Anda di halaman 1dari 2

Gaya Hidup Sihat

To keep the body in good health is a duty,.. otherwise we shall not be


able to
keep our mind strong and clear.
~ Buddha

PENGENALAN
Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan
tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan
perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.
Setiap individu daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang
rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya
hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit kronik seperti penyakit
jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat
ekoran daripada kesedaran bahawa penyakit kronik wujud daripada corak kehidupan yang tidak
sihat.

Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat


Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah
perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan
pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting
adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula mentakrifkan perkataan
sihat sebagai:
Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak
hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.
Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu
kehidupan yang seimbang di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau
bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa

gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan,
mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.

Konsep dan Matlamat


Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya hidup yang sihat
adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas
daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan
akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup
sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.

Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat


Mental - Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani masalah dengan bijak.
Sosial - Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli keluarga, rakan, guru
dan lain-lain.
Emosi - Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya
konstruktif.
Fizikal - Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada
penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Persekitaran - Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.
Spiritual - Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta mempunyai tujuan dan
hala tuju. Di samping itu, nilai, moral dan etika juga perlu dititikberatkan

Anda mungkin juga menyukai