Anda di halaman 1dari 1

Saya ingin mengucapkan terima kasih serta syabas kepada ITBM.

Judul ini tiba ke tangan


saya dalam masa 2 hari setelah dipesan dalam talian.
Menelusuri helai demi helai 'Aktiviti Ekspresi Kreatif Untuk Remaja' ini adalah satu
pengalaman bermakna. 'Buku manual' ini menghidangkan aktiviti-aktiviti yang berguna
untuk diri sendiri serta orang lain. Input dalam karya ini juga dirasakan berguna kepada
seorang guru, jurulatih, perunding motivasi, malah ibu bapa sendiri.
Secara peribadi, saya lebih tertarik dengan Bahagian II karya ini yang mengusulkan aktiviti
'Mencatat Jurnal', serta Bahagian IV (Menggabungkan Aktiviti dalam Rawatan - Bahagian
untuk Kaunselor - saya rasa bab ini adalah 'Killer') berbanding bab-bab yang lain. Apapun,
kepelbagaian bentuk aktiviti ekpresi yang disyorkan pada kesemua bab dalam buku ini
memberi banyak pilihan kepada pembaca. Ia boleh digunapakai dalam apa jua objektif serta
kategori klien.
Paling tidak pun, pembaca boleh bermaindengan pen dan kertas warna, gam, riben,
permainan kanak-kanak, dan lain-lain material lagi (seperti disyorkan dalam buku ini) untuk
ekspresi diri sendiri; untuk menghilangkan stress, mengenang memori silam, mahupun
membina inspirasi diri yang semakin suram.
Dari sudut penterjemahan, saya kira melalui buku ini, ITBM telah menggenggam KPInya.
Laras bahasa dalam ayat-ayat pada buku ini saya fikir berjaya dimesrakan dengan laras
Bahasa Melayu serta pembaca lancar memahaminya. Cuma, sekiranya imej-imej dalam buku
dapat diterbitkan dengan warnanya, tentu lebih menarik dan berkesan. Mungkin itu akan
menjadikan makalah ini lebih mahal. Namun sekiranya itu berbaloi, bagi pencinta ilmu dan
buku, tentu bukan masalah yang besar.
Kehadrat Ilahi saya doakan, agar ITBM terus kukuh dan aktif. Penerbitan wacana-wacana
sebegini amat membantu usaha mendidik jatidiri remaja dan masyarakat dalam era android
yang kilau-kemilau ini.

Anda mungkin juga menyukai