Anda di halaman 1dari 1

Resepi Popia Basah

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti Popia
1/2 biji kobis di racik halus
3 biji sederhana besar carrot di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok)
kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan
dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada
di tangan.
3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah
masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak
melekat.

Anda mungkin juga menyukai