Secara keseluruhanya, Program transisi Tahun 1 telah berjalan dengan lancar
seperti yang telah dirancang. Program Transisi ini telah memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 1 Mawar tentang dunia baru sekolah rendah. Melalui program ini, murid-murid telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sebenar sekolah dengan cepat. Murid-murid Tahun 1 juga berpeluang untuk bersosial dikalangan rakan-rakan yang baru dan tidak kekok semasa sesi persekolahan berlangsung. Sepanjang program ini, semua murid mampu untuk bekerjasama sesama guru dan sesama murid-murid. Murid-murid dapat mengikut arahan guru dan peraturan sekolah. Murid- murid lebih bersedia untuk belajar dengan baik. Penglibatan semua murid Tahun 1 memuaskan. Semua murid tahun 1 Mawar dan guru Tahun 1 menunjukkan semangat yang tinggi dalam menjayakan program walaupun murid-murid tahun 1 Mawar agak aktif dan banyak karenah. Murid-murid lebih bersemangat untuk datang ke sekolah dengan perasaan gembira tanpa banyak masalah.