Anda di halaman 1dari 24

KECONDONGAN BERITA PERSEMPADANAN PADA KES CAMAR BULAN &

TANJUNG DATU OLEH KOMPAS.COM & UTUSAN ONLINE


Ruslan Ramli*
Chang Peng Kee**
(*Student Ph.D, Media & Comm, FSSK, UKM & **Pensyarah FSSK, UKM)
Abstrak
Kajian ini dijalankan dengan dakwaan isu pencerobohan wilayah yang dicetuskan dalam
media talian sengketa persempadanan Indonesia dan Malaysia di Camar Bulan dan Tanjung
Datu. Penyelidikan ini mengungkapkan bagaimana kecondongan berita persempadanan
Camar Bulan dan Tanjung Datu dalam Kompas.com dan Utusan Online. Objektif kajian yang
didedahkan iaitu mengenal pasti kecondongan berita persempadanan Camar Bulan dan
Tanjung Datu oleh Kompas.com dan Utusan Online. Kajian ini mengguna pakai analisis
kandungan kualitatif. Pada aspek analisis kandungan diperolehi dapatan yang berbeza iaitu
Kompas.com bersifatkan dinamik, kontemporeri, dan lebih kepada konsep kewartawanan
perang berbanding damai dan netral, manakala Utusan Online bersifatkan normatif,
tradisional, dan berkonsep kewartawanan netral dan damai berbanding perang.
Keyword: Berita persempadanan, berita damai, berita perang, sengketa wilayah.
1. Pengenalan
Masalah persempadanan antar negara menjadi soalan serius yang masih berlaku di pelbagai
negara. Sampai ke hari ini sengketa persempadanan boleh dijumpai pada kes Palestin-Israel,
Laut Cina Selatan di Asia, Shinkaku Island oleh Cina-Jepun,

Sino Indian oleh Cina-India,

Batuan Tengah dan Karang Selatan oleh Malaysia-Singapura dan sebagainya.


Indonesia-Malaysia, Camar Bulan dan Tanjung Datu di

Khusus

Kalimantan antara sengketa

persempadanan yang belum selesai. Media massa secara ramai menyiarkan berita sengketa
Camar Bulan dan Tanjung Datu. Akhbar, televisyen, mahupun media talian menjadikannya
berita utama kerana peristiwanya mengandungi nilai berita yang tinggi. Setiap hari kalangan
awam memperolehi maklumat semasa tentang kes tersebut. Nilai berita tidak cuma soalan
garis panduan yang dipakai wartawan dalam membuat sesebuah berita, melainkan nilai
berita tersebut turut pula berperanan dalam pelaporan berita itu sendiri (Galtung dan Ruge;
1965, Allan; 2004, Keeble; 2005).

Krishna dan David (2001) mengatakan media menentukan apa yang menjadi berita.
Kompas.com dan Utusan Online adalah dua media talian

di dua negara berbeza yang

mengambil kira pada sengketa persempadanan Camar Bulan dan Tanjung Datu. Keduaduanya kerap menyiarkan sengketa wilayah itu bermula dari edisi Oktober 2011 sehingga
June 2015. Khusus Oktober 2011, Kompas.com dan Utusan Online, bilangan beritanya
sangat tinggi kerana mengandungi isu pencerobohan wilayah. Kompas.com mahupun Utusan
Online menyiarkan berita dengan peringkat kekerapan dan konten yang berbeza. Perbezaan
itu muncul bukan tanpa alasan, tetapi dipercaya berkaitan dengan penentuan agenda media
mahupun pembingkaian. Media telah memainkan peranan penting dalam mencorakkan
peristiwa yang berlaku di lapangan.
2.Latar Belakang
Setakat ini sudah cukup ramai para sarjana di belahan dunia mencuba untuk melakukan
penyelidikan tentang persempadanan. Mereka mengambil kira secara serius kepada kajiankajian konflik persempadanan antarnegara. Pada amnya dapatan kajian mereka mengandungi
maklumat tentang kehidupan sosial, ekonomi,

budaya, dan aktiviti rutin warga

persempadanan. Selain itu, kajian mereka merangkumi kurangnya perhatian pemerintah


dalam mengurusi keperluan warga tempatan. Rahmania (2012) mengkaji persempadanan
Indonesia dan Malaysia di Kalimantan Barat dan Sarawak, terutama tentang kehidupan sosial
dan budaya masyarakat tempatan. Umar Arifin (2011) mengkaji aspek hukum dan soalansoalan persempadanan Camar Bulan dan Tanjung Datu. The Indonesian Institute (2010) yang
membahas konflik Indonesia-Malaysia yang dikeranakan oleh soalan-soalan sosial, budaya,
tenaga kerja, serta sempadan wilayah. Selanjutnya The Indonesian Institute (2011) fokus
pula mengkaji titik-titik perbatasan Indonesia-Malaysia di Camar Bulan dan Tanjung Datu.
Kajian mereka mencari tahu akar umbi persoalan sehingga kedua-dua kerajaan berselisih.

Selari itu, Artarona (2011) mengkaji persempadanan Indonesia-Malaysia di


Entikong-Sarawak khasnya kesepakatan dan dampak perdagangan di wilayah tersebut.
Wuryandari (2010) mengkaji soalan sempadan Indonesia dan Timor Leste. Kajian ini
membincangkan pengelolaan sempadan, pengamalan kebijakan, mahupun road map
terwujudnya keamanan komprehensif di persempadanan kedua-dua negara. Penyelidikan
sempadan Indonesia dan Malaysia diamalkan oleh Sitompul (2010) dengan mengkaji konflik
di Selat Melaka. Arifin (2009) mengkaji sempadan Indonesia-Malaysia di penanda sempadan
Kalimantan. Isu persempadanan sebenar-benarnya tidak lepas dari pengaruh media.
Propaganda media melalui berita-beritanya merupakan sebuah agenda. Perkara ini nampak
jelas ketika kes Camar Bulan dan Tanjung Datu meletup di media kedua-dua negara. Pada
Oktober 2011, akhbar, televisyen, dan media talian di Indonesia dan Malaysia ramai-ramai
menyajikan berita tersebut. Hampir setiap masa kalangan awam membaca, menonton, dan
mendengarkan maklumat kegaduhan di wilayah itu. Laman web Kompas.com dan Utusan
Online adalah dua media talian berbeza yang punya intensiti tinggi menyajikan berita Camar
Bulan dan Tanjung Datu. Sesuai prinsip nilai berita, kes ini antara berita yang memiliki unsur
konflik, proximity, aktuliti, dan impak yang besar. Kes ini memenuhi kaedah jurnalistik
kerana melibatkan pemimpin tertinggi, menteri,

ahli parlimen, polis dan tentera, tokoh

masyarakat, pakar, dan warga tempatan.


Galtung dan Ruge (1965) menyatakan nilai berita boleh meliputi pelbagai kriteria
seperti frekuensi penyiaran, tidak ambigue, bermakna, bertalian dengan hal-hal negatif,
membabitkan elit kerajaan dan negara, serta keberlanjutan. Unsur- unsur tersebut dikandungi
oleh kes Camar Bulan dan Tanjung Datu sehingga sangat layak untuk disiarkan oleh media
massa kedua-dua negara. McKane (2006) juga mengatakan nilai berita terdiri atas tiga
kumpulan iaitu yang berhubungkait dengan kejadian atas suatu peristiwa, kealamian
peristiwa itu sendiri, dan perlakuan ke atas peristiwa. Dari ketiganya, kes Camar Bulan dan
Tanjung Datu mengandungi nilai berita yang terdiri atas pelbagai aspek seperti pembabitan
tokoh-tokoh ternama dan tokoh-tokoh kerajaan serta konflik. Kes ini membuat Indonesia dan
Malaysia terlibat dalam perselisihan serius. Kedua-dua kerajaan saling berlaga argumen dan
bertahan atas pemikirannya.

Media Indonesia dan Malaysia menyiarkan kes Camar Bulan dan Tanjung Datu
dengan ruang dan bilangan intensiti yang cukup tinggi. Kes ini membabitkan dua negara
berbeza sehingga mudah mempercik propaganda. Padahal media sepatutnya bekerja secara
profesional dalam menyajikan beritanya. Media tidak boleh menyiarkan berita yang berpihak
kepada salah satu negara. Media mesti objektif dalam menyiarkan peristiwa. Reese (1990)
mengatakan objektiviti berpegang pada fakta, terpisahkan dari nilai atau fikiran,

dan

wartawan bersikap sebagai penghubung netral kepada khalayak. Westersthal yang dikutip
dalam McQuail (1983) mengatakan berita secara objektif terdiri atas faktualiti dan
impartialiti. Faktualiti meliputi kebenaran dan relevansi. Impartialiti meliputi keseimbangan
dan netralitas. Faridah Ibrahim (2010) mengatakan
kewartawanan damai.

media sepatutnya membina konsep

Beritanya menekankan berita damai berbanding kewartawanan

perang.
Dalam pada itu, berita Camar Bulan dan Tanjung Datu kerapkali menghiasi agenda
pemberitaan media Indonesia dan Malaysia. Akhbar perdana mahupun media talian adalah
media massa yang mengawal pemberitaan tersebut. Akhbar Kompas dan Kompas.com serta
Utusan Malaysia dan Utusan Online ialah media yang menyajikan kes tersebut. Selepas
perkataan salah satu ahli parlimen Indonesia bahawa Indonesia kehilangan wilayah seluas
1.400 hektare di Camar Bulan dan 800 meter persegi di garis pantai Tanjung Datu, keempatempat media ini menyiarkan maklumat tentangnya. Mereka dipercaya telah membina agenda
media tersendiri. Akibatnya, hubungan antara pemerintah Indonesia mahupun Malaysia itu
pun memanas.
Kompas dan Utusan Malaysia sememangnya akhbar yang

menyiarkan konflik

wilayah tersebut. Hanya sahaja, dari segi bilangan penerbitan, Kompas.com mahupun Utusan
Online lebih kerap berbanding kedua-dua akhbar tersebut. Media talian ini memiliki corak
dan pandangan berita yang amat dinamis, kadang sama kadang beza. Hal ini boleh dijumpai
pada tajuk, berita, letak berita, sokongan berita seperti foto, grafik, stail penulisan berita dan
sebagainya. Kepelbagaian perbezaan ataupun persamaan itu antara lain dikeranakan media
agenda setting. Oleh itu, penyelidikan ini akan mengungkap kecondongan Kompas.com
mahupun Utusan Online dalam menyajikan berita Camar Bulan dan Tanjung Datu.

2. Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai pokok persoalan tentang bagaimana kecondongan Kompas.com dan
Utusan Online dalam menyajikan berita Camar Bulan dan Tanjung Datu.
3. Objektif Kajian
Kajian ini dipakai bagi mengenal pasti kecondongan berita persempadanan Camar Bulan dan
Tanjung Datu yang disiarkan oleh Kompas.com dan Utusan Online.
4. Metodologi
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengamalkan analisis isi kandungan
teks berita dalam Kompas.com dan Utusan Online. Marshall dan Rossman (1999)
mengatakan penyelidikan kualitatif merupakan pendekatan yang luas ke atas kajian fenomena
sosial dengan pendekatan alamiah dan interpretif. Selanjutnya, analisis isi kandungan iaitu
analisis untuk mengetahui dalaman suatu berita. Menurut Barelson (1952), analisis isi ialah
teknik penyelidikan untuk mendeskripsikan secara obyektif, sistematis, dan kuantitatif
tentang

dalaman komunikasi yang tampak (manifest) pada berita.

Krippendorf (2006)

mengatakan analisis isi adalah pengujian yang sistematis, dapat direplikasi melalui simbolsimbol komunikasi dan dinilai berdasarkan pengukuran, analisis statistik, menyimpulkan, dan
memberikan konteks. Eriyanto (2011) mengatakan analisis isi dipakai untuk mengenalpasti
dalaman komunikasi yang nampak secara sistematisnya. Analisis isi yang dimaksud dalam
penyelidikan ini adalah analisis yang digunapakai oleh penyelidik dalam melihat teks berita
Camar Bulan dan Tanjung Datu yang terbit di Kompas.com dan Utusan Online.
5. Hasil Kajian
Hasil Kajian yang didapati pada pengamatan teks mahupun gambar yang disiarkan
Kompas.com mahupun Utusan Online terhadap berita persempadanan Camar Bulan dan
Tanjung Datu menujukkan kepelbagaian. Kajian ini cuba mengungkapkan teks mahupun
gambar tersebut secara terperinci pada berikut ini.
1. Profil frekuensi berita dipaparkan pada jadual 1

Media
Frekuensi Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

2011

27

27.3

72

72.7

99

100

2012

16.7

83.3

100

2013

20

80

100

2014

20.7

23

79.3

29

100

2015

55.6

44.4

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

1. Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Jadual 1 menampilkan secara keseluruhan frekuensi penerbitan berita persempadanan


Kompas.com lebih besar berbanding Utusan Online. Daripada 148 berita yang disiarkan,
Kompas.com menyajikan 73% (108 berita) manakala Utusan Online seramai 27% (40 berita).
Dalam masa 2011-2015, intensiti berita Kompas.com lebih besar berbanding Utusan Online
pada periode 2011-2013, manakala Utusan Online lebih unggul berbanding Kompas.com
pada periode 2014-2015.
Selanjutnya, dalam tempoh lima tahun masa penyajian, tahun 2011 ialah masa
penyajian paling tinggi bagi Kompas.com dan Utusan Online iaitu 99 berita. Manakala tahun
2013 ialah masa penyajian paling rendah iaitu 5 berita. Pada tahun 2011, penerbitan
Kompas.com lebih tinggi berbanding Utusan Online. Kompas.com menyiarkan 72.7% (72
berita) manakala Utusan Online hanya menyiarkan 27.3% (27 berita). Berikutnya, tahun 2013
ialah masa penyiaran terendah dengan 5 berita. Pada masa ini, Kompas.com juga masih lebih
tinggi iaitu 80% (4 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 20% atau (1 berita).

2.

Profil sumber penulisan berita dipaparkan pada jadual 5.2


Media
Sumber Penulisan

Utusan Online

Kompas.com

Total

Wartawan sendiri

29

45.3

35

54.7

64

100

Agensi berita

63.6

36.4

11

100

Jaringan

21

100

21

100

Penulis luar

7,7

48

92.3

52

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan
Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015
Jadual 2 menunjukkan bahawa sumber penulisan berita dalam Kompas.com dan Utusan
Online berasal dari wartawan sendiri, agensi berita, dan penulis luar. Khusus Kompas.com,
sumber penulisan beritanya juga berasal dari jaringan medianya. Pada indikator sumber
penulisan berita ini, Kompas.com dan Utusan Online berbeza kerana Kompas.com lebih
menumpukan penulis luar manakala Utusan Online lebih dominan berasal dari wartawannya
sendiri.
Bagi sumber penulisan berita yang berasal dari wartawan sendiri, daripada 64 berita
yang disiarkan, sajian Kompas.com lebih besar 54.7% (35 berita) berbanding Utusan Online
yang hanya 45.3% (29 berita). Bahkan sumber penulisan berita yang berasal dari penulis luar,
bilangan berita Kompas.com melampaui Utusan Online. Sajian Kompas.com seramai 92.3%
(48 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 7.7% (4 berita).
Jika Kompas.com unggul pada segi wartawan sendiri dan penulis luar, Utusan Online
unggul pada sumber penulisan berita yang berasal dari agensi berita. Bilangan berita Utusan
Online

seramai 63.3% (7 berita) berbanding Kompas.com yang hanya 36% (4 berita).

Khusus sumber penulisan berita yang berasal dari jaringan, Kompas.com menyajikan 100%
(21 berita), manakala Utusan Online tiada berita.
3. Profil stail penulisan berita dipaparkan pada jadual 3
Media
Stail Penulisan Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

Straight

30

31.9

64

68.1

94

100

Feature

37.5

62.5

100

Opini/Rencana

15.2

39

84.8

46

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Mengikut jadual 3, pengkaji mendapati bahawa sama ada Kompas.com mahupun Utusan
Online lebih banyak menyajikan berita dengan stail tulisan straight. Daripada 148 jumlah
berita yang tersajikan, berita dengan stail penulisan straight tertinggi diikuti opini/rencana,
dan feature. Namun dari segi bilangan berita, Kompas.com

lebih mengungguli Utusan

Online.
Pada stail penulisan berita straight dengan jumlah 94 berita, capaian berita
Kompas.com seramai 68.1% (64 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 31.9% (30
berita).

Selanjutnya, pada stail penulisan berita feature dengan 8 berita, capaian berita

Kompas.com seramai 62.5% (5 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 37.5% (3
berita). Pada stail penulisan berita opini/rencana dengan 46 berita, capaian berita
Kompas.com sebanyak 84.8 (39 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 15.2% (7
berita).
4. Profil arah berita dipaparkan pada jadual 4
Media
Arah Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

Kewartawanan Perang

11

21.6

40

78.4

51

100

Kewartawanan Damai

14

29.8

33

70.2

47

100

Tidak berkecuali (netral)

15

30

35

70

50

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Mengikut jadual 4, pengkaji mendapati bahawa peringkat kekerapan Kompas.com dalam


sajian berita kewartawanan perang, kewartawanan damai, dan tidak berkecuali atau netral
lebih tinggi berbanding Utusan Online. Pada aspek tertentu arah berita ini, kedua-duanya
mempunyai pandangan berbeza.

Daripada 108

bilangan beritanya, Kompas.com lebih

dominan menyajikan berita kewartawanan perang (40 berita) berbanding kewartawanan


damai (33 berita) dan tidak berkecuali atau netral (35 berita). Manakala Utusan Online
daripada 40 bilangan beritanya, lebih banyak menyajikan berita tidak berkecuali atau netral
(15 berita) berbanding berita kewartawanan damai (14 berita) dan kewartawanan perang (11
berita).
Khusus berita kewartawanan perang, kekerapan berita Kompas.com

lebih besar

berbanding Utusan Online. Daripada 51 total bilangan berita, Kompas.com menyiarkan berita
kewartawanan perang seramai 78.4% (40 berita) berbanding Utusan Online yang hanya
mencapai 21.6% (11 berita). Selanjutnya sajian berita kewartawanan damai, Kompas.com
juga lebih unggul berbanding Utusan Online. Daripada 47 bilangan berita, Kompas.com
menerbitkan 70.2% (33 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 29.8% (14 berita).
Manakala sajian berita tidak berkecuali atau netral, Kompas.com juga lebih besar berbanding
Utusan Online. Daripada 50 bilangan berita, Kompas.com menyajikan berita tidak berkecuali
atau netral seramai 70% (35 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 30% (15 berita).
5. Profil arah tajuk dipaparkan pada jadual 5.5
Media
Arah Tajuk Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

Kewartawanan Perang

11

16.7

55

83.3

66

100

Kewartawanan Damai

14

31.1

31

68.9

45

100

Tidak berkecuali (netral)

15

40.5

22

59.5

37

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan
Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015
Merujuk jadual 5, hasil analisis kajian ini mendapati bahawa peringkat kekerapan
Kompas.com dalam sajian berita kewartawanan perang, kewartawanan damai, dan tidak
berkecuali atau netral lebih tinggi berbanding Utusan Online. Pada aspek tertentu arah tajuk
berita ini, kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza. Daripada 108 bilangan beritanya,
Kompas.com lebih dominan menyajikan berita kewartawanan perang (55 berita) berbanding
kewartawanan damai (31 berita) dan tidak berkecuali atau netral (22 berita). Manakala
Utusan Online daripada 40

bilangan beritanya, lebih banyak menyajikan berita tidak

berkecuali atau netral (15 berita) berbanding berita kewartawanan damai (14 berita) dan
kewartawanan perang (11 berita).
Khusus berita kewartawanan perang, kekerapan berita Kompas.com

lebih besar

berbanding Utusan Online. Daripada 66 bilangan berita, Kompas.com menyiarkan berita


kewartawanan perang seramai 83.3% (55 berita) berbanding Utusan Online yang hanya
mencapai 16.7% (11 berita). Selanjutnya sajian berita kewartawanan damai, Kompas.com
juga lebih unggul berbanding Utusan Online. Daripada 45 bilangan berita, Kompas.com
menerbitkan 68.9% (31 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 16.7% (14 berita).
Manakala sajian berita tidak berkecuali atau netral, Kompas.com juga lebih besar berbanding
Utusan Online. Daripada 37 bilangan berita, Kompas.com menyajikan berita tidak berkecuali
atau netral seramai 59.5% (22 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 40.5% (15
berita).
6. Profil sokongan berita dipaparkan pada jadual 6
Media
Sokongan Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

Gambar

20

42.6

27

57.4

47

100

Ilustrasi/Grafik

100

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Jadual 6 memberikan gambaran bahawa Kompas.com dan Utusan Online berbeza dalam
penyajian sokongan berita. Kompas.com menyertakan dua kategori sokongan berita iaitu
gambar dan ilustrasi/grafik, manakalan Utusan Online hanya menyajikan gambar sahaja atau
ilustasi/tiada grafik. Jadual ini menunjukkan pentingnya gambar bagi kedua-dua media atas
talian ini kerana bilangan gambar yang disajikannya cukup besar.
Dari segi gambar, daripada 47 bilangan yang ada, Kompas.com melampaui Utusan
Online. Kompas.com menerbitkan 57.4% (27 gambar) berbanding Utusan Online seramai
42.6% (20 gambar. Dari segi ilustrasi/grafik, Kompas.com

menyajikan 100% (6

ilustrasi/grafik) manakala Utusan Online tiada ilustrasi/grafik.


7. Profil sumber dalam penulisan berita dipaparkan pada jadual 7

Media

Sumber Dalam
Penulisan Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

13

61.9

38.1

21

100

Parlimen

15

23.8

48

76.2

63

100

Pemerintah

13

20

52

80

65

100

Tentera

14

31.1

31

68.9

45

100

Warga tempatan

40

60

15

100

Ahli pertubuhan/NGO

4.8

20

95.2

21

100

Lain-lain

100

100

100

Jumlah

40

27

108

73

148

100

Pemimpin Negara/Kerajaan/
Presiden/MPR/PM/TPM

Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Mengikut jadual 7, pengkaji mendapati bahawa sama ada Kompas.com mahupun Utusan
Online memperkasakan berbagai sumber dalam penulisan berita. Secara umum kedua-duanya
lebih dominan kepada tiga sumber penulisan berita iaitu parlimen, pemerintah, dan tentera.
Yang kurang dominan pada Kompas.com iaitu warga tempatan dan lain-lain, manakala
Utusan Online ada pada ahli pertubuhan/NGO dan lain-lain.
Pada aspek ini, Kompas.com dan Utusan Online berbeza pandangan. Paling dominan
sumber dalam penulisan berita Kompas.com kepada pemerintah (48 berita) manakala Utusan
Online kepada parlimen (15 berita). Pada aspek pemimpin kerajaan/presiden/PM/TPM,
daripada 21 jumlah berita, Utusan Online menyajikan berita lebih besar iaitu 61.9% (13
berita) berbanding Kompas.com yang hanya 38.1% (8 berita). Pada aspek parlimen, sajian
berita Kompas.com lebih besar iaitu 76.2% (48 berita) berbanding Utusan Online yang hanya
23.8% (15 berita). Selanjutnya pada aspek tentera, sajian berita Kompas.com juga lebih
tinggi iaitu 68.9% (31 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 31.1% (14 berita).
Selari itu, pada aspek warga tempatan, penerbitan Kompas.com masih lebih besar
berbanding Utusan Online. Kompas.com menyajikan 60% (9 berita) berbanding Utusan
Online menyiarkan 40% (6 berita). Selanjutnya, pada aspek pakar, sajian Kompas.com lebih
tinggi iaitu 95,2% (20 berita) berbanding Utusan Online yang hanya 4.8% (1 berita). Bagi
aspek ahli pertubuhan/NGO, Utusan Online menyiarkan lebih tinggi iaitu 66.7% (6 berita)
berbanding Kompas.com yang menyajikan 33.3% (3 berita). Akhir sekali, Kompas.com lebih
dominan pada aspek lain-lain iaitu 100% (9 berita) berbanding Utusan Online yang tiada
berita (0%).
8. Profil sumber dalam penulisan berita dalam Kompas.com dipaparkan pada jadual 8

Media
Peletakan Berita

Utusan Online

Kompas.com

Total

Terkini

100

100

Dalam Negeri

13

13

100

Muka Hadapan

100

Rencana

100

100

Sabah Sarawak

100

100

Polis & Tentera

100

100

Nasional

8.8

31

91.2

34

100

Kompasiana

49

100

49

100

Internasional

100

100

Regional

21

100

21

100

Total

40

27

108

73

148

100

Nota: K=kekerapan

Sumber: Kerja Lapangan 2011-2015

Mengikut jadual 8, pengkaji mendapati bahawa Kompas.com dan Utusan Online berbeza
dalam pelabelan menu berita. Kesemuanya bersandarkan kepada kebijakan dalaman bilik
berita. Utusan Online meletakkan berita paling dominan kepada dalam negeri (13 berita),
manakala Kompas.com paling dominan kepada kompasiana (49 berita).
Satu-satunya muka surat yang sama antara Kompas.com dan Utusan Online iaitu
nasional. Pada aspek ini, sajian berita Kompas.com lebih tinggi berbanding Utusan Online.
Daripada 34 jumlah berita, Kompas.com mencapai 91.2% (31 berita) berbanding Utusan
Online yang hanya 8.8% (3 berita).
Dalam pada itu, Utusan Online menyajikan muka surat yang tidak dimiliki oleh
Kompas.com iaitu terkini (3 berita), muka hadapan (6 berita), rencana (7 berita), Sabah
Sarawak (4 berita), polis dan tentera (4 berita). Manakala Kompas.com juga menyajikan
berita yang tidak dimiliki oleh Utusan Online iaitu internasional (7 berita) dan regional (21
berita).
6. Perbincangan
Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kecondongan berita persempadanan Camar Bulan
dan Tanjung Datu dalam Kompas.com dan Utusan Online. Kajian ini mendapati adanya
persamaan dan perbezaan kedua-dua media talian ini dalam menyiarkan berita
persempadanan. Secara amnya berita dalam pandangan kewartawanan ialah laporan atas
sebuah isu atau peristiwa. Oleh pakar konstruksi, berita dimaknai sebagai hasil interaksi
wartawan, bukan fakta sebenar-benarnya. Selanjutnya oleh pakar pembingkaian, berita
diertikan sebagai realiti yang dipilih dan ditonjolkan. Maka dalam kes persempadanan Camar
Bulan dan Tanjung Datu, Kompas.com dan Utusan Online

memainkan peranan dalam

melaporkan beritanya. Kedua-duanya mengamalkan teori penentuan agenda media dalam


menyiarkan maklumat kepada khalayak. Oleh itu, persamaan mahupun perbezaan berita
yang disiarkan oleh Kompas.com mahupun Utusan Online ialah hal yang sangat wajar.
Kompas.com lebih condong kepada pengamalan kewartawanan perang berbanding
kewartawanan damai atau berita tidak berkecuali (netral) dalam memandang kes
persempadanan Camar Bulan dan Tanjung Datu.

Kecondongan ini tergambar pada aspek tajuk berita dan arah berita yang disiarkannya.
Kompas.com

lebih condong menjalankan kewartawanan perang disebabkan pandangan

wilayah Indonesia telah dicerobohi oleh Malaysia. Dengan ideologi dan nasionalismenya,
Kompas.com menyampaikan pesan tentang kedaulatan Indonesia yang telah terampas oleh
negara lain di Camar Bulan dan Tanjung Datu. Kompas.com melaporkan berita dengan motif
membakar semangat pembacanya agar punya nasionalisme. Kompas.com ingin membentuk
dan membina wacana mempertahankan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) melalui
berita-berita.
Kecondongan perang itu boleh dijumpai pada tajuk-tajuk yang dipakai oleh
Kompas.com. Kebanyakannya tajuk-tajuk tersebut berteraskan ciri-ciri konsep kewartawanan
perang. Antara tajuk-tajuk yang diguna pakai seperti Indonesia Terus Kehilangan Wilayah
Teritorial, Indonesia Bakal Kalah dalam Masalah Perbatasan, Bagi Kami, Malaysia
Adalah Tetangga yang Berisik!, Komisi 1 DPR : Malaysia Caplok Wilayah Indonesia !,
Provokasi Malaysia (Pembangunan Mercu Suar) di Tanjung Datuk. Sesuai dengan Faridah
(2014), mengatakan ciri-ciri kewartawanan perang iaitu berorientasi keganasan, propaganda,
elit, dan kemenangan. Lynch dan McGoldrich (2005) juga mengemukakan ciri-ciri
kewartawanan perang seperti tercetusnya kata-kata yang mempertentangkan kita versus
mereka, milikmu versus milikku.
Konsep kewartawanan perang yang diterapkan Kompas.com membawa impak negatif
kepada Malaysia. Kebanyakannya tajuk yang dilaporkannya condong bernuansa propaganda
sehingga membawa imej negatif kepada pembacanya. Secara otomatik, pembaca memandang
Malaysia sebagai negara penceroboh. Pembaca akan memberi penilaian buruk kepada
Malaysia kerana telah merampas wilayah Indonesia. Kedaulatan Indonesia di Camar Bulan
dan Tanjung Datu telah diambil paksa oleh Malaysia.
Manakala Utusan Online, ianya lebih condong pada pengamalan kewartawanan damai
dan netral berbanding kewartawanan perang pada aspek arah tajuk berita. Utusan Online
memilih untuk menurunkan ketegangan berbanding membagikan propaganda kepada
pembacanya. Utusan Online tak mahu membalas balik berita-berita daripada media Indonesia
melalui kandungan propaganda mahupun agitasi. Bagi Utusan Online, menciptakan suasana
sejuk lebih penting berbanding membangkitkan api permusuhan pembacanya ke atas
Indonesia.

Kompas.com lebih dominan menyajikan kewartawanan perang kerana dipercayai


bahawa kebebasan pers yang terbina di Indonesia menyokong Kompas.com untuk lebih
progresif dalam menyiarkan tajuk-tajuknya. Apalagi isu yang dibina mengenai kedaulatan
negara. Kompas.com melalui tajuk-tajuknya mengobarkan semangat nasionalisme kepada
khalayak. Apa yang berlaku di Camar Bulan dan Tanjung Datu ialah sebuah peristiwa penting
yang mengandungi erti kedaulatan sesebuah negara berdaulat. Manakala Utusan Online
menyajikan tajuk-tajuk yang normatif yang mengandungi cooling down kepada khalayaknya.
Utusan Online mengelakkan pemberitaan provokatif kerana ianya membagi kepercayaan
kepada kerajaan tentang kes sengketa persempadanan ini. Hal ini selari dengan dapatan
kajian Faridah (2010) tentang pembingkaian berita perang dan berita damai dalam beritaberita keganasan dan terorisme yang berlaku di dunia. Ada empat televisyen yang cuba
membingkai berita-berita tersebut iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM1), televisyen privat
Malaysia (TV3), CNN, dan Al-Jazeera. Beliau mengatakan keempat-empat televisyen ini
lebih condong menyajikan berita perang berbanding berita damai dalam liputan berita
keganasan dan terorisme yang berlaku di dunia.
Sebagai isu persempadanan yang mengandungi semangat nasionalisme, Kompas.com
dan Utusan Online tak boleh mengelakkan diri daripada sajian berita yang mengandungi
konflik. Hal ini selaras dengan Galtung (1998) yang mengatakan bahawa kupasan berita
konflik sentiasa mengandungi dua konsep berita iaitu kewartawanan damai dan
kewartawanan perang. Dari segi arah tajuk berita, pengkaji mendapati bahawa Kompas.com
lebih menyerang (attack) berbanding Utusan Online yang bertahan (defense).
Kompas.com lebih menyerang dikeranakan sistem perundangan-undangan Indonesia yang
memberi kebebasan kepada medianya dalam menyiarkan berita. Manakala Utusan Online
defense juga disebabkan sistem perundangan yang berlaku di Malaysia.

Di Indonesia,

pemerintah memberi kebebasan pers, manakala pers di Malaysia dikawal oleh pemerintah.
Kompas.com memanfaatkan kebebasan pers di negaranya dalam menyampaikan maklumatmaklumat tentang kes persempadanan. Manakala Utusan Online bersikap hati-hati dan
menunggu perkembangan isu daripada media-media Indonesia sebelum menyiarkan
maklumat. Perkara ini dikenal sebagai kebebasan sistem pers sesebuah negara.

Pandangan ini selari dengan dapatan pengkaji lainnya antaranya Chew (2012) yang
mengatakan berita boleh dipengaruhi oleh sistem sosial politiknya. Safar (1996) mengatakan
setiap negara memiliki sistem media sendiri-sendiri. Syed Arabi Idid (1989) mengatakan
sistem media sesebuah negara turut dipengaruhi politik dan sistem perundangan negara
tersebut. Ignatius (2014) mengatakan saripati daripada kewartawanan damai ialah
menyiarkan suatu realiti dengan bingkai yang lebih luas, lebih berimbang, lebih dalam, lebih
akurat yang berpedoman kepada maklumat tentang konflik dan perubahan yang berlaku.
Dari segi frekuensi, secara keseluruhan bilangan berita Kompas.com lebih besar
berbanding Utusan Online. Daripada 148 berita yang disiarkan kedua-dua media talian ini.
Kompas.com menyajikan 108 berita manakala Utusan Online hanya 40 berita. Besarnya
bilangan berita Kompas.com menunjukkan bahawa media talian ini amat perduli ke atas isu
Camar Bulan dan Tanjung Datu. Ia menyusun, mengatur, memilih, menentukan, dan
menyiarkan berita tersebut kepada pembacanya. Mana yang ia anggap penting kepada
pembacanya, itu yang ia laporkan. Ia lebih mampu menjaga irama isu ini agar muncul secara
berterusan. Dengan demikian Kompas.com

secara otomatik telah mengamalkan teori

penentuan agenda media. Teori yang diperkenalkan pertama kali oleh McComb (2004) itu
mengatakan bahawa media berperanan dalam memilih dan menentukan berita. Bilik berita
ialah pemilik otoriti ke atas pelaporan sesebuah isu mahupun peristiwa. Dalam agenda
setting media, ada agenda media dengan pandangan bahawa apa-apa yang penting bagi media
akan

dianggap penting bagi publik.

Ia menonjolkan peristiwa atau isu sesuai dengan

kebijakannya. Penerapan teori penentuan agendanya sangat kuat kerana ia melewati


serangkaian proses yang bermula dari perencanaan sampai penyiaran. Manakala Utusan
Malaysia, bilangan berita yang lebih sikit berbanding Kompas.com mengertikan bahawa
pengamalan teori penentuan agendanya tidak cukup kuat. Ia lebih bersifat wait and see
dalam melaporkan isu dan peristiwa Camar Bulan dan Tanjung Datu. Ia banyak bergantung
kepada maklumat yang bersebaran dari media mana-mana sahaja, bukan dari pembahasan
dalaman organisasinya.

Dari segi sumber penulisan berita, Kompas.com dan Utusan Online berbeza. Kalau
Utusan Online lebih memperkasakan wartawannya sendiri, manakala Kompas.com
menumpukan beritanya pada penulis luar. Utusan Online

mengamalkan proses

kewartawanan klasik dengan memperkasakan kumpulan dalaman organisasi. Bagi Utusan


Online, wartawan ialah produsen berita yang bekerja untuk organisasinya. Wartawan
mempunyai tugas dan tanggung jawab membuat berita dan mengirim berita kepada
medianya. Lain halnya dengan Kompas.com. Dalam konteks berita, ia mengamalkan konsep
kewartawanan warga (citizen journalism). Kompas.com tidak hanya mengambil berita dari
wartawannya sendiri tetapi ikut mengambil berita yang berasal dari penulis luar. Kebebasan
bersuara yang dijamin oleh Undang-Undang dimanfaatkan oleh Kompas.com dalam
menyiarkan berita tersebut. Media talian ini memberi ruang kepada warga am untuk
menyalurkan fikiran mahupun gagasannya. Selain itu, Kompas.com juga memperkasakan
jaringan medianya bagi mendapatkan berita. Kumpulan media yang tersebar luas di pelbagai
bandar ialah wujud Kompas.com

sebagai media besar. Manakala Utusan Online masih

bergantung kepada wartawan dan agensi berita dalam menyiarkan

berita. Bagi Utusan

Online, ia tidak mengambil sebarang berita melainkan berita-berita tersebut harus berasal
dari lembaga rasmi. Oleh itu, kerap dijumpai berita-berita persempadanan yang bersumber
dari agensi berita seperti Bernama.
Terkait kepada aspek stail penulisan berita, Kompas.com dan Utusan Online memiliki
pandangan yang sama. Kedua-dua media talian lebih menumpukan stail penulisan berita
straight berbanding rencana dan tulisan khas. Sama ada Kompas.com mahpun Utusan Online
sangat berhati-hati dalam menyiarkan berita. Mereka lebih menumpukan berita-berita yang
bersumber dari peristiwa lapangan berbanding berita-berita yang mengandungi pendapat dan
pandangan pihak luar. Stail penulisan rencana berada di peringkat kedua terbesar dipercayai
bermaksud memberi analisis ke atas kes Camar Bulan dan Tanjung Datu. Rencana
mengandungi fikiran, pendapat, mahupun gagasan merupakan sumbangan dari masyarakat
am.

Dari aspek sokongan berita, Kompas.com dan Utusan Online juga membuat variasi
pada muka surat medianya. Kedua-duanya menambahi muka surat itu dengan gambar-gambar
yang menyertai berita. Sama ada Kompas.com atau Utusan Online melakukannya dengan
alasan estetika. Kehadiran gambar-gambar itu dipercayai untuk mempercantik tata letak (lay
out) muka surat. Hanya sahaja di antara kedua-dua media talian ini, Kompas.com lebih kreatif
kerana turut meletakkan grafik dan ilustrasi pada beritanya. Manakala Utusan Online tak ada
grafik dan ilustrasi sehingga tata letak muka suratnya tampak kering. Kewujudan gambar
mahupun ilustrasi tersebut juga berfungsi sebagai maklumat.
Pengkaji mendapati pula persamaan Kompas.com dan Utusan Online dari segi sumber
penulisan berita. Kedua-dua media talian ini lebih menumpukan sumber maklumat dari tiga
pihak iaitu pemerintah, parlimen, dan tentera. Sama ada Kompas.com atau Utusan Online
masih menganggap ketiga-tiga pihak tersebut antara sumber maklumat rasmi yang sangat
dipercayakan. Selain itu, sumber maklumat juga berasal dari pemimpin kerajaan atau
pemimpin negara, pakar, ahli pertubuhan buka negara, dan warga tempatan. Bagi soalan
sumber penulisan berita, bilik berita punya pandangan khusus yang disesuaikan dengan
agenda medianya. Hal ini selari dengan Chang et al (2010) yang menyatakan bahawa sumber
berita cenderung untuk membingkaikan maklumat yang disebarkannya kepada media. Chang
et al (2009) mengatakan pula bahawa sumber berita memainkan peranan yang penting dalam
menentukan bingkai yang dominan yang digunakan di dalam sesebuah berita. Mus (1992)
mengatakan sumber yang digunakan akan mempengaruhi kandungan berita. Boleh saja
sumber menggunakan wartawan untuk mencapai kepentingan peribadinya.
Dari aspek peletakan berita, kebanyakannya berita Kompas.com diletakkan di muka
surat Kompasiana. Ia adalah muka surat yang berasal dari penulis luar. Ia adalah pengamalan
kewartawanan warga yang wujud bagi kehadiran penulis luar. Selanjutnya berita-berita itu
diletakkan di muka surat nasional, regional, dan antar bangsa. Hal ini dilakukan kerana bagi
Kompas.com, isu persempadanan lebih tepat sebagai kes nasional. Manakala Utusan Online,
kebanyakan beritanya diletakkan di muka surat dalam negeri, rencana, dan muka hadapan.
Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti kecondongan berita persempadanan Camar
Bulan dan Tanjung Datu dalam Kompas.com dan Utusan Online.
7. Kesimpulan

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ada persamaan dan perbezaan Kompas.com dan
Utusan Online dalam menyajikan berita kes camar Bulan dan Tanjung Datu. Dari segi arah
berita mahupun arah tajuk berita, Kompas.com lebih kerap mengamalkan konsep berita
perang berbanding berita damai atau berita tidak berkecuali Manakala Utusan Online lebih
dominan mengamalkan berita-berita tidak berkecuali dan kewartawanan damai berbanding
kewartawanan perang. Kebanyakan kedua-duanya menumpukan sumber dalam penulisan
berita kepada kerajaan, parlimen, tentera berbanding penubuhan bukan kerajaan (NGO),
warga tempatan, pakar dan sebagainya. Jika Kompas.com lebih memperkasakan penulis luar
sebagai sumber berita, maka Utusan Online menumpukan kepada wartawannya sendiri.
Utusan Online mengamalkan proses jurnalistik klasik dengan memperkasakan kumpulan
dalaman organisasi berbanding Kompas.com yang mengamalkan citizen journalism
(kewartawanan warga). Dapatan kajian ini menunjukkan juga perbezaan stail penulisan
berita. Dari aspek ini, Kompas.com dan Utusan Online menyajikan stail penulisan berita
straigh, feature, dan pendapat (rencana). Dari aspek sokongan berita, Kompas.com dan
Utusan Online juga menambahi gambar pada beberapa berita. Hal ini dilakukan untuk
membuat cantik lay out muka surat. Hanya sahaja di antara kedua-dua media atas talian ini,
Kompas.com lebih kreatif kerana turut meletakkan grafis dan ilustrasi pada beritanya.
Manakala Utusan Online tak ada grafis dan ilustrasi. Dari aspek peletakan berita, kebanyakan
berita Kompas.com diletakkan di Kompasiana. Ia adalah muka surat yang berasal dari penulis
luar. Ianya ialah pengamalan citizen journalism yang menjadi ruang khusus penulis luar.
Selanjutnya berita-berita itu diletakkan di muka surat nasional dan regional diikuti
antarbangsa. Hal ini dilakukan kerana bagi Kompas.com, isu persempadanan lebih tepat
sebagai kes nasional. Manakala Utusan Online, kebanyakan beritanya disimpan di dalam
negeri, rencana, dan muka hadapan
8. Biodata
Chang Peng Kee ialah Professor Madya pada Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan. Beliau adalah pakar di bidang media dan komunikasi. Ruslan Ramli
adalah pelajar pada program studi Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM.
9. Rujukan
Affandi, Umar. 2011. Sejarah Hukum Batas Negara dan Legalitasnya di Pulau Borneo dan
Permasalahannya (Study Historis Boundary Line Convention 1981 dan 1928).

Arifin, S. 2009. Pelaksanaan Asas Uti Possidetis Dalam Penentuan Titik Patok Perbatasan
Darat Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Hukum No. 2: 183-204.
Artarona, K. Y (2011). The Indonesia-Malaysia Border Trade Agreement in 1970, and Its
Impact on Border Trade in Entikong-Tebedu Sarawak.
Baran, S. J. & Davis, D. K. 2010. Teori Komunikasi Massa, Dasar, Pergolakan, dan Masa
Depan, Jakarta: Salemba Humanika.
Berelson, B. 1952. Content analysis in communication research, New York: The Free Press.
Berner, T. R. 1992. Process of Writing News, Massachussetts: Allyn and Bacon.
Galtung, J. (1998). Peace Journalism: What, why, who, how, when, where. Paper presentes
in, What are Journalist For? Workshop, 3-6 September 1998. TRANSCEND, Taplow
Court, UK.
Galtung, J. & Ruge, M. Holmboe. 1965. The Structure of Foreign News. Journal of Peace
Research, Vol. 2, pp. 64-91.
Gustia, A.Y. 2009. Konstruksi Pemberitaan Konflik Israel-Palestin Dalam Media Cetak:
Analisis Framing ke Atas Majalah Islam Sabili dan Tempo.
Hamdan, Y & Ratnasari, A. 2012. Peran Eminent Persons Group (Epg) Dalam Hubungan
Bilateral Indonesia-Malaysia. Universitas Islam Bandung.
Handley. R. L. & Ismail, A. 2008. Territory under siege: their news, our news, and ours
both news og the 2008 Gaza Crisis, Media, War, and Conflict, Article, 3:279.
Herman, A. & Nurdiansa, J. 2010. Analisis Framing Pemberitaan Konflik Israel - Palestina
dalam Harian Kompas dan Radar Sulteng, Jurnal Ilmu Komunikasi, Vol. 8, No 2, 154
168.
Ibrahim, Faridah. & Samani, C.M. 1996. Etika Kewartawanan Edisi 2, Subang Jaya: FAR
Publisher.
Ibrahim, F. 2010. Media Framing of Peace and War News: A Comparative Study between
Malaysian TV Stations and then Global Media, Journal of Media and Information
Warfare Vol. 3, 37-54.
Ilkodar, B.S. (2012). Rezim Persahabatan ASEAN dalam Tata Kelola Lintas Perbatasan Darat
Indonesia-Malaysia Berbasis Connectivity. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
Volume 16, Nomor 2, November 2012 (110-124)
Inayati, S. R. 2007. Diplomasi Indonesia-Malaysia: Kasus Ambalat, Jurnal Komunikasi Vol.
10. No. 1: 55-62.
Kershner, W. J. 2009. The Elements of News Writing Second Edition, Boston: Pearson
Education Inc.

Krippendorf, K. 2004. Content Analysis An Introduction To Its Methodology, California:


SAGE Publication.
Marican, S. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Prentice Hall Pearson
Malaysia Sdn.Bhd.
Maxwell, N. 2011. Why Sino-Indian Border Dispute is Still Unresolved Aftar 50 Years: A
Recapitulation. SAGE Publication.
McKane, A. 2006. News Writing. London: SAGE Publication.
McCombs, M. 2004. Setting The Agenda: The Mass Media and Public Opinion, Cambridge:
Polity Press.
McQuail, D. 1994. Mass Communication Theory: An Introduction, London: SAGE
Publication.
Rahmaniah, E. 2012. Pembangunan Sempadan dan Keselamatan Insan: Kajian Kes
Keselamatan Komuniti Sempadan Paloh Sajingan Kalimantan Barat Indonesia. Tesis
Dr. Falsafah, Jabatan Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reese, S. D. 1990. The News Paradigm and The Ideology of Objectivity: A Socialist at The
Wall Street Journal. Critical Studies in Mass Communication7: 390-409.
Rezasyah, T. 2011. 17 Bom Waktu Hubungan Indonesia-Malaysia, Bandung: Humaniora.
Sobur, A. 2002. Analisis Teks Media. Suatu Pengantar untuk Analisis Wacana, Analisis
Semiotika, dan Analisis Framing. PT Remaja Rosdakarya. Bandung.
Sugiyono. 2009. Metode Penelitian Kualitatif dan Kuantitatif. Bandung.
The Indonesian Institute. 2010. Menelusuri koflict Indonesia-Malaysia. Update Indonesia.
Vol. V. No. 6.
The Indonesian Institute. 2011. Masalah Perbatasan: Tanjung Datu dan Camar Bulan. Update
Indonesia. Vol. VI. No. 6.
Tiung, L. K. & Hashim, S. 2009. Media Framing of A Political Personality: A Case Study of a
Malaysian Politician, European Journal of Social Sciences, Vol. 9, Number 3: 408.
Wibowo, W. S. I. 2010. Sikap SBY Dalam Konflik Perbatasan Indonesia-Malaysia Analisis
Makna Pada Karikatur The Jakarta Post Versi Konflik Dengan Malaysia. Jurnal Ilmu
Komunikasi Vol, II No 1.
Wuryandari, G. Pamungkas, C. Noor, F. Hadiwinata, S. B. 2009. Keamanan Di Perbatasan
Indonesia-Timor Leste, Sumber Ancaman dan Kebijakan Pengelolaannya,
Yogyakarta: Pustaka Belajar.
Zakiah, K. 2012. Pencitraan Indonesia di Media Massa Malaysia. Jurnal Ilmu Komunikasi,
Vol.2. No.1.

Anda mungkin juga menyukai