Anda di halaman 1dari 19

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PT3

KAJIAN ANTOLOGI
HARGA SEBUAH LUKISAN
TINGKATAN 3
(PUISI MODEN)

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN


SHAMSUDIN OTHMAN
Maksud
Maka seorang pujangga pun berkata,
adalah dadah itu musuh utama negara
adalah dadah itu perosak jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata,
Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh
banyak nyawa.
Hari ini,
angkara dadah telah mati seorang negarawan
angkara dadah telah mati seorang seniman
angkara dadah telah mati seorang olahragawan
angkara dadah telah mati seorang jutawan
angkara dadah telah mati seorang sasterawan
angkara dadah telah mati seorang ilmuwan
angkara dadah telah mati seorang wirawan.
Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-masing. Antaranya, negarawan,
seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang.
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia
kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga
kau racun dalam khayal yang tidak terduga
seperti tercatat dalam sejarah
jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu
kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.
Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun tanpa diduga. Dadah telah
meracuni manusia. Dari sudut sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana
dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

Tuhan,
bekalkan aku kudrat iman yang tulus
untuk melewati lorong hidup
yang penuh onak dan duri
juga gelombang di laut masa depan
dewasa mengejar cita-cita
tegar memburu negara jaya.
Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh
dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.
Sahabat segenerasiku,
rimba di depan kita masih luas terbentang
mari kita pilih jalan lurus ke syurga
bukan lorong hitam ke neraka.
Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini
kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan.
Tema:
Dadah musuh negara. Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.
Persoalan:
i.

Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat
penyalahgunaan dadah.

ii.

Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan


penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya.

iii.

Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan
penyalahgunaan dadah.

iv.

Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat


membangunkan negara.

v.

Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang
daripada pengaruh dadah.

Bentuk:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

i.

Bebas.

ii.

Terdapat lima rangkap.

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.
Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.
Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.

Gaya Bahasa:
i.

Anafora
Contoh : adalah dadah itu.

ii.

Kata Ganda
Contoh : bertahun-tahun.

iii.

Sinkope
Contoh : kau.

iv.

Metafora
Contoh : lorong hidup.

v.

Inversi
Contoh : angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

vi.

Aliterasi pengulangan konsonan g


Contoh : maka seorang pujangga pun berkata.

vii.

Asonansi pengulangan vokal e


Contoh : seperti tercatat dalam sejarah.

Nilai Murni:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

i.

Nilai kegigihan
Contoh: Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara.

ii.

Nilai rasional
Contoh: Jauhi dadah yang menjadi musuh negara.

iii.

Nilai keimanan
Contoh: Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan.

iv.

Nilai cinta akan tanah air


Contoh: Tidak mahu negara hancur kerana dadah.

v.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

Pengajaran:
i.

Kita hendaklah menjauhi najis dadah yang merupakan musuh negara.

ii.

Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.

iii.

Kita perlulah gigih berusaha dalam mengejar cita-cita.

iv.

Kita mestilah menjadikan sejarah kemusnahan negara sebagai pengajaran.

v.

Kita hendaklah memilih haluan kehidupan yang benar.

KATA-KATA
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

HASHIM YAACOB
Maksud
Kalau kita dicerca dengan kata
jangan kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.
Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan diri dengan membalas balik
kata-kata tersebut.
Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.
Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.
Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.
Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan. Kita berpidato atau
berhujah dengan spontan.
Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.
Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di
meja rundingan.
Aduhai anakanda
kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.
Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka
terbela.

Tema:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan
berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain.
Persoalan:
i.

Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan
seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah.

ii.

Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri
bangsa dan menjulang nama negara.

iii.

Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan
kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara.

iv.

Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka
menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.

Bentuk:
i.

Separuh terikat.

ii.

Terdapat lima rangkap.

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.

Gaya Bahasa:
i.

Sinkope
Contoh : tak.

ii.

Anafora
Contoh : kita merdeka.

iii.

Bahasa istana
Contoh : anakanda.

iv.

Asonansi pengulangan vokal a


Contoh : Pertahankanlah maruah kita.

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

v.

Aliterasi pengulangan konsonan t


Contoh : Janganlah kita diam tak terkata.

vi.

Epifora
Contoh : kita.

Nilai Murni:
i.

Nilai kebijaksanaan
Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.

ii.

Nilai rasional
Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.

iii.

Nilai tanggungjawab
Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.

iv.

Nilai keberanian
Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

Pengajaran:
i.

Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.

ii.

Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

iii.

Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina.

iv.

Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.

KEUSANGAN BUDAYA
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

ROSHILAWATI RAZLAN
Maksud
Ketika dulu
kelihatan sang dara bersimpuh ayu
bersalut songket tenunan Melayu
menganyam segar
Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun
dengan pakaian tradisional.
Kelihatan
sang teruna menebang ara
berbaju Melayu warisan bangsa
meniup seruling bambu
merdu dan sayu
Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada
zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.
Ketika ini
tiada lagi sang dara ayu
tiada juga teruna gagah
kini yang ada cuma
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
Walau bagaimanapun pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan
budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat.
Kedengaran
irama gamat menodai kedamaian
seruling bambu diam keusangan
songket dan batik muram disisihkan
Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan
kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan.

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

Ayahanda dan bonda di pondok


memalu nobat di sisi
melihat sayu sang Sita Dewi
yang usang tidak bermaya lagi
Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama. Kini mereka hanya mampu mengenang
sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda.
Tema:
Adab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan dan
budaya bangsa.
Persoalan:
i.

Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini lebih
suka terikut-ikut dengan budaya asing.

ii.

Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan
bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu.

iii.

Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini
lebih tertarik dengan budaya asing.

iv.

Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. Golongan tua
yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat
dikembalikan.

v.

Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda lebih gemar
alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.

Bentuk:
i.

Bebas.

ii.

Terdapat lima rangkap.

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.
Gaya Bahasa:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

10

http://cikgusazali.blogspot.com

i.

Personifikasi.
Contoh : seruling bambu diam keusangan,

ii.

Anafora
Contoh : tubuh-tubuh.

iii.

Bahasa istana
Contoh : ayahanda.

iv.

Asonansi pengulangan vokal u


Contoh : bersalut songket tenunan Melayu.

v.

Aliterasi pengulangan konsonan m


Contoh : irama gamat menodai kedamaian.

vi.

Inversi
Contoh : melihat sayu Sang Sita Dewi.

vii.

Kata Ganda.
Contoh : tubuh-tubuh.

Nilai Murni:
i.

Nilai kesopanan
Contoh: Gadis duduk dengan tertib dan sopan.

ii.

Nilai kerajinan
Contoh: Pemuda rajin bekerja.

iii.

Nilai menghargai budaya


Contoh: Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.

iv.

Nilai tanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

Pengajaran:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

11

http://cikgusazali.blogspot.com

i.

Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.

ii.

Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.

iii.

Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.

iv.

Janganlah terikut-ikut dengan budaya asing yang merosakkan budaya bangsa.

v.

Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

SEORANG INSAN ISTIMEWA


CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

12

http://cikgusazali.blogspot.com

NATASYA PUTERI
Maksud
Dia yang tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.
Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan
istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan
sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan
terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak
dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.
Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.
Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun
sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.
Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana
setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.
Tema:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

13

http://cikgusazali.blogspot.com

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan
dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Persoalan:
i.

Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa mereka
tabah menghadapi ujian Tuhan.

ii.

Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan sempurna kita bertanggungjawab


membantu golongan kelainan upaya.

iii.

Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini bersyukur walaupun dilahirkan sebagai
insan istimewa.

iv.

Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri insan istimewa dapat mengatasi segala
halangan dan dugaan.

v.

Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. Walaupun bergelar insan istimewa sikap
dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Bentuk:
i.

Sajak ini berbentuk bebas.

ii.

Mengandungi empat rangkap.

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir


Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

Gaya Bahasa:
i.

Repitisi
Contoh : Seorang insan istimewa.

ii.

Anafora
Contoh : sebuah.
Responsi.
Contoh : suatu.

iii.

iv.

Asonansi pengulangan vokal e

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

14

http://cikgusazali.blogspot.com

Contoh : meneruskan kehidupan.


v.

Aliterasi pengulangan konsonan b


Contoh : bantulah, bimbinglah.

vi.

Inversi
Contoh : biar sukar mesti disempurnakan.

Nilai Murni:
i.

Nilai keredaan
Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

ii.

Nilai ketabahan
Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

iii.

Nilai simpati
Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

iv.

Nilai bantu-membantu
Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

v.

Nilai keikhlasan
Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

vi.

Nilai amanah
Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii.

Nilai bertanggungjawab
Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya.

Pengajaran:
i.

Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.

ii.

Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.

iii.

Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.

iv.

Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.

v.

Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.


RUMPUT

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

15

http://cikgusazali.blogspot.com

KHADIJAH HASHIM
Maksud
Baru hendak mendongak
aku sudah dipijak
baru saja hendak berbedak
diserbu debu menutup muka
cuaca panas angin kering
ditambah lagi bau busuk asap lori
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri.
Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah
ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain.
Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada
yang bersimpati dengan kesusahannya.
Baru saja tangan hendak menari
datang pemotong rumput
lalu dipotongnya jari doa
si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang!
Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan
nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata.
Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.
Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah
yang masih ada tempat berlindung.

Tema:
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

16

http://cikgusazali.blogspot.com

Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin selalunya dipandang rendah
oleh orang lain.
Persoalan:
i.

Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang


berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin

ii.

Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.

iii.

Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat
untuk kepentingan golongan atasan.

iv.

Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan
hidup perlu diteruskan.

Bentuk:
i.

Sajak ini berbentuk bebas.

ii.

Mengandungi tiga rangkap.

iii.

Baris-baris ayat dan rima akhir


Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa:
i.

Sinkope.
Contoh : tak.

ii.

Personifikasi.
Contoh : tangan hendak menari.

iii.

Repitisi
Contoh : Baru saja.

iv.

Anafora
Contoh : cepat.

v.

Asonansi pengulangan vokal u

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

17

http://cikgusazali.blogspot.com

Contoh : diserbu debu menutup muka.


vi.

Aliterasi pengulangan konsonan b


Contoh : ditambah lagi bau busuk asap lori.

vii.

Simile
Contoh : bagai menunggu mati.

Nilai Murni:
i.

Nilai ketabahan
Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

ii.

Nilai kegigihan
Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

Pengajaran:
i.

Kita janganlah menghina orang susah atau miskin. Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak
sepatutnya menghina orang susah.

ii.

Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin.

iii.

Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.

iv.

Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.

ORANG TUA
CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

18

http://cikgusazali.blogspot.com

PUSPA RANI A/P MUNUSAMY


Maksud
Nampakkah kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan restoran mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil tidak berbudi
nampakkah kau?
(NOTA AKAN DILENGKAPKAN KEMUDIAN)

CSL
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Puisi Moden

19

Anda mungkin juga menyukai