Anda di halaman 1dari 7

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TOPENG

Topik 9 Topeng

PENGENALAN
Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka, topeng juga digunakan di dalam persembahan drama, tarian dan
juga istiadat-istiadat pemujaan. Topeng juga dijadikan sebagai alat perhiasan di rumah. Ada juga topeng
dijadikan

sebagai

identiti

seseorang

dan

juga

ahli

kumpulan.

9.1 DEFINISI
Kata topeng berasal dari kata tup yang bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa yang disebut formatif
form (pembentukan kata) kata tup ditambah dengan kata eng yang kemudian menjadi tupeng. Tupeng
kemudian

mengalami

bebera

perubahan

sehingga

menjadi

topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai Partapukan yang membawa erti suatu lapisan yang menutupi.
Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang
menutupiluka tersebut yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

9.1.1 Fungsi Topeng


1.

Topeng sebagai lambang nenek moyang Digunakan semasa upacara memperingati keturunan Ratu

Gede Pancering Jaga atau Hyang Datonda penguasa dunia yang dipercayai oleh masyarakat Truyan di Danau
Batur.
2.

Topeng sebagai simbol dewa-dewi Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini

dinamakan Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa Ketewel, Kecamatan,
Sukawati dan Gianyar.
3.

Topeng sebagai pelengkap upacara Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi

sebagai pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian topeng ini dipentaskan pada waktu
upacara ddan dilaksanakan dengan tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat berkat.
4.

Topeng sebagai penyingkap sejarah Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan

kisah sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul keturunan, daerah, bahasa dan
sebagainya serta boleh ditontoni oleh sesiapa sahaja.
5.

Topeng sebagai Media Pendidikan Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di

mana pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu juga dapat mengenal tokoh-tokoh,
agama, seni dan budaya masyarakat setempat.

6.

Topeng sebagai hiburan Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama memalui

dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak ketawa penonton.

9.1.2 Alat dan Media


Alat

Media

Gergaji, pensil, pahat pelbagai jenis,


Pengetuk kayu, tukul, kapak, gerudi
pelbagai jenis, pisau, berus lukisan
pelbagai jenis.

Kayu, kulit lembu, kulit kambing, kulit kerbau,


kertas tebal, tanah liat, warna batik, warna-warna
tradisional, permata untuk hiasan, benang bulu,
perada.

9.1.3 Teknik
Proses penyediaan topeng menggunakan pelbagai teknik mengikut media yang digunakan.
1.

Teknik luakan dan ukiran sesuai menggunakan media kayu dan tanah liat.

2.

Teknik tampalan sesuai mengunakan media kertas.

3.

Teknik tebuk sesuai menggunakan media kulit haiwan.

Jenis-jenis Topeng

Rajah 9.1: Topeng mata

Rajah 9.2: Topeng muka

Rajah 9.3: Topeng serkup

9.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK


9.2.1 Lakaran Ide
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dilakarkan
dalam buku lakaran. Pembentukan watak-watak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang
akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau kepada penggemar topeng
sebagai bahan koleksi.

9.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan


Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza
bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan
bahan juga mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

9.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan
teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza
bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan Papier


Mashe

Rajah 9.4: Papier mashe direndam

Langkah

Koyakkan himpunkan kertas surat khabar lama bergantung kepada saiz dan bilangan topeng yang akan
disediakan.

Rajah 9.5: Proses merendam papier mashe dalam besen

Langkah

Rendam kertas di dalam bekas yang berisi air sehingga lembut agar mudah untuk dikisar.

Rajah 9.6: Mesin pengisar digunakan untuk melumatkan papier mashe

Langkah

Kertas yang telah lembut perlu dikisar menggunakan alat pengisar dan pastikan kertas tersebut dalam keadaan
lumat agar mudah dibentuk dan kukuh.

Rajah 9.7: Papier mashe telah lumat dan lembut

Langkah

Kertas yang telah dikisar perlu diperah untuk mengasingkan kandungan airnya.

Rajah 9.8: Tos atau keringkan air papier mashe

Langkah

Letakkan kertas yang telah diperah di dalam bekas. Gaulkan kertas tersebut dengan gam cair sehingga sekata
agar muddah untuk dibentuk.

Rajah 9.9: Papier mashe dikeluarkan daripada besen untuk menghasilkan topeng

Langkah

Tiup belon mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat agar ianya dalam keadaan bulat. Tampalkan kertas yang
telah bercampur gam tersebut pada bahagian luar belon, tampal hanya separuh bahagian sahaja, pastikan
ketebalannya. Simpan belon tersebut ditempat yang sesuai agar tidak kempis beberapa hari. Tanggalkan
tampalan kertas tersebut apabila ianya berkeadaan separuh kering. Jemur ditempat yang mendapat cahaya
matahari.

Rajah 9.10: Topeng papier mashe dibentuk

Langkah

Jemur tampalan kertas yang telah ditanggalkan pada cahaya matahari agar ianya menjadi kering dan keras.

Rajah 9.11: Topeng telah siap diwarna untuk peragaan

Langkah

Warna dan hiaskan topeng tersebut mengikut watak-watak atau jenis-jenis topeng yang dikehendaki.

9.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA


9.3.1 Ekspresif Diri
Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1.

Watak topeng tersebut menepati tema dan tajuk.

2.

Bahan yang digunakan sesuai dan relevan serta boleh mempamerkan hasilan yang baik.

3.

Topeng yang dihasilkan perlu dipastikan ia tahan dan selamat digunakan terutama semasa

persembahan.

4.

Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik dan

dapat memikat penonton apabila ia digunakan dalam persembahan.


5.

Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

6.

Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan

yang menarik.

9.3.2 Apresiasi
Berpandukan topeng yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalanpersoalan di bawah ini dalam proses membuat topeng.
1.

Tajuk dan tema yang sesuai.

2.

Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.

3.

Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak sesuatu topeng tersebut.

4.

Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng yang dihasilkan, bergantung

kepada watak.
5.

Kesesuaian secara keseluruhan.

RUMUSAN
Proses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan
kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk
mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping
kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan watak-watak topeng akan
menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Anda mungkin juga menyukai