Anda di halaman 1dari 25

3

BAB

Hasil Pembelajaran
Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1 Menghuraikan pola penghijrahan pedagang
asing pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
sebagai pusat pluraliti masyarakat di rantau
Alam Melayu.
2 Menjelaskan proses asimilasi antara golongan
imigran dengan masyarakat tempatan di Alam
Melayu.
3 Menilai kesan asimilasi antara golongan imigran
dengan masyarakat tempatan.
4 Menjelaskan komposisi dan amalan kehidupan
suku kaum utama di Sabah dan Sarawak.
5 Menjelaskan sejarah penghijrahan golongan
imigran ke Sabah dan Sarawak dalam
meningkatkan pluraliti masyarakat di keduadua negeri tersebut.

Sinopsis
Bab

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 30

Latar
Belakang
Pluraliti
Masyarakat
Alam Melayu
Ruslan Zainuddin (UUM),
Sarjit Singh Gill (UPM) &
Ahmad Tarmizi Talib (UPM)

Bab ini merangkumi beberapa huraian umum tentang latar belakang


pluraliti masyarakat Alam Melayu dalam konteks hubungan etnik.
Tumpuan utama bab adalah tentang pola penghijrahan para pedagang
asing pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat pluraliti
masyarakat di rantau Alam Melayu. Seterusnya, bab ini juga menjelaskan
proses dan kesan asimilasi yang berlaku antara golongan imigran dengan
masyarakat tempatan di rantau Alam Melayu. Bab ini turut mengupas
komposisi dan amalan kehidupan suku kaum utama di Sabah dan Sarawak
termasuk sejarah penghijrahan golongan imigran dalam meningkatkan
pluraliti masyarakat di Malaysia.

4/29/13 10:24:34 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

Penghijarah Intrawilayah
Sebelum Zaman
Kesultanan Melayu Melaka
Penghijrahan Semasa
Zaman Kesultanan Melayu
Melaka
Proses Asimilasi antara
Golongan Imigran dengan
Masyarakat Tempatan

31

Kedatangan Pedagang
Arab dan Parsi
Kedatangan Pedagang
China dan Arab
Kedatangan Pedagang
Eropah

Latar Belakang Sabah


dan Sarawak

Pluraliti Masyarakat
Alam Melayu

Masyarakat Bumiputera
di Sabah
Pluralisi Masyarakat Sabah
dan Sarawak

Kedatangan Masyarakat
Imigran di Sabah
Masyarakat Bumiputera
di Sarawak
Kedatangan Masyarakat
Imigran di Sarawak

3.0

Pengenalan
1 Pluraliti atau kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan menetap di rantau
Alam Melayu merupakan fakta dan bukti bersejarah yang menunjukkan
interaksi antara etnik sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2 Perhubungan antara komuniti pedagang dengan masyarakat tempatan dalam
pelbagai aspek seperti perdagangan dan penyebaran agama telah membawa
kepada pembentukan pluraliti baharu dalam masyarakat tempatan.
3 Pembentukan pluraliti baharu kesan kemasukan komuniti imigran dan
perkahwinan antara golongan ini dengan masyarakat tempatan, terutama
dengan etnik Melayu telah membentuk pelbagai komuniti baharu seperti
masyarakat MelayuArab, masyarakat Peranakan Cina, iaitu Baba dan Nyonya,
masyarakat Peranakan Jawi dan masyarakat lain yang masih wujud hingga hari
ini di Malaysia.
4 Hubungan etnik yang harmonis telah wujud sejak beratus-ratus tahun
dahulu sehingga kini perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, terutama
generasi muda dalam konteks mempelajari budaya dan perubahan sosial, serta
hubungan majoritiminoriti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 31

4/29/13 10:24:34 AM

32

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

3.1

Penghijrahan Intrawilayah Sebelum Zaman


Kesultanan Melayu Melaka
1 Sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan maritim (kelautan)
Asia Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa pada era Zaman
Perdagangan, iaitu sekitar abad ke-12 Masihi dan abad ke-14 Masihi.
2 Masyarakat pada masa itu yang menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara
berpindah dari satu pulau ke pulau lain atau dari pulau ke tanah besar untuk
mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya. Pendek kata,
mereka berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk pelbagai
tujuan dan seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti
pedagang dan bukan pedagang.
3 Pergerakan masyarakat plural sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka
telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti,
terutama aktiviti perdagangan. Banyak kerajaan maritim (kelautan) telah
wujud dan menjadi pusat penjanaan ekonomi yang mengamalkan sistem
ekonomi perdagangan.
4 Kedudukan kerajaan maritim di persisiran pantai telah menarik pedagang dari
rantau Alam Melayu untuk menjalankan kegiatan pertukaran barang dagangan
(sistem barter) yang meliputi rempah-ratus, ubat-ubatan dan damar.
5 Salah satu faktor penting yang turut menyumbang kepada kedudukan
Kepulauan Melayu sebagai kerajaan maritim yang penting ialah kemudahan
asas yang disediakan di pelabuhan seperti tempat tinggal, bekalan air, stor
barang, tempat berniaga dan bengkel membaiki kapal.

3.2

Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu


Melaka
1 Rantau Alam Melayu menjadi tempat tumpuan penghijrahan pelbagai
kumpulan manusia yang seterusnya berjaya mengubah kemajmukan
masyarakat Alam Melayu dan meninggalkan kesan mendalam dalam pelbagai
aspek kehidupan masyarakat yang berkekalan sehingga sekarang. Pembukaan
Melaka pada 1400 Masihi oleh Parameswara merupakan peristiwa bersejarah
yang menandakan kemasukan komuniti imigran dari negara-negara luar
ke Kepulauan Melayu (ataupun lebih dikenali sebagai Alam Melayu pada
masa itu).
2 Negeri Melaka mula menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran
agama Islam yang termashyur di rantau Alam Melayu. Aktiviti penyebaran
Islam ke seluruh pelosok rantau Nusantara berlaku secara aman. Sebelum
kedatangan Islam, masyarakat rantau ini mengamalkan kepercayaan animisme,
agama Hindu atau Buddha.
3 Kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu berdasarkan tiga teori dominan
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para sarjana, iaitu melalui para pedagang

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 32

4/29/13 10:24:35 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

33

serta mubaligh Arab, India dan Cina. Bukti sejarah tentang kedatangan Islam
ke Alam Melayu direkodkan seawal abad ke-11 Masihi melalui penemuan Batu
Nisan di Grisek, Pulau Jawa, manakala kedatangan Islam ke Tanah Melayu
dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 Masihi di Kuala
Berang, Terengganu.
4 Agama Islam terus mendapat tempat yang penting dalam kalangan pemerintah
sehingga membolehkan Islam berkembang pesat dan kerajaan Melaka mula
menjadi pusat pengajian dan pengembangan Islam yang utama di Kepulauan
Melayu.
5 Agama Islam telah membawa kepada pengenalan satu ideologi yang rasional,
radikal dan progresif dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat, terutama
dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. Penyebaran agama Islam telah
dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah. Para
pendakwah turut dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan
Islam. Kesannya, kerajaan Islam mula wujud di Terengganu, Kedah dan Johor.

3.2.1 Kedatangan Pedagang Arab dan Parsi


1 Perkembangan pesat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah menarik
kedatangan ramai pedagang dari luar untuk menjalankan aktiviti ekonomi di
negeri tersebut. Perkembangan pesat aktiviti ekonomi ini secara tidak langsung
telah mengubah jalinan interaksi dan hubungan etnik dalam kalangan
masyarakat luar dan tempatan di Melaka.
2 Pedagang Arab dan Parsi mulai memainkan peranan penting dalam
mencorakkan sejarah negeri Melaka melalui perhubungan perdagangan
erat yang dijalin dengan negeri tersebut. Malah, Melaka merupakan pusat
persinggahan utama pedagang Arab dan Parsi pada masa itu.
3 Semasa pelayaran, para pedagang Arab dan Parsi akan singgah di Melaka
untuk mendapatkan bekalan air, makanan dan keperluan lain. Semasa
persinggahan tersebut, mereka telah berinteraksi dengan penduduk setempat
dan mula mengenali adat resam dan budaya masing-masing. Interaksi sosial
ini menandakan permulaan hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan
masyarakat di Alam Melayu.
4 Mengikut catatan John Crawford, Islam datang secara langsung dari Tanah
Arab pada kurun ke-7 Masihi. Teori ini disokong oleh ramai ahli sejarah dan
dianggap sebagai teori yang paling sesuai untuk menjelaskan penyebaran Islam
ke Melaka dan beberapa buah negeri lain di sekitar Alam Melayu. Buku Sejarah
Melayu merupakan salah satu bukti penting yang menunjukkan penyebaran
agama Islam oleh pedagang Arab dan Parsi di rantau Alam Melayu termasuk
Melaka.
5 Sebahagian daripada pedagang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan
penduduk tempatan dan terus menetap di Melaka. Perkembangan ini
menandakan permulaan proses asimilasi antara golongan pedagang Arab dan
Parsi dengan penduduk tempatan.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 33

4/29/13 10:24:35 AM

34

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

6 Sifat para pedagang ini yang lemah lembut dan pengaruh mereka yang kuat
dari segi pemilikan harta dan sifat ketokohan telah berjaya menarik golongan
istana dan rakyat untuk memeluk agama Islam. Para pedagang Arab dan Parsi
turut menjalinkan perhubungan baik dengan pedagang lain dari Nusantara.
Oleh itu, Islam telah tersebar secara luas di sekitar Kepulauan Melayu.

3.2.2 Kedatangan Pedagang China dan India


1 Kedatangan para pedagang dari dua buah benua yang besar, iaitu China dan
India telah meningkatkan kemajmukan masyarakat dan hubungan etnik di
Alam Melayu. Lazimnya, pedagang China dan India yang berlabuh di Melaka
akan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan saudagar dari pelbagai
negara lain melalui aktiviti penjualan dan pertukaran barang.
2 Melaka mendapat keuntungan yang besar sebagai pusat perantaraan urus
niaga barang dari pelbagai negara, terutama dari China dan India. Bijih
timah merupakan barang dagangan utama semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Perdagangan bijih timah telah menarik minat para pedagang asing,
khususnya dari Arab, India dan China untuk berdagang di Melaka. Satu sumber
China mencatatkan bahawa Melaka telah mengeksport bijih timah pada 1416
Masihi, manakala Pahang mengeksport bijih timah pada 1446 Masihi.
3 Dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka semasa
zaman kegemilangannya turut menyumbang kepada perkembangan pesat
aktiviti perdagangan dan ekonomi Melaka pada masa itu.
4 Selain itu, Melaka turut menjalinkan perhubungan diplomatik dengan
Benua China yang dibuktikan melalui lawatan beberapa orang laksamana
daripada Dinasti Ming ke Melaka. Perhubungan antara Melaka dengan China
menjadi semakin erat apabila salah seorang Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur
Shah telah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China.
Kerajaan China merupakan salah sebuah empayar yang terkuat dan terbesar
ketika itu.
5 Perhubungan awal antara para pedagang India dengan masyarakat rantau Alam
Melayu, khususnya Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-6 Masihi atau
ke-7 Masihi. Perhubungan ini terjalin berikutan kedudukan geografi Tanah
Melayu yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah jalan laluan antara
India dengan China (lihat Gambar 3.1). Malah, sebelum kedatangan Islam
ke Nusantara, telah wujud bukti sejarah tentang kewujudan perhubungan
perdagangan antara masyarakat Melayu dengan India melalui penemuan candi
di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah (lihat Gambar 3.2).
6 Kehadiran pedangan-pedagang dari India, China dan Arab pada abad ke-7
Masihi telah menyebabkan Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan
entrepot yang maju pada masa itu. Malah, kewujudan empayar besar
MelayuHindu Majapahit antara 1293 Masihi sehingga sekitar 1500 Masihi
merupakan bukti kukuh pengaruh Hindu di rantau Alam Melayu. Empayar
Majapahit yang berpusat di Timur Pulau Jawa merangkumi kawasan Pulau

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 34

4/29/13 10:24:35 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

35

Jawa, Selatan Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Borneo dan Bali. Empayar
Majapahit merupakan kerajaan Hindu terakhir di Kepulauan Melayu.
7 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan
pedagang utama. Mereka datang dari pesisiran kawasan Koromandel, Kalingga,
Benggala dan Gujerat. Kegiatan berdagang sememangnya merupakan aktiviti
utama golongan ini yang telah diamalkan secara turun-temurun.
8 Ada pedagang India yang berkunjung ke Melaka telah berkahwin dengan
wanita daripada golongan bangsawan Melayu dan seterusnya diterima dalam
kalangan pembesar Melaka.

Gambar 3.1 Kedudukan Melaka sebagai Pusat Perdagangan Antarabangsa Menjelang


Abad ke-15 Masihi

Gambar 3.2 Candi di Lembah Kuala Muda, Kedah

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 35

4/29/13 10:24:35 AM

36

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

3.2.3 Kedatangan Pedagang Eropah


1 Selain kedatangan pedagang Arab, Parsi, India dan China, kedatangan
pedagang dari pelbagai negara Eropah ke Alam Melayu, terutama Melaka telah
memlengkapkan kewujudan masyarakat plural di rantau tersebut.
2 Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Britain merupakan beberapa buah
negara Eropah terawal yang terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan aktiviti
perdagangan di Alam Melayu. Selain bertujuan menguasai jalan perdagangan
ke Timur, kedatangan pedagang Eropah adalah untuk menyebarkan agama
Kristian bagi menyaingi penyebaran agama Islam yang pesat di Timur pada
masa itu.
3 Di Asia Tenggara, Melaka telah dijadikan sasaran utama oleh kuasa Eropah
dalam aktiviti perdagangan dan penjelajahan mereka. Perdagangan antara
Eropah dengan Timur dikuasai oleh para pedagang Islam dan Itali. Aktiviti
penjelajahan dan penjajahan Portugal dan Sepanyol lebih didorong oleh faktor
3G, iaitu Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik). Orang Eropah
datang ke Timur untuk mendapatkan teh, rempah dan sutera.
4 Orang Portugis telah berusaha menjelajah benua Asia, malah telah berjaya
membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan
Hindi selama lebih daripada 100 tahun. Portugis telah berusaha untuk
menguasai Melaka kerana negeri tersebut merupakan pelabuhan perdagangan
yang utama di Alam Melayu pada masa itu.
5 Pedagang Portugis berminat mendapatkan rempah berikutan permintaan
yang tinggi terhadap bahan ini di pasaran Eropah. Tindakan pedagang atau
saudagar Itali menjual rempah pada harga yang amat tinggi menyebabkan
kuasa Portugis telah berusaha memecahkan monopoli perdagangan rempah
dengan mendapatkan sendiri bekalan tersebut di Timur. Namun, kedatangan
Portugis telah ditentang hebat oleh pemerintah dan rakyat Melaka sehinggalah
kejatuhannya ke tangan Portugis pada tahun 1511.

3.3

Proses Asimilasi antara Golongan Imigran dengan


Masyarakat Tempatan
3.3.1 Perdagangan dan Perkahwinan
1 Kedatangan para pedagang asing secara besar-besaran dari Eropah, India dan
China ke rantau Alam Melayu, khususnya Melaka untuk menjalankan pelbagai
aktiviti perdagangan secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada
mereka untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan.
2 Interaksi sosial yang wujud antara pedagang asing dengan penduduk tempatan
telah membawa kepada pertembungan budaya yang berlainan. Para pedagang
asing mula berusaha menyesuaikan diri mereka dengan keadaan tempatan,
misalnya mempelajari bahasa tempatan dan cara hidup (budaya) orang
tempatan, malah mereka turut berkahwin dengan orang tempatan. Namun,

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 36

4/29/13 10:24:35 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

37

para pedagang ini masih mengekalkan identiti kaum masing-masing dan


menganggap diri mereka sebagai orang Eropah, China atau India.
3 Kehadiran imigran dari negara China telah mengukuhkan perhubungan
diplomatik yang sedia terjalin melalui aktiviti perdagangan antara China
dengan rantau Alam Melayu. Perhubungan ini dipererat melalui perkahwinan,
misalnya perkahwinan antara Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah dengan
Puteri Hang Li Po, puteri Maharaja China.
4 Pedagang India turut berkahwin dengan penduduk tempatan. Sejarah Melayu
telah meriwayatkan bahawa Mani Purindam (pemborong batu permata),
seorang India Muslim telah menjadi menantu kepada Sri Nara Diraja pada
zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah (14241444). Hasil perkahwinan
tersebut, Tun Ali telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja untuk menggantikan
datuknya, dan seterusnya melahirkan pembesar dan pemerintah Melaka
daripada keturunan MelayuTamil. Cucunya, Raja Kassim telah menjadi
Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah antara 14451459.
5 Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan para pembesar seperti Temenggung
Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Sementara
itu, Raja Mendaliar, seorang pedagang India telah dilantik sebagai Syahbandar
Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (14881511).
6 Perkahwinan antara pedagang China dan India dengan penduduk tempatan
telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Melaka pada
masa itu. Perkahwinan campur tersebut secara tidak langsung telah memberikan
peluang kepada komuniti pedagang ini untuk memperluas aktiviti perdagangan
mereka dan memegang beberapa jawatan penting dalam sistem pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.

3.3.2 Pembentukan Pluraliti Baharu


Masyarakat MelayuArab
1 Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka pada peringkat awal rata-rata
terdiri daripada masyarakat pedagang. Mereka lebih dikenali sebagai gelaran
Syed. Kebanyakan golongan Syed yang menetap di Alam Melayu, khususnya
di Tanah Melayu berasal dari Hadramaut di selatan Semenanjung Arab.
2 Golongan Syed terdiri daripada pedagang yang berjaya dan ulama yang
dihormati. Perkataan Syed berasal daripada perkataan Arab, iaitu Sayyid yang
bermaksud pengetua atau pemimpin. Sayyid juga boleh membawa maksud
ketua suku (Sayyid al-qabilah), bangsawan, suami, tuan atau gelaran untuk
ahli sufi.
3 Perhubungan rapat antara golongan ini dengan kelas pemerintah
membolehkan mereka muncul sebagai golongan elit yang penting di Tanah
Melayu, terutamanya di Kedah. Kini, golongan Syed ini lebih dikenali sebagai
masyarakat MelayuArab disebabkan perkahwinan campur yang berlaku
antara orang Arab dengan orang Melayu.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 37

4/29/13 10:24:35 AM

38

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)


1 Selepas kemangkatan Parameswara, perhubungan antara kerajaan Melaka
dengan China diteruskan oleh Sultan Mahkota Iskandar Shah, putera
Parameswara. Perhubungan diplomatik ini menjadi lebih erat apabila Sultan
Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, puteri Maharaja China.
2 Kedatangan Puteri Hang Li Po merupakan usaha pemerintah Dinasti Ming
untuk menjalinkan perhubungan diplomatik secara berterusan dengan Melaka.
Peristiwa ini menandakan bermulanya kehadiran pedagang Cina secara
meluas di Alam Melayu. Pendek kata, pemerintah Melaka pada ketika itu telah
mengambil kira kepentingan keharmonian antara kaum sehingga berusaha
membentuk satu perhubungan diplomatik yang baik melalui perkahwinan
campur.
3 Kehadiran pedagang-pedagang dari China telah membentuk sebuah komuniti
baharu, iaitu masyarakat Peranakan Cina yang lebih dikenali sebagai Baba dan
Nyonya.
4 Dari segi budaya, komuniti Baba dan Nyonya ini telah mengalami proses
akulturasi dalam budaya masyarakat tempatan, iaitu masyarakat Melayu.
Identiti utama masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dapat dilihat melalui
penggunaan dialek MelayuBaba. Ketidakupayaan komuniti ini untuk
berbahasa Cina telah secara langsung memisahkan mereka daripada masyarakat
Cina totok (asli). Namun, kehidupan mereka masih dipengaruhi adat dan
budaya masyarakat Cina. Proses akulturasi yang dialami oleh masyarakat
Baba dan Nyonya telah membolehkan mereka terus kekal sebagai subetnik
dalam kategori ras Cina di Malaysia.
5 Baba merujuk kepada kaum lelaki, manakala Nyonya pula ialah kaum wanita.
Nyonya biasanya memakai baju kebaya dengan kain batik yang menggambarkan
identiti unik komuniti mereka.
6 Perkahwinan campur antara kaum Baba dan Nyonya dengan penduduk
tempatan telah melahirkan satu budaya yang amat unik termasuk makanan
yang amat berbeza. Keunikan budaya ini masih dapat dilihat di Melaka dan
Pulau Pinang sehingga hari ini, misalnya terdapat beberapa buah restoran
Baba dan Nyonya di negeri tersebut yang menyajikan makanan masyarakat
Baba dan Nyonya. Restoran sedemikian juga boleh ditemui di Kuala Lumpur,
Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Singapura.
7 Dari segi upacara perkahwinan, masyarakat Baba dan Nyonya masih
mengekalkan tradisi kaum Cina. Begitu juga dengan amalan keagamaan,
iaitu kebanyakan mereka masih berpegang pada ajaran Buddha. Namun,
terdapat segelintir ahli komuniti minoriti ini yang telah menganut agama lain
seperti Kristian dan Islam selepas berkahwin dengan penduduk tempatan.
Walaupun mereka sudah memeluk agama baharu, namun komuniti ini masih
mengekalkan penggunaan dialek MelayuBaba. Asal usul dan budaya hidup
masyarakat Baba dan Nyonya ditunjukkan pada Rajah 3.1.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 38

4/29/13 10:24:35 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

39

Peranakan Baba dan Nyonya

Perkahwinan campur dengan


penduduk Melaka (tempatan)

Asal Usul
Dari China
Melalui kedatangan
Puteri Hang Li Po ke
Melaka
Puteri Hang Li Po
berkahwin dengan
Sultan Mansur Shah

Tempat Tinggal
Majoriti di Melaka

Pakaian
Baju kebaya (Nyonya)
dan kain batik

Bahasa
Dialek MelayuBaba
bercampur bahasa Hokkien,
Teochew atau Kantonis
Rajah 3.1

Budaya Hidup

Agama
Buddha, Islam
atau Kristian

Makanan Kegemaran
Masakan Cina yang pedas
dan kuih-muih tradisional
Melayu

Asal Usul dan Budaya Hidup Masyarakat Baba dan Nyonya

Masyarakat IndiaMuslim
1 Interaksi sosial yang berlaku antara masyarakat Melayu di Alam Melayu
dengan pedagang dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap
budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang berketurunan India
dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat minoriti
yang dikenali sebagai masyarakat IndiaMuslim.
2 Bukan semua orang berketurunan India yang datang ke Alam Melayu
berkahwin dengan wanita tempatan. Masyarakat India yang berhijrah ke Alam
Melayu pada peringkat awal lazimnya terdiri daripada golongan lelaki dan
kemudian mereka berkahwin dengan wanita tempatan.
3 Bukti kehadiran pedagang dari India ini ditemukan dalam catatan sejarah
Melaka. Tanjung Kling di Melaka dinamakan sedemikian oleh Portugis
memandangkan terdapat ramai pekerja India yang bekerja di tempat tersebut
pada masa itu.
4 Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan masyarakat India
Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat IndiaMuslim lebih gemar
berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian.

Masyarakat Peranakan Jawi


1 Masyarakat Peranakan Jawi terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki
IndiaMuslim dari selatan India dengan wanita Melayu di Pulau Pinang.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 39

4/29/13 10:24:35 AM

40

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

2 Seperti masyarakat Peranakan Cina atau BabaNyonya di Melaka, bahasa


Melayu merupakan bahasa perhubungan utama dalam kalangan masyarakat
Peranakan Jawi. Namun, sebahagian generasi muda Peranakan Jawi dapat
memahami, malah dapat bertutur dalam bahasa Tamil.
3 Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat Peranakan Jawi dengan
masyarakat IndiaMuslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa walaupun
kedua-dua masyarakat ini menganut agama Islam. Masyarakat Peranakan Jawi
lebih gemar menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat
IndiaMuslim yang lebih gemar menggunakan bahasa Tamil.

Masyarakat Serani
1 Penjajah Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu antara
tahun 1511 hingga tahun 1641.
2 Selain pengenalan tulisan Rumi dan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam
bahasa tempatan yang berasal daripada bahasa Portugis, salah satu kesan
pendudukan kuasa Portugis di Melaka ialah kewujudan sebuah masyarakat
baharu yang dikenali sebagai masyarakat Serani. Masyarakat ini terhasil
daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dengan penduduk
tempatan.
3 Masyarakat Serani menganut agama Kristian bermazhab Katolik Roman.
Namun, ada juga orang Serani yang menganut agama Islam.

Masyarakat Peranakan Hindu Melaka atau Chetti


1 Masyarakat Peranakan Hindu Melaka atau Chetti terbentuk hasil perkahwinan
campur antara para pedagang Hindu dari pantai Coromandel, India dengan
masyarakat tempatan daripada keturunan Melayu, Cina, Jawa dan Batak
di Melaka (Ravichandran, 2009: 1). Komuniti peranakan Hindu atau Chetti
sudah menetap di Melaka sejak zaman Kesultanan Melaka lagi sejak awal
kurun ke-15.
2 Satu perkara yang unik berkenaan komuniti Chetti ini, ialah cara mereka telah
berasimilasi dengan budaya Melayu. Cara mereka berpakaian, berbahasa,
jenis makanan dan penampilan wajah pula menyerupai orang Melayu dan
peranakan Cina (Baba dan Nyonya).
3 Kedatangan agama Islam dan Kristian di Melaka tidak menggugat agama
Hindu yang anuti oleh komuniti Chetti ini. Walaupun majoriti mereka tidak
berbahasa Tamil tetapi mereka telah mengekalkan nama-nama Hindu mereka
dan mengamalkan amalan adat serta agama Hindu dalam kehidupan harian
mereka.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 40

4/29/13 10:24:36 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

3.4

41

Pluraliti Masyarakat di Sabah dan Sarawak


3.4.1 Latar Belakang Ringkas Sabah dan Sarawak
1 Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo bersempadan dengan
Kalimantan di bahagian selatan. Kedua-dua negeri ini terpisah dari
Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan meliputi kawasan seluas
197,602 kilometer persegi dengan keluasan Sarawak merangkumi 123,983
kilometer persegi, manakala keluasan Sabah adalah 73,619 kilometer persegi.
2 Dari segi sejarah, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan kerana
kedua-dua negeri pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei
sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak dan penguasaan British North
Borneo Chartered Company (BNBC) ke atas Sabah.
3 Sabah yang dikenali sebagai Borneo Utara sebelum tahun 1963 pernah berada
di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sehingga tahun
1881. Selepas itu, Sabah ditadbir oleh BNBC sehingga tercetus Perang Dunia
Kedua pada tahun 1941 apabila negeri itu ditakluki oleh tentera Jepun. Selepas
tamat perang, BNBC telah memutuskan untuk menyerahkan negeri Sabah
kepada kerajaan Britain untuk dijadikan tanah jajahan British pada tahun
1946.
4 Pada awal abad ke-19, Sarawak diperintah oleh Kesultanan Brunei. Setelah
James Brooke berjaya menumpaskan pemberontakan di Sarawak, beliau
dilantik oleh Sultan Brunei menjadi Gabenor Sarawak pada bulan September
1841 dan diberi gelaran Rajah pada bulan Ogos 1842.
5 Selepas kematiannya pada bulan Ogos 1868, James Brooke digantikan oleh anak
saudaranya, Charles Anthony Brooke. Beliau yang mentadbir Sarawak hampir
50 tahun meninggal dunia di England pada bulan Mei 1917 dan digantikan
oleh anaknya, Charles Vyner Brooke.
6 Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mentadbir Sarawak pada tahun
1941 hingga 1945. Selepas tamat perang tersebut, Charles Vyner Brooke telah
membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain.
7 Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British selepas Perang
Dunia Kedua sehingga kedua-dua negeri itu mencapai kemerdekaan melalui
Malaysia pada 16 September 1963.

3.4.2 Masyarakat Bumiputera di Sabah


1 Menurut Bancian Penduduk dan Perumahan 2010, penduduk Sabah berjumlah
3.21 juta orang yang mengandungi lebih 30 suku kaum dan bertutur dalam 80
dialek tempatan. Masyarakat Bumiputera (peribumi) ialah golongan terbesar
yang membentuk 61.3% daripada keseluruhan penduduk di Sabah. Ini diikuti
oleh orang Cina dan rakyat asing yang berhijrah daripada negara jiran seperti
Filipina dan Indonesia.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 41

4/29/13 10:24:36 AM

42

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

Jadual 3.1 Komposisi Suku-Kaum di Sabah, 2010


Kategori

Suku-Kaum

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Jumlah Kecil

Kadazan-Dusun

568,575

Bajau

450,279

Melayu Brunei

184,197

Murut

102,393

Bumiputera Lain

659,865

Cina

295,674

India

7,453

Lain-lain Kaum

Peratus

1,965,309

61.3%

351,654

11.0%

889,779

27.7%

3,206,742

100.0%

48,527

Rakyat Asing (Bukan Warganegara)


Jumlah Keseluruhan
Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan, 2010

2 Dalam kalangan masyarakat Bumiputera, terdapat tiga suku kaum yang


terbesar, iaitu kaum Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau. Kemudian diikuti oleh
suku kaum minoriti Bumiputera yang lain seperti Bisaya, Kadayun, Orang
Sungai, Suang Latut, MelayuBrunei dan lain-lain.

Ka

da

za

Bajau dan
Suluk

Orang Sungai

Orang
Murut

Suku-suku lain

Peta 3.1 Taburan komposisi penduduk Bumiputera di Sabah

KadazanDusun
1 Masyarakat KadazanDusun ialah kaum bumiputera asli yang terbesar di
Sabah, iaitu meliputi 30% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri
itu. Kebanyakan mereka ini menganut agama Kristian.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 42

4/29/13 10:24:36 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

43

2 Masyarakat KadazanDusun di Sabah dapat dibahagikan kepada 27 suku


kaum. Antaranya termasuklah Dusun, Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Dusun Lotud, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Dusun Tobilung,
Dusun Segama/Subpan, Dusun Tombonuo, Dusun Tambunan, Dusun Tatana,
Kadazan Papar, Kadazan Penampang, Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai,
Kuijau dan Bagahak.
3 Pada asalnya Kadazan dan Dusun adalah dua suku kaum yang berasingan,
tetapi kedua-duanya telah digabungkan kerana berkongsi bahasa dan budaya
yang serupa. Kedua-dua suku kaum hanya berbeza dari segi petempatan, iaitu
etnik Kadazan menetap di kawasan lembah dan secara tradisinya terlibat
dalam kegiatan penanaman padi, manakala etnik Dusun tinggal di kawasan
pergunungan di pedalaman Sabah.
4 Perayaan utama orang KadazanDusun ialah Pesta Menuai yang disambut
pada bulan Mei setiap tahun selepas musim menuai. Antara acara penting
dalam perayaan tersebut ialah persembahan tarian Sumazau. Tarian ini
merupakan sejenis tarian tradisi rakyat di Sabah sebagai tanda kesyukuran
yang dikaitkan dengan menanam dan menuai padi, serta untuk menolak bala,
menyemah semangat dan mengubati penyakit.

Gambar 3.3 Tarian Sumazau Masyarakat KadazanDusun

5 Gerak dan irama tari Sumazau adalah secara perlahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan
diturunkan mengikut irama lagu. Semasa menari, kedua-dua belah tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
6 Tarian Sumazau biasanya ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan
majlis jamuan. Pesta Kaamatan (menuai) disambut oleh masyarakat KadazanDusun sebagai meraikan tuaian baik dan perayaan ini juga disambut oleh
semua kaum lain di Sabah.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 43

4/29/13 10:24:36 AM

44

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

Bajau
1 Masyarakat Bajau merupakan suku kaum bumiputera kedua terbesar selepas
Kadazan yang merangkumi 15% komposisi penduduk di Sabah. Ada pelbagai
suku kaum dalam masyarakat Bajau seperti Ilanun dan Sulu. Mereka menganut
agama Islam.
2 Kebanyakan masyarakat Bajau menetap di kawasan pantai, terutamanya pantai
barat daya Sabah seperti Semporna dan Kota Belud. Mereka berasal dari
kawasan pantai Pulau Mindanao dan Sulu.
3 Pada zaman silam masyarakat Bajau berasal daripada keturunan pelaut yang
menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut.
Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat Bajau terkenal sebagai penunggang
kuda yang mahir dan handal sehingga mereka dipanggil Koboi Timur.
4 Pada masa ini, ramai antara masyarakat Bajau yang telah meninggalkan
kehidupan di laut untuk menjadi peladang dan penternak. Ada juga yang
mengusahakan tananam padi, terutamanya di sekitar Kota Belud, Tuaran,
Papar dan Kawang.
5 Adat resam kelahiran masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di
Semenanjung Malaysia mempunyai banyak persamaan seperti adat berpantang,
menempah bidan dan melenggang perut juga diamalkan oleh masyarakat
tersebut.
6 Masyarakat Bajau amat terkenal dengan tarian Brunsai. Tarian ini tidak
diiringi oleh alunan muzik atau bunyi-bunyian tetapi mengutamakan kalang,
iaitu seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
7 Tarian Brunsai biasanya dipersembahkan pada waktu malam untuk meraikan
majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran atau
meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian
yang berwarna warni seperti seluar (hitam, biru, merah) dan baju serta tanjak
yang mempunyai corak-corak menarik.

Murut
1 Kaum Murut merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sabah yang merangkumi
tiga peratus penduduk di negeri itu. Mereka dipercayai berasal dari Annam
(Indochina) dan berhijrah ke Borneo melalui Filipina. Kebanyakan anggota
suku kaum Murut menganut agama Kristian.
2 Perkataan Murut merujuk kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit
atau tanah tinggi di pedalaman Sabah. Selain itu, ada juga orang Murut yang
tinggal di beberapa buah kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan,
Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.
3 Orang Murut terbahagi kepada beberapa kelompok seperti Murut Tahol atau
Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut
Serundung. Kaum Murut mempunyai bahasa yang berbeza antara satu suku
kaum dengan suku kaum lain yang disebabkan faktor geografi.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 44

4/29/13 10:24:36 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

45

4 Secara tradisinya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang mengandungi


antara 30 hingga 100 buah bilik. Setiap rumah panjang menempatkan 10
hingga 20 buah keluarga yang hidup secara harmoni dalam sebuah keluarga
yang besar. Ketua rumah panjang dikenali sebagai Orang Tua. Selain itu, ada
juga orang Murut yang tinggal dengan membina penempatan secara individu
di sepanjang sungai.
5 Pada zaman silam, orang Murut terlibat dalam amalan memburu kepala,
tetapi amalan itu telah lama ditinggalkan. Kegiatan ekonomi mereka kini ialah
menanam padi huma dan ubi kayu, berburu binatang liar dengan menggunakan
sumpitan, menangkap ikan dan memunggut hasil hutan. Mereka mahir dalam
membuat perahu dan menurunkan kepakaran itu kepada generasi seterusnya.
6 Kaum Murut dahulunya mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka
percaya bahawa setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh
tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno ialah kuasa ghaib yang
mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang. Pada masa ini,
kebanyakan suku kaum Murut beragama Kristian.

Gambar 3.4 Pakaian Tradisional Orang Murut

7 Tarian Magunatip merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat Murut


daripada suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal daripada perkataan apit
yang bermakna jepit, iaitu ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di
antara dua batang kayu (buluh) jika tidak cekap mengelakkannya.
8 Tarian Magunatip biasanya tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi
buluh yang dilagakan itu mengeluarkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama
yang menarik. Tarian ini dipersembahkan untuk memeriahkan lagi sesuatu
upacara yang diadakan.
9 Suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya
ditarikan di lantai khas berukuran 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah
rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang
berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti spring.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 45

4/29/13 10:24:36 AM

46

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

10 Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun sebagai tanda untuk


mengeratkan silaturahim. Pada masa lalu, tarian itu dipersembahkan untuk
menyambut kepulangan pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah
berjuang di medan pertempuran.

MelayuBrunei
1 Orang MelayuBrunei datang ke Sabah ketika negeri itu berada di bawah
kekuasaan Kesultanan Brunei. Pada peringkat awalnya, ada di antara mereka
yang dihantar oleh Sultan Brunei untuk berkhidmat sebagai pentadbir di
Sabah. Mereka beragama Islam dan turut berperanan dalam menyebarkan
agama Islam di Sabah.
2 Kebanyakan orang MelayuBrunei menetap di Kimanis, Papar dan Padas
Kalias. Kegiatan ekonomi mereka lebih tertumpu kepada berdagang, bertani
dan memungut hasil laut.

Bisaya
1 Bisaya ialah suku kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang
pantai Borneo. Petempatan mereka tertumpu di sekitar daerah Beufort,
Sungai Padas, Sungai Klias dan Pulau Gaya di Labuan. Menurut kepercayaan
tempatan, perkataan Bisaya dikatakan berasal daripada sebutan Mabisa Iya
yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah,
serta cantik molek. Sebutan itu kemudiannya telah bertukar kepada Bisaya
sehingga kini.
2 Suku kaum Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum
Dusun, Murut dan Rungus. Mereka adalah antara suku kaum asli terawal
yang menerima kemasukan agama Islam sejak awal abad ke-13. Agama Islam
disebarkan kepada suku kaum Bisaya melalui hubungan perdagangan dengan
para pedagang dari tanah Arab.
3 Kegiatan ekonomi Bisaya tertumpu dalam bidang pertanian dan penternakan.
Mereka juga berburu binatang liar di hutan dan menangkap ikan. Kaum Bisaya
juga mahir dalam seni kraf tangan dan sebahagian besar daripada peralatan
kraf tangan digunakan dalam kehidupan harian mereka.
4 Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu tarian bubu. Tarian ini
biasanya dipersembahkan dalam upacara perkahwinan, pertunangan dan
jamuan masuk rumah baru. Mereka juga percaya kepada kuasa ghaib, dan
seiring itu dukun atau pawang sering menjadi perantaraan antara mereka
dengan alam ghaib.

Orang Suluk
1 Orang Suluk berasal dari kepulauan Sulu di selatan Filipina sejak dari zaman
Kesultanan Sulu. Mereka tidak memanggil diri sebagai Suluk, tetapi menggelar
diri sebagai Tausug yang bermaksud Orang dari Sulu.
2 Orang Suluk menganut agama Islam dan kegiatan ekonomi mereka ialah
memungut sarang burung, hasil hutan dan hasil laut. Kawasan petempatan

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 46

4/29/13 10:24:36 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

47

mereka tertumpu di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota


Kinabalu, Menggatal, Tuaran dan Telipok.
3 Tarian Bolak-bolak ialah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan
gabbang. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis keramaian ditarikan oleh
kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna-warni.
4 Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam
dengan tangan, dua bilah kayu dalam sebelah tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

3.4.3 Kedatangan Masyarakat Imigran di Sabah


Orang Cina
1 Kemasukan orang Cina di Sabah agak berbeza dengan kaum Cina di Tanah
Melayu kerana kedatangan mereka tidak didorong oleh pembukaan kawasan
lombong bijih timah. Sebaliknya, kedatangan orang Cina di Sabah adalah
akibat galakan daripada syarikat-syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British (BNBC).
2 Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua
tenaga buruhnya dibawa masuk dari negara China. Selain itu, perkembangan
perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh-buruh
Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah
dengan hampir separuh tenaga buruhnya terdiri daripada orang Cina.

Orang Indonesia
1 Buruh dari Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh BNBC untuk bekerja
di ladang tembakau dan getah. Buruh-buruh dari Jawa mula tiba pada tahun
1882, iaitu seramai 70 orang dibawa masuk dari Singapura oleh seorang ahli
syarikat, iaitu W.H. Read.
2 Buruh dari Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian
Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara
teratur apabila pihak BNBC menjalin satu persetujuan dengan kerajaan Belanda
untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga tahun. Akibat perkembangan
pesat perusahaan getah di Sabah.
3 Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke
Sabah semakin bertambah ramai, iaitu ketika perusahaan getah berkembang
dengan pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa (termasuk sebilangan
kecil orang Indonesia yang lain) yang tiba di Sabah berjumlah 5,510 orang.
4 Pada tahun 1921, bilangan orang Indonesia yang tiba di Sabah telah
meningkat kepada 11,223 orang dan seterusnya 10,014 orang pada tahun 1931.
Kebanyakan orang Indonesia datang untuk mencari pekerjaan sementara
dan ramai antara mereka yang berulang alik di antara Sabah dengan tempat
asal masing-masing.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 47

4/29/13 10:24:36 AM

48

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

Orang India
1 Orang India seperti masyarakat imigran yang lain mula bertapak di Sabah sejak
di bawah pentadbiran BNBC. Pada awalnya, kehadiran mereka lebih tertumpu
dalam beberapa sektor tertentu seperti bidang pentadbiran, sokongan dan
teknikal.
2 Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan
di beberapa buah jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan
Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai
kakitangan, sama ada pada peringkat pentadbiran mahupun pada peringkat
bawahan.
3 Perkembangan ini memperlihatkan cara kemasukan mereka agak berbeza
dengan masyarakat India di Tanah Melayu, terutamanya orang Tamil yang
dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang-ladang getah. Sebaliknya,
masyarakat India di Sabah dibawa masuk untuk mengisi jawatan dalam pelbagai
jabatan kerajaan di bawah pentadbiran BNBC.
4 Keadaan ini berlaku kerana BNBC menghadapi masalah kekurangan kakitangan
akibat keengganan bangsa Eropah yang lain untuk datang berkhidmat di Sabah
atas alasan bahawa negeri itu masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar
berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura.
5 Kedatangan orang Sikh ke Sabah pada tahun 1882 untuk berkhidmat dalam
pasukan keselamatan BNBC telah melahirkan satu komuniti peranakan baharu
yang dikenali sebagai peranakan Punjabi. Perkahwinan campur pertama
di Sabah dalam kalangan orang Sikh telah berlangsung pada 19 Oktober
1933 antara Sarban Singh dan Satya Kaur (nama baharu) yang berasal dari
Kepayan.
6 Perkahwinan campur tersebut berlangsung di Gurdwara Sahib Jesselton.
Perkahwinan campur kedua pula adalah antara Subedar Dewa Singh Mann
yang ketika itu berkhidmat dalam pasukan BNBC dengan Inder Kaur (nama
baharu) pada 5 Ogos 1934. Kedua-dua upacara perkahwinan tersebut
dilangsungkan oleh Bhai Kahan Singh, Granthi Sahib yang pertama untuk
negeri Sabah (Kler, tt.: 8-9).
7 Dalam perkahwinan campur, lelaki Sikh tidak menukar agamanya kerana
pentingnya kedudukan lelaki sebagai penyambung keturunan dan pengekalan
boundary serta identiti etnik mereka. Tradisi dan adat itu berkekalan sehingga
kini dan memang diamalkan oleh peranakan Punjabi yang berkahwin dengan
pasangan mereka daripada etnik yang lain di Sabah.

3.4.4 Masyarakat Bumiputera di Sarawak


1 Sarawak merupakan negeri yang terbesar dalam Persekutuan Malaysia.
Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, penduduk Sarawak
berjumlah 2.4 juta orang dengan wujudnya pelbagai suku kaum tempatan yang
merupakan penduduk peribumi negeri itu. Tidak ada negeri lain di Malaysia

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 48

4/29/13 10:24:36 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

49

yang mempunyai bilangan suku kaum yang sebegitu banyak berbanding


dengan negeri Sarawak.
2 Masyarakat bumiputera merupakan kaum terbesar yang membentuk 71.2%
daripada jumlah penduduk di Sarawak. Walau bagaimanapun, tiada suku
kaum dalam kalangan masyarakat bumiputera yang melebihi 50% daripada
jumlah penduduk di Sarawak. Kaum yang kedua terbesar ialah masyarakat
bukan Bumiputera yang mencakupi 24% dan bukan warganegara sebanyak
4.7%.
3 Dalam masyarakat bumiputera, Iban membentuk komposisi kaum yang
terbesar. Seterusnya diikuti oleh orang Melayu, Bidayuh, Melanau dan suku
kaum bumiputera seperti Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisayah, Penan, Lum
Bawang dan Punan, serta pelbagai suku kaum lain yang dikenali sebagai Orang
Ulu.
Jadual 3.2 Komposisi Suku Kaum di Sarawak, 2010
Kategori

Bumiputera

Bukan
Bumiputera

Suku Kaum

Jumlah Kecil

Iban

693,358

Melayu

551,567

Bidayuh

192,960

Melanau

119,897

Bumiputera Lain

152,074

Cina

560,150

India

7,188

Lain-lain Kaum

8,873

Rakyat Asing (Bukan Warganegara)


Jumlah Keseluruhan

Peratus

1,709,856

71.25%

576,211

24.01%

113,772

4.75%

2,399,839

100.0%

Sumber: Jabatan Perangkaan, Banci Penduduk dan Perumahan, 2010

Penduduk Persisiran
Melayu
1 Orang Melayu meliputi 23% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Mereka
secara tradisinya menetap di kawasan persisiran pantai dan bahagian muara
sungai. Kegiatan ekonomi mereka tertumpu sebagai nelayan, petani dan
peniaga. Selain itu, ada juga antara mereka yang berhijrah ke bandar untuk
melibatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan di sektor ekonomi moden
serta berkhidmat dengan kerajaan.
2 Orang Melayu dipercayai menetap di Sarawak sejak abad ke-15. Lidah Tanah
yang terletak di sekitar Sungai Sarawak adalah antara kawasan perkampungan
orang Melayu. Kawasan ini pernah ditakluki oleh kerajaan Brunei pada abad
ke-16.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 49

4/29/13 10:24:36 AM

50

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

3 Pada zaman dahulu, orang Melayu berperanan sebagai orang tengah dalam
urusan perdagangan bagi suku kaum di kawasan pedalaman, iaitu orang
Bidayuh dengan pedagang luar untuk menjual barangan seperti garam, kain,
pisau dan tempayan.
4 Orang Melayu menganut agama Islam. Mereka mendirikan sekolah pondok
untuk mempelajari agama Islam. Mereka juga mendirikan masjid dan surau
sebagai tempat ibadat dan menyebarkan agama Islam. Orang Melayu amat
kuat berpegang kepada agama Islam. Situasi ini dapat digambarkan melalui
budaya, kesenian dan adat istiadat yang diamalkan dalam kehidupan harian
mereka.
Melanau
1 Orang Melanau membentuk 4.9% daripada komposisi penduduk di Sarawak.
Mereka dipercayai sebahagian daripada penduduk asal negeri Sarawak.
Petempatan mereka tertumpu di Bahagian Ketiga dan Keempat, serta di
bahagian hilir di beberapa batang sungai seperti Sungai Igan, Oya, Mukah,
Balingian, Tatau dan Kemena. Mereka tinggal di kawasan perkampungan
seperti orang Melayu.
2 Secara tradisinya, orang Melanau bekerja sebagai nelayan dan sehingga kini,
mereka terkenal sebagai pembuat sampan dan kerja tangan yang mahir. Selain
itu, ada yang menjadi petani dengan mengusahakan padi sawah, terutamanya
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
3 Orang Melanau juga terlibat dalam menghasilkan sagu sebagai bahan makanan
dan sumber perniagaan yang utama. Pohon sagu tumbuh di kawasan yang
berpaya dan hanya boleh ditebang setelah sepuluh tahun. Tepung sagu atau
lemantak diperoleh daripada isi batang sagu yang disebut sebagai ripo. Ripo
dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu
tepung sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia.
4 Walaupun orang Melanau dan Melayu berbeza dari segi etnik, tetapi amalan
hidup kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, terutamanya mereka
yang menetap di kawasan bandar. Ramai orang Melanau yang menganut
agama Islam, di samping agama-agama lain seperti Kristian. Orang Melanau
yang bukan beragama Islam percaya terhadap kewujudan makhluk ghaib yang
dipanggil Ipok.
5 Orang Melanau menyambut Perayaan Kaul dengan meriah pada bulan April
setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal
laut supaya memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat sepanjang
berada di laut, serta menghindar daripada pelbagai wabak penyakit.
6 Perayaan Kaul disambut bagi menandakan berakhirnya musim hujan dan
kedatangan atau bermulanya musim menangkap ikan. Pada masa ini, serahang
disediakan untuk menjamu ipok. Serahang dibuat dari daun buluh dan daun
nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok
daun dan sirih ke dalamnya.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 50

4/29/13 10:24:37 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

51

7 Selain Pesta Kaul, adat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat
Melanau ialah adat yang melibatkan kematian keluarga. Namun, adat ini
berbeza-beza menurut daerah dan kampung. Bagi mereka yang mendiami
daerah Matu, adat yang berkaitan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh
unsur-unsur agama Islam.
8 Menurut adat ini, setelah selesai pemakaman, ahli keluarga mengadakan
upacara sare, iaitu rumah si mati dibuka selama tujuh malam berturut-turut
untuk dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Bagi mereka
yang beragama Islam, beberapa upacara yang bercorak agama diadakan seperti
majlis tahlil, bacaan yassin dan kenduri arwah.

Penduduk Pedalaman
Iban
1 Orang Iban atau dikenali juga sebagai Dayak Laut adalah suku kaum terbesar
yang meliputi hampir 30% daripada jumlah penduduk Sarawak. Orang Iban
mula berhijrah ke Sarawak pada abad ke-15 dan kebanyakannya menetap di
kawasan pedalaman. Kawasan penempatan awal orang Iban yang berhijrah
dari Kalimantan ialah sekitar lembah sungai di Batang Ai, Sungai Skrang,
Saribas dan Sungai Rajang.
2 Orang Iban tinggal di rumah panjang. Ketua rumah panjang dikenali sebagai
tuai rumah. Setiap rumah panjang itu biasanya mempunyai di antara 10
hingga 60 buah bilik dengan setiap bilik didiami oleh sebuah keluarga. Kerjakerja rumah di bahagian hadapan rumah dilakukan oleh orang perempuan.
Tanjau ialah beranda yang terdapat di bahagian hadapan rumah.
3 Orang Iban terkenal dengan tuak, iaitu sejenis minuman yang dihidangkan
sewaktu menyambut tetamu atau merayakan sesuatu perayaan yang besar.
Seperti suku kaum lain, orang Iban juga percaya kepada roh dan kuasa ghaib.
Mereka mengamalkan adat-adat tertentu seperti dalam upacara kelahiran,
perkahwinan dan kematian.

Gambar 3.5 Rumah Panjang Kaum Iban di Sarawak

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 51

4/29/13 10:24:37 AM

52

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

4 Kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian. Mereka juga merayakan


pelbagai jenis perayaan seperti Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap
tahun. Hari Gawai mengandungi beberapa perayaan seperti Gawai Dayak,
Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Bidayuh
1 Orang Bidayuh berasal dari Kalimantan Barat dan menetap di rumah panjang
yang jauh di kawasan bukit, pedalaman Sarawak, terutamanya di sekitar Bau
dan Serian. Mungkin atas sebab itulah mereka dikenali sebagai Dayak Darat.
Pekerjaan utama mereka adalah menanam padi huma.
2 Orang Bidayuh bertutur dalam beberapa dialek yang berkait antara satu sama
lain. Walaupun ada antara mereka yang masih mengamalkan kepercayaan
tradisi, tetapi kebanyakan orang Bidayuh kini menganut agama Kristian.
Orang Ulu
1 Orang Ulu ialah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada suku kaum
yang mendiami kawasan hulu sungai di pedalaman Sarawak. Kelompok ini
terdiri daripada 27 buah kelompok suku kaum yang sangat kecil, tetapi pelbagai
jenis dengan jumlah penduduknya bermula dari 300 orang sehingga melebihi
25,000 orang.
2 Antara mereka termasuklah suku kaum Kayan dan Kenyah, serta kelompok
minoriti yang berhampiran seperti Kajang, Kejaman, Punan, Ukit dan Penan.
Suku kaum lain yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu ialah Kayan,
Kenyah, Lun Bawang, Lun Dayeh, Penan, Murut, Berawan dan Kelabit.
3 Orang Ulu meliputi 5.5% daripada jumlah penduduk Sarawak. Sebahagian
besar daripada mereka beragama Kristian, di samping kepercayaan tradisional
yang masih kekal diamalkan di sesetengah tempat.
4 Orang Ulu biasanya mendiami rumah panjang yang dihiasi dengan pelbagai
lukisan dan ukiran kayu. Mereka juga dikenali kerana tatu yang terdapat pada
tubuh badan dan manik-manik rinci yang dipakai sebagai hiasan.

3.4.5 Kedatangan Masyarakat Imigran di Sarawak


Orang Cina
1 Orang Cina ialah kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan
Bumiputera yang meliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kawasan
petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak
dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hokkien, Foochow, Hakka,
Teochew, Kantonis dan Henghua. Mereka bertutur dengan menggunakan
bahasa Mandarin dan Hokkien.
2 Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, sejumlah kecil orang Cina
yang telah menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti
berdagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang Cina semakin ramai
berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 52

4/29/13 10:24:37 AM

LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU

53

Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan, iaitu wilayah
Canton, Fukien dan Kwantung.
3 Mereka tidak datang secara langung dari China, tetapi melalui kawasan
SambasPontianak di Kalimantan. Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka
telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an. Apabila pihak
Belanda menguasai kawasan pantai barat Kalimantan pada tahun 1823 dan
longgokan emas yang semakin kurang di kawasan itu pada tahun 1830-an,
pelombong Cina mula berpindah ke tempat lain.
4 Pada tahun 1841, pelombong Cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan
Bau di hulu Sungai Sarawak. Sebelum kemasukan mereka secara besarbesaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau. Sehingga
awal tahun 1840-an, hampir semua orang Cina di Sarawak adalah daripada
suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku kaum Hokkien menetap di
Kuching mulai tahun 1840-an.

Orang India
1 Orang India yang meliputi 0.3% orang penduduk merupakan kelompok terkecil
dalam kalangan masyarakat bukan Bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri
daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim dibawa masuk oleh James Brooke
untuk bekerja sebagai polis di Sarawak. Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan
menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini.
2 Di samping orang Sikh dan Punjabi Muslim, terdapat sejumlah kecil orang
India berketurunan Muslim yang datang ke Sarawak sebagai peniaga kain
dan pedagang. Namun, tidak ramai orang India berhijrah ke Sarawak untuk
bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi, kedudukan Sarawak yang agak
jauh daripada benua India.

Rumusan
1 Walaupun orang Melayu dan kaum bumiputera lain merupakan penduduk asal di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak, tetapi kehadiran kaum-kaum lain telah memainkan peranan
yang penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tempatan.
2 Proses perubahan ini telah memberi kesan jangka panjang kepada negara dan yang paling
ketara ialah kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
3 Kewujudan masyarakat pelbagai kaum ini tidak berlaku dengan sengaja, tetapi telah
melalui satu sejarah yang panjang, akibat penghijrahan kaum-kaum lain seperti kedatangan
pedagang Arab, Parsi, China, India dan Eropah ke Alam Melayu, serta kemasukan
penduduk dari Indonesia.
4 Seterusnya peristiwa ini disusuli dengan pembentukan masyarakat baharu yang muncul
sebagai kesan perkahwinan campur antara orang Cina, Arab, India dan Portugis dengan
masyarakat tempatan.
5 Kewujudan masyarakat berbilang kaum ini dianggap penting dalam proses perkembangan
negara dan menjadi satu daripada ciri utama dalam rupa bentuk masyarakat Malaysia kini.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 53

4/29/13 10:24:37 AM

54

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E

SOALAN ULANG KAJI DAN TUGASAN

Soalan Struktur
Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kedudukan kerajaan
di persisiran pantai menarik pedagang dari rantau
Alam Melayu untuk menjalankan kegiatan pertukaran barang dagangan seperti rempahratus, ubat-ubatan dan damar.
2 Teks
merupakan salah satu bukti penting yang menunjukkan penyebaran
agama Islam oleh pedagang Arab dan Parsi di rantau Alam Melayu.
3 Penyebaran agama
merupakan salah satu faktor utama yang mendorong
aktiviti penjelajahan pedagang Eropah sehingga ke rantau Alam Melayu.
4 Dari segi sejarah, Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan kerana kedua-dua negeri
pernah berada di bawah kekuasaan
.
5 Orang Iban atau juga dikenali sebagai
negeri Sarawak.

merupakan suku kaum terbesar di

6 Kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian. Mereka juga merayakan pelbagai jenis
perayaan seperti
yang disambut pada 1 Jun setiap tahun.
7 Pekerjaan utama orang Bidayuh adalah menanam

8 Identiti utama komuniti Baba dan Nyonya di Melaka ialah penggunaan

9 Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu


yang dipersembahkan
dalam beberapa upacara seperti perkahwinan dan jamuan masuk rumah baru.
10 Sebelum kemasukan secara besar-besaran ke Sarawak pada tahun 1841, sebilangan kecil
orang Cina telah berada di Bau dengan menjalankan kegiatan melombong
.

Soalan Esei
Jawab semua soalan di bawah.
1 Bincangkan penghijrahan intrawilayah sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2 Bincangkan sejarah pembentukan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Apakah keunikan
masyarakat minoriti ini?

Soalan Tugasan
Bincangkan soalan di bawah ini secara berkumpulan.
1 Kumpulkan beberapa bahan sejarah mengenai sejarah kedatangan masyarakat pedagang di
rantau Alam Melayu. Bahan yang boleh dikumpulkan adalah seperti dokumen bersejarah
yang disimpan di Arkib Negara Malaysia. Kumpulkan maklumat yang penting daripada
bahan yang ada dan huraikan secara ringkas kedatangan masyarakat pedagang ke rantau
Alam Melayu dari perspektif sejarah.
2 Temu bual lima buah keluarga Baba dan Nyonya yang menetap di Melaka dan kenal pasti
beberapa aspek perubahan sosiobudaya yang berlaku dalam masyarakat minoriti tersebut.

03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 54

4/29/13 10:24:37 AM

Anda mungkin juga menyukai