Anda di halaman 1dari 4

Cara Menggunakan Applications Android Pada HyppTV

(Huawei EC6106V5)

Segalanya perlulah dilakukan atas risiko sendiri. Ia akan menamatkan


jaminan untuk HyppTV anda, dan kami tidak bertanggungjawab atas
sebarang kerosakkan.
Kegunaan
Kegunaannya adalah untuk memasang aplication Android pada HyppTV dan
menggunakan ia di decoder HyppTV.Versi asal HyppTV menghalang sokongan
tersebut, dan perkara tersebut boleh diatasi dengan tutorial berikut.

Persediaan
a)Untuk menggunakan MYIPTV ini, pengguna memerlukan HyppTV Box yang
menggunakan Huawei EC6106V5. Versi sebelum ini tidak boleh digunakan.
b)Sebuah storan USB/THUMBDRIVE pada saiz sekitar 1GB atau lebih.

Pemasangan

Langkah Pertama
Pertama sekali, sebelum memulakannya, pengguna perlulah memuat-turun fail
HyppTV_APK_Installer.zip serta fail MYIPTV.apk
Langkah Kedua
Masukkan atau copy fail HyppTV_APK_Installer.zip dan fail MYIPTV.apk ke dalam
storan USB/THUMBDRIVE.
Langkah Ketiga
Pasangkan storan USB/THUMBDRIVE tersebut ke HyppTV anda. Matikan HyppTV SetTop Box anda. Anda boleh melakukannya dengan menekan butang OFF/ON pada
bahagian belakang HyppTV STB anda.
Seterusnya, menggunakan alat kawalan HyppTV STB, mulakan semula HyppTV
anda dan tekan butang ON untuk seketika (press + hold).

Sekiranya tepat, anda akan dapat melihat suatu skrin seperti berikut;

Langkah Keempat
Menggunakan alat kawalan anda, pilih menu Apply Update from External Storage.
Seterusnya pilih fail HyppTV_APK_Installer.zip.
Pastikan anda tidak mematikan HyppTV STB anda ketika proses penaik-tarafan
dilakukan. Setelah ia selesai, HyppTV anda akan dimulakan semula secara
automatik.
Langkah Kelima
Sebaik sahaja ia dimulakan semula, anda akan dapat melihat application Hypptv
apk installer pada menu My Applications.
Langkah Keenam
Sila pilih dan tekan application hypptv apk installer, dari situ anda akan dapat
melihat fail MYIPTV.apk. Pilih serta tekan pada MYIPTV.apk untuk install application
MYIPTV tersebut.

Anda mungkin juga menyukai