Anda di halaman 1dari 49
CONTOH 1 = MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGG] PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (9090/4) ADAT BERCUKUR JAMBUL DALAM KALANGAN TAJUK BAYI BAGI MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG MELAYU BATU 16, RAWANG. NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAL TANDATANGAN GURU/PENILAT TARIKH 96XX-XX-XXX ADAT BERCUKUR JAMBUL DALAM KALANGAN BAYI BAGI MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG MELAYU BATU 16, RAWANG, ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengamalan adat bercukur jambul dalam kalangan bayi bagi masyarakat Melayu di Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri amalan bercukur jambul dan mengkaji kepentingan amalan tersebut dalam kailangan bayi bagi masyarakat Melayu di kawasan tersebut. Seramai 30 orang penduduk dari kawasan Kampung Melayu Batu 16, Rawang terlibat dalam kajian ini, Bagi mengenal pasti ciri-ciri dan kepentingan amalan bereukur jambul, kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan rujukan telah digunakan, Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk linear serta jadual, graf dan carta. Daripada dapatan kajian, acara marhaban,berzanji, berendoi, dan menggunting rambut ‘merupakan antara ciri amalan bercukur jambul yang menarik. Selain itu, kepentingan amalan bercukur jambul ialah sebagai tanda kesyukuran menerima kelahiran bayi baru. Semoga dengan kajian ini, generasi akan datang akan terus mengamalkan adat dalam menyambut kelahiran dengan mengadakan majlis mengikut amalan budaya masyarakat. SENARAI KANDUNGAN 96XX-XX-XXX Bil. Butiran ‘Muka Surat Absirak i Senarai Kandungan Penghargaan iit 1.0 Pendahuluan 13 2.0 Objektif Kajian 3.0 Tokasi Kajian 3.1 Peta 3.2 Gambar 5-8 40 Metodoiogi 4.1 Reka Bentuk Kajian 42 Instrument Kajian 4.2.1 Pemerhatian 4.2.2 Soal Selidik 4.23 Temu Bual 4.2.4 Rujukan 4.3 Sampel Kajian 4.4 Cara Pengumpulan Data 4.4.1 Dokumentasi 4.4.2 Keputakaan 4.4.3 Pemerhatian 4.44 Soal Selidik. 4.5 Cara Analisis Data 9-13 5.0 Dapatan Kajian 5.1 Demografi Responden 5.2 Ciri-ciri amalan bercukur jambul dalam kalangan bayi 5.3 Kepentingan amalan bercukur jambu! dalam kalaingan bayi 14-34 6.0 Rumusan dan Kesimpulan 35-37 96XX-XX-XXX, 6.1 Ciri-ciri amalan bercukur jambul dalam Kalangan bayi 6.2 Kepentingan amalan bercukur jambul dalam kalangan bay 6.3 Kesimpulan Rojukan 38 Lam| iti 96XXXX-XX-XXXX PENGHARGAAN Teriebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK X, Khasnya Pengetua Encik Y dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Z kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini. Dalam usaha menjayakan kerja Kursus ini, saya ingin mengueapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu 4 selaku guru Pengajian Am saya, Beliau telah meluangkan banyak ‘masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini, Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik M dan Puan N jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa, Penghargaan kepada rakan-rakan baik say: itu Saudari J dan Saudara K serta sermua rakan lain atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak Tupa juga, terima Kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu bual. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. ‘Yang benar, ( XX Bin XX ) 96XXXX-XX-XXXX 1.0 PENGENALAN Adat resam merupakan adat yang berasal daripada zaman nenek moyang dan masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat hingga ke hari ini. Adat resam membawa maksud adat yang menjadi kebiasa yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat di setiap kewasan. Menurut Kamus Fajar KSSR Edisi Kedua (2011), adat merupakan peraturan masyarakat yang diamalkan sejak dahul kala. Di Malaysia, terdapat banyak adat resam mengikut etnik yang berbeza-beza antaranya ialah adat bercukur jambul, Adat bercukur jambul adalah adat resam masyarakat ‘Melayu di Malaysia yang dilaksanakan selepas kelahiran bayi. Adat bercukur jambul ini secara khususnya diadakan sempena menyambut kelahiran orang baru dalam sesebuah keluarga, Menurut Ridzuan Hashim etal (2005) istilah cukur jambul hakikatnya hanya wujud dalam pengaruh budaya Melayu-Islam dan selari dengan amalan masyarakat Islam di alam Melayu, Adat ini tidak disebut dalam ajaran agama melainkan pada amalan melakukan akikah. Dalam Islam, Rasulullah $.A.W pernah bersabda “bahawa tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya ‘yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama,” (Riwayat Ahmad), Berikutan dengan itu, ulama Islam menyatakan bahawa Rasulullah menggalakkan umat Islam ‘yang dikurniakan bayi supaya mengadakan majlis akikah, Pada waktw itulah lazimnya amatan bercukur dilaksanakan dalam suatu majlis yang meriah. Lebih digalakkan amalan bercukur rambut bayi sehingga botak bagi membuang kekotoran yang keluar dari rahim ibu. Oleh itu, terdapat beberapa ciri amalan bercukur jambul dalam kalangan bayi dan amalan ini mempunyai kepentingan kepada bayi dan budaya masyarakat. Bercukur jambul adalah adat resam masyarakat Melayu di Malaysia, Bagaimanapun dari segi amalan sebenamya tempoh waktu dilaksanakan amalan ini mungkin berbeza disebabkan faktor- faktor tertentu, Misalnya ada ibu bapa yang melaksanakannya pada hari ketujuh, hari keempat puluh atau beberapa bulan selepas kelahiran. Lazimnya budaya bercukur jambul diseriei dengan acara-acara lain juga. Menurut Sulaiman Zakaria (2001) Terdapat beberapa panggilan tentang amalan ini mengikut kawasan tertentu seperti di Kedah, adat bercukur jambul dipanggil sebagai endoi, manakala di Kampung Gajah dan Perak Tengah menganggap bercukur jambul sebagai naik buaian. 96XXXX-XX-XXXX Kini, amalan bercukur jambul masih diamalkan mengikut tradisi dan adat yang telah dilakukan sojak turun temurun, Terdapat beberapa ciri amalan bercukur jambul yang masih diamalkan semasa majlis bercukur jambul, Antara ciri-ciri amalan bercukur jambul ialah acara marhaban, berzanji, akikah, dan berendoi, Bagi generasi kini, amalan bereukur jambul yang diamalkan berbeza mengikut keadaan masing-masing berbanding dengan amalan yang telah

Anda mungkin juga menyukai