Anda di halaman 1dari 11

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan
Penganalisian data asalah satu proses mendapatkan maklumat daripada data mentah yang melibatkan
proses pemilihan, penjadualan dan pengaturan (Azhar muhammad, 2006). Penyelidik menggunakan
kaedah kualitatif dalam kajian ini kerana bersandarkan hasil maklumat yang diperolehi bagi
menyokong kesimpulan yang lebih rasional. Kajian dijalankan bagi meningkatkan kemahiran teknik
larian murid. Selepas kajian dijalankan penyelidik mendapati adanya perubahan terhadap teknik larian
murid yang dikaji.
4.2

Konteks Kajian

Peserta kajian yang digunakan dalam kajian ini ditunjukkan seperti pada jadual 1 di bawah.

Peserta kajian

Jantina

Tinggi/Cm
Peserta kajian 1
Peserta kajian 2
Peserta kajian 3
Peserta kajian 4
Peserta kajian 5
Peserta kajian 6
Peserta kajian 7
Peserta kajian 8
Peserta kajian 9
Peserta kajian 10

L
L
L
L
L
P
P
P
P
P

Pengalaman dalam

Ciri-ciri fizikal

sukan (peringkat

Berat/Kg

137
135
133
139
135
138
143
140
137
137
Jadual 1: Peserta Kajian

32
31
30
33
31
30
31
30
29
28

Fasa I
4.3

Kaedah
praktis menggunakan kad nota butir
Struktur
Pelaksanaan
mengajar.
Instrumen :
Kad nota dan pemerhatian instrumen.

sekolah/daerah)
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

Fasa II
Kaedah praktis menggunakan gambar
Instrumen :
Gambar dan pemerhatian instrumen.

Fasa III
Kaedah praktis menggunakan video
Instrumen :
Video dan pemerhatian instrumen.

Refleksi
Rajah 4.3 : Struktur pelaksanaan kajian tindakan.

4.3.1

Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Tinjauan masalah
Sebelum melaksanakan kajian dengan lebih terperinci lagi, penyelidik perlu membuat tinjauan tentang
masalah ini supaya penyelidik lebih faham tentang punca, kesan dan cara menyelesaikan masalah
yang perlu diambil. Menurut penyataan dalam Summary of Mostons Teaching Styles oleh Muska
Mosston(1986), kaedah praktis sesuai untuk pembelajaran peringkat awal. Selain itu, kaedah ini
sesuai untuk memantapkan kemahiran murid dalam permainan mahupun larian.
Fasa I : Praktis dengan butir mengajar

Dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani terutamanya dalam tunjang
kemahiran, guru akan membimbing murid melakukan sesuatu kemahiran dengan menyatakan butirbutir mengajar sesuatu pelakuan. Oleh itu, penyelidik juga akan melakukan perkara yang sama
mengikut kebiasaan murid untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka tentang kemahiran berlari
apabila penyelidik menggunakan kaedah tradisional ini. Bagi memudahkan murid untuk mengingati
butir-butir mengajar tersebut, penyelidik akan memberikan satu nota untuk setiap orang murid untuk
disimpan sebagai rujukan.

Rajah 4.3.1: Gambar dan butir mengajar

Kreteria

Gambar

Perlakuan

Pergerakan tangan bersilang


Kreteria 1

dengan kedudukan kaki. Siku


dibengkokkan.

Kedua-dua kaki menyentuh


Kreteria 2

permukaan tanah dalam tempoh


yang singkat.

Kreteria 3

Perletakan kaki sempit mendarat


di atas bebola atau jari kaki.

Kaki yang tidak menyokong


Kreteria 4

membengkok kira-kira 90
darjah (rapat ke punggung).

Gambar 4.3.1(a): Peserta Kajian mengaplikasikan butir mengajar

Fasa II : Praktis melalui gambar


Bagi langkah seterusnya, penyelidik akan menggunakan gambar. Bagi fasa ini, penyelidik akan
menunjukkan gambar kepada murid-murid tentang cara lakuan larian yang betul dari satu fasa ke satu
fasa yang lain. Kemudian, murid akan membandingkan lakuan mereka melalui gambar yang
penyelidik ambil semasa mereka berlari. Penyelidik akan menunjukkan bahagian lakuan yang murid
lakukan dengan teknik yang salah dan menunjukkan lakuan yang betul di samping menganalisis sebab
dan punca kesalahan lakuan yang dilakukan oleh murid terbabit dan mencari cara penyelesaiannya.
Namun begitu, penyelidik perlu membimbing murid membetulkan kesalahan dan membuat praktis
lakuan betul berkali-kali sehingga mencapai tahap dikehendaki.
Gambar 4.3.1(b): Urutan pergerakan fasa larian

Fasa III : Praktis melalui analisis video


Cara yang paling berkesan untuk melatih kemahiran adalah apabila murid tersebut dapat melihat
sendiri pelakuan mereka dan apakah kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan sebelum melihat
lakuan yang betul. Oleh itu, penyelidik membuat keputusan untuk menggunakan video bagi
meningkatkan kemahiran asas larian murid. Penyelidik hanya perlu mengambil video semasa murid
berlari dan menunjukkannya kepada murid. Murid kemudiannya akan memerhatikan video larian
seorang pelari yang menggunakan teknik yang betul. Murid juga perlu dibimbing untuk membuat
latihan mengikut lakuan yang betul seperti yang telah mereka perhatikan dalam video. Sekiranya

masih berlaku kesalahan, penyelidik perlu berusaha mengulangi langkah tersebut dengan membuat
praktis secara individu kepada murid-murid agar mereka lebih mudah memahaminya.
Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah
penyelidik melaksanakan tinjauan awal. Sekiranya perlu membuat cara pelaksanaan yang lain,
penyelidik akan membuat pengubahsuaian namun masih berpusatkan kaedah praktis/ task mengikut
spektrum yang dipelopori oleh Muska Mosston (1986) , sehingga penyelidik menemui jalan
penyelesaian yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.
4.4

Lingkaran Pertama

4.4.1 Dapatan dalam fasa 1


Dapatan melalui praktis dengan butir mengajar menunjukkan hanya murid yang mempunyai daya
ingatan yang tajam sahaja yang boleh melakukan paraktis teknik larian dengan betul. Bagaimanapun
kaedah ini telah memberikan kefahaman bahawa perlunya lutut diangkat tinggi semasa melakukan
larian.

Jadual 4.4.1

No

:Analisa senarai semak berdasarkan item

Analisis
posisi

Posisi
lutut
Posisi
tangan
Posisi
badan
Posisi
kaki

Keputusan

Nombor Responden Mengikut Senarai Nama

penguasaan

10

Posisi
5

tapak
kaki

8/10
(80%)
2/10
(20%)
0/10
(0%)
7/10
(70%)
5/10
(50%)

7
Nota

Muka
Tapak
tangan

9/10
(90%)
6/10
(60%)

:
/

: Menguasai

: Belum menguasai

4.4.2 Dapatan dalam Fasa II


Dalam fasa II ini, responden telah menggunakan gambar-gambar teknik larian yang betul sebagai
panduan untuk melakukan aplikasi larian yang betul. Gambar-gambar ini telah mempermudahkan
responden membandingkan amalan mereka dengan teknik yang sebenarnya. Melalui kaedah ini
responden telah menunjukkan peningkatan penguasaan yang agak ketara kerana adanya bimbingan
rakan sebaya dan juga guru. Berikut merupakan analisa berdasarkan pemerhatian lakuan responden
selepas intevensi dijalankan.

Jadual 4.4.2

No

:Analisa senarai semak berdasarkan item


Nombor Responden Mengikut Senarai Nama

Analisis
posisi

Posisi
lutut
Posisi
tangan
Posisi
badan
Posisi
kaki

Keputusan

10

10/10
(100%)
7/10
(70%)
8/10
(80%)
8/10
(80%)

Posisi
5

tapak

kaki
6

7
Nota

Muka
Tapak
tangan

5/10
(50%)
10/10
(100%)
7/10
(70%)

:
/

: Menguasai

: Belum menguasai

4.4.3 Dapatan dalam Fasa III


Dalam fasa ini, penyelidik menggunakan video untuk sebagai usaha meningkatkan kemahiran berlari
murid. Penyelidik menggunakan video yang diambil ketika murid berlari. Melalui rakaman video ini,
penyelidik membincangkan kepada peserta kajian untuk memperbetulkan kesalahan. Peserta kajian
juga dapat membandingkan teknik larian mereka dengan rakaman video daripada peserta yang telah
melakukan teknik larian yang betul. Rakaman video ini banyak membantu penyelidik menyemak apa
yang diperhatikan untuk di bincang bersama peserta kajian untuk penambah baikan.

Jadual 4.4.3

No

:Analisa senarai semak berdasarkan item selepas intevensi fasa III


Nombor Responden Mengikut Senarai Nama

Analisis
posisi

Posisi lutut
Posisi
tangan
Posisi
badan
Posisi kaki

Keputusan

10

X1

X1

X1

10/10
(100%)
8/10
(80%)
10/10
(100%)
9/10
(90%)

6
7

Posisi
tapak kaki
Muka
Tapak

tangan
Nota :

X1

: Menguasai

: Belum menguasai

X1

: Ada perubahan

9/10
(90%)
10/10
(100%)
10/10
(100%)

4.4.4 Pencapaian Prestasi Sepanjang Intevensi Dijalankan


Hasil kajian menunjukkan kombinasi latihan melalui fasa I, fasa II dan fasa III yang dijalankan
menunjukkan kesan positif terhadap perubahan teknik larian peserta kajian. Penambah baikan melalui
gerakan yang berasaskan kepada teknik larian menunjukkan peningkatan ketara apabila terdapat
perbezaan yang ketara melalui pemerhatian dan senarai semak yang digunakan bagi memerhatikan
perlakuan berlari peserta kajian.

Sebelum intevensi

Selepas intevensi
Gambar 4.4.4 : Sebelum dan selepas intevensi

Jadual 4.4.4

Perbandingan Pencapaian Mengikut Fasa Intevensi


Fasa I

Bil

Fasa II

Fasa III

Analisis item
Lulus

Lulus

Lulus

Posisi lutut

8/10

(80%)

10/10

(100%)

10/10

(100%)

Posisi tangan

2/10

(20%)

7/10

(70%)

8/10

(80%)

Posisi badan

0/10

(0%)

8/10

(80%)

10/10

(100%)

Posisi kaki

7/10

(70%)

8/10

(80%)

9/10

(90%)

Posisi tapak kaki

5/10

(50%)

5/10

(50%)

9/10

(90%)

Muka

9/10

(90%)

10/10

(100%)

10/10

(100%)

Tapak tangan

6/10

(60%)

7/10

(70%)

10/10

(100%)

Latihan berterusan terhadap kemahiran ini telah memberi kesan positif terhadap teknik larian yang
dibuat oleh peserta kajian. Dalam semua kemahiran item yang dinilai oleh penyelidik telah
menunjukkan peningkatan penguasaan oleh peserta kajian. Walaupun terdapat kemahiran tertentu
seperti posisi tangan, posisi kaki dan posisi tapak kaki yang belum dikuasai sepenuhnya oleh peserta
kajiann namun terdapat peningkatan penguasaan yang dikuasai walaupun tidak mencapai standard
yang ditetapkan oleh penyelidik. Peningkatan penguasaan oleh kesemua peserta kajian ini
membuktikan bahawa intevensi yang dibuat oleh penyelidik telah dapat membantu meningkatkan
kemahiran berlari. Keputusan ini secara langsung telah menjawab soalan kajian penyelidik pada
soalan 1.5.1.

Dalam kajian ini, semua 10 peserta kajian telah mencapai penguasaan penuh (100%) dalam
kemahiran pada item bilangan 1, 3, 6 dan 7. Walaupun tidak menguasai sepenuhnya kemahiran pada
item 2, 4 dan 5 namun terdapat peningkatan yang baik pada kemahiran ini. Hasil kajian yang
dilaksanakan juga menunjukkan bahawa penggunaan nota lapangan dan gambar foto memberi kesan
positif terhadap kefahaman peserta kajian tentang pentingnya menguasai kemahiran berlari. Nota
lapangan dan gambar fasa larian yang diberikan oleh penyelidik telah memudahkan peserta kajian
untuk membuat rujukan dan perbandingan terhadap lakuan yang dilakukan sendiri serta lakuan yang
dilakukan oleh rakan lain. Dengan ini peserta kajian dapat menguasai kemahiran sepertimana yang
diharapkan oleh penyelidik. Penglibatan dan kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh peserta kajian
semasa latihan dijalankan adalah amat baik. Oleh itu soalan kajian penyelidik pada 1.5.2, secara
langsung telah terjawab.Keupayaan peserta kajian menguasai kemahiran berlari melalui intevensi
yang diperkenalkan oleh penyelidik membuktikan bahawa objektif yang di sasarkan oleh penyelidik
telah tercapai khususnya pada objektif 1.4.1 dan objektif 1.4.2. Pelaksanaan intevensi secara
berperingkat menggunakan model yang diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) secara
tidak langsng telah menambah baik amalan pengajaran penyelidik supaya merancang pengajaran yang
sistematik dan lebih inovatif. Ini telah menggalakkan penglibatan peserta kajian dalam melibatkan diri
secara aktif dalam latihan yang dilakukan.
Secara keseluruhannya, peningkatan penguasaan peserta kajian secara konsisten bermula dari
pelaksanaan intevensi pada fasa I hinggalah pada fasa III jelas menunjukkan bahawa inevensi yang
diperkenalkan oleh penyelidik telah berhasil dan menjawab kepada soalan kajian penyelidik serta
mencapai objektif yang telah disasarkan.

Anda mungkin juga menyukai