Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal: Ke-6


Minggu Praktikum: Keenam
Tarikh: 24-26 Februari 2015
Tajuk: Tidak Menghantar Fail Kerja
1. Isu/Masalah
Pada minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
baik. Bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah dan guru pembimbing sentiasa
diberikan untuk saya membaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran saya.
Penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti amat memberangsangkan. Terdapat sedikit
masalah yang saya hadapi pada minggu ini iaitu penghataran tugasan. Dalam
subjek ini saya menggunakan fail untuk mengumpulkan hasil kerja mereka. Setiap
tugasan yang diberikan hendaklah dimasukkan ke dalam satu fail yang dimiliki oleh
setiap seorang dari pelajar saya dan fail tersebut saya akan semak secara bulanan.
Malangnya semasa saya meminta pelajar menghantar fail tersebut, hanya
sebahagian

sahaja

pelajar

yang

berjaya

menghantar

fail

mereka.

Saya

menganugerahkan kepada mereka penghargaan dan pujian. Bagi pelajar yang


masih

belum

berjaya

menghantar,

saya

meminta

kepada

mereka

dengan

meletakkan tarikh baharu. Sebagai guru pelatih saya haruslah memikirkan cara dan
tindakan untuk menyelesaikan perkara ini.
2. Analisis
Untuk mencari dan mengatur langkah yang sesuai, saya telah melaksanakan
beberapa pemerhatian terhadap masalah yang saya hadapi iaitu pelajar gagal
menghantar Fail Kerja pada waktunya. Berikut adalah hasil pemerhatian yang
dilakukan:
a. Dua orang pelajar yang masih lagi tidak menyediakan Fail Kerja untuk subjek
ini
b. Terdapat pelajar yang sudah hilang lampiran kerja yang mereka hasilkan
kerana mereka tidak memasukkan lampiran tersebut ke dalam fail

Daripada pemerhatian di atas, saya masalah ini juga berpunca daripada saya.
Sebagai guru saya mestilah bersikap tegas sedikit dalam mempastikan pelajar
mematuhi arahan. Penghataran fail ini adalah penting bagi saya untuk menyemak
dan memperbaiki kelemahan pelajar saya terutamanya dalam aspek ejaan dan
kekemasan tulisan. Disamping itu, saya juga dapat memupuk sifat kasih sayang
antara guru dengan pelajar. Apabila guru menyemak hasil kerja murid, pelajar akan
merasakan mereka telah dihargai dan diberi perhatian sebaiknya oleh gurunya.
Semoga pelajar saya berasa lebih minat dan semangat untuk mempelajari Bahasa
Melayu.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Untuk membaiki masalah yang saya hadapi, saya telah mengadakan perbincangan
terbuka bersama guru pembimbing saya. Guru pembimbing juga memberi banyak
cadangan yang sangat berkesan difikirkan bagi menyelesaikan isu ini antaranya,
guru mestilah bersikap tegas terhadap arahan yang diberikan terhadap pelajar.
Pujian untuk pelajar yang mematuhi dan dendaan untuk pelajar yang masih gagal
mematuhi. Selain itu, saya juga mencadangkan bahawa guru mestilah memberi
arahan dengan jelas dan mudah difahami kepada pelajar. Kata rangsangan juga
amat memainkan peranan dalam mempastikan pelajar menghantar tugasan mereka
bersama.
4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah adalah sehingga pelajar dapat
menghantar tugasan dengan baik dalam masa yang diberikan oleh guru.
5. Tindakan Susulan
Bagi meneruskan usaha ini, beberapa langkah dan tindakan akan dilaksanakan
mengikut peringkat dan kesesuaian bagi menyelesaikan masalah ini.
a. Guru memberi arahan yang mudah difahami dan jelas kepada pelajar
b. Kata perangsang guru berikan kepada pelajar bagi meningkatkan semangat
mereka
c. Penghargaan guru berikan kepada pelajar yang berjaya menghantar tugasan
dengan masa yang tepat
6. Kesimpulan

Fail

Kerja

ini

dapat

membantu

saya

untuk

memperbaiki

kelemahan

dan

meningkatkan kemahiran pelajar dengan baik. Oleh itu, amat penting untuk pelajar
dapat menghantar fail mereka dalam masa yang ditetapkan. Semoga tindakan saya
laksanakan dapat memperbaiki sikap pelajar kea rah lebih positif

Anda mungkin juga menyukai