Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KEPADA PENGAJARAN

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara
implikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek
yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana segala pembelajaran yang
dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar melalui segala
proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas. Jadi,
hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat ditekankan kerana
sekiranya hampir kesemua murid di dalam sesuatu kelas itu tidak mampu menguasai
sesuatu proses pembelajaran, maka, proses pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu
adalah
tidak
berjaya
sama
sekali.
Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat
mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon
Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama
ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan
memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid
menguasai
sesuatu
sesi
pembelajaran.
Menjadi tanggungjawab guru-guru juga untuk memilih beberapa orang murid yang lebih
berkemahiran untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses
pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu
kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh
rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya adalah lebih
mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika
dibandingkan
dengan
guru.
Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih
banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid
membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung
akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi
diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan
kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.
Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan
situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid
secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan
konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di
dalam
kelas.
Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu
strategi yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan
murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid secara tidak

langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas daripada rakanrakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan dalam
kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid
kerana setiap murid berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.
Implikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan
penerangan yang jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Penerangan yang jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana
tanpa penerangan yang jelas, murid berkemungkinan akan menyalahtafsir arahan atau
kehendak guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak
berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran
dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan
pelbagai contoh ketika sesi perbincangan bersama murid.

Anda mungkin juga menyukai