Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM GEMILANG SKOR A+P PERAKAUNAN SPM

Nama Program
Penceramah

: PROGRAM GEMILANG SKOR A+(PRINSIP PERAKAUNAN)


: En. EN RAM BILANGWATI
(Guru P.PERAKAUNAN SMK TELUK KUMBAR)

Tarikh

: 12 September 2015 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi 4.30 petang

Tempat

: Kolej PTPL Jalan Anson, Pulau Pinang

Peserta

: 15 orang pelajar tingkatan lima

Kehadiran peserta : 15/15


Kehadiran guru

: Seorang
(Pn. Nurul Hidayah bt Ab Razak)

Aktiviti

1. Slot Bahagian 1 (Kertas 2) 8.00-12.30 tengah hari

Penceramah membincangkan kertas 2 pada bahagian struktur. Beliau menekankan


tajuk yang pelajar kurang kuasai seperti garam. Penceramah banyak memberikan tips
dan formula cara mengingat ujian kation dan anion dalam garam.

Beliau juga fokus kepada penggunaan istilah yang tepat dan padat sewaktu menjawab
soalan struktur

Pada bahagian esei, penceramah menekankan cara menghuraikan sesuatu ekperimen


di mana 10 markah. Beliau memberikan tips cara menghuraikan eksperimen di mana
pelajar perlu memberi bahan dan radas, prosedur dan cara untuk pengiraan.

Pelajar-pelajar diberikan beberapa set soalan latihan dan diberikan masa untuk
menjawab soalan tersebut

Sesi perbincangan dijalankan supaya pelajar lebih memahami bahagian ini

2. Slot Bahagian 2 (Kertas 3) 2.00-4.30 petang

Penceramah membincangkan kertas 3 di mana pelajar perlu menguasai 11 kemahiran


proses sains.

Penceramah menekankan cara menjawab kertas 3 lebih berfokus jawapan dalam kertas
soalan. Beliau menerangkan cara menjawab definisi operasi. Pelajar diberi beberapa
contoh soalan definisi operasi dan diberi ruang untuk menjawab dan kemudian
membincangkannya.

Beliau memberikan tips cara untuk menjawab merancang eksperimen di mana 17


markah.

Pelajar diberi ruang masa untuk menjawab dan kemudian sesi perbincangan dilakukan.

Sesi soal jawab antara pelajar dan penceramah.

Kekuatan:
1. Penglibatan dan komitmen yang baik daripada semua pelajar secara tidak langsung
dapat melancarkan perjalanan program.
2. Pelajar lebih peka terhadap penekanan kemahiran menjawab dan menguasai kertas 2
pada bahagian esei dan kemahiran menjawab kertas 3. Pelajar juga belajar cara
mengingat formula kimia menggunakan kaedah akronim.
Kelemahan:
Sesi soal jawab perlu diperbanyak antara pelajar dan penceramah.

Cadangan penambahbaikan:
Pelaksanaan program perlu lebih berkala dan ruang masa yang terhad.

Disediakan oleh,
(

Nurul Hidayah bt Ab Razak


Guru Kimia,
SMKA (P) AlMashoor, P.Pinang

LAMPIRAN

En. Zulkifli memberikan kaedah mengingat kumpulan sebatian karbon

Kaedah mengingat penghidratan alkohol

En. Zulkifli memberi tips cara menulis ester

En. Zulkifli memberi tips menjawab soalan struktur sebatian karbon

Anda mungkin juga menyukai