Anda di halaman 1dari 2

Contoh Buat Wanita Muslimah

Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini,
saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita.
Dan hari-hari yang saya lalui di tempat saya menyambung belajar ini, saya
melihat pelbagai ragam dan jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin
berkongsi dengan kalian akan tajuk mengenai, 'WANITA'.
Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat
bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari
ini. Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanitawanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar,
terutamanya kepada agama mereka sendiri. Rasulullah SAW bersabda;
" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah
terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah
fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki
daripada (fitnah) wanita." ;HR Bukhari.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu


jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan
mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha
pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak
diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.
Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan
padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan
tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam
semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya
menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.
Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan
kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang
wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang
pendokong seorang lelaki. Siapakah wanita itu? Semestinya dialah
Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad
SAW. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan

kisah wanita ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih
menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka
untuk dicontohi.
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman
kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua
mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha
mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijah, isterinya.
Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya
berkorban demi kejayaan Islam.
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta
kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan
cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk
mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang
pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga
dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh
Saidatina Khadijah Khuwailid RA.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad
Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha
meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan
yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah
keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.
Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi
sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini? Sanggup bersusah-payah
bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanitawanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi
peribadi Ummul Mukminin ini?
Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW
atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya
Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."
Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama,
Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa
bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah
kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya
pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya
kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi
iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di

dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri
berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata,
" Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu
kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan
menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu
dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah
yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan,
sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan


Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik
daripada apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)
Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar
menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan
Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah
tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang
soleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang
sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan
kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam


dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.
Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan
hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anakanakmu?
Kesetiaan yang mendorong kegigihan
Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah
yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah
Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu
setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali
suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan
keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau
akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda
khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga
baginda pulang.
Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah,
beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga
suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan
penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan
Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti
menyediakan air untuk mengambil wuduk.
Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya
yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah
SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari
keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap
amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat
ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun
wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan


sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?
Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang
bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?
Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa
dan kaum Adam yang membacanya. Agar sebagai persediaan buat hari-hari
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai