Anda di halaman 1dari 1

Kolej Burhanuddin Helmi

Colleges Office
Rujukan: UKM2.4/261/2/2 (01)
Tarikh: 25 Febuari 2014

Prof. Madya Dr. Kadderi Md Desa


Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Madya,
PERMOHONAN PEMBUKAAN RUANG JUALAN DI CAFETRERIA KOLEJ
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman Prof. Madya, Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Sekretariat Majlis Jamuan
Makan Malam 2013/2014 ingin melakukan perniagaan kuih pau di cafeteria kolej. Perniagaan ini akan
dilakukan selaras dengan waktu operasi cafeteria kolej.
3.
Cadangan jualan ini menjadi salah satu inisiatif bagi ahli sekretariat kami bagi menjana kewangan
yang menjadi dana bagi aktiviti Majlis Makan Malam Tahunan KBH sesi 2013/2014. Penjualan kuih pau
di cafeteria kolej akan diurus selia secara sepenuhnya oleh ahli sekrtariat.
4.
Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat memohon daripada Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi
untuk membenarkan aktiviti jualan kami di cafeteria kolej secara sah dengan tujuan yang dinyatakan.
5.
Oleh hal yang demikian, kami berharap agar cadangan ini diberi pertimbangan dengan sewajarnya
oleh pihak pengetua. Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ANIS ANWAR BIN SUHAIMI)


Ketua Pengarah
Program Burhanese Chronicle
Kolej Burhanuddin Helmi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pejabat Kolej Burhanuddin Helmi, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: 03-8921 5105, Faksimili: 03-8921 5199 Laman web: www.ukm.my/upp
Emel: ppkbh@pkrisc.cc.ukm.my

Anda mungkin juga menyukai