Anda di halaman 1dari 12

GAGAH MELANGKAH BAK PAHLAWAN

CEKALNYA HATI MEMBERI HARAPAN


ONAK DAN DURI SEBAGAI TEMAN
MENJUNJUNG ILMU DAN KEPAKARAN
ATAS BAHU TERPIKUL HARAPAN
DENGAN TABAH MENEMPUH SERIBU DUGA
DENGAN TABAH MENYAMPAI ILMU BERMAKNA
SEMOGA SEGALA HARAPAN JAYA DILAKSANA
BERSAMA TEKAD DAN SEMANGAT YANG DIJANA
BUKAN MUDAH MENJULANG HARAPAN BANGSA
BUKAN MUDAH MENJEJAK MIMPI WARGA NEGARA
(hadirin diminta berdiri)

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit


Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL, Puan
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, dan barisan Guru Penolong Kanan Sekolah
Kebangsaan Bangsar melangkah masuk ke Dewan Bestari

Hadirin diminta duduk

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG


MERBAH BERKICAU DIHUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahhirrahmanirrahim
Yang Berbahagia, En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor
Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPWPKL
Yang berusaha, Puan Noriah binti Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bangsar,
Yang dihormati, En. Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Bangsar
Yang dihormati, Puan Siti Maziah bt. Malik, Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum, Puan Nor Shafina bt. Yasak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan
Norsilah bt. Dali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bangsar, para ibu bapa
Dan
Yang dikasihi, para murid Sekolah Kebangsaan Bangsar..

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1


Malaysia

BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT,


DIPETIK GADIS DI TEPI TITI;
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz Najib
bin Jamri, untuk membacakan doa. Dipersilakan..
---------------------------------------------- Bacaan Doa----------------------------------------------------Amin amin yarobbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadzil Ustaz Najib bin Jamri atas
bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,


Majlis anugerah cemerlang ini merupakan pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada
putera dan puteri SK Bangsar yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Majlis anugerah cemerlang tahun 2015 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan
puteri-puteri SK Bangsar sebagai peransang kepada mereka untuk mencapai kejayaan
dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia
penuh bermakna dalam lipatan sejarah para penerima anugerah. Diharapkan ia dapat
di jadikan obor semangat kepada para penerima anugerah untuk menempa kejayaan
yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kami berharap agar sentuhan majlis ini dapat membuatkan para penerima anugerah
lebih bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan dan seterusnya dapat
mencurahkan jasa dan bakti kepada agama, bangsa dan Negara sebaik sahaja
melangkah keluar mengakhiri sesi pembelajaran di SK Bangsar

TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU,


KERANA PENAT GUGUR KE BUMI,
TAMPILLAH PUAN KAMI MERAYU,
BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bangsar, untuk menyampaikan ucapan.. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan
-----------------------Ucapan Pn. Guru Besar SK Bangsar--------------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar, atas ucapan alualuan sebentar tadi

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,


BATANG JERAMI REBAH KE BUMI;
MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI,
KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Yang Berbahagia
En.Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan JPWPKL untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bangsar bagi tahun
2015.. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

--------------------------- UCAPAN PERASMIAN-------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En.Jamil bin Kamarudin, atas ucapan perasmian sebentar tadi

DARI KEDAH KE KUALA PERLIS,


SINGGAH BERSANTAI DI TEPI JETI;
PERSEMBAHAN PEMBUKAAN MEMERIAHKAN MAJLIS,
MOGA HADIRIN TERHIBUR HATI.
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput kumpulan tarian untuk
mempersembahkan tarian pembukaan.. Dipersilakan.

------------------------------- tarian pembukaan-------------------------------------------------------Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan tarian atas persembahan sebentar
tadi

PANGLIMA MELAYU SEGAK BERGAYA


SRIKANDI NEGARA CEKAL TAAT SETIA
MELANGKAH KEMAS PENUH BERGAYA
MENGECAP KEJAYAAN YANG DICITA-CITA
TABAH MENEMPUH DUGA YANG BERBISA
TURUN NAIK GUNUNG, LEMBAH DIMANA JUA
BUKAN MUDAH MENJULANG CITA YANG DIBANGGA
BUKAN MUDAH MENJEJAK MIMPI MENJADI NYATA
SEGALA IMPIAN DAN CITA PASTI BERJAYA
BERSAMA TEKAD DAN SEMANGAT WAJA

Hadirin yang dimuliakan,


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu majlis penyampaian anugerah kepada para
penerima anugerah
Majlis menjemput Yang Berbahagia En. Jamil bin Kamarudin, dengan diiringi Yang
Berusaha Puan Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar naik ke
pentas untuk menyampaikan anugerah.. dipersilakan

Penyampaian anugerah kedudukan dalam kelas, terbaik dalam aliran dan mata
pelajaran
--------------------------------------------

aliran

tahun1------------------------------------------------------------------------------------------------

aliran

tahun 2 --------------------------------------------------------------------------------------------------aliran

tahun

------------------------------------------------------

Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Yang Berbahagia En.Jamil bin


Kamarudin untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah. Dipersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En.Jamil bin
Kamarudin, atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi

Hadirin yang dihormati,


Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput kumpulan murid Pra
Sekolah untuk membuat persembahan tarian dipersilakan

Seterusnya, acara persembahan diteruskan dengan persembahan Choral Speaking


yang akan disampaikan oleh murid-murid Tahun 5 Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Seterusnya, acara persembahan diteruskan pula dengan persembahan bercerita yang


akan disampaikan oleh adik Aisyah Najatul Iesya bt Md Nasir, dari tahun 3 Dinamik..
dipersilakan
Begitulah hebatnya persembahan tarian, Choral Speaking dan bercerita yang
disampaikan oleh anak-anak kita sebentar tadi.

PINTA KAPAS DIBERI BENANG,


KAPAS HANYUT TERUS KE MUARA;
HADIRIN DIMINTA BERTENANG,
IZINKAN KAMI MENERUSKAN ACARA.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan pula dengan penyampaian anugerah kedudukan dalam kelas, terbaik
dalam aliran dan mata pelajaran..
Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bangsar dengan diiringi oleh Pn. Siti Maziah bt. Malik untuk naik
ke pentas dan seterusnya menyampaikan anugerah.. dipersilakan..

--------------------------------------aliran tahun 4---------------------------------------------------------------------------------------------aliran tahun 5---------------------------------------------------------------------------------------------aliran tahun 6--------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bangsar atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar
tadi

Bagi memeriahkan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini, kita dipertontonkan
dengan persembahan Nasyid.. dipersilakan
----------------------------------------- persembahan nasyid-------------------------------------------Seterusnya, majlis menjemput kumpulan Sketsa untuk membuat persembahan yang
bertajuk Anak Harimau.. dipersilakan
----------------------------------------- persembahan sketsa-------------------------------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan nasyid dan sketsa atas
persembahan sebentar tadi

Begitulah hebatnya persembahan yang dipersembahkan oleh anak-anak didik SK


Bangsar sebentar tadi..

Bagi meneruskan majlis Anugerah Cemerlang SK Bangsar tahun 2015, Majlis


menjemput Yang Berbahagia Encik Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bangsar, dengan diiringi Pn. Noriah bt. Hj. Ismail, untuk
menyampaikan Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Khas..dipersilakan

------------------------------------------Anugerah Kokurikulum--------------------------------------------

Seterusnya, penyampaian Anugerah Nilam 2015, Tahap 1 adalah disandang oleh adik
Mohd Wafri bin Abdul Rahim dari tahun __________________..
Bagi tahap 2, penerima Anugerah Nilam ialah adik Nor Saadah bt. Marnus..

Seterusnya, penyampaian anugerah khas iaitu Tokoh Akademik dan Tokoh


Kokurikulum.

Penerima anugerah khas, tokoh akademik SK Bangsar bagi tahun 2015, disandang
oleh Nur Alia Aleesa bt Mohd Hairol Azhar dari kelas 6 Dinamik.
Antara pencapaian adik Nur Alia Aleesa :
1. Mendapat tempat pertama dalam kelas
2. Penerima anugerah murid terbaik dalam aliran tahun 6
3. Penerima anugerah terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
Matematik dan juga Sains

Seterusnya, penerima anugerah khas, tokoh kokurikulum SK Bangsar bagi tahun 2015,
disandang oleh Muhammad Syahadan bin Mohd Suliman dari kelas 6 Optimal.
(baca biodata dalam teks)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Mohd Effendi bin
Dollah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bangsar, atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi
Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan persembahan penutupan iaitu Bicara
Berirama yang akan disampaikan oleh kumpulan murid Tahap 1... dipersilakan
-------------------------------------persembahan bicara
berirama---------------------------------------(tunggu lagu habis, murid beri bunga kepada ibu bapa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan bicara berirama atas persembahan
yang disampaikan sebentar tadi
Sebagai penutup acara kita pada hari ini, majlis menjemput semua kumpulan yang
membuat persembahan naik ke pentas untuk persembahan Finale dipersilakan..
----------------------------Finale: Lagu Suriram dan Rasa Sayang-----------------------------------Demikian tadi majlis penyampaian anugerah yang disampaikan kepada para murid
yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan.. Kami pihak sekolah mengucapkan
tahniah kepada para murid yang telah menerima anugerah sebagai tanda kejayaan
kalian dalam sesi pembelajaran bagi tahun 2015. Kami juga berharap agar anak-anak
sekali lagi menunjukkan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang .

Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada tetamu jemputan kita pada hari ini iaitu
Yang Berbahagia En. Jamil bin Kamarudin, Ketua Unit Pembangunan Sektor Khidmat
Pengurusan & Pembangunan JPWPKL, En Mohd Effendi bin Dollah, Yang Dipertua
PIBG SK Bangsar, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan seterusnya para ibu bapa atas
kesudian menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bangsar tahun
2015..

BANYAK KELUK KE PENARIK


KELUK TUMBUH POHON KUINI

NAN ELOK BAWALAH BALIK


NAN TAK ELOK TINGGALLAH DISINI

POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU


GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA
BALIKLAH TUAN MEMBAWA ILMU
BINALAH BANGSA BANGUNKAN NEGARA

BUNGA SEROJA DIATAS PARA


JATUH DITIMPA BUAH BERANGAN
ANDAI KATA TERSILAP BICARA
KEMAAFAN JUA KAMI POHONKAN

DARI KEDAH KE PEKAN SARI


BELI SUASA DI KOTA TINGGI
SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI
DI LAIN MASA BERSUA LAGI

Sebelum bersurai, hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.


-----------------------------------------------lagu Negaraku-----------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai