Anda di halaman 1dari 2

warnawarnisabah.blogspot.

my
http://warnawarnisabah.blogspot.my/2010/09/amalandanadatresam.html

Amalan dan adat resam


SUKU KAUM KADAZAN
KELAHIRAN
Masyarakat Kadazan percaya ibu yang bersalin hendaklah berpantang sama ada dari segi tingkah
laku mahupun makanan.Pantangan ini dilakukan bagi mengelak daripada gangguan makhluk
halus.Bayi yang dilahirkan tidak dibenarkan ke ruang terdedah hingga ke hari yang ke7.Anak yang
baru dilahir diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sebenar dan nama sementara kerana
dipercayai dapat mengelak Rogon Gaiyoh daripada menuntut anak tersebut
PERKAHWINAN
Urusan merisik dan pinangmeminang mesti dibuat pada waktu pagi.Pertunangan yang telah
ditetapkan tidak boleh diingkari.Pihak yangingkar akan dikenakan bayaran seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu.
KEMATIAN
Kaum kadazan percaya terdapat 'alamat'(petanda)akan mati yang di panggil Mogombiruoh.Mereka
tidak boleh melakukan apaapa pekerjaan lebihlebih lagi apabila upacara pengkebumian
dilakukan.Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok,ahli keluarga akan memasukkan rokok
ke mulut si mati supaya si mati tidak kempunan.Suasana dalam rumah juga hendklah sunyi dan
hanya pukulan gong dan gendang sahaja yang kdengaran,yakni dipalu perlahanlahan.Ahli keluarga si
mati perlu menghantar makanan pada setiap petang selama tujuh hari berturutturut kerana
dipercayai sebelum roh berpindah ke tempat lan,roh masih memerlukan makanan.

SUKU KAUM MURUT

KELAHIRAN
Masyarakat Murut tidak mempunyai sebarang adat resam dan pantang larang khususnya semasa
mengandung dan bersalin.Masarakat Murut hanya mempunyai pantang larang yang diamalkan
selepas bayi lahir iaitu dari segi pemberian nama.Pemberian nama perlu diberikan dengan
segera.Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan bergantung kepada
keadaan sekeliling mereka.

PERKAHWINAN
Mengikut tradisi masyarakat Murut,anakanak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda
iaitu sekitar 13 tahun bagi perempuan dan 15 hingga 18 tahun untuk lelaki.Masyarakat Murut
mengamalkan sistem Barian(hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup).Adat merisik
yang diamalkan oleh masyarakat Murut bertujuan mempastikan perempuan yang dhajati oleh
seseorang lelaki itu masih belum berpunya.

KEMATIAN
Adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada punca kematian.Keluarga si mati akan
memukul gong dengan pukulan tertentu.Sesiapa yang mendengar bunyi gong perlu berhenti
daripada melakukan pekerjaan yang sedang dijalankan.Mengikut adat,anak menantu dan ipar duai si
mati perlu segera diberitahu oleh salah seorang penduduk kampung,jika tidak seluruh kampung
akan didenda.Semasa pengebumian,gong akan dibunyikan di sepanjang jalan tajau mayat di hantar
ke perkuburan.Tajau mayat akan dihiasi dengan manikmanik yang beraneka warna dan dipaku
dengan kayu yang berukiran indah.Makanan dan minuman tertentu akan dibawa bersama.
SUKU KAUM BAJAU

SUKU KAUM BAJAU


KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu
mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda
kelahiran dan melenggang perut.Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan
beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda
benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan
makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan
semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam
tembuni.Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adatadat
tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik
kelahirannya sehinggalah dia membesar.
PERKAHWINAN
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan
berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.Upacara
meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki
membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai
pengikat tali pertunangan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan
dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi
keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa.Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari
perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi
keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah
malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan,
gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman keduadua belah pihak
KEMATIAN
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.
Pada masa itu, tawaktawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu
telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia
melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya
mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Adat najanaja
iaitu berjalan berulangalik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan
dilakukan.Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersamasama mayat tersebut
disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang
tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat.Selepas
kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya ialah mengadakan
kenduri arwah, adat megjagajaga dan berpantang.

Anda mungkin juga menyukai