Anda di halaman 1dari 2

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Pemotong perspek digunakan bertujuan memotong perspek dalam bentuk garisan lurus.
Harus ditarik semasa digunakan untuk memotong perspek.

Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung
pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel
atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki.

Letakkan Sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur. Kemudian, rapatkan bahagian
badan sesiku L ke bahagian sisi benda kerja kerja. Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda
kerja dilekapkan bagi mendapatkan sudut tepat 90. Akhir sekali, gariskan menggunakan pensel
untuk mendapatkan garisan yang tepat

Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat-tempat yang sukar. Cara
menggunakannya, pegangkan paku pada bahagian hujung dua jari. Kemudian, ketuk
menggunakan tukul warrington dengan perlahan-lahan sehingga paku terbenam

Gergaji belah digunakan untuk membelah kayu mengikut atau selari dengan ira kayu.
Pemilihan jenisnya bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak digunakan.

LUKISAN TEKNIK

Sesiku Set digunakan untuk melukis garisan bersudut 30, 45, 60 dan 90.
Jangka tolok digunakan untuk memindahkan ukuran dan menanda jarak yang sama
Jangka lukis digunakan untuk melukis bulatan dan lengkuk
Sesiku T digunakan untuk melukis garisan mendatar dan menyangga sesiku set
Papan lukisan digunakan untuk menetapkan kertas lukisan semasa kerja melukis. Ukuran bagi
papan lukisan adalah 58 cm panjang dan 41 cm lebar

Anda mungkin juga menyukai