Anda di halaman 1dari 3

Cabaran Ibu Bapa dan Guru Mendepani PDPR

1. PDPR dijalankan ekoran pandemik C-19 yang tidak diingini dan di


luar jangkaan. Semua orang tidak mahu situasi ini. Oleh itu semua
pihak mencari-cari formula dan kaedah terbaik menghadapinya.
Kaedah PDPR telah dibincangkan oleh pakar-pakar dan pihak
berkenaan dan dianggap kaedah terbaik dalam situasi ini.
2. Sudah tentu sesuatu yang tidak diingini dan negara tidak ada
pengalaman menghadapinya, menyebabkan ada kekurangan dan
kelemahan yang perlu dihadapi.
3. Pihak pengajar atau guru menghadapi isu-isu :
a. Mengajar dari rumah – cabaran mengurus rumah tangga
b. Belajar teknik dan alat bantu yang baru – suatu yang berbeza
daripada pengajaran dalam kelas yang dipelajari di universiti
c. Kerenah ibu bapa yang pelbagai latar belakang
d. Sukar menilai pencapaian dan keterlibatan murid
e. Berdepan jadual PKP yang berubah-ubah SOP
4. Cabaran Ibu Bapa
a. Ada yang bekerja – anak dengan pengasuh
b. Mengurus rumah tangga
c. Mengurus perniagaan
d. Anak yang ramai – gajet tidak cukup
e. Kerenah anak-anak – bangun lambat, main game, dll
5. Empati dan saling memahami antara ibu bapa dan guru akan
menjadikan suasana pembelajaran serta hubungan akan harmoni
6. Tingkatkan kemahiran komunikasi menggunakan media sosial agar
tidak berlaku konflik sesama ibu bapa dan guru

Tip Buat Ibu Bapa - Menggalakkan keterhubungan sekolah

Pakar Paediatrik & Kesihatan Remaja

Ibu bapa mempunyai peranan dalam keterhubungan kerana “pengajaran hidup”


bermula di rumah. Beberapa perkara yang anda boleh lakukan:
 Kenal pasti kelakuan diingini dan tidak diingini. Perhatikan kelakuan
anak anda serta juga kelakuan anda! Anak-anak banyak meniru kelakuan
kita. Kemungkinannya tinggi mereka mencontohi anda.
 Asah kemahiran mendengar anda. Semasa perbualan, berikan peluang
untuk anak anda bercakap. Jangan mencelah; anda boleh bercakap apabila
dia selesai. Jika dia bercakap dengan kasar, tegur anak anda. Ingatlah
untuk mengekalkan rasa hormat sepanjang masa dan anak anda akan
mencontohi amalan ini.
 Tetapkan jangkaan yang munasabah. Bincangkan jangkaan anda untuk
pembelajaran dan kelakuan secara jelas. Ketahui kekuatan dan kelemahan
anak anda dan tetapkan jangkaan yang mampu dicapai berdasarkan ini.
 Berikan pujian sewajarnya. Apabila memuji, elakkan kepujian yang terlalu
umum atau menumpukan kepada kebolehan (contohnya, “Syabas”, “Kamu
sangat pintar”, dsb) kerana itu akan membawa lebih keburukan daripada
kebaikan. Sebaliknya, pastikan pujian itu ikhlas dan spesifik (contohnya,
“Kamu telah bekerja keras dalam pelajaran dan cemerlang dalam
peperiksaan, syabas!”)

Kajian
Mengapakah keterhubungan sekolah itu penting? Kajian menunjukkan bahawa
pelajar lebih cenderung untuk berjaya dalam akademik apabila mereka berasa
terhubung dengan sekolah. Sebaliknya, pelajar yang kurang terhubung dengan
sekolah lebih berkemungkinan menunjukkan prestasi lemah dalam pelajaran dan
terlibat dalam kelakuan negatif.

Gaya Keibubapaan Yang Baik Untuk Mendidik Anak-anak

Negatif
Rendah kasih sayang – Tinggi kawalan
Tinggi kasih sayang – rendah kawalan
Rendah kasih sayang – rendah kawalan

Positif :
Tinggi Kawalan dan Tinggi Kasih Sayang – seimbangkan – ini yang terbaik
Adab dan Etika Dalam Kumpulan Whatsapp Sekolah
1. Baca dulu, baru tanya – jangan tanya soalan yang sama
2. Empati dengan masa guru – usah tanya hal remeh temeh, kalau perlu
mesej personal
3. Gunakan ejaan penuh, elak huruf besar.
4. Beri salam dan tanya kelapangan masa guru
5. Jauhi hantar mesej berantai
6. Jauhi hanyar mesej luar topik atau isu sensitif, politik, berita palsu dll
7. Jangan iklankan bisnes (kecuali dibenarkan)
8. Elak gurauan melampau, sembang kosong
9. Elak berbahas perkara yang terlalu serius atau berbincang perkara yang
perlu dibincang secara bersemuka (mesyuarat)

Anda mungkin juga menyukai