Anda di halaman 1dari 12

HBMT 4103_V2

PENGAJARAN MATEMATIK

1.0 Pendahuluan
Bidang Matematik memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan di Malaysia.
Penguasaan topik Trigonometri amat penting untuk pembelajaran Matematik di peringkat
sekolah menengah rendah. Terdapat banyak pandangan menyatakan bahawa proses
pembelajaran matematik ini memerlukan hubung kait 4 perkara asas utama iaitu penggunaan
simbol, gambar, hubungan dengan dunia sebenar dan akhir sekali ialah perkataan iaitu sama
ada penulisan atau pertuturan. Melalui model hubungan dalam matematik ini jelas
menunjukkan bahawa semakin banyak berlakunya hubungan atau hubung kait, maka semakin
mudah pelajar untuk memahami sesuatu pembelajaran itu. Trigonometri merupakan satu
cabang matematik yang mempunyai kaitan dengan sudut segi tiga. Trigonometri juga
mempunyai kaitan dengan algebra, kalkalus dan juga penaakulan graf. Trigonometri memiliki
hubungan dengan geometri dan adalah sebahagian daripada geometri.
Trigonometri memiliki banyak faedah dan kaitan dalam kehidupan harian kita.
Trigonometri digunakan secara luas dalam bidang-bidang lain contohnya seperti dalam bidang
astronomi, perkapalan dan lain-lain bidang. Trigonometri membolehkan pelajar membuat
perkaitan di antara diagram segi tiga dan juga perhubungan numerasi yang melibatkan
simbol-simbol seperti sinus, kosinus, dan tangen. Rumus trigonometri sudut ganda digunakan
untuk nilai-nilai ukuran sisi bagi sudut-sudut yang tidak istimewa. Meskipun penggunaan
kalkulator diizinkan dalam penelitian, namun kalkulator umumnya tidak mampu menangani
masalah nombor yang memerlukan ketelitian tinggi. Kerana dalam beberapa masalah nombor
perlakuan tanpa pembulatan adalah kaedah terbaik.
Menurut Keith Weber 2005, fungsi Trigonometri merupakan fungsi pertama pelajarpelajar tidak berupaya untuk menyelesaikan.Sehubungan dengan itu, penggunaan formula
Trigonometri tidak dapat digunakan secara tepat dan betul oleh pelajar-pelajar untuk
menyelesaikan Trigonometri Asas. Langkah pengiraan pelajar adalah lebih kepada prosedur
untuk mencari jawapan yang betul. Kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar
termasuklah kecuaian dalam pengiraan dan tidak dapat menyelesaikan pendaraban pecahan
asas dengan baik. Pemahaman simbol dalam Trigonometri adalah cetek dan menyebabkan
penggunaan formula Trigonometri tidak dapat diaplikasikan secara tepat dan betul untuk
menyelesaikan masalah Trigonometri Asas.
Setelah menyedari pentingnya fungsi Trigonometri, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah menetapkan topik Trigonometri harus dimulakan pada peringkat menengah

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

rendah supaya pelajar-pelajar dapat menguasai sepenuhnya di peringkat menengah tinggi.


Konsep utama Trigonometri pada peringkat menengah rendah adalah yang paling asas iaitu
mengetahui, mengerti dan memahami bentuk dan rumus untuk sebuah segitiga.
1.1 Pengajaran dan pembelajaran Trigonometri
Pembelajaran Matematik sepatutnya menyeronokkan dan mencungkil minat untuk belajar
untuk meyelesaikan masalah. Daripada beberapa kajian literatur, didapati bahawa pengajaran
dan pembelajaran topic Trigonometri adalah lebih kepada pendekatan tradisional. Fungsi
Trigonometri

lebih

menekankan kemahiran pemahaman penggunaan kertas dan pensel

(Hirsch, Weinhold and Nichols, 1991). Penggunaan buku teks di dalam pengajaran dan
pembelajaran membolehkan pelajar-pelajar mengaplikasikan proses pencarian sudut sinus dan
kosinus untuk sesuatu sudut. Pendekatan tradisional yang digunakan terhadap pemahaman
fungsi Trigonometri oleh pelajar-pelajar telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar
mempunyai kesulitan dalam memahami fungsi Trigonometri( Weber, 2005).

Ini adalah

kerana pelajar lebih cenderung untuk menghafal sesuatu fungsi daripada memahami konsep
Trigonometri.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Trigonometri, terdapat beberapa strategi yang boleh
diaplikasikan terutamanya penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada bahan kurikulum dan sokongannya, beberapa peralatan untuk tujuan
membantu pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memenuhi keperluan kandungan
kurikulum. keupayaan komputer dan teknologi maklumat dapat membantu menyelesaikan
banyak masalah pendidikan matematik terutamanya Trigonometri. Antaranya ialah alat kira
mengira seperti kalkulator saintifik dan komputer. Kalkulator saintifik dan perisian komputer
yang sesuai adalah perlu sebagai alternatif kepada peralatan matematik yang digunakan
sekarang seperti buku sifir, peralatan geometri dan sebagainya.
Pembelajaran berbantukan komputer adalah satu kaedah yang digunakan utuk membantu
pelajar yang mempunyai masalah dalam pemahaman konsep fungsi trigonometri dengan lebih
efiektif. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah menjadikan pengajaran
guru lebih berkesan (Shahruddin & Siaw hung Teck).

Penggunaan komputer bukan sahaja

dapat meningkatkan keinginan untuk belajar malah dapat membantu guru-guru untuk dalam

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

melaksanakan sesuatu aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran (Cochroft, 1982).


Kumpulan yang belajar berbantukan komputer dapat mengekalkan maklumat yand dipelajari
mereka dalam jangka masa yang lebih lama berbanding pelajar yang belajar secara kaedah
tradisional.
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Sesetengah berupaya
memahami konsep trigonometri dengan mudah manakala yang selebihnya memerlukan
stimulus untuk merangsang pemikiran dan pemahaman mereka. Yang dimaksudkan dengan
stimulus adalah seperti gambar rajah atau animasi supaya mudah untuk mereka membuat
perkaitan antara sudut-sudut di dalam segi tiga. Pada peringkat sekolah menengah rendah,
konsep yang diajar adalah konsep yang paling asas iaitu memahami dan menggunakan sinus,
tangen dan kosinus bagi sudut tirus dalam segitiga bersudut tegak serta mengaplikasikan
penggunaan nilai tangen, sinus dan kosinus untuk meyelesaikan masalah seperti yang tertera
dalam spesifikasi kurikulum tingkatan tiga.

Contohaktiviti
aktivitipengajaran
pembelajaran
Trigonometri
Contoh
danTopik
pembelajran
Trigonometri
Tajuk

: Trigonometri

Objektif pembelajran : Memahami dan menggunakan konsep sin , kos dan tan untuk
menyelesaikan masalah
Hasil pembelajaran

: Menentukan nilai sin , kos dan tan bagi 900 3600.

Contoh aktiviti

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Rajah menunjukkan dua buah segi tiga tegak, PQR and PRS.
Diberi bahawa tan x = 158 and sin y = 21
.
(a) Cari nilai bagi kos x.
.
Teknik pengajaran guru: Penerangan
Murid diminta untuk menyelesaikan masalah ini secara berpasangan.
Murid membuat langkah- langkah penyelesaian daripada konsep yang telah dibina
mereka. Pelajar membuat perkaitan konsep dan prosedur

pada tahap ini untuk

memudahkan mereka menyelesaikan masalah yang diberi.


Murid diminta untuk menyelesaikan masalah secara individu terdahulu dan
membandingkan jawapan mereka bersama rakan mereka.

Menurut Weber (2005) untuk memahami tugasan di atas, pelajar perlu mempunyai
pemahaman fungsi dalam operasi Trigonometri. Mereka perlu memahami operasi asas yang
terdapat dalam Trigonometri terlebih dahulu sebelum menghala kepada penyelesaian masalah.

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Pengetahuan konsep dan prosedur


Pengetahuan konsep dan prosedur berkait rapat antara satu sama lain dan ianya sangat
berguna dalam membezakan dua jenis pengetahuan untuk pengembangan pemahaman
pengetahuan. Pengetahuan konsep merupakan sebuah konsep yang abstrak yang disimpulkan
daripda contoh tertentu ( Merriam- Websters Collegiate Dictionary, 2012). Pengetahuan konsep
boleh dianggap sebagai explisit dan implisit. Pemahaman konsep adalah penting dalam proses
pembelajaran. Kaedah pembentukan sesuatu konsep dikaitkan dengan pengalaman pelajar di
dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah (Azizi & Elanggovan).

Persekitaran boleh

dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman
harian pelajar(Azizi & Elanggovan).
Pengetahuan konsep digunakan dalam pengajaran Trigonometri di sekolah-sekolah
Malaysia kerana pengetahuan konsep dikategorikan sebagai pengetahuan yang melibatkan
perkaitan dan perhubungan. Pengetahuan konsep perlu diintergrasikan dalam pembelajaran
Matematik. Pengetahun prosedur didefinisikan sebagai langkah-langkah yang dilakukan untuk
mencapai sesuatu target ( Canobi, 2009). Pengetahuan prosedur adalah lebih kepada pengunaan
konstruk seperti kemahiran, strategi , penghasilan dan juga tindakan ( Byrnes & Wasik, 1991).
Contohnya, dalam Trigonometri, prosedur untuk mencari sesuatu sudut di dalam sebuah segitiga
perlu mengikut urutan langkah yang betul dalam penyelesaian masalah. Strategi penyelesaian
masalah merupakan cara yang berkesan dan boleh dikembangkan melalui pengetahuan prosedur
ini.
Pengetahuan konsep dan prosedur adalah berkaitan. Daripada pandangan pertama
pengetahuan konsep, pelajar akan meengaplikasikan pengetahuan konsep terlebih dahulu. Di
mana pelajar akan diberi penerangan tentang sesuatu perkara contohnya dalam topik
Trigonometri, mencari sudut tangen.

Selepas mendapat penerangan baharulah pelajar akan

membina pengetahuan prosedur dengan cara penyelesaian masalah. Manakala daripada


pandangan pengetahuan prosedur, pelajar akan belajar prosedur baharu konsep.

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Kemahiran Membuat perkaitan


Dalam melaksanakan kurikulum matematik, kemahiran untuk membuat perkaitan perlu
diwujudkan di kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah rendah. Ini
bertujuan untuk membolehkan pelajar berkemahiran untuk menggunakan pengetahuan
konseptual dan prosedural dalam pembelajaran mereka. Kemahiran membuat perkaitan bukan
sahaja digunakan dalam bidang Matematik yang mengaitkan topik-topik Matematik sahaja malah
dengan bidang lain juga. Contohnya, dalam bidang seni juga mengaplikasikan konsep matematik
untuk mengkaji pembinaan bangunan-bangunan dan monument yang menarik.
Ini akan meningkatkan kefahaman pelajar dalam Matematik dan menjadikan Matematik
lebih jelas, bermakna dan menarik bagi mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri
daripada beberapa bidang diskrit seperti pengiraan, geometri, algebra, pengukuran dan
penyelesaian masalah. Tanpa membuat kaitan antara bidang-bidang ini, pelajar akan belajar dan
mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.
Sebaliknya, bidang matematik akan dilihat dan dipelajari sebagai satu disiplin ilmu yang
menyeluruh serta memudahkan pemahaman dengan mengenalpasti bagaimana konsep atau
kemahiran dalam bidang yang berbeza berhubung kait antara satu sama lain,
Apabila idea matematik ini dikaitkan pula dengan pengalaman seharian di dalam dan di
luar sekolah, murid akan lebih menyedari kegunaan, kepentingan, kekuatan dan keindahan
matematik. Selain itu murid berpeluang menggunakan Matematik secara kontekstual dalam
bidang ilmu yang lain dan dalam kehidupan seharian mereka.

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

1.2 Cadangan tentang cara belajar kemahiran membuat perkaitan bagi Trigonometri
Dalam hal ini, saya akan terangkan sejauh manakah proses membuat kaitan dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar
sekolah rendah melalui 3 isi utama iaitu:

1. Matematik dalam persekitaran dan kehidupan harian.


2. Matematik merentasi kurikulum.
3. Hubung kait topik dengan topik lain dalam matematik.

Matematik Dalam Persekitaran Dan Kehidupan Harian


Hubung kait antara matematik dan kehidupan seharian pelajar adalah sangat jelas dan
konkrit. Sebagai contohnya ialah pelajar menggunakan kemahiran berkira secara mental apabila
hendak

memilih makanan apa yang boleh dibeli dengan jumlah duit yang mereka ada.

Seterusnya mengaplikasikan operasi tambah dan tolak sewaktu pembayaran. Aktiviti yang
dilakukan mereka adalah matematik dan pasti mereka sendiri tidak menyedarinya. Sekiranya
mereka sedar ini matematik, pasti semua pelajar beranggapan matematik itu mudah dan seronok.
Trigonometri merupakan satu cabang dalam kehidupan manusia mahupun secara langsung dan
tidak langsung. Trigonometri merupakan alat utama dalam ilmu ukur segitiga. Konsep
Trigonometri luas digunakan dalam bidang astronomi. Pengukuran benda-benda langit tidak
munking boleh diukur dengan menggunakan pembaris. Ianya perlu menggunakan teori
Trigonometri dengan menentukan sudut-sudut supaya ukurannya tepat dan betul.
Trigonometri juga sangat erat kaitannya dengan pekerjaan seorang ahli ilmu ukur tanah.
Pengukuran tanah adalah suatu cabang ilmu alam untuk menentukan posisi ruang dimensi tiga
dari suatu tempat pada permukaan bumi. Hasil pengukuran tanah yang diperoleh antara lain
digunakan untuk membuat peta topografi dari bumi untuk menentukan luas wilayah suatu
daerah. Ini secara tidak langsung telah melibatkan matematik dan subjek geografi.

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Sebagai contoh, murid diberi sebuah tugasan untuk mengukur tinggi sepohon pokok.
Terlebih dahulu, pelajar harus mengetahui konsep Trigonometri sebelum menyelesaikan masalah
ini. Seterusnya menggunakan pengetahuan prosedur untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk
menyelesaikan masalah pengukuran tinggi pokok, pelajar harus membuat perkaitan antara
konsep dan prosedur yang akan digunakan. Ini memudahkan mereka untuk mencari penyelesaian
nya.
Maka disini, kita dapat melihat bahawa membuat kaitan pembelajaran matematik dengan
persekitaran pelajar dapat membantu kefahaman mereka dan meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran dan pembelajaran Trigonometri. Proses membuat perkaitan dalam matematik dengan
kehidupan harian pelajar dapat membantu pembinaan pengalaman yang jelas dan penggunaan
konsep dan langkah-langkah dalam pelaksanaannya memberikan mereka kebebasan untuk
belajar sendiri dengan memanipulasi fungsi trigonometri.
Secara jelasnya, dapat dinyatakan bahawa pelajar akan mudah faham dengan apa yang
mereka telah pelajari jika dilakukan aktiviti praktikal dan melibatkan persekitaran mereka kerana
persekitaran merupakan faktor yang penting yang sangat mempengaruhi dan membantu dalam
pembelajaran pelajar.

2. Matematik merentasi kurikulum


Proses membuat kaitan dalam matematik memang dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Matematik
merentasi kurikulum ini merupakan antara proses membuat kaitan dalam matematik dimana
topik dalam subjek lain di hubungkan dengan topik matematik. Contohnya, Matematik dan Seni,
Matematik dan Geografi.
Dalam bidang seni, Matematik dilihat sebagai bidang ilmu yang berkonsepkan kuantiti,
struktur, ruang, perubahan dan lain-lain (Ahmad Ashraf, 2011). Murid diberi peluang untuk
menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti serta daya imaginasi dalam
pembelajaran mereka. Jelas sekali bahawa ilmu Matematik juga berkesan dalam menhubung
kaitkan konsepnya dalam bidang seni tertamanya seni bina. Dalam seni bina, semua bangunan

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

yang dibina adalah merujuk kepada konsep matematik yang memerlukan pengiraan yang betul
dan tepat. Reka bentuk dan corak sesebuah bangunan perlu dikira dan dirancang terlebih dahulu
menggunakan konsep-konsep Matematik. Seni reka bentuk merupakan bidang yang ada hubung
kait dengan Matematik. Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk
membangunkan sesebuah bangunan pada zaman dahulu. Konsep matematik seperti geometri dan
simetri sering digunakan. Antara salah satu sebabnya ialah proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih seronok kerana ianya berpusatkan murid dan dapat menarik minat serta
perhatian pelajar.
Sains dan Matematik sangat berkait rapat antara satu sama lain dan tidak dapat
dipisahkan. Dalam subjek Sains, terdapat banyak pengiraan yang melibatkan Matematik. Untuk
mengintegrasikan kedua-dua bidang ini, aktiviti yang boleh dilakukan ialah pembinaan robot.
Dimana pelajar harus menentukan bahagian-bahagian robot dan pemasangan robot memerlukan
ilmu matematik. Matematik juga berkait rapat dengan fizik. Dalam subjek fizik, pengetahuan
asas matematik juga diperlukan untuk menguasai mata pelajaran fizik dengan sepenuhnya.
Pelajar akan belajar mencari pecutan, kelajuan, ketumpatan, jarak dan sasaran, tekanan,
pergerakan cahaya dalam garis lurus dan lain-lain melalui ilmu matematik. Keadah matematik
diaplikasikan ke dalam masalah-masalah fizik harian.
Untuk lebih jelas, dalam pengajaran dan pembelajaran dimana dalam set induksi saya
telah hubungkaitkan matematik dengan muzik. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah lakukan
ialah dengan mencampurkan air berwarna biru dengan warna kuning dan seterusnya
menghasilkan warna hijau. Aktiviti ini bertujuan mengajar tambah dalam perpuluhan namun saya
telah mereka aktiviti yang merentasi kurikulum dan dihubung kaitkan dengan seni. Pemerhatian
yang dapat saya lihat ialah para pelajar sangat seronok dan mereka begitu cepat belajar mengenai
topik tambah perpuluhan ini kerana aktiviti yang sangat menarik minat mereka untuk melakukan
eksperimen dan menerokanya sendiri.
Selain dalam bidang sains dan seni, Matematik juga diaplikasikan dalam bidang sukan.
Dalam sesuatu permaianan, pemain yang merancang strategi dan kemahiran menjaga skor juga
memerlukan matematik. Biasanya pemain akan memilih pasukan yang dirasakan bagus dan
mempunyai masa depan yang cerah. Dalam hal ini, pemain akan menggunakan matematik secara
tidak lansung. Contohnya dalam acara lompat tinggi konsep Trigonometri juga digunakan. Atlit

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

lompat tinggi secara tidak langsung menggunakan konsep trigonometri semasa membuat
lompatan. Atlit perlu menentukan jarak untuk melompat untuk ketinggian tertentu agak lompatan
mereka sempurna.

3. Hubung Kait Antara Topik-topik Dalam Matematik


Proses menghubungkait sesuatu topik dengan topik lain dalam matematik merupakan satu
perkara asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana pembelajaran terbaik adalah
dimulakan dengan menghubungkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan pengetahuan baru
yang akan dipelajari mereka. Contohnya ialah menghubungkaitkan idea operasi darab yang telah
dipelajari sebelum ini dengan topik baru seperti Trigonometri. Kaitan antara topik darab dan
fungsi Trigonometri ini ialah darab merupakan proses bahagi songsang dan kaitan inilah yang
perlu diajar kepada para pelajar supaya mereka dapat melihat kesinambungan pembelajaran
mereka dari ilmu atau pembelajaran mereka yang lepas.
John Dewey dalam Noraini Idris(2009) juga bersetuju dengan idea menghubungkait
pengalaman lepas dengan perkara baru ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dimana beliau
menyatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan melalui pengalaman sedia
ada pelajar.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas adalah menyediakan satu soalan yang
berkaitan dengan pencarian sudut segi tiga menggunakan fungsi Trigonometri. Dalam tugasan
tersebut, murid diberi sebuah gambarrajah dan juga beberapa maklumat mengenai rajah tersebut.
Dalam tugasan tersebut, murid diminta untuk mencari satu sudut yang tidak diketahui
menggunkan fungsi Trigonometri dan juga mencari panjang sebuah sisi menggunakan Teoram
Pythagoras. Untuk meyelesaikan masalah yang diberi, pelajar harus membuat kesinambungan
fungsi Trigonometri dengan topik teorem Pythagoras untuk meyelesaikan masalah tersebut.
Sekiranya pelajar memahami konsep Trigonometri maka mereka tidak mempunyai masalah
dalam mencari panjang menggunakan teorem Pythagoras kerana kedua-dua topik ini adalah
berkaitan.

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Melalui aktiviti ini, masalah pembelajaran mereka akan dapat diatasi dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih mudah dan senang untuk difahami. Secara tidak

langsung

pengalaman sedia ada mereka telah membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah
kerana latihan yang diberi kepada mereka perlu berterusan supaya mereka dapat memahami
konsep Trigonometri dengan lebih mudah dan berkesan.
Pada pendapat saya, pembelajaran secara menghubungkait topik yang telah dipelajari
dengan topik baru merupakan satu perkara wajib supaya selain dari memudahkan pelajar untuk
memahami konsep baru, pelajar juga akan dapat melihat perhubungan dan kaitan antara ilmu
yang mereka telah pelajari dengan apa yang bakal mereka pelajari hari itu. Ini bukan sahaja dapat
membuka jalan kefahaman kepada mereka, malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih professional dan menarik perhatian pelajar.
2.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, Trigonometri boleh mengembangkan kemahiran berfikir pelajar
sekolah menengah rendah secara kreatif dan inovatif. Ilmu Trigonometri boleh menjadikan
sesuatu pengajaran

dan prose pembelajaran yang lebih seronok dan seterusnya mengasah

kemahiran mereka dalam membuat perkaitan di antara konsep dan prosedur yang digunakan
mereka. Justeru, pelajar sekolah menengah rendah tidak akan berasa bosan dan kekok semasa
menjawab soalan trigonometri yang melibatkan proses berfikir. Daripada menghafal sesuatu
rumus trigonometri, pemahaman konsep telah meringankan beban pelajar dalam memahami
konsep Trigonometri. Ilmu Trigonometri digunakan secara luas dalam bidang-bidang yang lain
dan telah terbukti bahawa pentingnya peranan trigonometri dalam penyelesaian masalah harian
kehidupan manusia.

(2656 perkataan)

HBMT 4103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK

Rujukan
Ahmad Ashraf b. Ahmad Shaharudin ( 2011). Matematik dan Seni. Vol 33. No 2:31-36
Bethany Rittle-Johnson, and Michael Schneider Developing Conceptual and Procedural
Knowledge of Mathematics
Keith Weber ( 2008 ). Teaching Trigonometric Functions: Lessons Learned from Research .
Connecting Research to Teaching., Mathematics Techers, Vol 102.
Shaharuddin Bin Md Salleh & Siaw Chung Teck . Keberkesanan Pbk Bertajuk Trigonometri
Yang Disediakan Oleh Kpm Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Empat Buah Sekolah
Di Johor Bahru. Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia
Shaharuddin Bin Md Salleh & Nurul Ain Bahyaqh Binti Baharuddin. Pembangunan Perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri
Menggunakan Pendekatan Tutorial . Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai