Anda di halaman 1dari 2

Sedang aku menulis untuk blog ini, dapatlah idea untuk mencari lirik lagu Andalucia dendangan M.

Nasir
yang ditulis oleh Loloq. Liriknya cukup puitis dan mungkin sukar untuk dimengertikan oleh orang biasa.
Saya cuba menghuraikan makna di sebalik lirik untuk sama-sama dimengertikan. Sayangnya ketika M.
Nasir nyanyikan sewaktu dulu, ia diiringi penari-penari perempuan yang berpakaian seperti dalam
`hikayat 1001 malam’ – lalu hilanglah roh puisi itu! Apapun kita perhatikan lirik lagu menarik ini. (Gambar:
Aku di salah satu pintu taman di al Hambra)

Aku cuba menghuraikan dengan bahasa yang lebih mudah difahami……….mungkin kalian ada fikiran
lain.

Cahayamu bagai sabitah


Doaku kau sejahtera

= Cahaya adalah merujuk kepada sumbangan Andalucia terhadap dunia sebelum ini seperti sabitah (tak
tau makna – tolong carikan, ini bahasa Arab). Kemudian penulis/penyair berdoa kepada Allah agar
masyarakat Andalucia di sana (muslim keseluruhannya) berada di dalam keadaan sejahtera.

Biar warna kubah-kubahmu kian pudar


Untukmu setanggi ini kubakar

= Meskipun Islam telah mengalami zaman kejatuhan di Andalucia, penyair membakar setanggi iaitu
sejenis bau-bauan yang disukai oleh Nabi. Kubah melambangkan Islam walaupun di Andalucia
masjidnya tiada berkubah kerana kubah adalah seni bina Turki. Kebanyakan seni bina di Andalucia
mendapat pengaruh seni bina Damsyik dan Morocco ataupun Maghribi.

Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

= Keadaan Andalucia seperti dulu juga. Matahari yang sama pernah menyinari zaman kegemilangan
Islam di sana dengan matahari yang ada pada hari ini. Penyair ingin merasai kembali zaman
kegemilangan tersebut. Hal ini terasa apabila jiwa dan dan fikiran penyair bersatu. Jiwanya tersentuh
apabila fikirannya mengenangkan Islam di Andalucia.

Cahayamu tiada tara


Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalucia

Cahaya kegemilangan Islam di Andalucia memang hebat dan sukar ditandingi. Dan penyair
menyampaikan salam kepada orang-orang yang tertindas di Andalucia. Fakir-fakir mungkin bermaksud
masyarakat Islam yang hilang kekayaan, kehebatan dan kegemilangan.

Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu


Pohon dipinjamkan gambus dan ghazalmu
Jadi azimat

= Penyair meminta untuk mengunakan irama dan rentak muzik Andalucia yang terkenal sebagai sumber
kekuatan kepada perjuangannya. Andalucia memang terkenal dengan iramanya yang berasaskan
kemahiran petikan gitar.
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah Andalucia

= Daripada sumber kekuatan itulah ia akan membangkitkan kesedaran untuk melawan arus yang sedia
ada. Tari menongkah arus adalah satu gerakan untuk melawan keadaan sedia ada. Penyair dan
penyanyi akan menggunakan muzik sebagai alat untuk memberikan kesedaran agar umat Islam bangkit
di Andalucia. Ini cabaran kepada masyarakat Andalucia agar mereka dapat menyahutnya.

Apakah sudah kering lautan darah


Yang tertimbus di bumi al Hambra

= Atau jika tiada sahutan daripada masyarakat Andalucia, adakah ini bermakna semangat perjuangan
masyarakat yang dilambangkan dengan lautan darah sudah tiada. Semangat perjuangan mereka mati
selepas kejatuhan al Hambra ke tangan Kristian Sepanyol.

Ataupun masih bergelora


Menanti saat melimpah mengikut mata air

= Atau masih wujud semangat perjuangan cuma mereka menanti saat tiba kebangkitan itu. Mungkin pada
masa itu mata-mata air yang masih mengalir dari Seirra Nevada ke al Hambra akan mengalir deras.
Ketika itu berlakulah kebangkitan.

Antal hadi antal haqqu


Laisal hadi illa hu.

= Engkaulah (Allah) Yang Maha Petunjuk dan Engkaulah (Allah) Yang Maha Benar,
Tiada yang boleh memberi petunjuk selain daripada Engkau (Allah). Puisi ini diakhiri dengan doa dan
harapan penyair kepada Allah s.w.t. agar diberikan petunjuk dan hidayah.

http://muhaiminsulam.blogspot.com/2007/07/lirik-andalucia-loloq-dan-lagu-m-nasir.html

Anda mungkin juga menyukai