Anda di halaman 1dari 3

[Type the document title]

[Type the document subtitle]


2015

BABAK I
ADEGAN I
TIRAI DINAIKKAN
LATAR:

Pentas gelap. Dua lampu sorot dipasang, setiap satu dihujung kiri
dan kanan pentas. ANAK sedang memegang bagasi di hujung kiri.
ORANG TUA berada di hujung sebelah kanan. ANAK mengalihkan
pandangan daripada ORANG TUA manakala ORANG TUA sedang
memandang ANAK dengan pandangan yang penuh sayu.

ORANG TUA:
Kamu nak ke mana tu nak?
YATI (masih tidak menghadap ORANG TUA):
Aku mahu pergi dari sini. Hatiku bukan disini lagi.
ORANG TUA:
Tapi, kenapa? Kitakan ada kedai ini (menunding ke tengah pentas yang
masih gelap). Bila ayah tiada kedai ini milikkau.
YATI (melepaskan bagasi dan memandang ORANG TUA):
Sebab kedai ni lah mak mati ayah! Pagi, petang, malam ayah sibuk
dengan boneka-boneka kayu itu. Waktu mak sakit, ayah dengan boneka. (ANAK mula
menangis). Waktu saya perlukan seorang bapa disisi, ayah dimana? Masih sibuk
dengan boneka-boneka ayah tu!

ORANG TUA (Mula sebak dan berjalan perlahan ke arah YATI):


Ini sahaja sumber rezeki kita nak, mana lagi ayah nak cari duit?
YATI mengangkat semula bagasi
YATI:
Ya. Duit dari boneka-boneka yang ayah sayang itu yang menyara
keluarga ni. Tapi ayah sayang boneka-boneka tu lebih dari kami.
ORANG TUA (Berhenti berjalan):
YATI! Ayah sayang kamu dan emak kamu lebih dari segalanya di dalam
dunia ini. Mak kau dah tinggalkan ayah, kau sajalah yang ayah ada. Janganlah pergi
Yati.
YATI:
Selamat tinggal ayah. Maafkan salah silap Yati, halalkan makan minum
Yati.
YATI berjalan keluar pentas.
ORANG TUA (melutut dan menadah tangan):
Ya Tuhanku aku adalah hambaMu yang lemah, Kau berikanlah kekuatan
kepadaku.

LATAR:

Lampu sorot dipadamkan secara fade.

Anda mungkin juga menyukai