Anda di halaman 1dari 4

Tempang

Pitteriah Abdullah
Hafizi melangkah longlai masuk ke dalam Kelas 4 Sains 1. Buku yang
dipegang diletak di atas meja. Sambil itu matanya meliar
memerhatikan kawan-kawan yang sedang berbual di luar kelas.
Sudah makan? tanya Raja mengejutkan Hafizi yang asyik
memandang ke luar kelas. Dua biji capati bersama kuah kari diletak di
hadapan Hafizi.
Belum lapar lagilah! ujarnya. Raja mengambilnya lalu disimpan
di dalam laci meja.
Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar lagi.
Semua murid dikehendaki beratur di hadapan muka pintu kelas. Cuma
Hafizi tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia tidak boleh berdiri
terlalu lama kerana kaki kirinya pendek sebelah. Dia melahirkan cacat.
Dia akan terjatuh kalau berdiri terlalu lama. Pada pagi ini ada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya mampu melakukan
senaman ringan, dia tidak dapat menyertai rakan-rakannya yang
sedang rancak bermain bola sepak di padang. Kalau turut bermain bola
dia akan ditertawakan oleh rakan-rakan terutama Kamil dan
kumpulannya yang terlalu benci akan Hafizi. Hafizi sendiri pun tidak
tahu sebabnya Kamil terlalu membencinya. Mungkin kerana Hafizi
cacat. (Halaman 87)
Hai, budak tempang! Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau
ingat, kau bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan
suka kepada kau. Menyampah aku tengok muka kau, tahu tak? jerkah
Kamil.
Apa ni, Kamil? Kau jangan nak bual hal dengan aku. Kau nampak
penumbuk aku! jerkah Raja sambil mengacu penumbuk ke muka
Kamil.
Kalau kau berani kita lawan saja, cabar Kamil.
Aku tak takutlah. Kau ingat kau tu kuat sangat! Raja menyahut
cabaran itu.
Eh, apa bising-bising ni? tegur Cikgu Ridzuan, guru disiplin
sekolah. Apabila melihat Cikgu Ridzuan yang sedang berjalan
menghampiri mereka, Kamil dan kumpulannya pun berundur dari itu.
Kenapa, Raja? tanya Cikgu Ridzuan.
Tak ada apa-apa, cikgu, jawab Raja ringkas.
Kenapa, Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi? tanya Cikgu
Ridzuan sambil memandang ke arah Hafizi.
Tidak, cikgu! jawab Hafizi sambil bangun.
Kalau begitu pergi masuk ke kelas, arah Cikgu Ridzuan lalu
meninggalkan mereka berdua.

Memang tak serik Si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Cikgu
Ridzuan, hari ni nak cari gaduh lagi. Kali ni aku akan ajar dia habishabisan. Biar dia tahu siapa Raja, sungut Raja sambil menarik tangan
Hafizi supaya bangun.
Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Kau bukannya
tak tahu perangainya. Suka buat kecoh! kata Hafizi perlahan.
Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah pun
menunggu mereka berdua di muka pintu. Sebaaik sahaja Hafizi masuk,
Kamil terus menolak Hafizi sehingga terjatuh. (Halaman 89)
Kawan-kawan Kamil ketawa riang apabila melihat Hafizi
tersungkur ke lantai. Raja segera mengangkat Hafizi. Ingin saja
ditumbuknya muka Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi.
Kalau dia kaki samseng kita jangan terikut-ikut perangai seperti
dia, Raja! Hafizi mengingatkan dengan geram bercampur marah. Dia
malu diperlakukan sedenikian rupa.
Jangan lupa tunjuk baiklah, Si Tempang. Kamil terus menghina
Hafizi.
Tatapi dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil! sampuk Mei
Ling.
Kau jangan masuk campur Mei Ling, kau tu perempuan, bentak
Kamil.
Kenapa? Kau ingat aku takut? Nanti aku beritahu Cikgu Ridzuan,
kau tahulah nanti, ugut Mei Ling. Kamil dan kawan-kawan terus duduk
di tempat masing-masing apabila melihat Cikgu Lee menuju ke arah
mereka.
Kejayaan tidak dapat diukur dengan pangkat dan darjat, kaya
atau miskin, cacat atau sempurna. Kalau ingin berjaya harus berusaha
keras. Kalau tidak, sesiapa saja akan gagal, jelas Cikgu Lee, guru
mata pelajaran Sains. Kesempatan 10 minit terakhir sering digunakan
olehnya untuk memberi motivasi dan kesedaran diri kepada semua
murid.
Contohnya seperti Hafizi, walaupun dia cacat, tidak boleh
bersukan dan bergerak cergas seperti kita, tetapi dia seorang murid
yang pintar. Awak ingat kepintaran itu boleh dicapai tanpa berusaha?
ujar Cikgu Lee sambil memandang ke arah Kamil. Kamil menjeling
tajam ke arah Hafizi.
Tidak kira apa-apa agama sekalipun yang kita anuti, kita tidak
diajar untuk menghina orang lain. Perbuatan itu adalah salah sama
sekali! sambung Cikgu Lee.
Hafizi memandang ke arah kaki kirinya. Aku tidak pearnah
menyesal dilahirkan begini, mengapa orang lain pula (Halaman 90)
yang bersusah hati melihat kepincangan diriku, bisik hati Hafizi.
Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya yang selalu
mengambilya pulang dari sekolah.
Tak balik lagi? tanya Raja yang duduk di sebelah Hafizi.

Pak Mat tak datang lagi. Ingatkan kau dah balik tadi, jawab
Hafizi. Raja menggeleng-geleng.
Esok kau pergi tak?
Tengoklah dulu!
Bukannya selalu kita pergi berkelah, pujuk Raja lagi. Kereta
Proton Perdana berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua.
Pintu kereta ditarik perlahan-lahan.
Jom aku hantar kau balik, ajak Hafizi sambil menarik tangan
Raja.
Aku tunggu bas saja.
Marilah! ajak Hafizi lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan
itu setelah berkali-kali digesa oleh Hafizi.
Walaupun kau cacat Fizi, tetapi kau anak orang berada. Ada
kereta besar. Datang dihantar dan balik pila dijemput, tak seperti aku,
kata Raja merendah diri.
Mungkin ini kelebihan yang dianugerahi Allah kepadaku, Raja.
Bagaimanapun aku tidak memandang kepada semua ini. Kaya atau
miskin, cacat atau sempurna sama saja ujur Hafizi sambil menepuk
bahu Raja.
Keesokan harinya program berjalan seperti yang dirancangkan
oleh murid-murid Kelas 4 Sains 1. Itu pun setelah dia memujuk
ayahnya berkali-kali malah datang pun dihantar oleh Pak Mat. Mereka
diawasi oleh dua orang guru, Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan.
Hafizi hanya melihat kawan-kawannya yang sedang mandimanda di dalam kolam. Hilai ketawa meraka sesekali mengejutkan
Hafizi daripada lamunan.
(Halaman 91)
Tolonggg!!! jerit Raja sambil menggapai tangan ke arahnya.
Mereka semua berlari ke arah Raja.
Kenapa,Raja? tanya Cikgu Lee.
Kamil lemas, cikgu! jawab Raja sambil menunjuk ke arah
tempat Kamil mandi tadi. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Raja,
Hafizi terus terjun ke dalam kolam. Dia menyelam mencari Kamil di
dasar kolam. Tak sampai pun lima minit, Hafizi timbul kembali bersama
Kamil yang sudah pun kelemasan. Diheretnya Kamil ke tebing kolam.
Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee cuba menolong Hafizi mengangkat Kamil
ke atas darat. Raja segera memberi pertolongan cemas. Sebagai ketua
pasukan Bulan Sabit Merah, serba sedikit Raja diajar memberi bantuan
pernafasan dari mulut ke mulut. Mujurlah Kamil berjaya diselamatkan.
Terima kasih, Raja, kerana menyelamatkan aku! ucap Kamil
sambil memegang tangan Raja.
Bukan aku yang menyelamatkan kau, tetapi si cacat yang sering
kauhina dan kau permainkan setiap hari, jawab Raja sambil
meninggalkan Kamil. Kamil memandang Hafizi. Dia berasa teramat

malu kerana selama ini dia sering mengejek dan mempermainmainkan Hafizi.
Maafkan aku, Hafizi, ucap Kamil.
Sudahlah, aku tidak pernah menyimpan dendam atas segala
perbuatan kau. Lupakanlah semua itu Kamil, ujar Hafizi sambil
menepuk bahu Kamil.
Kau telah menolongku, Hafizi, ucap Kamil dengan rasa kesal.
Itu sudah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang manusia.
Aku harus menolong kau yang sedang dalam kecemasan, sambing
Hafizi yang hendak berlalu dari situ.
Betul tu, sampuk Cikgu Lee. Hafizi mematikan langkah.
(Halaman 92)
Kamil memandang ke arah Hafizi dengan perasaan penuh
bersalah, tetapi mulutnya terkunci untuk berkata-kata.
Walau apa pun kekurangan yang ada pada seseorang itu, kita
tidak patut membencinya. Kita sebagai manusia sama saja. Setiap
orang ada kekurangan dan kelebihan. Cikgu Lee memberi kata-kata
nasihat.
Ma ... maafkan saya, Fizi, ujar Kamil dengan tertahan-tahan.
Dia mendekati Hafizi sambil menghulurkan tangan. Dia semakin sebak
apabilaterasa tangannya digenggam erat.

Tempang, 2007.
Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd.
(Halaman 93)

Anda mungkin juga menyukai