Anda di halaman 1dari 10

Bil 1/ Pin 0/ 071207

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI 2014


PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Peringkat Kebangsaan
1.

PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolahsekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan
induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai
tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap
kategori iaitu:
a. Kategori Lelaki
b. Kategori Perempuan
1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh
dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa
sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama.
Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan
dibatalkan.
1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.

PENDAFTARAN

3.

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada murid-murid yang
sedang menuntut di sekolah rendah (Tahun 3-6).
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota
simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan
tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di
sahkan Guru Besar untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga
pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh
menyebabkan pendaftaran dibatalkan.
PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan sahaja.
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah
ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut potong sahaja (dibenarkan berladam).
3.4 Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa
pertandingan kawad.
3.5 Jika gagal mematuhi Perkara 3.4 di atas, penalti di bawah perkara berkaitan
aksesori tidak di tempatnya akan dikenakan.
3.6 Aksesori yang dinilai hanyalah sarung tangan putih sahaja. Aksesori lain iaitu
jambul, mafla, anklet dan selempang tidak dibenarkan.
3.7
Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu
sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran
hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.
3.8
Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi
hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa
pemeriksaan pakaian.
3.9 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik
sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau
aksesori yang tidak di tempatnya.
4 PADANG KAWAD
4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).
4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara
kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau
manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ).
4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau
kuning.
4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar
5 JANGKA MASA PERSEMBAHAN
5.1

5.2
5.3
5.4

Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 13 minit.


Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar
pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua
anggota keluar dari litar. Selepas 13 minit, persembahan tidak akan dinilai.
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan
sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad
asas dan kawad formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan
didahului kawad asas.
Isyarat akan dibunyikan:

5.1
5.2

pada minit ke 11. (sekali)


masa tamat. (dua kali)

6 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

7.

6.1

Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi


beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

kawad pasukan unit

6.2

Bilangan Anggota:
6.1
Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua
Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang atau
lebih daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa
pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
6.2
Jika ada anggota yang sedang bertanding tidak dapat meneruskan
pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan
anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.
6.3
Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan
kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.

6.3

Pemeriksaan Pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar
mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar pertandingan
kawad.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :


Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau
ATM.
7.1.

Kawad Asas:
a.
Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3
barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan
(tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah
seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.
b.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan
menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.
c.
Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak.
d.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh
bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depan
e.
Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua
Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka
barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk
diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun
hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.

f.

Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib


melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri
bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.
ii.
Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan
bertiga-tiga, ke belakang pusing
iii.
Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:
Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusing
iv.
Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan
menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

g.

Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh


bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.
Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.
Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik).
Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing.
Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan apabila
membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah
platun melepasi kon D dan sebelum kon A.
Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan
pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, contoh
bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan
melintang melintasi para hakim.
Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri
bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.
Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad
berada antara kon C dan kon D.
Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan
dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi
kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut
urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.
ii. Hormat
ke
hadapan.
Bahasa
hukuman:
Hormat
ke
hadapan....hormat.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah
semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah,
maju.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima
sijil, hormat ke hadapan.......hormat.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak
ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.

h.
i.
j.
k.
l.

m.
n.
o.

p.

vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat,
cepat jalan.
viii.Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke
belakang....pusing.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap
ke belakang, ke kiri......pusing.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap
ke hadapan, ke belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke
kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.
xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.
xiii.Mara mengadap, (10 14 langkah diakhiri dengan tabik). Bahasa
hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan.
(Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Peringatan :
1.
2.

3.

7.2.

Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali
hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa;
kiri, kanan, kiri)
Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke
arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun
A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad
dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar
sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja
berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun
akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama
platunnya.
Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak
dibenarkan membawa alatan.

Pergerakan Membentuk Formasi


a.
b.
c.
d.

Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun dikehendaki kembali ke


tengah litar untuk memulakan kawad formasi. Kon akan di keluarkan oleh
petugas sebaik sahaja kawad dinamik selesai.
Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti
hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali
isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ketiga.
Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang
tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih
sebagai ketua platun terbaik.

e.
f.

g.
h.

Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 3 jenis formasi


yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3
barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan
litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad
formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
Semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan ATM
adalah dibenarkan dalam kawad formasi.
Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan
kawad.

7.3. Melapor Keluar


Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa
hukuman melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan,
(Pasukan BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran
menjalankan tugas seterusnya, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan,
Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.
8.

PENALTI
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :
Semasa Kawad Asas
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Jenis Kesalahan
Pergerakan cepat jalan tidak 120 135 seminit /
Pergerakan perlahan jalan tidak 60 70 seminit
Anggota Gagal Meneruskan Kawad
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )
Terlanggar kon
Tidak mengikut urutan
Pergerakan yang bukan ditetapkan
Gerakan bukan kawad

Markah
Penalti
5

Maksimum
ditolak
3 kali

5
3
3
5
5
5
5
5

3 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Semasa Kawad Formasi


Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan
Gerakan bukan kawad
Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )
Mengeluarkan arahan / isyarat
Perlakuan / aksi kurang sopan
Menggunakan peralatan tambahan
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Unsur suara di tempat yang tidak dibenarkan

Markah
Penalti
3
3
3
3
3
3
3
3

Maksimum
ditolak
4 kali
4 kali
4 kali
4 kali
4 kali
4 kali
4 kali
3 kali

Markah
Penalti
15
10
10
5
3
3
5
5

Maksimum
ditolak
sekali
sekali
sekali
2 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Ketua Platun
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan
Bergerak bersama pasukan *
Memberi hukuman kawad di luar litar
Gagal Meneruskan Kawad
Melapor di luar litar kawad
Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya
Tidak mengikut urutan
Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan

Nota : Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad


pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar
mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di
kanan litar.
* Kecuali semasa membawa platun masuk dan keluar litar pertandingan, mara
mengadap serta formasi.
9.

PENGHAKIMAN
a.

Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim


berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran.
Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i.
Seorang Ketua Hakim
ii. Seorang Penolong Ketua Hakim (kira masa dan langkah)
iii. Empat orang hakim pakaian.
iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).
v. Tiga orang hakim Ketua Platun ( termasuk Ketua Hakim).

b.
c.

d.

e.
f.

Pengiraan markah tertinggi dan terendah ( oleh Hakim Kawad pasukan )


bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan pegawai Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu Pegawai Pasukan NGO yang bertauliah,
manakala hakim-hakim lain mestilah terdiri daripada pegawai-pegawai
Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja.
Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang
bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih
sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama
juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.
Keputusan hakim adalah muktamad.
Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i.
Pakaian
10%
ii.
Kawad statik dan dinamik
50%
iii.
Kawad formasi
30% dan
iv.
Ketua Platun
10 %
Jumlah Keseluruhan

10.

100%

g.

Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua
Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersamasama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK AKAN
DIBERI KEUTAMAAN untuk dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.

h.

Sekiranya berlaku persamaan markah di antara Ketua Platun, maka


markah kawad (bahasa hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah
diambil kira.

BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan dalam aspek-aspek
teknikal sahaja. Bantahan hendaklah dibuat secara rasmi menggunakan borang
yang disediakan bersama wang cagaran sebanyak RM300.00 kepada urus setia
pertandingan melalui pengurus pasukan masing-masing dalam masa 30 minit
selepas pasukan tersebut membuat persembahan.
Syarat-syarat Pertandingan Tamat

Lampiran II
KAWAD FORMASI
PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH RENDAH
FORMASI
Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka
keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah
disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau keduaduanya sekali.
Terbahagi kepada 2 unsur:
1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN
3. UNSUR SUARA (SELEPAS FORMASI KETIGA)
Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :
1.

Kekayaan Gerak Formasi


Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau
pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2.

Keseragaman Gerak Formasi


Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan yang berunsur kawad.

3.

Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:
a)

Gerakan dalam Unsur Kawad


Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b)

Keseimbangan dalam penggunaan ruang


Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satusatu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c)

Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk
mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam
formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi
terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini
dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan
untuk menyatukan.

d)

Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja
berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan
pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e)

Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.

UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya
a)

Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya
sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b)

Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan
formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c)

Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada
arahan Ketua platun

d)

Kesopanan
Peserta formasi tidak dibenarkan membuat pergerakan yang bertentangan dengan
pergerakan kawad seperti hormat sambil duduk dan sebagainya, tidak mengeluarkan
bahasa yang kesat / lucah atau kedengaran seperti lucah.

UNSUR SUARA
Unsur suara hanya dibenarkan dalam bentuk slogan selepas tamat formasi ketiga.
1.
2.
3.

Slogan yang betul


Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan
mengeratkan kerjasama.
Tepat
Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada
pergerakan
Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.

Anda mungkin juga menyukai