masing-masing supaya mereka tidak ketinggalan bas sekolah.
Semasa hendak menaiki bas sekolah,Raju murid Tahun 5 berlari ke arah bas dan
tidak beratur mengikut barisan. Dia terus memotong barisan dan berebut untuk
menaiki bas. Tanpa disedari, dia telah menyebabkan Aini terjatuh di atas tar kerana
ditolak . sebagai seorang kawan, Firdaus segera memanggil Raju untuk turun
semula dari bas dan meminta Raju meminta maaf dari Aini.
Watak-watak:
Aini, Firdaus, Chia Yen
Raju
Murid-murid lain

Situasi D:
Pada suatu pagi, Amir mengikut abangnya, Abu pergi ke kedai dengan menaiki
motosikal. Abu membawa motosikal dengan laju sekali. Semasa di persimpangan
jalan, lampu isyarat menunjukkan warna kuning. Dengan pantas, Abu berusaha
untuk memecut motosikal supaya dapat melepasi lampu isyarat dengan segera
tanpa menyedari lampu isyarat sudah berubah menjadi merah. Tiba-tiba, sebuah
motosikal dari arah lain bertembung dengan motosikal Abu dan Amir. Abu tidak
mengawal motosikalnya lalu melanggar benteng jalan raya. Mujurlah, kecederaan
ketiga-tiga mereka tidak begitu serius.
Watak-watak:
Amir dan Abu
Penunggang motosikal

Situasi E:
Pada setiap hari Jumaat, murid-murid Kelas 4M akan melakukan aktiviti PJK di
padang sekolah. Murid-murid perempuan selalunya akan bermain badminton di
gelanggang sekolah. Haikal, Ahmad dan kawan-kawannya sering bermain bola
tanpa memakai kasut sekolah. Dalam keseronokan bermain bola, mereka tidak
menyedari terdapat serpihan botol kaca di tengah padang sekolah. Tiba-tiba, Haikal
terpijak serpihan kaca tersebut. Kakinya mengalami sedikit kecederaan akibat dari
kaca kejadian tersebut. Guru PJK yang bertugas, Cikgu Suria segera berlari ke
tempat kejadian. Mereka dimarahi oleh Cikgu Suria kerana tidak kasut semasa
bermain bola.
Watak-watak:
Cikgu Suria
Haikal
Ahmad
Kawan-kawan
Murid-murid perempuan

Anda mungkin juga menyukai